spm bm

70
KEDAH 1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Jelaskan perancangan-perancangan anda untuk mencapai matlamat tersebut. Memulakan kalimah bicara ini, saya ingin meminjam kata-kata hikmat daripada Mantan Presiden Indonesia, Seokarno iaitu, Gantunglah cita-citamu di langit yang tinggi walaupun kakimu menjejaki perlimbahan . Demikianlah betapa besarnya cita-cita dan wawasan kepada kehidupan seseorang insan yang normal. Hidup tanpa cita-cita, ibarat subur sepohon yang rendang tetapi tidak berbuah. Justeru, cita-cita besar yang sedang saya impikan sekarang adalah untuk menjadi pelajar cemerlang dalam SPM 2014. Demikianlah hasrat yang turut dikongsi bersama oleh ibu bapa serta guru-guru saya juga. Sungguhpun begitu, cita-cita amatlah ideal untuk diucapkan, sebaliknya terlalu perit untuk diterjemahkan menjadi realiti. Oleh itu, demi memenuhi hasrat murni tersebut, saya hendaklah bersedia dari sekarang dan banyak prakarsa yang harus saya lakukan. Langkah pertama ialah saya perlulah menghargai nikmat kesihatan yang dianugerahi Allah SWT kepada saya. Nikmat kesihatan merupakan aset peribadi yang tidak boleh dijual beli. Saya amat bersyukur kerana dilahirkan sempurna dengan wajah dan paras rupa yang baik. Allah mentakdirkan kepada saya kesihatan yang baik, pemikiran yang waras, dan emosi yang stabil. Alangkah bernilainya anugerah tersebut. Benarlah bak kata orang tua-tua, “Nikmat sihat itu hanya berada pada seseorang yang sakit” . Dalam usia remaja ini, saya perlu peka terhadap pemilihan makanan dengan memilih makanan yang baik lagi halal dan menjauhi diri daripada mendekati makanan yang berbahaya. Saya amat serius tentang bahaya dadah, arak, dan rokok yang dengan jelas membawa mudarat kepada fizikal dan minda. Pertumbuhan fizikal pun hendaklah saya kawal dengan memastikan rutin harian dan latihan jasmani serta riadah dijalankan

description

KKK

Transcript of spm bm

Page 1: spm bm

KEDAH

1.  Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam

untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Jelaskan perancangan-perancangan anda untuk mencapai matlamat tersebut.

Memulakan kalimah bicara ini, saya ingin meminjam kata-kata hikmat daripada

Mantan Presiden Indonesia, Seokarno iaitu, “Gantunglah cita-citamu di langit yang tinggi

walaupun kakimu menjejaki perlimbahan”. Demikianlah betapa besarnya cita-cita dan

wawasan kepada kehidupan seseorang insan yang normal. Hidup tanpa cita-cita, ibarat

subur sepohon yang rendang tetapi tidak berbuah. Justeru, cita-cita besar yang sedang saya

impikan sekarang adalah untuk menjadi pelajar cemerlang dalam SPM 2014. Demikianlah

hasrat yang turut dikongsi bersama oleh ibu bapa serta guru-guru saya juga.  Sungguhpun

begitu, cita-cita amatlah ideal untuk diucapkan, sebaliknya terlalu perit untuk diterjemahkan

menjadi realiti. Oleh itu, demi memenuhi hasrat murni tersebut, saya hendaklah bersedia

dari sekarang dan banyak prakarsa yang harus saya lakukan.

                Langkah pertama ialah saya perlulah menghargai nikmat kesihatan yang

dianugerahi Allah SWT kepada saya. Nikmat kesihatan merupakan aset peribadi yang tidak

boleh dijual beli. Saya amat bersyukur kerana dilahirkan sempurna dengan wajah dan paras

rupa yang baik. Allah mentakdirkan kepada saya kesihatan yang baik, pemikiran yang

waras, dan emosi yang stabil. Alangkah bernilainya anugerah tersebut. Benarlah bak kata

orang tua-tua, “Nikmat sihat itu hanya berada pada seseorang yang sakit”. Dalam

usia remaja ini, saya perlu peka terhadap pemilihan makanan dengan memilih makanan

yang baik lagi halal dan menjauhi diri daripada mendekati makanan yang berbahaya. Saya

amat serius tentang bahaya dadah, arak, dan rokok yang dengan jelas membawa mudarat

kepada fizikal dan minda. Pertumbuhan fizikal pun hendaklah saya kawal dengan

memastikan rutin harian dan latihan jasmani serta riadah dijalankan mengikut jadual. Dalam

Page 2: spm bm

hal ini, saya amat tertarik dengan pesan Nabi SAW dalam sebahagian daripada

Hadithnya, “Jagalah nikmat sihat sebelum datang sakit”.

                Sebagai anak muda yang sedang meniti arus perubahan milenium, saya perlu

memiliki visi dan hala tuju yang jelas. Hidup tanpa visi ibarat bahtera di tengah-tengah

samudera tanpa nakhoda. Hidup akan terumbang-ambing dan tiada masa depan. Visi

saya adalah menjadi insan cemerlang merangkumi dunia dan akhirat. Resepinya, saya perlu

belajar ketika usia remaja dan mengenal pasti bidang kemahiran yang cocok dengan jiwa

saya. Andai dimakbulkan Tuhan, saya berazam untuk menjadi seorang pendidik yang

berjaya dan kompeten dan mampu menggenggam ijazah sihingga ke peringkat Doktor

Falsafah (Ph.D). Walaupun impian itu masih jauh ibarat di seberang lautan, namun kejayaan

cemerlang pada peringkat SPM amatlah penting. Sememangnya, semua pihak sudah

maklum bahawa SPM menjadi pananda aras untuk seseorang itu menentukan hala tujunya.

Insya-Allah sekiranya saya gigih dan digarapi semangat juang, sesungguhnya di mana-

mana ada kemahuan di situ ada jalan.

            Asas utama yang tidak kurang pentingnya untuk mencapai kejayaan ialah

strategi belajar yang berkesan. Dalam masa yang sangat suntuk ini, saya perlu lebih

bijak merancang strategi pembelajaran agar dapat mengimpakkan hasil. Oleh itu, saya perlu

melipatgandakan latihan daripada koleksi soalan tahun-tahun sebelum. Saya perlu

memperkukuh daya ingatan yang kadang-kadang memerlukan saya menghafal atau

membuat latih tubi. Prakarsa yang efektif yang mampu saya lakukan adalah dengan

membuat beberapa nota kecil yang bersaiz poket dan mudah untuk dibawa ke mana-mana

sahaja. Konsep belajar secara berkumpulan juga hendaklah saya amalkan sebagai salah

satu daripada strategi belajar secara berkesan. Percambahan idea dan sikap saling memberi

dan menerima dengan rakan-rakan hendaklah saya utamakan. Pendapat rakan harus

diraikan dan tidak pula lokek untuk menyumbangkan idea. Sesungguhnya, inilah sikap

saling membantu bak aur dengan tebing.

Page 3: spm bm

                Meminjamkan sepotong firman dalam al Quran yang bermaksud, “Bertanyalah

kepada yang bijak seandainya kamu tidak tahu” jelas menuntut supaya saya sentiasa

berdampingan dengan tokoh-tokoh ilmuwan. Mereka itu pastilah para guru, ikon-ikon

yang berjaya dan golongan profesional dalam bidang yang ingin saya ceburi. Sekiranya

ingin menjadi tokoh korporat maka golongan peniaga yang harus didekati atau jikalau mahu

menjadi pemimpin nescaya tokoh-tokoh politik, pemimpin masyarakat, dan NGO yang wajar

saya dekati. Daripada merekalah akan terbina motivasi untuk saya merancang masa depan.

Sikap malas belajar dan malu bertanya harus dikikis daripada jiwa dan sanubari, bak kata

peribahasa minta pada yang ada, mengaji pada yang tahu dan sentiasa berwaspada sikap

malu bertanya sesat jalan, malas berkayuh perahu hanyut.

                Kendatipun, sebagai hamba-Nya, sebanyak manapun perancangan yang

disusun, Allah SWT tidak boleh saya lupakan sama sekali dalam segala

urusan. Allah tahu akan apa-apa yang tersurat dan tersirat di dalam benak sanubari kita.

Saya yakin kepada qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah. Namun, atas sifat

pemurah-Nya, doa dan kegigihan tidak pernah menghalang untuk kita berjaya. Saya cukup

yakin, hasil ramuan usaha yang gigih dan doa yang tidak putus-putus kepada Allah pasti

segala yang dihajati akan menjadi kenyataan. Ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain akan

saya implementasikan dengan istiqamah. Saya sangat pasti selangkah kita ke hadapan

mahupun selangkah surut ke belakang, Allah pasti bersama-sama kita. Oleh itu, dalam

menggapai impian dan wawasan, Allah jangan sama sekali dijauhi.

