Sound forge dan konsep audio dalam multimedia

18
Objektif Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat: mengenali antaramuka pengguna perisian. mewujudkan fail bunyi dengan kaedah rakaman suara. menyunting fail audio secara cut, copy dan paste Pengenalan Sound Forge ialah salah satu perisian yang digunakan untuk menyunting fail audio. Selain itu, perisian penyunting audio ini mempunyai kemudahan untuk mencipta fail audio. Aktiviti 1: Mengenali Antaramuka Sound Forge 1. Untuk memulakan perisian Sound Forge, klik Start >Program>Sound Forge. 2. Rajah di bawah adalah antaramuka yang terpapar dengan beberapa ciri utama dilabelkan. 1 UNIT 1 : ANTARAMUKA DAN KEGUNAAN SOUND FORGE

Transcript of Sound forge dan konsep audio dalam multimedia

Page 1: Sound forge dan konsep audio dalam multimedia

Objektif

Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:

mengenali antaramuka pengguna perisian.

mewujudkan fail bunyi dengan kaedah rakaman suara.

menyunting fail audio secara cut, copy dan paste

Pengenalan

Sound Forge ialah salah satu perisian yang digunakan untuk menyunting fail audio. Selain itu, perisian penyunting audio ini mempunyai kemudahan untuk mencipta fail audio.

Aktiviti 1: Mengenali Antaramuka Sound Forge

1. Untuk memulakan perisian Sound Forge, klik Start >Program>Sound Forge.

2. Rajah di bawah adalah antaramuka yang terpapar dengan beberapa ciri utama dilabelkan.

Refleksi

1

Icon Toolbar

Menu Bar

Transport Toolbar

Play Meters

Ruang Kerja

UNIT 1 : ANTARAMUKA DAN KEGUNAAN SOUND FORGE

Page 2: Sound forge dan konsep audio dalam multimedia

1. Apakah jenis tugas yang boleh dilakukan dengan mengklik pada Icon Toolbar?

2. Pada pendapat anda, apakah kegunaan ruang kerja?

3. Senaraikan fungsi setiap ikon pada Transport Toolbar.

Aktiviti 2: Merakam suara

(Untuk merakam suara, mikrofon yang dipasang pada kad suara perlu disediakan terlebih dahulu).

1. Pada Transport Toolbar, klik pada butang Record

Tetingkap berikut akan terpapar.

2. Klik pada butang Record di menu Prepare dan mulakan merakam suara anda menggunakan mikrofon. Semasa rakaman, kekotak merah kelihatan menandakan masa rakaman sedang berjalan.

2

1.Klik butang Record pada Menu Prepare

2. Klik butang Close setelah selesai membuat rakaman.

Butang Record

Proses merakam sedang berlaku

Page 3: Sound forge dan konsep audio dalam multimedia

3. Setelah selesai merakam suara, klik butang Stop dan kemudian klik pada

butang Close . (Anda boleh membuat marking semasa merakam suara

dengan mengklik pada butang Drop Marker ).

4. Anda akan mendapati gelombang data (wave data) seperti berikut pada ruang kerja anda.

Refleksi

1. Bagaimana bentuk gelombang data yang akan dipaparkan sekiranya tiada bunyi yang terakam?

2. Mengapa mengklik butang Close sebaik sahaja rakaman selesai dijalankan merupakan langkah penting.

3. Terangkan fungsi Drop Marker .

Aktiviti 3: Mengedit

1. Sound data boleh dimainkan dengan menekan butang–butang arahan pada Transport Tool.

3

Data Sound File Stereo mengandungi dua channel—channel kiri dan channel kanan.

Play Stop

Rewind Go to End

Loop Play All Pause

Go to Start Fast Foward

Page 4: Sound forge dan konsep audio dalam multimedia

Jadual di bawah akan lebih menjelaskan fungsi transport toolbar.

Butang Kekunci Pintas Keterangan

Ctrl+R Record: klik untuk memaparkan dialog RECORD

Q Loop Playback: Memainkan data berulang-ulang.

Shift+Spacebar Play All: klik untuk memainkan data terpilih dari mula hingga tamat dengan tidak menghiraukan kedudukan cursor, pilihan atau playlist.

Spacebar Play: klik untuk memainkan data fail semasa dari kedudukan cursor atau pilihan.

