SPESIFIKASI PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG … Pembangunan... · menggunakan aplikasi drupal dan wamp...

8
1 | Dokumen Laman Web KOD FAIL: EAIC.100-11/4/1 SPESIFIKASI PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG RASMI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN VERSI BAHASA INGGERIS Disediakan Oleh : Seksyen Teknologi Maklumat Tarikh : 30 Januari 2015

Transcript of SPESIFIKASI PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG … Pembangunan... · menggunakan aplikasi drupal dan wamp...

Page 1: SPESIFIKASI PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG … Pembangunan... · menggunakan aplikasi drupal dan wamp server yang sedang ... 1.1 Merancang dan mengurus pembangunan projek ... dan spesifikasi

1 | Dokumen Laman Web

KOD FAIL: EAIC.100-11/4/1 SPESIFIKASI PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG RASMI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN VERSI BAHASA INGGERIS Disediakan Oleh : Seksyen Teknologi Maklumat Tarikh : 30 Januari 2015

Page 2: SPESIFIKASI PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG … Pembangunan... · menggunakan aplikasi drupal dan wamp server yang sedang ... 1.1 Merancang dan mengurus pembangunan projek ... dan spesifikasi

2 | Dokumen Laman Web

Infrastruktur dan Persembahan Pembangunan Laman Sesawang A. Latar Belakang

Laman Sesawang EAIC telah mula dibangunkan pada penghujung tahun 2011. Demi memastikan laman sesawang EAIC lebih mesra pengguna, kemas dan penyampaian maklumat lebih berkesan, Laman sesawang telah melalui proses transformasi pada pertengahan tahun 2014. Walau bagaimanapun, ianya meliputi versi Bahasa Malaysia sahaja. Pengubahsuaian ini dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi drupal dan wamp server yang sedang diselenggara oleh pembekal sedia ada.

B. Spesifikasi Keperluan Pengguna

Secara am, reka bentuk dan kandungan yang dipaparkan pada laman sesawang pada ketika ini hendaklah dikekalkan kecuali melibatkan penambahbaikan yang telah dikenalpasti dan perubahan yang mendapat pengesahan daripada pihak Suruhanjaya. Penambahbaikan dan perubahan tersebut perlu meliputi versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

1. Penterjemahan ke Dalam Versi Inggeris

Paparan pemilihan dwibahasa perlu diwujudkan dalam laman sesawang Suruhanjaya yang mana kandungan yang dipaparkan dalam Bahasa Malaysia perlu diterjemahkan ke versi Bahasa Inggeris secara keseluruhannya. Penterjemahan hendaklah mendapat pengiktirafan daripada Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) atau setaraf dengannya.

2. Laman sesawang Demografi

Pihak Pembekal perlu menyediakan statistik demografi secara bulanan bagi mengenalpasti pelawat di laman sesawang EAIC serta menjalankan kajian berkenaan demografi pengguna melalui aplikasi Google Analytic. Data yang perlu diberi perhatian adalah Age, Interest, Gender, Location, New/Returning, platform & devices. Pewujudan ini perlu dilaksanakan pada kedua-dua versi.

3. Liputan Berita (news feed) Facebook dan Twitter

Mewujudkan ruangan liputan berita (news feed) secara langsung melalui Facebook dan Twitter. Paparan yang diperlu dihadkan adalah kepada 10 berita terkini. Pewujudan ini perlu dilaksanakan pada kedua-dua versi.

Page 3: SPESIFIKASI PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG … Pembangunan... · menggunakan aplikasi drupal dan wamp server yang sedang ... 1.1 Merancang dan mengurus pembangunan projek ... dan spesifikasi

3 | Dokumen Laman Web

4. Notifikasi melalui Emel

Notifikasi melalui emel perlu diwujudkan sebagai bentuk peringatan (alert) kepada pentadbir laman sesawang untuk capaian terpantas bagi sebarang maklumat yang dimasukkan oleh pengguna melalui ruangan dalam laman sesawang seperti Aduan Integriti, Maklum balas dan Pendaftaran Syarikat.

5. Penambahan Kebolehcapaian W3C Pihak Pembekal perlu mewujudkan kebolehcapaian W3C bagi kemudahan pengguna Orang Kurang Upaya (OKU). Ianya meliputi dari sudut warna dari segi warna latar belakang dan font, saiz font dan kemudahan audio. Pewujudan ini perlu dilaksanakan pada kedua-dua versi.

6. Gambar dan Bahan Media Setiap gambar dan bahan media yang digunakan adalah gambar-gambar daripada gambar serahan Suruhanjaya Integriti dan koleksi pihak pembekal. Pihak pembekal hendaklah bertanggungjawab menanggung sepenuhnya semua gambar dan ikon yang digunakan di dalam laman sesawang ini.

C. Spesifikasi Keperluan Teknikal 1. Capaian Melalui Device/Mobile dan Browser

Utama/Multiplatform Laman sesawang ini seharusnya boleh dicapai di mana-mana jua keadaan dan device/mobile yang menyokong pelbagai sistem operasi seperti IOS, Android, Windows, Mac dan Symbian. Ia juga seharusnya boleh dicapai melalui pelbagai multiplatform dan browser utama seperti Internet Explorer, Safari dan Chrome selain daripada Mozilla Firefox yang sememangnya merupakan paparan terbaik bagi capaian laman sesawang sedia ada ini.