                Berburu ke padang datar

Dapat rusa berbelang kaki

Berguru kepalang ajar

                Bagai bunga kembang tak jadi

Serangkap pantun di atas mengajari saya bahawa dalam melengkapkan cita-cita, justeru

usaha, ilmu, dan keiltizaman hendaklah diolah dengan sebaik mungkin. Adat muda memikul

tugas dan muda juga tidak berulang datang, justeru untuk memastikan segala hajat dan

Page 4: spm bm

impian terlaksana maka usia muda hendaklah saya manfaatkan dengan sebaik mungkin.

Sesungguhnya, saya amat yakin apabila segala persediaan diri berada di atas trek yang

betul, insya-Allah segala impian pasti menjadi kenyataan.

2.  Anak-anak boleh membantu ibu bapa dalam usaha mengurangkan bebanan

ekonomi dalam rumah tangga. Selaku pengerusi kelab pengguna di sekolah, anda

diminta menyampaikan ucapan tentang langkah-langkah hemat berbelanja dalam

usaha mengurangkan bebanan ekonomi dalam rumah tangga.

Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

Semua pihak telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008 hingga hari ini kos sara

hidup keluarga adalah terlalu getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana ekonomi

dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana

alam, dan krisis bahan makanan cukup menakutkan banyak pihak. Hingga ke hari ini

suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang

melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina amat

menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun bahangnya mula

dirasakan terutama sekali kepada keluarga yang berada pada garis kemiskinan dengan

pendapatan isi rumah di bawah RM2500. Beban kewangan adalah antara fenomena yang

teruk dirasai oleh golongan berkenaan. Sehubungan dengan itu, anak-anak hendaklah

memahami akan susah payah ibu bapa dengan cara melakukan pelbagai prakarasa agar

dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung.

                Budaya berjimat cermat ialah senjata yang paling ampuh digunakan apabila

berada dalam situasi begini. Langkah tersebut amatlah pragmatik dalam menghadapi

suasana darurat dalam rumah tangga. Anak-anak diharap dapat memahami keadaan berat

ringan yang ditanggung oleh ibu dan ayah. Prakarsa berjimat yang perlu dilakukan

Page 5: spm bm

hendaklah bermula dengan amalan yang mudah-mudah terlebih dahulu seperti mengawal

penggunaan keperluan asas terutama elektrik dan air. Rata-rata ibu bapa merungut tentang

sikap anak-anak mutakhir ini yang dengan sewenang-wenangnya mencurahkan air sesuka

hati dan membiarkan lampu dan kipas terpasang ketika tidak diperlukan. Memang benar

budaya berjimat cermat itu lunak dibicarakan sebaliknya tidak mudah untuk dipraktikkan,

namun segala-galanya adalah berpunca daripada sikap. Contoh yang paling mudah, jikalau

kuasa elektrik dijimatkan dan utilitinya di bawah daripada paras RM20 justeru penggunaan

domestik tersebut adalah percuama. Inilah sebenarnya hakikat amalan sedikit-sedikit lama-

lama menjadi bukit.

                Anak-anak yang baik adalah yang prihatin terhadap ibu bapa mereka. Setiap anak

tentulah maklum akan kedudukan kewangan keluarga. Oleh itu, anak-anak perlulah

menunjukkan rasa simpati terhadap jerih payah ibu bapa bekerja mencari rezeki. Fahamilah

akan beratnya tanggungan bak kata peribahasa, seberapa berat mata memandang beratlah

lagi bahu yang memikul. Anak-anak seperti ini sudah pasti akan mengamalkan sikap

bersederhana dalam hal makan minum, pakaian dan berbelanja sekadar yang perlu sahaja.

Amatlah malang sekali apabila ada anak-anak pada era sekarang seakan-seakan tidak

mempunyai sikap belas kasihan kepada ibu bapa. Mereka mudah terdorong untuk menuruti

gaya hidup rakan-rakan yang lebih mewah. Mereka mendesak dan meminta-meminta

sesuatu yang diluar upaya ibu bapa seperti inginkan pakaian yang berjenama dan berselera

untuk makan ditempat-tempat yang eksklusif. Sepatutnya, anak-anak hendaklah mengelak

daripada sebarang pengaruh dan budaya bermewah-mewah kerana resam hidup, pipit sama

pipit dan enggang sesama enggang masakan dapat terbang bersama.

                Walaupun bebanan kos hidup semakin meningkat, tetapi dalam sebuah negara

seperti Malaysia, peluang untuk memperoleh pendapatan tambahan sentiasa terbuka.

Peluang-peluang kerja sambilan seperti pembantu kedai dan berniaga secara kecil-kecilan

mudah diperoleh di mana-mana jua. Anak-anak yang baik sudah tentu dapat menghidu

peluang tersebut dengan cara melakukan kerja sambilan sewaktu lepas sekolah dan lebih-

lebih lagi dalam musim cuti sekolah. Perkara yang penting ialah ketepikan perasaan malu

Page 6: spm bm

dan malas. Sebenarnya telah banyak teladan yang dapat dikuti daripada ikon-ikon tersohor

seperti Tan Seri Syed Mokhtar Al Bukhary, Tan Seri Loh Boon Siew dan Dato Seri Tony

Fernandez yang berjaya menjadi konglomerat dengan memulakan peniagaan dari bawah.

Oleh itu, langkah yang terpenting setiap anak perlulah mempunyai wawasan dan jiwa yang

cekal untuk berjaya ibarat kata tokoh tersohor Sukarno, “Gantunglah cita-citamu di bintang

yang tinggi sekalipun kakimu masih mencecahi perlimbahan”.

                Bak kata peribahasa, daun boleh melayang jauh getah tetap mengalir ke perdu

ialah peribahasa yang menerangkan bahawa, anak-anak yang baik sentiasa kembali kepada

induknya. Hal demikian amatlah mustahak dijadikan pedoman oleh anak-anak yang telah

menginjak usia dewasa. Mereka ini hendaklah memperlihatkan sikap membalas budi dan

bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Setelah bertahun-tahun ibu bapa mendidik dan

menjaga, apabila sayap sudah penuh kembalilah kepada induk untuk melihat susah payah

mereka. Bantulah ibu bapa atas kadar yang terdaya. Janganlah apabila telah besar panjang,

ibu bapa langsung tidak dijengah. Adik-adik yang masih kecil perlu dibantu. Malanglah

sangat apabila kedapatan anak-anak yang sudah besar remaja tetapi masih bergantung

kepada ibu bapa. Oleh itu, berpada-padalah dan sedarlah bahawa setiap kita mempunyai

tanggungjawab untuk dilaksanakan. Janganlah bersikap kacang lupakan kulit, ibarat gemuk

membuang lemak, cerdik membuang saudara.

                Kaya atau miskin, susah mahupun senang adalah menjadi sunnatullah. Semuanya

adalah sebahagian daripada ujian Tuhan terhadap hamba-Nya agar tidak mengenal putus

asa. Demi berhadapan dengan cabaran kesusahan dan beban hidup, semua orang

digalakkan berusaha dengan lebih gigih. Hidup ibarat roda, hari ini di bawah mungkin esok

ke atas. Prakara yang paling penting ialah keinginan untuk berusaha dan tidak berputus asa.

Peribahasa menyatakan, di mana-mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sebagai anak yang

sudah besar panjang perlulah mengorak langkah untuk memikirkan sebarang kerja yang

dapat meringankan beban ibu bapa. Dalam pada itu, sebagai insan yang tidak putus

daripada khaliq-Nya, kita perlu berdoa, bermuhasabah dan bermunajat agar diberikan taufik

dan hidayah oleh Allah sehingga terbuka jalan dan ikhtiar. Yakinlah akan firman Allah

Page 7: spm bm

dengan mafhumnya, “Tuhanmu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan

kaum itulah yang mengubah nasib mereka sendir”i. Insya-Allah jikalau kita gigih dan tidak

putus memohon petunjuk-Nya, nescaya limpah kurnia dan restu Allah akan tetap bersama-

sama kita.

                Kesimpulannya, ketika berdepan dengan pelbagai cabaran sebagai kesan

daripada krisis kewangan, setiap keluarga tidak boleh mati akal. Ibu bapa hendaklah

mendidik anak-anak dengan penuh tanggungjawab, manakala anak-anak perlu faham akan

tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa. Sikap saling menyokong dan saling memerlukan

boleh menjadi jambatan untuk menzahirkan impian, “Rumahku Syurgaku”. Semoga dengan

sikap yang sentiasa positif segala masalah akan usai juga akhirnya, ibarat sepanjang-

panjang jalan berliku ada penghujungnya.

3.  Pengetahuan tentang sejarah dikatakan teras kepada pembentukan tamadun

sesuatu bangsa. Malangnya sejak akhir-akhir ini sindrom buta sejarah telah

melanda generasi muda.