EnterShift+Spacebar

Pause: klik untuk menghentikan main dan meninggalkan cursor di kedudukan semasa.

Spacebar Stop: klik untuk menghentikan main dan mengembalikan kedudukan cursor ke permulaan data.

Ctrl+Home Go to Start: klik untuk memindahkan cursor ke kedudukan permulaan fail semasa.

  Rewind: klik untuk menggerakkan kedudukan cursor ke belakang (undur).

  Forward: klik untuk menggerakkan kedudukan cursor ke hadapan.

Ctrl+End Go to End: klik untuk memindahkan kedudukan cursor ke hujung fail semasa.

2. Rakaman suara anda boleh diedit dengan menggunakan arahan-arahan seperti cut, copy, paste, clear/delete, mix, dan trim/crop.

3. Alat berikut boleh membantu anda dalam kerja mengedit iaitu Editor, Magnify dan Pencil. Alat ini terdapat pada Menu Icon Toolbar.

4

MagnifyEdit Pencil

Page 5: Sound forge dan konsep audio dalam multimedia

4. Hanya satu alatan boleh diaktifkan dalam satu-satu masa dan alat yang sedang aktif akan kelihatan di sudut atas kiri ruang kerja anda.

5. Berikut adalah contoh-contoh paparan kerja yang boleh dilakukan;

5

Edit tool Semasa Edit Tool diaktifkan, kerja-

kerja seperti menanda (select), salin (copy), tampal (paste) dan padam (cut/delete) boleh dilakukan dengan menggunakan butang pada Menu Bar dan Icon Bar.

Select (Pilih)

Dengan menggunakan tetikus klik dan seret kawasan data yang hendak dipilih.

Data yang telah dipilih boleh ;

dipadam – cut / delete

disalin - copy

Cut / Delete (Padam)

Dengan menekan butang Cut, data yang telah dipilih akan terpadam. Anda boleh cuba memainkan data ini dengan menekan butang Play All pada Transport Tool dan dengar perbezaannya berbanding dengan data asal.

Page 6: Sound forge dan konsep audio dalam multimedia

Latihan

2. Rakamkan sebutan ‘rumah saya ini besar’ dan sunting gelombang data supaya berbunyi ‘ini rumah besar saya’ apabila dimainkan.

Aktiviti 4: Magnify

Alat Magnify digunakan untuk mengubah skala data yang dipaparkan supaya dapat dilihat dengan lebih jelas. Dengan berbuat demikian, kerja penyuntingan lebih mudah dilakukan.

Ikon Magnify terdapat pada Editing Tool. Ikon ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut.

6

Copy (Salin)

Untuk menyalin data lakukan Select data sekali lagi dan klik ikon Copy atau klik pada menu Edit dan pilih Copy. (Paparan seperti di sebelah).

Paste(Tampal)

Letak cursor pada suatu tempat lain dan klik icon Paste atau klik pada Menu Edit dan pilih Paste. (Paparan seperti di sebelah).

Bahagian yang baru di ditampal

Magnify

Page 7: Sound forge dan konsep audio dalam multimedia

Apabila butang Magnify diaktifkan alatan kerja Magnify akan kelihatan pada

bahagian atas sebelah kiri ruang kerja.

2. Semasa mengaktifkan alat Magnify, letak cursor pada satu tempat seperti dalam

rajah.

3. Pada bahagian bawah sebelah kanan terdapat alat kawalan Magnify seperti yang ditunjukkan di bawah.

4. Klik pada butang untuk membesarkan skala dan bentuk gelombang data akan kelihatan lebih teregang . Walau bagaimanapun perubahan ini tidak memberi sebarang kesan kepada bunyinya.

(Kesan data setelah diklik sekali) (Kesan data setelah diklik dua kali)

7

Klik untuk membesarkan skala Klik untuk mengecilkan skala

Garisan kedudukan Cursor

Page 8: Sound forge dan konsep audio dalam multimedia

5. Cuba klik alat magnify kecil dan besar serta lihat perbezaannya. Apabila semakin besar skala, semakin kecil kawasan data yang dapat dilihat dan semakin jelas untuk membuat pilihan pada kawasan data.