2. Instalasi Modul

Setiap modul perlu diinstalasikan dengan versi yang terkini. Pihak Pembekal perlu menyediakan panduan penggunaan yang lengkap dan perlu disediakan di dalam bentuk hardcopy dan softcopy.

Page 4: SPESIFIKASI PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG … Pembangunan... · menggunakan aplikasi drupal dan wamp server yang sedang ... 1.1 Merancang dan mengurus pembangunan projek ... dan spesifikasi

4 | Dokumen Laman Web

3. Data Migrasi Data yang melalui proses migrasi adalah hak cipta Suruhanjaya secara mutlak dan hanya boleh digunakan di dalam projek ini sahaja. Proses migrasi ini perlu mendapat pengesahan daripada Penyelaras Projek Suruhanjaya. Data-data ini perlu dihapuskan serta merta dan secara mutlak ketika projek pembangunan ini selesai.

4. Keselamatan Data Keselamatan bagi mengakses data tidak boleh dikompromikan dalam apa-apa jua keadaan tanpa sebarang pengecualian. Data yang digunapakai menjadi hak cipta Suruhanjaya.

5. Pelayan

Pihak Pembekal perlu bertanggungjawab ke atas permasalahan yang berlaku ke atas pelayan laman sesawang sepanjang projek ini berlangsung dan sehingga tamat tempoh jaminan tanpa sebarang bayaran yang akan dikenakan. Ianya tertakluk kepada permasalahan daripada platform dan fail laman sesawang sahaja.

6. Data Sokongan

Pihak Pembekal perlu menyediakan data sokongan (Backup) bagi bahagian frontend, Backend dan pangkalan data setiap bulan sehingga projek tamat.

7. Prestasi Laman Sesawang

Pembekal perlu memastikan prestasi laman sesawang sedia ada tidak terjejas ketika pembangunan laman sesawang versi Bahasa Inggeris sedang dilaksanakan.

Page 5: SPESIFIKASI PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG … Pembangunan... · menggunakan aplikasi drupal dan wamp server yang sedang ... 1.1 Merancang dan mengurus pembangunan projek ... dan spesifikasi

5 | Dokumen Laman Web

D. Skop Kerja Pihak pembekal perlu menjalankan skop kerja bagi pembangunan dan penambahbaikan projek seperti berikut:

1. Pengurusan Projek

1.1 Merancang dan mengurus pembangunan projek dalam tempoh waktu 4

bulan dengan ahli pasukan kerja yang dilantik oleh pembekal.

1.2 Pengurusan projek perlu melibatkan agihan kumpulan projek, penyediaan perancangan dan jadual kerja, pelaksanaan kerja serta menjalankan review projek secara berkala bagi memastikan projek mencapai objektif dan timeline.

1.3 Pembekal perlu melantik dan menyediakan ahli pasukan kerja yang berkelayakan dan berpengalaman dalam menjalankan skop kerja pembangunan laman sesawang ini.

1.4 Pembekal adalah perlu untuk menjalankan kerja-kerja berkaitan

pembangunan dan penambahbaikan seperti dalam Seksyen B: Spesifikasi Keperluan Pengguna dan Seksyen C: Spesifikasi Keperluan Teknikal yang merangkumi kajian keperluan pengguna, pembangunan laman sesawang dalam versi Bahasa Inggeris serta penambahbaikan yang dikenal pasti dalam kedua-dua versi.

2. Kajian Keperluan Pengguna

2.1 Pembekal adalah perlu untuk menjalani kajian keperluan pengguna bagi memahami keperluan pembangunan laman sesawang sedia ada dan penambahbaikan yang perlu dibangunkan.

3. Pembangunan

3.1 Pembekal adalah perlu untuk menjalankan pembangunan dan

penambahbaikan seperti dinyatakan dalam Seksyen B: Spesifikasi

Keperluan Pengguna dan Seksyen C: Spesifikasi Keperluan

Teknikal termasuk menjalankan pengujian, latihan kepada pengguna dan

IT/Penyelaras Projek Suruhanjaya serta penyerahan dokumentasi sebagai

deliverables kepada Suruhanjaya.

Page 6: SPESIFIKASI PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG … Pembangunan... · menggunakan aplikasi drupal dan wamp server yang sedang ... 1.1 Merancang dan mengurus pembangunan projek ... dan spesifikasi

6 | Dokumen Laman Web

4. Pengujian

4.1 Pengujian-pengujian yang relevan perlu dijalankan berserta test plan yang perlu disediakan oleh pembekal yang meliputi test script dan test scenario/test condition dalam setiap pengujian.

4.2 Kesemua test plan perlu diserahkan kepada Suruhanjaya untuk pengesahan

dan kelulusan sebelum dilaksanakan. Sebarang bentuk kegagalan dalam pengujian atau mana-mana bahagian pengujian boleh membawa kepada pengujian yang tidak diterima oleh Suruhanjaya.