Ulaskan pendapat anda tentang kewajaran kerajaan mewajibkan lulus mata

pelajaran sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perbuatan mengoyak-ngoyak Jalur Gemilang, mempersendakan kalimat dalam lagu

Negaraku, merosakkan sumber alam semula jadi, bersekongkol dengan musuh negara,

rasuah, dan tidak menghormati undang-undang adalah antara  anasir kerendahan budi

bahasa dan lunturnya jiwa patriotik seseorang. Namun demikian, fenomena seumpama itu

seolah-olah menjadi kepuasan kepada sesetengah individu untuk menunjukkan diri mereka

hebat. Mereka berbangga apabila dikatakan berjaya merobek-robek sistem perundangan,

peradaban, dan budaya masyarakat. Tingkah laku keji seperti ini sudah pasti boleh

Page 8: spm bm

meruntuhkan nilai patriotisme dalam kalangan rakyat seandainya tiada sebarang tindakan

proaktif diambil. Menyedarinya, kerajaan telah mengambil pendekatan mewajibkan subjek

sejarah kepada semua pelajar, malahan subjek tersebut diwajibkan lulus pada peringkat

SPM. Walaupun terdapat reaksi pro dan kontra, saya berpendapat langkah tersebut sebagai

kena pada masa dan situasi untuk mengembalikan hak dan maruah negara agar tidak

dicacatcelakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sejak ribuan tahun dahulu sejarah telah dijadikan sumber rujukan untuk

melahirkan negara bangsa yang sedar akan asal usul dan akar umbi tamadun. Hal

demikian amatlah penting kerana  kejahilan terhadap asal usul boleh melahirkan individu

yang mudah menderhaka dan tidak mempunyai jati diri untuk berasa megah terhadap tanah

tumpah darah. Oleh itu, sejarahlah yang munjadi murabbi dan mujadid untuk memberikan

segala maklumat tentang keadaan sebenar tanah air dan bangsa sendiri. Sama ada dalam

bentuk bertulis, monumen, prasasti mahupun serpihan, segala-galanya menjadi penting

apabila boleh dirujuk sebagai bahan sejarah. Itulah sahaja wadah yang dapat membezakan

kewujudan sesebuah negara dengan negara yang lain. Apabila rakyat telah sedar dan faham

hakikat sejarah, justeru fahamlah mereka akan tamadun tanah air sendiri. Sekiranya

prakarsa ini dapat diterjamahkan, nescaya amat relevanlah syarat wajib lulus sejarah dalam

kalangan pelajar diperkasakan semula.

Rakyat dari satu generasi ke satu generasi akan berlalu pergi, sebaliknya negara

akan terus kekal  berdaulat.  Demi mempertahankan kedaulatan, maka sejarahlah

yang dapat menjelaskan tentang kedudukan sebenar masyarakat dan sistem

politik di sesebuah negara. Tanpa pengetahuan yang terdidik tentang sejarah, sudah

pasti akan lahir manusia badut yang hanya layak untuk menjadi pelakon di pelbagai pentas.

Mereka  gagal menghayati akan harga sebuah kedaulatan dan tidak teragak-agak untuk

merosakkan tanah air sendiri. Segala imej tentang tamadun, budaya, sosio politik dan

ekonomi yang telah bertapak ribuan tahun akan menjadi catatan di atas kanvas sejarah

sahaja. Oleh sebab itu,  rakyat harus faham dan sedia bertolak ansur dalam kalangan

masyarakat yang menganut pelbagai ideologi, budaya dan adat resam. Rakyat perlu

Page 9: spm bm

menghormati antara satu sama lain dan bersatu untuk membentuk bangsa Malaysia yang

berasaskan permuafakatan dalam kontrak sosial yang telah dipersetujui. Dengan hal yang

demikian, langkah kerajaan itu adalah tepat sebagai strategi mendidik rakyat agar faham

dan tahu akan sejarah terbentuknya negara Malaysia di dalam acuan masyarakat majmuk.

Tokoh-tokoh silam dan masa kini tidak pernah berbalah pendapat tentang

pernyataan yang menyebut, “Sejarah ialah guru yang paling benar dan sejarah tidak pernah

berbohong”. Atas kebenaran tersebutlah, sejarah menjadi elemen paling penting

untuk mendidik rakyat memahami sistem bernegara. Sejarah merujuk kepada

peristiwa yang pernah terjadi dan peristiwa yang perlu diteladani. Oleh itu, pengalaman

landskap sejarah hendaklah dijadikan sumber untuk mengubah tingkah laku masyarakat

agar faham tentang sistem pemerintahan dan sistem bernegara. Sejarah mengajar rakyat

menghargai negara, menghormati pemimpin yang  telah banyak berjasa dan menghargai

betapa bahagianya hidup dalam sebuah negara yang damai dan aman serta makmur.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil iktibar daripada catatan sejarah tentang

betapa sulitnya untuk menatijahkan negara ini seperti yang wujud pada hari ini.

Pengalaman-pengalaman pahit yang telah diharungi generasi terdahulu seperti dalam

peristiwa penjajahan kuasa Barat, Perang Dunia Kedua, Darurat dan beberapa episod

pertelagahan kaum sudah cukup untuk pemimpin dan rakyat menjadi lebih matang.

                Sejarah juga telah dikenal pasti sebagai elemen penting membantu

mempercepat pembangunan sesebuah negara. Sesebuah negara akan terus jumud

sekiranya tidak mahu belajar daripada sejarah silam. Sesungguhnya, pengalaman inilah

yang telah menjadikan beberapa negara seperti Jepun, Korea, Vietnam dan beberapa

negara Komanwel di Asia Tengah untuk bangkit menjadi kuasa ekonomi yang gagah. Semua

negara berkenaan pada awalnya pernah hancur akibat bahana peperangan yang melanda.

Namun, dengan kekuatan rakyatnya menilai semula sejarah, justeru mereka bangkit  untuk

membajai semangat patriotisme menjadi bangsa yang berjaya. Hal yang sama turut

dikongsi oleh Malaysia yang mampu bangkit dalam tempoh 57 tahun sahaja selepas ratusan

tahun kita dibelenggu dalam rahang penjajahan. Pada hari ini, lihatlah sahaja di mana-mana

Page 10: spm bm

pelosok bumi Malaysia, harapan kejayaan sudah terhidang di hadapan mata. Benarlah

hakikat bahawa, rakyat yang kenal sejarah asal usul dan jatuh bangun bangsa mereka

sahaja yang mampu bangun untuk mengorak langkah semula

                Selain itu, sejarah pasti terus menjadi agenda untuk melahirkan rakyat

yang  sentiasabersedia mempertahankan kedaulatan negara. Perasaan sayang dan

terhutang budi kepada negara akan membentuk peribadi rakyat yang berjiwa patriotik,

berintegriti dan berwawasan. Mereka akan bersedia pada bila-bila masa untuk menjadi

tulang belakang pertahanan negara. Panggilan keramat dalam lirik,

inilah barisan kita

yang ikhlas berjuang

akan terus terpahat dalam jiwa dan sanubari anak muda demi menggalas amanah

keamanan sejagat. Pada hari ini, walaupun negara sudah aman, panggilan jihad terus

terpahat dalam jiwa warganegara apabila ramai yang rela menyahut panggilan untuk

menjalankan misi keamanan di seluruh pelosok rantau. Sikap patriotik seperti itu sudah

pasti memberi jaminan bahawa ketenteraman dan keselamatan sosial bakal terjamin. Oleh

yang demikian itu, janganlah ada pihak yang ingin menangguk di air keruh dengan

menyatakan langkah mewajibkan lulus sejarah sebagai tindakan selangkah ke belakang

kerana kononnya sejarah tidak mempeunyai nilai komersial.

Ratusan tahun kita berjuang untuk mengembalikan maruah dan kemerdekaan tanah

air. Kini setelah 57 tahun negara mengecapi kemerdekaan setiap rakyat harus merasai

sendiri denyut nadi mengecapi nikmat kemerdekaan. Kita perlu ingat bahawa,

mempertahankan kemerdekaan dan kemakmuran yang telah lama dikecapi adalah lebih

susah. Oleh itu, seandainya wujud sikap talam dua muka akibat buta sejarah maka amat

wajarlah kerajaan mengambil langkah segera untuk mewajibkan syarat lulus sejarah dalam

peperiksaan seandainya langkah tersebut boleh menyelamatkan masa depan negara.

Page 11: spm bm

4. Pelaburan asing memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan

sesebuah negara.

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pelaburan asing di

sesebuah negara.

                Pelaburan asing merupakan strategi lautan biru dalam memperkasakan sektor

ekonomi kepada sesebuah negara. Dalam konteks pasaran, pelaburan asing bermaksud

sesebuah kerajaan atau konglomerat cuba menjualkan teknologi, kepakaran dan produk

menjangkau ke pasaran global. Dalam era globalisasi kini, pelaburan asing menjadi

sebahagian daripada insentif ekonomi berimpak besar untuk melonjakkan pendapatan

syarikat mahupun negara. Sama seperti negara-negara di dunia yang lain, Malaysia turut

tidak ketinggalan sebagai pemain ekonomi industri yang sedang berkembang dengan

membuka dasar pelaburan luar di samping turut menggalakkan pelabur-pelabur tempatan

untuk mengembangkan sayap perniagaan di lapangan antarabngsa. Hal demikian telah

menunjukkan bahawa pelaburan asing sebagai suatu kemestian jikalau sesebuah negara

mahu bersaing di pentas ekonomi antarabnagsa. Pelaburan asing yang bersifat rentas

negara yang sedang berkembang pesat pada hari ini adalah dipengaruhi oleh beberapa

faktor sama ada faktor dalaman mahupun luaran.