Aktiviti 5: Pencil

Gunakan Pencil tool untuk mengedit bentuk gelombang (wavesound) dengan cara menambah lakaran. Sebagai contoh, jika ada sedikit kecacatan pada sound data, besarkan skala (zoom in) kawasan kecacatan dan lakar semula untuk memperbaiki kecacatan tersebut.

Aktiviti 6: Menyimpan Data

1. Klik pada mana-mana bahagian dalam data window untuk membuat pilihan.

2. Dari File menu, pilih Save untuk menyimpan data bunyi semasa.

3. Jika window yang diaktifkan mengandungi data baru anda dikehendaki mengisi nama fail baru melalui dialog Save As dialog.

Refleksi

Apakah nama perisian yang digunakan dalam unit pembelajaran ini dan nyatakan kegunaannya.

Senaraikan alat yang digunakan untuk menyunting fail bunyi dalam unit pembelajaran ini.

Huraikan langkah-langkah yang anda lakukan untuk menyunting fail bunyi ‘rumah saya ini besar’ kepada ‘ini rumah besar saya’.

8

Page 9: Sound forge dan konsep audio dalam multimedia

Objektif

Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, pelajar dapat :

menyatakan kepentingan kesan bunyi dalam sesuatu persembahan multimedia. menyenaraikan perbezaan bunyi analog dan bunyi digital. menerangkan tentang proses pensampelan serta faktor-faktor yang

mempengaruhi kualiti audio yang terhasil. mengira saiz sesebuah fail audio berdasarkan ciri-ciri fail audio. menyatakan format fail audio yang utama serta cirinya.

Pengenalan

Kesan bunyi atau audio berperanan penting dalam sesebuah persembahan multimedia. Muzik dapat mempengaruhi emosi pengguna dan kesan bunyi yang baik mewujudkan keadaan yang seimbang dan harmoni. Audio juga mampu menimbulkan keseronokan, meningkatkan minat dan mencorakkan sesebuah persembahan multimedia. Justeru itu audio atau bunyi merupakan antara elemen yang sepatutnya diambil kira ketika merancang pembangunan sesebuah aplikasi multimedia. Audio sangat berkesan untuk menarik perhatian pengguna. Bagi persembahan yang lebih kompleks, suara latar atau “voice-over” dengan iringan muzik pastinya mampu menarik perhatian dan menyeronokkan di samping menyampaikan maklumat serta meningkatkan kefahaman terhadap isi kandungan yang dipersembahkan.

Bunyi Analog dan Bunyi Digital.

Bunyi bergerak dalam bentuk gelombang. Getaran yang terhasil diudara atau objek lain membentuk satu gelombang yang menggetarkan gegendang telinga kita dan didengar sebagai satu kesan bunyi. Ketika tiada gelombang bunyi yang wujud, tekanan udara adalah tetap berbanding apabila wujud gelombang bunyi, tekanan udara akan berubah ke paras yang lebih tinggi ataupun ke paras yang lebih rendah daripada tekanan atmosfera yang normal. Nilai perubahan ini akan diterima sebagai kekuatan bunyi sesuatu audio. Kekuatan bunyi ini dikenali sebagai amplitud dan unit ukurannya ialah decibel (dB). Kadar tekanan udara berkaitan dengan frekuensi gelombang bunyi pula disebut pitch. Corak gelombang boleh dilakarkan dalam graf dan didapati bentuk graf seperti berikut:

9

UNIT 2 : AUDIO DAN MULTIMEDIA

Page 10: Sound forge dan konsep audio dalam multimedia

Gelombang bunyi dapat diwakili oleh corak sinus dikenali sebagai gelombang analog. Corak sinus tersebut mewakili amplitud dan juga frekuensi audio. Semakin tinggi puncak pada gelombang bermakna semakin tinggi amplitud dan semakin kuat bunyi terhasil. Jarak di antara puncak dengan puncak pula mewakili frekuensi yang mana semakin jauh jarak antaranya, semakin kecil nada suara atau pitch yang terhasil.

Frekuensi sebenarnya merujuk kepada bilangan kitaran yang berlaku bagi setiap satu saat. Bilangan frekuensi akan mempengaruhi kualiti sesuatu audio yang dirakamkan. Frekuensi diukur dalan unit Hertz (Hz). Setiap corak tersebut muncul sebanyak 1000 kali dalam masa 1 saat, bersamaan dengan 1000 Hz atau 1 KHz.