4.3 Sebarang bentuk kos perkhidmatan ke atas pengujian yang dijalankan adalah di bawah tanggungan pembekal dan bukan berada di bawah kos projek.

5. Dokumentasi

5.1 Pembekal adalah perlu untuk mengemuka dan menyediakan dokumentasi seperti berikut sebagai sebahagian daripada deliverables kepada Suruhanjaya:

i) Dokumentasi Teknikal yang meliputi reka bentuk, flow chart, table/field

dan spesifikasi teknikal lain yang berkaitan dalam pembangunan dan

penambahbaikan laman sesawang ini bagi memastikan pemahaman,

operasi dan penyelenggaraan dapat dijalankan oleh Pegawai IT/

Penyelaras Projek Suruhanjaya.

ii) Manual pengguna yang merangkumi manual kepada pengguna dan

juga kepada pegawai IT/ Penyelaras Projek Suruhanjaya dalam hard copy dan versi online.

iii) Dokumentasi hendaklah dicetak dalam dua (2) salinan dan penyerahan

softcopy juga diperlukan.

6. Keperluan Latihan dan Transfer of Technology (ToT)

6.1 Pembekal adalah perlu untuk menyedia dan menyerahkan silibus latihan kepada Suruhanjaya sebelum latihan dijalankan untuk kelulusan.

6.2 Bilangan pengguna latihan adalah tertakluk kepada keperluan

Bahagian/Seksyen di Suruhanjaya untuk menyertai latihan.

6.3 Latihan dan ToT yang relevan perlu diberikan kepada pegawai IT/ Penyelaras Projek Suruhanjaya yang merangkumi frontend, backend dan pangkalan data.

Page 7: SPESIFIKASI PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG … Pembangunan... · menggunakan aplikasi drupal dan wamp server yang sedang ... 1.1 Merancang dan mengurus pembangunan projek ... dan spesifikasi

7 | Dokumen Laman Web

6.4 Setiap latihan dan ToT adalah termasuk material/dokumentasi yang perlu disediakan kepada setiap peserta dalam hardcopy dan juga softcopy kepada Suruhanjaya.

7. Penyelenggaraan dan Sokongan Teknikal

7.1 Pembekal adalah bertanggungjawab untuk menyediakan 1 tahun penyelenggaraan dan sokongan teknikal terhadap laman sesawang bagi yang melibatkan server atau platform berserta fail laman sesawang Suruhanjaya.

7.2 Sebarang kos berkaitan penyelenggaraan untuk membaik pulih laman web perlu ditanggung oleh pembekal.

7.3 Pembekal perlu memberi tempoh waranti terhadap perkhidmatan pembangunan laman sesawang EAIC selama tiga (3) bulan bermula selepas tujuh (7) hari bekerja dari tarikh projek diselesaikan sepenuhnya dan diserahkan kepada Suruhanjaya. Dalam tempoh ini, sebarang pembetulan kerosakan, pengubahsuaian atau tambahan hendaklah dibuat tanpa sebarang kos tambahan kepada Suruhanjaya.

7.4 Pembekal adalah tertakluk kepada response dan resolution time kepada

Suruhanjaya seperti berikut:

i) Bantuan melalui telefon dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang, pada hari Isnin hingga Jumaat (waktu pejabat); dan/atau

ii) Bantuan melalui emel dan fax 7.5 Tahap perkhidmatan (Service Level) adalah seperti berikut:

i) Sokongan tahap pertama (1st level support) – menyediakan sokongan secara online (telefon dan/atau emel)

ii) Sokongan tahap 2 (2nd level support) – onsite atau berada di

Suruhanjaya (sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan melalui sokongan tahap pertama (1st level support).

7.6 Skop bagi khidmat sokongan dan penyelenggaraan laman sesawang adalah

seperti berikut:

(i) Ralat yang dikenalpasti dan didiagnosis serta penyelesaian masalah

(ii) Sebarang bentuk software updates dan upgrade yang diperlukan

(iii) Data sokongan (Backup) dan Restoration

Page 8: SPESIFIKASI PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG … Pembangunan... · menggunakan aplikasi drupal dan wamp server yang sedang ... 1.1 Merancang dan mengurus pembangunan projek ... dan spesifikasi

8 | Dokumen Laman Web

(iv) Website tuning yang perlu dijalankan secara berkala bagi meningkatkan prestasi Laman Sesawang

(v) Instalasi modul baru dengan versi terkini (mengikut keperluan)

E. Format bagi Proposal Pembekal – Dokumen yang Perlu

Dilengkapkan dan Dihantar oleh Pembekal

I. Lampiran 1: Jadual Kelayakan (Table of Compliance) II. Lampiran 2: Rekod Pengalaman Syarikat Lepas – Projek yang Telah

Dijalankan

III. Lampiran 3: Rekod Pengalaman Syarikat Semasa – Projek yang Sedang

Dijalankan

IV. Lampiran 4: Profil Ahli Pasukan Projek

V. Lampiran 5: Jadual Harga yang Dicadangkan