                Keamanan dan keharmonian dalam sesebuah negara menjadi bonus

untuk negara tersebut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Kini

dalam suatu nada untuk mewujudkan kesamarataan sejagat, kestabilan politik dan

keamanan di sesebuah negara menjadi agenda penting. Hal tersebut akan mendorong

syarikat-syarikat besar di peringkat antarabangsa untuk memperkembangkan polisi

pelaburan mereka di rantau lain. Dengan hal yang demikian, setiap negara mula

menggerakkan inisiatif agar iklim politik dan keamanan domestik sentiasa terkawal. Dengan

keyakinan tersebutlah, syarikat-syarikat ternama antarabangsa seperti Apple, Pansonic,

Page 12: spm bm

IBM, SAMSUNG dan sebagainya sudah wujud dalam lingkungan geopolitik antarabangsa.

Hampir tidak mustahil apabila masyarakat hari ini tidak mengetahui tentang asal usul

sesebuah syarikat itu mula diasaskan adalah semata-mata atas kewujudannya yang

melampaui garis sempadan geografi antarabangsa.

                Polisi yang telus dan mesra pelabur yang diamalkan oleh sesebuah

kerajaan turut menyokong pelaburan asing. Kebanyakan negara Dunia Ketiga

khususnya mula membuka mata kepada pelaburan asing sebagai suatu strategi untuk

menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat mereka. Hal demikian telah membuka

laluan kepada berkembangnya pasaran luar oleh negara-negara industri seperti Jepun,

Amerika Syarikat dan negara-negara EU. Di Asia Tenggara sendiri, polisi yang dilaksanakan

oleh negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand telah membuka peluang

pekerjaan yang banyak di samping berjaya memacukan ekonomi domestik. Pada hari ini,

industri seperti automobil yang dikuasai oleh Jepun telah mula membuka pelaburan mereka

terutama di Indonesia dan Thailand.  Syarikat-syarikat automotif ternama Jepun seperti

Toyota, Honda, Isuzu dan Nissan pada hari ini telah mula memindahkan teknologi mereka

terutama ke Indonesia dan Thailand atas dasar ketelusan negara terbabit  dalam polisi

pelaburan asing mereka ibarat sambil menyelam minum air.

                Pasaran tempatan di sesebuah negara turut menjadi insentif utama

kemasukan pelaburan asing. Matlamat utama pelaburan adalah untuk memperluas

pasaran produk. Oleh itu, peluang terbaik kepada pelabur adalah dengan terus menanam

modal di negara terbabit. Selain memperoleh bekalan buruh tempatan yang murah, antara

20 hingga 30 peratus produk dapat dipasarkan untuk kegunaan domestik. Sementara itu,

bagi kebanyakan negara dunia Ketiga, pertumbuhan kadar kelahiran tidak pernah disekat.

Sebagai contoh, negara-negara seperti Indonesia 280 juta, Thailand 80 juta, Pakistan 196

juta sudah tentu mempunyai potensi pasaran yang terlalu besar.  Fenemona tersebut telah

memberi insentif besar kepada kemajuan pasaran domestik bak kata peribahasa banyak air

ikan tidak mati.

Page 13: spm bm

                Pada hari ini dasar buruh di peringkat global menjadi semakin komplek

dengan fenomena pergerakan migrasi dan pendatang. Gelombang perpindahan dari

negara miskin ke negara-negara maju dan negara Dunia Ketiga menyebabkan peningkatan

buruh asing di kebanyakan negara semakin sukar dikawal. Fenomena yang sama jelas

terjadi kepada Malaysia apabila limpahan buruh asing telah mencecah 4 juta

orang.  Limpahan tersebut telah memaksa kerajaan lebih berlembut atas dasar

kemanusiaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada pekerja asing untuk berkhidmat

dalam sektor swasta dan syarikat multinasional. Lama-kelamaan dasar tersebut sudah

menjadi suatu polisi pula apabila lebih banyak pelabur asing yang berminat untuk melabur.

Hal demikian samalah seperti kata peribahasa, di mana-mana ada air bertakung di situlah

ikan bernaung.

                Selain itu, kemasukan pelabur asing turut disokong oleh dasar pelaburan

kebangsaan yang diamalkan oleh kebanyakan negara. Apabila dirujuk kepada

Malaysia, kerajaan melalui MITI sentiasa menghantar misi kempen pelaburan luar ke negara-

negara maju. Langkah tersebut yang merupakan strategi serampang dua mata yang

memberikan fokus kepada penyediaan peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi

menyebabkan pelabur luar bagai pucuk dicita ulam mendatang, orang mengantuk

disorongkan bantal. Kemasukan pelabur asing juga turut menerima pelbagai insentif

daripada pihak kerajaan seperti zon perindustrian bebas, kemudahan prasarana, jaminan

pinjaman bank dan keselamatan operasi yang terjamin. Di samping itu, negara turut

menerima tempias positif apabila berlaku pemindahan teknologi kepada anak-anak

tempatan yang menjadi sebahagian daripada dasar melahirkan lebih ramai tenaga

profesional tempatan.

                Tuntasnya, dalam dalam era yang dikawal oleh polisi global kini, sesuatu polisi

hendaklah dirancang  dalam situasi menang menang kepada semua pihak yang

berkepentingan. Dasar perlindungan dan dasar monopoli sudah tidak relevan lagi.  Hal yang

sama sudah tentu berlaku dalam dasar pelaburan antara negara kerana ekonomi adalah

menjadi tangan ghaib yang menentukan kedudukan politik dan sosial di sesebuah negara.

Page 14: spm bm

Sesungguhnya, polisi pelaburan asing yang diamalkan oleh Malaysia pada masa ini adalah

tepat juga.

TERENGGANU

1.  Kes salah laku seperti vandalisme, buli dan tidak menghormati guru kerap

berlaku di sekolah belakangan ini. Situasi ini menggambarkan amalan budaya

penyayang semakin luntur dalam kalangan pelajar.

Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab jelaskan peranan  anda dalam

memupuk budaya penyayang di sekolah. 

Sejak tiga dekad belakangan, sering didengari kenyataan yang menyebut, bahawa

orang Melayu sebagai bangsa Asia yang sangat tinggi nilai hormat dan bersopan santun.

Malah nilai itulah yang telah mengangkat imej Malaysia untuk dikenali di seantero alam.

Namun, selepas dilanda pelbagai arus perubahan dan ancaman globalisasi yang semakin

pantas, nilai-nilai murni itu semakin memupus dalam budaya dan tradisi masyarakat

Melayu. Kini dalam pola masyarakat majmuk, masyarakat Malaysia kelihatan komplek. Tiada

lagi nilai sopan santun dan hilang budaya hormat dan berkasih sayang. Hukum sesiapa yang

kuat dia menang, yang cepat dia dapat, dan yang megah dia gagah sedikit demi secara

sedikit membentuk pola baru imej bangsa Malaysia pada abad milenium ini. Oleh itu,

sebagai anak muda saya perlu menghayati semula nilai-nilai murni masyarakat agar budaya

hormat dapat dinobatkan semula.

Isi-isi penting :

Isi 1 : saya perlu menjadi pelajar yang proaktif dalam mengamalkan akhlak yang

terpuji – mempamerkan sikap dan tingkah laku yang baik – disenangi rakan dan para guru

Page 15: spm bm

Isi 2 : menjadi pelajar yang mudah didekati – senang berkawan, cepat mesra, peramah

dan menghormati rakan – menjadi pelajar yang luhur budi bahasa serta patuh kerpada

perintah Tuhan

Isi 3 : mengamalkan prinsip dan identiti diri/jati diri – tidak mudah terikut-ikut dengan

perangai buruk rakan – tegas dan berani kerana benar

Isi 4 : belajar secara istiqamah – menjadi pelajar yang cemerlang akademik – ikhlas

membantu rakan untuk berjaya dalam akademik

Isi 5 : penglibatan dalam aktiviti kokurikulum – proses bergaul dengan rakan-rakan

secara sihat – menyumbang kejayaan kepada sekolah – mengangkat imej sekolah agar

tersohor di persada negara

Kesimpulan : Hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa ialah ungkapan peribahasa

yang mendorong seseorang itu agar beriltizam untuk menyumbangkan khidmat dan jasa.

Budaya penyayang seandainya dipupuk dan dibaja boleh memberi natijah kepada lahirnya

masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin. Oleh hal yang demikian, saya sangat

teruja untuk berada di tengah-tengah khalayak bagi meuar-uarkan idea yang baik ini agar

terbentuk juga masyarakat yang berbudaya, beretika serta penyayang. Sesungguhnya,

inilah Malaysia yang menjadi harapan kita menjelang dekad yang akan datang.

2.  Anda mengambil  bahagian dalam pertandingan pidato peringkat sekolah .

Tajuk pidato anda ialah, “Ibu Bapa Pendorong Anak-anak Dalam Merealisasikan

Budaya Membaca”.

Sediakan teks pidato itu selengkapnya.

