SOSIOLINGUISTIK BBM3204

19
SOSIOLINGUISTIK BBM3204 Dr. Norazlina Hj. Mohd Kiram [email protected] 0192161174 1

description

SOSIOLINGUISTIK BBM3204. Dr. Norazlina Hj . Mohd Kiram [email protected] 0192161174. HUBUNGAN ANTARA BAHASA DENGAN MASYARAKAT DAN KEBUDAYAAN. BAHASA - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of SOSIOLINGUISTIK BBM3204

Page 1: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

1

SOSIOLINGUISTIK

BBM3204

Dr. Norazlina Hj. Mohd [email protected]

0192161174

Page 2: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

2

HUBUNGAN ANTARA BAHASA DENGAN MASYARAKAT DAN KEBUDAYAAN

BAHASA

Nababan (1984), ialah suatu sistem perisyaratan yang terdiri daripada unsur-unsur isyarat dan hubungan antara unsur-unsur tersebut. Unsur-unsur bahasa terdiri daripada:

fonem morfem kata ayat

Unsur-unsur linguistik:1. Fonologi2. Morfologi3. Sintaksis4. Wacana

- Dalam bahasa terdapat peraturan-peraturan yang menyeragamkan penggunaannya seperti aspek sebutan, makna yang disepakati, istilah yang sesuai, ungkapan-ungkapan yang dibentuk dan sebagainya.

Page 3: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

3

BAHASA

Nik Safiah Karim (1981:4), sesuatu bahasa itu bukanlah merujuk kepada satu cara pertuturan yang digunakan oleh semua orang, bagi semua situasi dan dalam bentuk yang sama. Sebaliknya, bahasa itu berbeza-beza, iaitu bergantung kepada siapa yang bercakap, kepada siapa, di mana dan mengenai apa.

Melalui bahasa, manusia saling berhubungan, menyampaikan buah fikiran dan perasaan.

Page 4: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

4

BAHASA

Asmah Haji Omar (2002), terdapat tiga jenis peraturan penggunaan bahasa, iaitu: peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peraturan pragmatik.

1. Peraturan linguistik menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa.

2. Peraturan sosiolinguistik berkaitan dengan penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan).

3. Peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi.

Page 5: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

5

BAHASA

Tenas Effendy (2008), menyatakan:

“Orang akan melihat dan menilai perangai dan kelakukan seseorang. Semakin halus tutur katanya, semakin manis budi bahasanya, semakin indah ayat-ayatnya, semakin dihormati dan dimuliakan orang. Sebaliknya, tersalah cakap, tersalah bual, tersalah bicara dan tersalah perangai membawa akibat buruk yang dapat menimbulkan mudarat, aib, malu, malapetaka, bahkan dapat membinasakan kehidupan dirinya dan masyarakatnya”.

Page 6: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

6

BAHASA

Apa guna berkain batik,Kalau tidak berbaju kasa;

Apa guna memandang cantik,Kalau tidak berbudi bahasa.

Tingkap papan kayu bersegi,Sampan sakat di Pulau Angsa;

Indah tampan kerana budi,Tinggi bangsa kerana bahasa.

Page 7: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

7

BAHASA

Jika tidak kerana bintang,Bulan tidak meninggi hari;

Jikalau tidak kerana abang,Saya tidak datang ke mari.

Sayang Sarawak sungainya sempit,Tumbuh berbanjar si pokok jati;

Hendak kubawa perahuku sempit,Hendak kutinggal tak sampai hati.

Page 8: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

8

MASYARAKAT

1. Suatu kelompok manusia yang mempunyai kebudayaan yang teratur yang boleh memenuhi semua keperluan dan kepentingan anggotanya (Hugo, 1986).

2. Satu kumpulan manusia yang mempunyai kebudayaan yang sepunya atau sekurang-kurangnya hampir sama yang menempati suatu kawasan ranah tertentu, mempunyai perasaan kesatuan, dan menganggap diri mereka sebagai suatu entiti yang nyata (Theodorson dan Theodorson, 1979).

3. Sesebuah masyarakat terbentuk atas persetujuan para anggotanya untuk patuh kepada suatu pegangan hidup secara bersama. Pegangan hidup itu ialah nilai hidup yang menjadi ukuran kepada apa yang baik dan tidak baik, cantik dan tidak cantik, mulia dan hina dan sebagainya.

Page 9: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

9

CIRI-CIRI DAN SIFAT MASYARAKAT

1. Masyarakat berubah dari semasa ke semasa 2. Masyarakat mempunyai kelas/kedudukan3. Pertentangan kelas/kedudukan 4. Dialek sosial5. Evolusi sosial6. Ketidaksamaan masyarakat7. Interaksi masyarakat8. Mobiliti sosial

Page 10: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

10

KEBUDAYAAN

1. Konsep kebudayaan adalah sangat luas.

2. Kebudayaan adalah suatu cara hidup. Robert Bierstedt (1970), menyatakan kebudayaan ialah, “kesemua yang kita fikir, yang kita buat dan yang kita miliki sebagai ahli masyarakat.