Pemain dan perakam kaset audio, piring hitam, kaset video, CD audio (muzik) dan sebagainya menyimpan data audio dalam bentuk analog.

Perkembangan teknologi membolehkan kaedah penyimpanan yang hampir sama digunakan di antara data audio analog dan juga data audio digital. Ini membolehkan CD muzik biasa (analog) boleh dibaca oleh pemain cakera padat digital (contohnya pemacu cakera pada sesebuah komputer). Namun demikian tidak semua kaedah penyimpanan data tersebut adalah sama dan serasi. Oleh yang demikian data audio analog dan digital perlu diterjemahkan bagi membolehkan ianya difahami oleh media-media yang berlawanan.

Cip yang berperanan bagi mengubah signal analog kepada denyutan dinamakan penterjemah analog digital atau analog digital converters (ADC). Proses sebaliknya adalah untuk menukarkan gelombang digital kepada analog menggunakan cip penterjemah digital analog atau digital analog converters (DAC). Cip-cip ini biasanya sedia terbina di dalam kad audio (sound card).

Cip ADC mengukur amplitud bagi gelombang analog dan mengubah setiap ukuran gelombang tersebut kepada denyutan digital yang berkaitan dengan kod bit agar boleh difahami oleh sistem komputer, begitu juga sebaliknya.

Corak gelombang digital terbentuk daripada bar-bar turus seperti rajah dibawah.

10

Page 11: Sound forge dan konsep audio dalam multimedia

Pensampelan (Sampling)

Sistem pengoperasian komputer hanya menggunakan gelombang audio digital. Dengan itu jika terdapat gelombang analog ia akan ditukarkan kepada gelombang digital dan proses ini dinamakan pensampelan, yang mana setiap pecahan saat sampel bagi sesuatu audio akan dirakamkan dalam bentuk bit digital. Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi kualiti sesuatu rakaman audio digital iaitu Kadar Sampel (Sample Rate) dan Kedalaman Bit (Bit-depth).

Selain dari itu, Saluran Rakaman atau Channel yang dipilih juga turut mempengaruhi kualiti dan juga saiz fail sesebuah audio yang dirakamkan. Terdapat dua pilihan Channel iaitu Stereo dan Mono. Kualiti rakaman boleh dipilih berdasarkan Sample Rate, Bit-depth dan Channel seperti dalam rajah di bawah.

11

Page 12: Sound forge dan konsep audio dalam multimedia

Kadar Sampel (Sample Rate)

Kadar Sampel merujuk kepada berapa kali ataupun kekerapan sampel bagi sesuatu audio tersebut diambil. Semakin tinggi kadar sampel, semakin banyak maklumat sampel yang diambil maka biasanya semakin tinggilah kualiti digital audio tersebut.

Seperti frekuensi, kadar sampel juga diukur dalam unit Hertz. Tiga nilai kadar sampel yang biasa digunakan bagi sesebuah rakaman audio ialah 11.025 kHz, 22.05 kHz dan 44.1 kHz.

Kadar sampel rakaman yang sering digunakan ialah 44.1 kHz yang bermaksud panjang gelombang yang dijanakan ialah setinggi 44,100 kali bagi setiap saat.

Kedalaman Bit (Bit-depth)

Kedalaman Bit ataupun Bit-depth juga dikatakan sebagai saiz sampel yang mewakili jumlah banyaknya informasi yang disimpan mengenai sesuatu sampel tersebut. Ia juga boleh dikatakan bilangan bit yang digunakan untuk menyimpan maklumat data tersebut. Dua jenis bit-depth yang biasa digunakan ialah 8 bit dan 16 bit.

Kualiti data 16 bit adalah lebih baik berbanding 8 bit kerana semakin tinggi saiz sampel maka lebih banyak maklumat atau informasi yang disimpan.

Jenis bit-depth yang dipilih mestilah bersesuaian dengan kad audio (sound card) yang digunakan iaitu samada kad audio 16 bit atau 8 bit.

Semakin tinggi bit-depth yang digunakan, maka ia akan menggunakan ruang storan yang lebih besar (1 bait bagi sampel 8 bit). Ini bermakna jika rakaman audio dibuat selama 10 saat dengan menggunakan kadar sampel 44.1 kHz dan bit-depth 16 bit serta dirakamkan secara stereo akan menggunakan ruang storan sekitar 2 MB.