Page 16: spm bm

Pendahuluan 1   

Apabila kita menoleh semula kepada  sejarah kemajuan manusia, perihal membaca

merupakan suatu wahana yang menjadi enjin utama untuk sesuatu bangsa itu maju. Dalam

sejarah Islam juga, permulaan madani bermula dengan membaca apabila Nabi Muhammad

SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira dengan asas membaca. Seterusnya membaca

terus menjadi nadi kejayaan Zaman Renaisance apabila banyak sumber bacaan dalam

tamadun Islam berpindah tangan kepada masyarakat Barat selepas berakhirnya Perang

Salib. Revolusi ciptaan mesin cetak yang bermula di Jerman telah membuka dimensi

pembacaan sebagai sangat penting yang menganjak manusia menemukan pelbagai ciptaan

moden hasil pembacaan. Oleh itu, tradisi warisan turun-temurun ini hendaklah diteruskan

khususnya dalam kalangan keluarga untuk membudayakan amalan membaca dalam

kalangan anak-anak.

Pendahuluan 2

Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang tersurat

mahupun tersirat daripada Surah Al Alaq, nescaya jawapan yang diperoleh tentulah amalan

membaca adalah merupakan suatu kewajipan. Kewajipan membaca bukan sekadar menjadi

pelengkap kepada sesuatu peperiksaan, sebaliknya menjadi tanggungjawab untuk

melahirkan umat yang berjaya, bijaksana, dan hebat menguasai dunia keilmuan. Namun

demikian, saranan membaca menatijahkan nilai yang paradoks apabila masyarakat Malaysia

khususnya amat liat untuk membaca. Sama ada di peringkat masyarakat umum hinggalah

ke pusat-pusat pengajian, amalan membaca gagal dibudayakan. Walaupun pelbagai

kempen dan insentif diberi untuk menyemarakkan amalan tersebut, hasil yang diperoleh

amatlah mengecewakan. Oleh itu, sejajar dengan sesuatu kejayaan itu bermula dari rumah,

nescaya keluarga haruslah memainkan peranan aktif untuk memupuk semula amalan

membaca.

Page 17: spm bm

Isi 1 :  Ibu bapa perlu menjadikan aktiviti membaca sebagai agenda wajib dalam

rumah tangga – membaca hendaklah menjadi amalan penting setaraf dengan keperluan

asasi yang lain seperti makan, minum, riadah dan semua aktiviti keluarga

Isi 2 :  Ibu bapa hendaklah menunjukkan karisme sebagai golongan terpelajar dan

berfikir – mencetuskan idea-idea baru, bernas dan matang melalui pengalaman membaca –

melahirkan rasa bangga kepada anak-anak atas kebolehan ibu bapa

Isi 3 :  Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membentuk tabiat

membaca – melengkapkan semua sudut di dalam rumah dengan prasarana membaca dan

bahan-bahan bacaan yang pelbagai bidang

Isi 4 :  Cuba memahami watak dan kecenderungan anak-anak – menyediakan bahan

bacaan yang sesuai dengan minat mereka

Isi 5 :  Mencuri peluang untuk menanamkan sikap suka berfikir secara

intelektual – pemikiran kelas pertama melalui kegiatan membaca – sesi sumbang saran

dan pendapat dalam kalangan ahli keluarga

Kesimpulan :  Dalam semua kecenderungan dan kejayaan anak-anak, sudah pasti ibu bapa

adalah sebagai penjana utama. Walaupun tidak dinafikan aspek minat, kecerdasan dan

bakat menjadi penentu jalan hidup anak-anak, namun ibu bapa berperanan penting untuk

mewarnakan mereka dengan betul. Oleh itu, budaya membaca dalam keluarga akan

menjadi mangkin kepada kejayaan anak-anak dalam apa-apa bidang yang mereka minati.

3.  Gagasan 1Malaysia antara lainnya bertujuan untuk mengeratkan perpapaduan

kaum ke arah melahirkan negara yang aman, stabil, makmur dan dihormati oleh

orang lain.

Page 18: spm bm

Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak bagi

mewujudkan dan mengekalkan perpaduan di negeri ini.

CATATAN : DENGAN IHSAN SAYA LAMPIRKAN SEMULA SAMPEL KARANGAN

DARIPADA MODUL SAYA EDISI 2013/2014.

Tanggal 3 April 2009, tarikh tersebut akan terus terlakar dalam sejarah negara apabila

Perdana Menteri Malaysia yang keenam dengan rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana

Menteri. Beliau ialah Dato Seri Mohamed Najib Tun Razak yang meneruskan legasi kepimpinan

ayahandanya Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Bukan sekadar itu sahaja, malah tarikh tersebut telah

menjadi mercu tanda baru satu lagi gagasan Malaysia moden dilancarkan. Gagasan 1Malaysia, Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kini menjadi landasan penting untuk pemimpin dan rakyat

Malaysia menentukan arah tuju kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang menjelang hari-hari yang

mendatang. Oleh hal yang demikian, dalam merealisasikan matlamat keramat itu, para pemimpin dan

rakyat Malaysia hendaklah menyumbangkan peranan yang aktif mengikut kemampuan dan

kedudukan masing-masing.

Tanggungjawab paling utama ialah para pemimpin hendaklah melaksanakan

tanggangungjawab yang telah diamanahkan demi kebaikan rakyat. Tanggungjawab merupakan

amanah yang amat penting untuk ditunaikan sejajar dengan sepotong Hadith Rasulullah yang

bermaksud, “Setiap daripada kamu mempunyai tanggungjawab dan setiap yang

dipertanggungjawabkan akan disoal ke atas diri mereka”. Inilah doktrin yang perlu dipegang dengan

kukuh oleh para pemimpin di setiap peringkat. Dalam hal ini, para pemimpin hendaklah mempunyai

komitmen yang tinggi agar janji dan manifesto ditunaikan dengan sebaik mungkin. Imej seseorang

pemimpin akan terserlah melalui kebijaksanaan mentadbir, pekerti yang mulia, adil lagi berpandangan

jauh. Dalam konteks satu Malaysia, keadilan hendaklah disamaratakan dalam kalangan semua kaum

agar setiap juzuk kaum tidak terasa diri mereka terpinggir daripada arus perdana. Sesungguhnya,

dengan kebijaksanaan dan keadilan pemimpin, rakyat akan bersatu padu dan menumpahkan taat

setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

Page 19: spm bm

Kredibiliti seseorang pemimpin tidak mungkin terserlah andainya tidak mendapat  sokongan

dan kerjasama daripada rakyat jelata. Dengan yang demikian, Imej 1Malaysia hendaklah dijelrnakan

daripada kerjasama yang terjalin kukuh antara pemimpin dan rakyat. Antara pemimpin dan rakyat

bagaikan irama dan lagu, andai salah satunya pincang nescaya musnahlah kedua-duanya. Oleh itu,

amatlah wajar diwujudkan jalinan persefahaman yang kukuh dan harmoni antara kedua-dua

pihak.  Sikap saling hormat dan saling menyokong boleh menjadi jambatan yang memperkukuh

hubungan. Sebagai pemimpin serlahkan nilai kepemimpinan yang berwibawa agar sentiasa dikagumi

rakyat. Manakala sebagai rakyat berilah taat setia yang tidak berbelah bahagi kerana kedua-duanya

memerlukan kerjasama erat ibarat ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, hati gajah sama

dilapah dan hati kuman sama dicecah.

Menjelang era milenium dan dalam perubahan arus perdana global, masyarakat hendaklah

memperlengkap diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang paling tuntas. Rakyat seharusnya

mempunyai kemahuan yang tinggi untuk meletakkan diri mereka sebagai masyarakat kelas pertama.

Mereka wajar berganjak dan bersedia keluar daripada pemikiran jumud dalam kepompong katak di

bawah tempurung. Kemampuan berfikir secara global dan berfikir di luar kotak mampu menjanakan

transformasi rakyat yang memiliki ciri-ciri kebijaksanaan, produktif, dan gigih berdaya saing. Langkah

strategik untuk mencapai matlamat tersebut adalah dengan membangunkan pelbagai institusi

pendidikan dan kemahiran. Langkah terbaik seperti yang sedang berlaku kini adalah dengan wujudnya

kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta yang menyediakan pelbagai peluang pendidikan yang

bertaraf dunia. Seandainya inisiatif ini terus diperkasakan, nescaya gagasan 1Malaysia pasti menjadi

realiti.

Memetik kata-kata filosof agung Confucious, “Apalah guna kita tidur sebantal jikalau mimpi

berbeza-beza, lebih baik berlainan bantal namun mimpi kita masih sama”. Kata-kata yang telah

diucapkan sejak lebih 3000 tahun itu benar-benar memberikan impak kepada negara berbilang kaum

seperti Malayisia. Demi merealisasikan hasrat 1Malaysia, langkah paling utama ialah masyarakat

menjalinkan perpaduan yang sejati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Pemahaman konservatif

yang menyatakan, perbezaan dalam aspek agama, budaya dan ragam hidup menjadi perintang

Page 20: spm bm

perpaduan perlulah diubah segera. Sepatutnya, perihal kepelbagaian daripada pemajmukan itu

hendaklah dijadikan aset untuk membentuk suatu negara bangsa yang unik. Sebagai rakyat Malaysia

jauhilah fahaman perkauman yang masih menebal, sebaliknya jadilah masyarakat yang berfikiran

terbuka dengan mempertingkatkan nilai hormat terhadap kepercayaan agama, adat resam, dan kaum.

