Solat Jamak Dan Qasar Ipgkkb Tugasan Agama

9
SOLAT JAMAK DAN QASAR Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu atau 90 kilometer). Hendak lah kita perhatikan apakah niat kita sebelum memulakan satu perjalanan atau bermusafir dan cara solat yang mana yang kita pilih ketika hendak bermusafir kerana itu lebih memudahkan agar niat kita tidak berubah-ubah yang kemudian menyusahkan diri sendiri. Adakah pilihan kita hendak solat qasar, solat jamak taqdim dan takhir atau solat jamak taqdim dan takhir qasar. (Memahami niat itu lebih mudah untuk kita membezanya). Seseorang yang bermusafir atau dalam satu perjalanan diharuskan mengqasharkan solat. Contoh memendekkan solat yang 4 rakaat kepada 2 rakaat tetapi solat mahgrib dan subuh hendak dikerja seperti lazim dan tiada diringkaskan. Sesuai dengan firman Allah: "Sekiranya kamu melakukan perjalanan (bermusafir )dimuka bumi ini,maka tiada halangan untuk kamu mengqasharkan solat jika kamu takut akan ditakuti oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu musuh kamu yang jelas lagi nyata.(Surah An-Nisa :4;101)

description

panduan solat jamak dan qasar

Transcript of Solat Jamak Dan Qasar Ipgkkb Tugasan Agama

SOLAT JAMAK DAN QASARPengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu atau 90 kilometer).Hendak lah kita perhatikan apakah niat kita sebelum memulakan satu perjalanan atau bermusafir dan cara solat yang mana yang kita pilih ketika hendak bermusafir kerana itu lebih memudahkan agar niat kita tidak berubah-ubah yang kemudian menyusahkan diri sendiri. Adakah pilihan kita hendak solat qasar, solat jamak taqdim dan takhir atau solat jamak taqdim dan takhir qasar. (Memahami niat itu lebih mudah untuk kita membezanya).Seseorang yang bermusafir atau dalam satu perjalanan diharuskan mengqasharkan solat. Contoh memendekkan solat yang 4 rakaat kepada 2 rakaat tetapi solat mahgrib dan subuh hendak dikerja seperti lazim dan tiada diringkaskan. Sesuai dengan firman Allah: "Sekiranya kamu melakukan perjalanan (bermusafir )dimuka bumi ini,maka tiada halangan untuk kamu mengqasharkan solat jika kamu takut akan ditakuti oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu musuh kamu yang jelas lagi nyata.(Surah An-Nisa :4;101)Menurut mahzab Asy-Syafi"i mengqasar solat bagi orang-orang yang bermusafir yang memenuhi syarat amat digalakkan; Dari Ibnu Umar R.A beliau berkata Rasulullah SAW pernah bersabda 'Sesungguhnya Allah SWT menyukai segala kelonggaran yang diberikan olehnya diterima dan dilaksanakan, sebagaimana Allah memurkai segala kemaksiatan terhadapnya dilakukan oleh kamu"(Hadis riwayat Ahmad)

Sahnya solat jamak dan qasar bagi seseorang itu ialah;1.Perjalanannya melebihi 90 kilometre.2.Perjalanan bukan bertujuan maksiat3.Solat yang boleh diqashar (diringkaskan)hanya solat yang 4 rakaat4.Meniatkan solat itu dengan solat Qashar semasa melafazkan takbiratul ikram5.Tidak berimam kepada orang yang bermukim(orang tempatan)Tempoh sah sebagai musafir mengikut para ulama hanya 3 hari dan 2 malam sahaja.Sekiranya lebih daripada itu maka tidak harus jika ia mengqasharkan solat kerana dianggap telah bermukim.Pembahagian Solat JamakJamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.

HIKMAH DAN HUKUM SOLAT JAMAK DAN QASARHikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah

Syarat Jamak TaqdimSolat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.Niat jamak pada waktu solat yang pertama.Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk, maka jamaknya tidak batal.Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.Syarat Jamak TakhirBerniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.Syarat QasarMusafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

NIAT SOLAT JAMAK DAN QASARi). Jamak Taqdim dan QasarZuhur-Asar Sahaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala. Sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah TaalaMaghrib-Isyak Sahaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala. Sahaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala.ii). Jamak Takhir dan QasarAsar-Zuhur Sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala. Sahaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala.

iii). Isyak-Maghrib Sahaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala. Sahaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala.

CARA MENGERJAKAN SOLAT JAMAK DAN QASARSolat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.Berdiri lurus mengadap kiblat.Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.

RUJUKANEnsiklopedi Solat Menurut al-Quran dan as-Sunnah, oleh Sheikh Dr. Said bin Ali bin Wahf al-Qahthani, Terbitan Pustaka Imam asy-Syafii, m/s. 270-271)Solat Qasar & Jamak, Ustaz Rasul bin Dahri, Johor Bahru 2004Kesucian Dan Sholat Dalam Islam, Hussain Yee, Pertubuhan Al-Khaadem, Petaling Jaya 2002Marilah Mendirikan Solat, Hafiz Firdaus Abdullah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2000Solat Qasar & Jamak, Ustaz Rasul bin Dahri, Johor Bahru 2004