Menganggar Saiz Fail Audio

Saiz fail bagi rakaman audio digital selama 1 saat berasaskan jenis mono bergantung kepada kadar sampel dan kedalaman bit. Formula berikut boleh digunakan bagi menentukan saiz fail rakaman audio.

Kadar Sampel X Kedalaman Bit / 8 X masa

Sebagai contoh, rakaman audio bagi satu saat dengan kadar sampel 44.1 kHz dan bit-depth ialah 16 bit adalah bersamaan 88,200 bait (88.2 Kb).

12

Page 13: Sound forge dan konsep audio dalam multimedia

Langkah pengiraan,

44100 X 16 /8 = 88200

Bagi rakaman jenis stereo jumlah ini perlu digandakan 88200 X 2 = 176400 (176.4 Kb).

Kualiti rakaman stereo lebih baik berbanding jenis mono.

Kualiti Kadar sampel Bit-depth

Tinggi (CD Quality) 44.1 kHz 16 bit

Biasa ( Radio Quality) 11.025 kHz 8 bit

Pemampatan Audio (Audio Compression)

Ruang storan dapat dijimatkan dengan melakukan pemampatan (compress) dan nyah mampat (decompress) dengan tahap pengurangan mutu mainan semula yang paling minima. Kaedah pemampatan yang utama ialah Adaptive Differential Pulse Code Modulation (ADPCM). Ia beroperasi berdasarkan kepada pengukuran perbezaan amplitud sesuatu nilai di antara sampel dan menggunakan nilai tersebut untuk menentukan nilai seterusnya. Proses pemampatan mengurangkan nilai bit secara nyata, contohnya dalam nisbah 2:1 kepada 4:1 bergantung kepada bit yang dipilih semasa proses pemampatan.

Format Fail Audio

Beberapa format fail audio digital yang biasa ialah wave (.wav), sound (.snd), Audio Interchange File Format (.aiff) dan MIDI (.mid). Selain itu terdapat juga audio yang disimpan dalam format MP3 ataupun MPEG Level 3. Format fail penggunaan audio di Internet adalah seperti RealAudio (.ra) atau RealMedia (.rm) dan MP3 kerana saiz fail yang kecil berbanding format-format audio yang lain.

13

Page 14: Sound forge dan konsep audio dalam multimedia

Keterangan Format Fail Audio

1. Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF)Digunapakai pada sistem komputer jenis Macintosh, IBM dan yang serasi dengannya seperti Amiga dan Silicon Graphics. Ia menampung berbagai jenis saiz sampel pelbagai aras (sehingga 32 bit).

2. Musical Instrument Digital Interface (MID, MDI dan MFF)Diterima pakai di seluruh dunia bagi tujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.

3. Sound (SND)Diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang mempunyai saiz sampel 8 bit.

4. Roll (ROL)Mula diperkenalkan oleh Adlib Inc. dan digunakan bersama-sama dengan kad audio yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan.

5. Wave (WAV)Paling meluas digunakan dan disokong sepenuhnya oleh sistem pengoperasian Windows. Dibangunkan oleh syarikat Microsoft dan mampu menyokong rakaman dengan bit-depth setinggi 8 bit (mono dan stereo).

6. Sun Audio (AU)Diperkenalkan khas untuk digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem. Ia merupakan format audio 16 bit yang dimampatkan dan sering juga digunakan bagi tujuan penyebaran melalui internet.

7. Voice (VOC)Digunakan bersama-sama dengan kad audio jenis Sound Blaster dari Creative Technology. Ianya boleh memain serta merakamkan audio samada 8 atau 16 bit setelah melalui proses pemampatan atau pun tidak.

8. MPEG Level 3 (MP3)MPEG (Motion Picture Expert Group) Level 3 merujuk kepada format fail audio yang semakin popular terutamanya bagi tujuan penyaluran muzik melalui Internet. Mempunyai teknik pemampatan yang baik sehingga dapat memampatkan audio bersaiz 45 MB dalam format wav kepada kira-kira 4 MB dalam format MP3.

9. RealAudio atau RealMedia (.RA dan .RAM)Sangat meluas digunakan dalam Internet secara langsung sehingga membolehkan siaran radio atau televisyen dimainkan terus melalui internet.

14