Insya-Allah, sekiranya nilai taboo ini berjaya disingkirkan pastilah suatu fasa baru  1Malaysia, Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan boleh menjadi landasan baru rakyat Malaysia.

Atas rasa cinta kepada tanah air tercinta, seyogialah seluruh rakyat membuktikan semangat

patriotisme mereka. Keharmonian dan kesejahteraan negara perlulah diisi dengan agenda

pembangunan. Pembangunan yang meliputi aspek material dan spiritual harus berarak

serentak.  Amatlah malang sekiranya, bumi bertuah yang sangat kaya dengan pelbagai potensi ini

tidak dimanfaatkan untuk kesejahteraan insan. Kita harus bersama-sama berganding bahu untuk

membangunkan dan mempelbagaikan potensi ekonomi negara. Oleh itu, setiap warga dituntut untuk

memaksimumkan daya usaha melalui cara berfikir, cara bekerja, dan mematangkan kreativiti. Seluruh

rakyat tidak perlu berfikir tentang siapakah dirinya di bumi bertuah ini? Sebaliknya dalam suatu suara

1Malaysia mereka perlu bangkit untuk memaksimumkan daya pengeluaran negara. Oleh itu, sudah

tiba masanya kita menjadi negara yang mengeksport produk dan kepakaran daripada sekian lama

menjadi masyarakat pengguna semata-mata.

Memetik lirik-lirik dalam lagu patriotik “Malaysia Berjaya” yang berbunyi “Dari Perlis hinggalah

ke Sabah, kita sudah berjaya” memaparkan betapa pentingnya kita bersatu dan berusaha untuk

membentuk sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Kini kejayaan tersebut hendaklah

direalisasikan oleh generasi baru Malaysia agar segala agenda yang telah dirancang oleh pemimpin

yang terdahulu dapat mengimpakkan manfaat yang berganda kepada seluruh rakyat Malaysia. Oleh

itu, gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan harus diteruskan dengan

pengisian dan keterlibatan menyeluruh oleh rakyat Malaysia.

Page 21: spm bm

4.  Masalah pencemaran dan isu kemusnahan alam sekitar semakin

membimbangkan masyarakat dunia akhir-akhir ini.

Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh negara-negara serantau

bagi mengatasi masalah ini.

KELANTAN

1.  Murid hari ini diharap menjadi remaja berwawasan untuk kemajuan negara.

Jelaskan ciri-ciri yang perlu anda miliki untuk menjadi remaja berwawasan.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang kerjayanya

sebagai pemimpin utama negara telah mencetuskan pelbagai idea yang pragmatik. Idea-

idea seperti Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Penswastaan dan Persyarikatan Malaysia,

Slogan Bersih, Cekap, dan Amanah dan yang paling menarik ialah Wawasan 2020 (WW

2020). Kini, WW 2020 telah diadikan garis panduan dan hala tuju untuk kerajaan dan rakyat

Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, segala dasar

yang dibentangkan bukan sekadar muluk dalam kata-kata sahaja, tetapi hendaklah

direalisasikan dengan kegigihan dan strategi yang betul dan tepat. Insya-Allah, matlamat

dan wawasan tersebut akan menjadi kenyataan, justeru inilah jaminan saya untuk hasrat

murni negara itu tercapai. Dengan hal yang demikian, sebagai remaja pencetus inovasi

madani, saya perlulah memperlengkap diri sebagai remaja trampil demi menggalas amanah

negara yang cukup mencabar itu.

Page 22: spm bm

2.  Ibu bapa, kaunselor dan pihak berwajib memainkan peranan yang penting

dalam menangani masalah remaja.

Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

3.  Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia mengadakan majlis rumah terbuka

setiap kali menyambut perayaan kerana amalan ini mendatangkan pelbagai

manfaat.

Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Membuktikan Malaysia sebuah negara yang  memiliki pelbagai budaya, adat

resam dan upacara sambutan yang boleh dilakukan secara besar-besaran –

lambang kepada keunikan dan kepelbagaian rakyat Malaysia pelbagai kaum

Isi 2 : Sebagai produk pelancongan dan imej yang unik negera Malaysia – sukar

ditemui di mana-mana negara di dunia

Isi 3 : Melahirkan sikap rakyat yang sentiasa bersyukur – mengadakan majlis dan

keraian untuk rakan taulan dan tetamu pelbagai kaum

Isi 4 : Membina jambatan perpaduan masyarakat – mengeratkan hubungan – saling

ziarah dan menghargai kehidupan yang aman dan toleran

Page 23: spm bm

Isi 5 : Menzahirkan warna-warni budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai –

keindahan alam semula jadi yang turut diserikan dengan pelbagai corak kehidupan rakyat

yang harmoni.

4.  Mutakhir bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan ribut taufan telah

melanda beberapa buah negara di dunia. Kerjasama  sejagat amat diperlukan

bagi membantu negara-negara terlibat.

Sarankan bentuk sumbangan yang boleh dihulurkan untuk membantu negara

yang dilanda bencana alam seperti itu.

CATATAN : DENGAN IHSAN SAYA LAMPIRKAN SEMULA SAMPEL KARANGAN

DARIPADA MODUL SAYA EDISI 2014.

Malapetaka alam sering menarik simpati warga dunia. Malaysia turut tidak

ketinggalan menghulurkan pelbagai bantuan kepada mangsa yang ditimpa

malapetaka di seluruh dunia.

Bincangkan sumbangan Malaysia terhadap mangsa-mangsa malapetaka alam.

                Nasib malang dan ajal maut tiada sesiapapun yang mampu menduganya. Geruh

tidak berbunyi, malang tidak berbau menggambarkan betapa setiap malapetaka yang

berlaku tidak pernah dijangkakan. Semuanya sudah ditakdirkan oleh Tuhan yang berkuasa

dan berlaku secara natural. Fenomena alam seperti perubahan suhu, pergerakan tektonik,

dan ombak laut amat sukar dijangkakan walaupun dengan bantuan  sistem teknologi

canggih. Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas. Mangsa yang terlibat langsung tidak

berpeluang untuk menyelamatkan diri. Menurut pakar-pakar fenomena alam, abad ke-21

merupakan tempoh matang terhadap perubahan sistem alam yang berlaku dalam tempoh

2000 tahun. Dengan hal yang demikian, malapetaka alam berkemungkinan berlaku pada

Page 24: spm bm

bila-bila masa dan di mana-mana tempat jua. Memandangkan kita tidak mempunyai kudrat

untuk menghalang tragedi besar malapetaka alam, kita hanya boleh menghulurkan bantuan

kepada mangsa yang dilanda pelbagai malapetaka.

                Dalam mendepani episod sedih daripada pelbagai kejadian, Malaysia tidak

ketinggalan menghulurkan pelbagai sumbangan. Simpati Malaysia itu dilakukan atas dasar

perikemanusiaan. Pemimpin dan rakyat Malaysia sentiasa insaf, jikalau hari ini kita bebas

daripada malapetaka, namun esok atau lusa bencana mungkin menimpa. Kita mengambil

pendekatan sedikit tanda ingat, banyak tanda ada untuk membantu mereka yang

dilanda musibah. Langkah tersebut diambil juga atas dasar setia kawan dan jalinan mesra

antara pemimpin yang sentiasa dirintis oleh Malaysia.

                Penglibatan Malaysia dalam menangani kemelut kemanusiaan itu termasuklah

menghantar pasukan mencari dan menyelamat mangsa. Pasukan yang terdiri daripada

Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan SMART sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal untuk

turut sama dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa. Pasukan tersebut pernah

dihantar membantu dalam tragedi gempa bumi di Pakistan, Indonesia, dan tragedi Taufan

Durian dan yang terkini Taufan Hayyan di Filipina. Selain itu, pasukan bomba dihantar juga

dalam kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran di Sumatera dan kepulauan

Riau di Indonesia.

                Pasukan perubatan yang diketuai oleh Mercy Malaysia tidak ketinggalan

menyalurkan khidmat merawat mangsa. Selain merawat mereka juga memberikan khidmat

kaunseling kepada mangsa yang mengalami trauma. Kini Mercy Malaysia yang dipimpin

oleh Dato Dr Jamilah semakin mendapat tempat di hati masyarakat setempat kerana

perkhidmatan cemerlang mereka. Ketika mengadakan operasi menyelamat mangsa dalam

tragedi gempa bumi di Pakistan, Mercy Malaysia telah menerima pujian hasil kepakaran dan

disiplin yang tinggi para pengamal perubatan dari Malaysia. Selain khidmat sosial yang

berkualiti, pasukan tersebut telah menjadi duta kebajikan untuk menaikkan nama Malaysia

di mata dunia.