3. A. Aziz Deraman (2005:3):“Kebudayaan ialah apa-apa juga yang kita fikir, kita buat dan kita miliki dalam kehidupan yang merangkumi semua bidang kehidupan baik pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang, moral, adat istiadat, mahupun apa-apa juga cara hidup kita yang merupakan penglahiran daripada apa-apa yang kita warisi daripada masyarakat kita.

3. Kebudayaan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan masyarakat.

Page 11: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

11

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN

1. Aspek-aspek yang terdapat dalam kebudayaan dikongsi bersama.

2. Dipelajari daripada generasi terdahulu.3. Berasaskan kepada simbol.4. Terbahagi kepada struktur tertentu.5. Bersifat fungsional.6. Bersifat adaptif.

(Anwar Din, 2008)

Page 12: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

12

PERSOALAN

Adalah bahasa sebahagian daripada budaya?

ATAU

Adakah budaya sebahagian daripada bahasa?

Page 13: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

13

HUBUNGAN ANTARA BAHASA DENGAN MASYARAKAT

Dell Hymes (1966) menyatakan, sosiolinguistik mengkaji perlakonan bahasa dari segi hubungan di antara latar (setting), peserta (participant), tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan, dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri.

Justeru, setiap individu seharusnya mengetahui pelbagai peraturan berbahasa. Ini bagi membolehkan mereka berbahasa secara yang diterima oleh orang ramai termasuklah dalam pelbagai situasi.

Page 14: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

14

Masyarakat menggunakan bahasa sebagai medium untuk menyampaikan fikiran/idea melalui kepelbagaian gaya bahasa.

Ungkapan “tidak tahu bahasa”, “rendah bahasa” dan sebagainya.

Tataadab berbahasa, meliputi verbal dan nonverbal.

Page 15: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

15

HUBUNGAN ANTARA BAHASA DENGAN KEBUDAYAAN

Bahasa menjadi medium utama untuk memperkembang kebudayaan seperti bidang bahasa, kesusasteraan, adat istiadat, etos, pemikiran , kesenian sistem ekonomi, politik, perundang-undangan dan sebagainya.

Keistimewaan/keunikan kebudayaan bangsa boleh diteroka melalui bahasa.

Konsep Bahasa Berbudaya: bahasa akliah, bahasa ilmu, bahasa yang merentas segala ranah sistem sosial masyarakatnya, bahasa tinggi, bahasa supra dan bahasa estetik (Awang Sariyan, 2010).

Page 16: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

16

1. Bahasa akliah:- Berkait rapat dengan hakikat bahasa dan sebab

musabab bahasa dikurniakan Allah kepada manusia. - Bahasa Melayu telah dilengkapi dengan aspek

ontologinya, epistemologi dan aksiologinya.

2. Bahasa ilmu:- Bahasa yang kaya dengan ilmu dan menjadi bahasa

pengembangan ilmu dalam masyarakat atau bangsanya. Misalnya, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengajian agama Buddha dalam zaman kerajaan Sriwwijaya pada abad ke-7, zaman kesultanan Melayu, zaman 70-an sehinggalah sekarang.

- Perlu mengekalkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Page 17: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

17

3. Bahasa yang merentas pelbagai ranah kehidupan bertamadun:

- Bukan sekadar berfungsi sebagai bahasa ilmu tetapi juga meliputi fungsi yang lain seperti bahasa pentadbiran, undang-undang, media, ekonomi dan sebagainya. Cth: bahasa pentadbiran semasa zaman kerajaan Sriwijaya, bahasa lingua franca, Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka dan sebagainya.

4. Bahasa tinggi:- Setiap bahasa yang mewakili bangsa yang

bertamadun memiliki ragam bahasa tinggi (ragam baku, ragam rasmi, ragam formal dan sebagainya).

- Perancangan bahasa yang berkaitan dengan pengekodan bahasa dalam bidang ejaan, sebutan, kosa kata, tatabahasa dan laras bahasa.

Page 18: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

18

5. Bahasa supra:- Mencapai tahap penyebaran dan penggunaan yang

lebih meluas. Cth: melalui kerjasama kebahasaan serantau seperti MABBIM, hubungan diplomatik dan sebagainya.

4. Bahasa estetik:- Dapat memancarkan nilai estetik yang tinggi

terutamanya dalam penghasilan karya kreatif. Cth: Hamzah Fansuri, Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji dan sebagainya.

Page 19: SOSIOLINGUISTIK BBM3204

19

KESIMPULAN

Bahasa mempunyai pelbagai fungsi. Dalam konteks masyarakat, bahasa berfungsi sebagai alat perhubungan antara satu sama lain. Seterusnya, menjadi wahana untuk mengekalkan, mengembangkan dan menyebarluaskan kebudayaan sesuatu bangsa.