Page 25: spm bm

                Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak sempat dan tidak berkemampuan

untuk sampai ke tempat tragedi, huluran simpati tidak pernah berhenti. Pelbagai usaha

dijalankan seperti mewujudkan tabung derma mangsa bencana alam. Oleh itu, setiap agensi

dan organisasi telah mengambil iniisiatif mengumpul derma dalam bentuk wang ringgit.

Agensi-agensi terkemuka sama ada media cetak atau media elektronik telah membuka

akaun khas di bank-bank tempatan bagi membolehkan orang ramai menderma kepada

mangsa tragedi.  Bukan sekadar usaha tersebut, terdapat juga orang perseorangan atau

organisasi bukan kerajaan yang sanggup mengumpul pakaian baru dan terpakai untuk

dihantar ke lokasi dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia. Semua usaha tersebut

terhasil daripada penghayatan nilai murni dan falsafah kemanusiaan yang sentiasa dianuti

oleh rakyat Malaysia.

                Di pihak kerajaan, bantuan pascabencana terus dihulurkan. Antara bantuan yang

diberikan seperti sumbangan modal dan kepakaran untuk membangunkan semula kawasan

yang telah tejejas teruk. Sebagai negara berjiran yang dapat merasakan rintihan dan suara

hati saudara serantau, Malaysia telah membantu kerajaan Indonesia dalam usaha

membangunkan semula sistem pendidikan di wilayah Acheh dan Jogjakarta di Indonesia

yang terjejas teruk dalam peristiwa gempa bumi dan Tsunami. Dengan sokongan yang

diberikan itu telah dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa-

mangsa. Anak-anak dapat meneruskan semula pelajaran, sementara hidup baru dapat

dimulakan sedikit demi sedikit.

                Kini malapetaka sudah berlalu dan kemungkinan peristiwa-peristiwa ngeri itu

bakal berulang tiada sesiapapun yang dapat menduga. Walau bagaimanapun, atas sifat

perikemanusiaan, rakyat Malaysia tetap berazam untuk terus membantu mangsa selagi

terdaya. Segala bantuan yang telah dihulurkan terbit daripada perasaan yang ikhlas demi

kesejahteraan dunia sejagat.

Page 26: spm bm

MPSM KUANTAN, PAHANG

1.  Sambutan Hari Ibu diadakan pada setiap tahun demi menghargai jasa dan

pengorbanan mereka.

Sebagai anak yang penyayang, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan untuk

menzahirkan rasa kasih sayang tersebut.

NOTA : Dengan ihsan, saya lampirkan semula sampel karangan asal saya daripada

modul edisi 2012. Sila ubah suaikan mengikut kesesuaian soalan di atas.

Setiap anak menjadi permata hati dan harapan kepada ibu bapa.

Bincangkan sikap yang patut diamalkan oleh anak-anak agar hasrat tersebut

menjadi kenyataan.

PERINGATAN PENTING : SILA ALIH KARANGAN ASAL INI KE DALAM DIMENSI DIRI

                Tanggal ..... haribulan ...... tahun 1995 (*masukkan tarikh lahir anda sendiri)

dengan izin Allah SWT, lahirlah seorang insan di mayapada ini. Kelahiran yang memberikan

sinar dan cahaya kepada kedua-dua ibu dan ayah. Doa dan harapan yang tidak putus-putus

ditadahkan ke petala langit memohon restu dan makbul Allah SWT supaya anak tersebut

menjadi cahaya mata, buah hati pengarang jantung. Demikianlah suatu hakikat yang sering

melingkari kehidupan insan supaya anak-anak yang lahir ke dunia ini menjadi permata hati

yang membahagiakan kehidupan ibu dan ayah. Alangkah bahagianya kedua-dua insan

mulia tersebut sekiranya anak yang bertuah itu benar-benar menuruti acuan yang telah

disepoh dan dicanai sejak awal. Dengan hal demikian, betapa besar harapan ibu bapa,

Page 27: spm bm

seyogia besar lagilah azam anak-anak untuk menzahirkan impian tersebut menjadi

kenyataan.

                Setiap anak hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya telah melahirkan kita ke dunia ini. Sementelahan itu berterima kasihlah kepada

kedua-dua ibu bapa yang telah bersusah payah melahirkan kita. Langkah yang terpenting

ialah anak-anak hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah agar memberi barakah kesihatan

dan kesejahteraan kepada ibu bapa. Sementara itu, anak-anak juga perlu membentuk jati

diri mereka agar mudah berjinak-jinak dengan amalan yang diredai. Binalah kekuatan

peribadi sebagai insan yang mulia di dunia dan memperoleh ganjaran pahala. Tiada yang

lebih berguna selepas ibu bapa pergi melainkan menadah harapan agar anak-anak

mengirimi mereka doa seperti dalam Hadith Rasulullah yang bermaksud , “Apabila mati

seseorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amal baik dan buruknya, melainkan tiga

yang masih ditinggalkan iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfat, dan anak-anak yang

soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa”.

                Kalangan bijaksana pernah menukilkan, “Budi pekerti pakaian peribadi, akal

fikiran pakaian insani”. Keluhuran budi dan kebijaksanaan insani merupakan modal besar

untuk seseorang itu berjaya dalam kerjaya dan dipandang mulia oleh masyarakat. Oleh itu,

jadilah anak-anak yang hebat di tengah-tengah masyarakat dengan pancaran budi bahasa

yang terserlah serta minda yang kreatif dan inovatif. Belakangan ini, pelbagai kecelaruan

dalam masyarakat tercetus akibat kemuflisan pekerti anak-anak remaja. Akhirnya, sikap keji

tersebut membawa kesengsaraan kepada ibu bapa. Ibu bapa terpaksa menelan malu akibat

anak-anak yang bankrup akhlak. Pelbagai angkara songsang seperti pergaulan bebas,

berzina, menipu dan seribu satu angkara lagi seyogia dijauhi jikalau ada perasaan sayang

terhadap ibu bapa.

                Anak yang baik sentiasa beriltizam untuk mengubah kehidupan ibu bapa agar

menjadi lebih baik. Oleh yang demikian, berusahalah dengan gigih demi jaminan hidup yang

lebih sempurna. Dunia yang diwarnai dengan pelbagai budaya ilmu harus dikuasai dengan

Page 28: spm bm

membudayakan ilmu dalam kehidupan. Amatlah jengkel seseorang yang tidak berilmu

apabila berada di tengah-tengah masyarakat. Sejajar dengan perkembangan teknologi,

tuntutlah ilmu setinggi yang mungkin dan lengkapi diri dengan pelbagai kemahiran. Kedua-

dua pakej tersebut menjadi jaminan untuk bersaing dalam pasaran global. Sesungguhnya,

ilmulah yang dapat membezakan antara yang dungu dan yang cemerlang. Sesuai dengan

wasiat Rasulullah SAW dalam Hadith baginda tentang kepentingan menuntut ilmu yang

bermaksud,  “Tuntutlah ilmu walau sampai ke negara Cina sekalipun”, membuktikan

bahawa ilmulah yang menjadi jaminan untuk hidup bahagia.

                Ikram dan kasih sayang menjadi penambat hati ibu bapa terhadap anak-anak.

Tamsil orang tua-tua, ketika telapak kaki sebesar dua jari, anak-anak sudah ditimang bagai

menatang minyak yang penuh. Malang sekali apabila anak-anak sudah meningkat dewasa

ada yang tergamak memutuskan hubungan dengan ibu bapa. Sebenarnya, celakalah anak-

anak yang seumpama ini. Anak-anak seperti ini tidak akan bahagia di dunia malah di akhirat

akan menerima bala daripada sifat sombong tersebut. Selagi kudrat, ibu bapa tidak akan

menagih apa-apa kepada anak-anak melainkan berharap kepada sifat mawaddah anak-anak

sahaja. Patuhilah seperti Firman Allah dalam Surah Israk, ayat 23 yang bermaksud, “Dan

Tuhanmu memerintahkan kamu agar jangan menyembah selain-Nya. dan

hendaklah berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Jika salah seorang atau

kedua-duanya telah lanjut usia dalam peliharaanmu, maka jangan sekali-kali

kamu meninggikan suara walaupun dengan perkataan, oh!”. Oleh yang demikian,

sebaik-baik anak ialah mereka yang tidak pernah memutuskan hubungan silaturahim

dengan ibu bapa.

                Hidup ini  sandar-menyandar ibarat aur dengan tebing. Sebagai anak yang baik,

jalinkan kehidupan dengan rangkaian sahabat handai dan rakan taulan. Hidup menjadi

harmoni dalam masyarakat yang saling menghormati antara satu dengan yang lain. Jiran

tetangga umpama keluarga sendiri kerana segala mudarat dan musibah jiranlah yang lebih

dahulu mendatangi kita. Rakan taulan dan jiran ibu bapa hendaklah dihormati, dengan yang

tua dijunjung taat manakala yang muda bergaullah secara berhemat. Tingkah laku yang

Page 29: spm bm

baik akan menyerlahkan imej sebenar ibu bapa kerana kenal batang pada daunnya.

Sesungguhnya, inilah imej anak-anak yang menjadi permata hati dan harapan kepada ibu

bapa.

                Akhir kata, jadilah sebaik-baik anak yang boleh membahagiakan ibu bapa sejadi

mereka di dunia mahu pun sesudah mati. Jauhi diri daripada terjebak dengan perkara-

perkara mungkar yang boleh mencontengi ibu bapa dengan arang. Sebenarnya, inilah imej

anak-anak yang didambakan oleh ibu bapa lebih-lebih lagi ketika menjelang usia emas

mereka. Ingatlah bahawa, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

SAMPEL 2

NOTA : Dengan ihsan, saya lampirkan semula sampel karangan asal saya.

Sila ubah suaikan mengikut kesesuaian soalan di atas.

Bersempena dengan hari ibu, anda telah dijemput mewakili generasi remaja bagi

menyampaikan ucapan bersempena dengan hari Anugerah Ibu Cemerlang.

Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Yang saya hormati, Puan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Ketua Pengarah Jabatan

Pembangunan Wanita dan Masyarakat Malaysia, Yang Berbahagia Pengarah Pusat Komuniti

Malaysia Zon Utara, Yang Mulia guru-guru dan seterusnya raka-rakan pelajar yang dikasihi

sekalian.

Hadirin sekalian,

                Pada pagi yang mulia ini saya mengambil kesempatan istimewa ini untuk

mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur yang telah memilih saya untuk

melafazkan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna kepada golongan Hawa.

Page 30: spm bm

Tahniah untuk seluruh wanita yang bergelar ibu kerana telah diberi penghargaan khas pada

hari yang istimewa yang dinamakan‘Hari Ibu’. Semoga pemilihan hari ini menjadi lakaran

sejarah untuk semua pihak merenung sejenak akan sumbangan besar yang telah diberikan

oleh para ibu. Oleh itu, pada kesempatan ini saya mengucapkan, ‘Selamat hari Ibu’.

                Hari istimewa ini sudah sewajarnya diadakan bagi mengembalikan ingatan

tentang pengorbanan besar seseorang wanita yang bergelar ibu. Ibu yang juga sebagai

pengemudi rumah tangga merupakan nukleus kepada perkembangan tamadun manusia.

Ibu juga sebagai penyeri dan penghias rumah tangga. Sesuai dengan sifat mereka yang

lemah lembut, teliti, penyabar, dan sensitif kehadiran seorang wanita yang bergelar ibu

mampu membahagiakan sesebuah rumah tangga. Seseorang bayi akan berasa selamat

apabila berada dalam pangkuan ibu. Anak-anak akan berasa tenteram dan riang

apabila  berada di samping ibu. Manakala suami pula berasa dirinya terjaga apabila berada

di sisi isteri yang tersayang. Demikianlah hebatnya seorang wanita yang bergelar isteri dan

ibu , bak kata peribahasa tangan yang menghayun buaian itu memerintah dunia.

                Dalam menegakkan sebuah institusi masyarakat yang dinamik, peranan keluarga

amatlah penting. Apabila dikaitkan dengan keluarga, justeru ibulah insan yang menjadi

penentu hala tuju mendidik dan menguruskan rumah tangga agar anak-anak membesar

dengan sempurna. Dalam masyarakat tradisi, ibu menjadi penunggu setia di dalam rumah,

sementara si suami keluar mencari rezeki. Kegagalan ibu melaksanakan tanggungjawab

menjaga anak-anak nescaya pincanglah keluarga tersebut. Kepincangan dalam keluarga

pasti membawa musibah besar terhadap masyarakat dan negara. Atas sokongan padu

isteri, biasanya suami dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Tanpa

isteri sebagai sumber inspirasi seseorang suami menghadapi pelbagai kesulitan untuk

melaksanakan tanggungjawab mencari rezeki apabila dalam masa yang sama terpaksa

melihat kebajikan anak-anak. Kejayaan sesebuah rumah tangga sama ada dalam aspek

ekonomi dan pendidikan anak-anak mesti terjana daripada gemblengan sinergi suami dan

isteri. Dengan komitmen kuat itulah, para cendekiawan pernah menyatakan “Kejayaan

seseorang lelaki itu berdiri di belakangnya seorang wanita”.

Page 31: spm bm

Tuan-tuan dan puan-puan,

                Dalam dunia serba moden ini segala fungsi manusia mula mengalami proses

mobiliti. Mobilasasi tersebut seperti wanita turut bersama-sama suami keluar mencari

rezeki. Hal tersebut adalah kerana wanita hari ini memiliki ilmu pengetahuan dan lebih

berdaya saing dengan kehendak semasa. Ramai wanita yang berjaya menjadi profesional

seperti guru, doktor, jurutera, akauntan, dan peniaga. Situasi ini membangkitkan cabaran

yang lebih besar terhadap para ibu untuk menyeimbangkan tanggungjawab mereka antara

keluarga dan kerjaya. Namun demikian, atas kecekalan hati mereka, ramai wanita yang

berjaya dalam kedua-dua fungsi iaitu menjadi ibu yang baik dan menjadi pekerja yang

profesional. Ramai wanita profesional yang telah bergelar ibu dapat menguruskan rumah

tangga dengan baik dan melahirkan anak-anak yang pintar untuk meneruskan tradisi

kecemerlangan keluarga.

Atas prihatin kerajaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan

Masyarakat telah diwujudkan. Fungsi kementerian yang diterajui oleh Dato Seri Shahrizat

Abdul Jalil itu adalah sebagai induk yang menjaga hal ehwal kebajikan wanita dan keluarga.

Selain itu, kementerian tersebut menjadi ikon kepada kejayaan kaum wanita apabila semua

kegiatan wanita telah diselaraskan agar peranannya lebih menyeluruh. Langkah

mewujudkan kementerian tersebut juga sebagai pengiktirafan besar kerajaan terhadap

komitmern tinggi gender tersebut dalam masyarakat.

Rakan-rakan sekalian,

Kita yakin, selagi wujud bulan dan matahari, tradisi dan kehendak asasi manusia

tidak akan berubah. Keinginan kepada jantina yang berbeza dan keinginan untuk

membentuk sebuah keluarga yang bahagia akan terus menjadi fokus masyarkat. Walaupun

dunia berubah dalam pelbagai bentuk atas permintaan dan aspirasi manusia, fungsi lelaki

dan wannita sebagai suami dan isteri tetap tidak berubah. Oleh hal yang demikian,

sanjungilah peranan ibu anda kerana komitmennya terhadap masa depan anda. Hormatilah

wanita sebagai penggerak tamadun bangsa. Selamat Hari Ibu

Page 32: spm bm

Sekian terima kasih.

2.  Kemalangan jalan raya masih menunjukkan statistik yang membimbangkan.

Selaku pegawai di Jabatan Pengangkutan Jalan, anda diminta menyampaikan

sebuah ceramah kepada golongan belia di tempat anda anda. Tajuk ceramah

tersebut ialah, “Kemalangan Jalan raya Berpunca Daripada Sikap Pemandu Itu

Sendiri”.

Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

3.  Dalam usaha meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di seluruh

negara, aspek keselamatan murid sekolah diutamakan melalui pelaksanaan

Program Sekolah Selamat.

Pada pendapat anda, nyatakan kebaikan-kebaikan pelaksanaan program

tersebut.

4.  Dalam usaha memburu kemewahan hidup, segelintir remaja didapati terjebak

dalam kegiatan keldai dadah di peringkat antarabangsa.

Pada pendapat anda, mengapakah fenomena  tersebut berlaku?

            ‘Keldai dadah’, suatu frasa yang menggambarkan tahap kebodohan berdarjah

tinggi manakala dadah ialah najis yang amat kotor dan membinasakan. Alangkah hinanya

barang siapa yang terlibat dengan pekerjaan tersebut kerana kebodohan diri yang boleh

Page 33: spm bm

memerangkap sehingga membawa kepada kemusnahan. Walau bagaimanapun, fenomena

tersebut bukan lagi asing di negara seperti Malaysia. Hingga kini sudah ratusan anak muda

yang telah memasuki perangkap sebagai keldai dadah yang telah diformasikan oleh

rangkaian penyeludup dadah antarabangsa yang berpangkalan di Asia, Afrika dan Eropah

Timur.  Bukan sedikit pula dalam kalangan mereka yang sedang meringkuk di dalam penjara

di beberapa buah negara seperti di China, Amerika Latin dan di beberapa buah negara

Eropah. Inilah suatu musibah daripada tempelak peribahasa, niat di hati nak peluk gunung,

malang terpeluk biawak celaka. Sesungguhnya, banyak sekali umpan sama ada dalam

bentuk material mahupun keinginan nafsu yang memerangkap anak-anak muda untuk

dijadikan keldai dadah.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Sifat darah muda yang mudah terpengaruh untuk mencuba sesuatu yang

baru – tawaran pendapatan yang lumayan dan dapat melancong ke luar negara

Isi 2 : Kejahilan untuk  menilai benar atau salah sesuatu tawaran – mudah termakan

janji manis

Isi 3 : Keterujaan/obses remaja malah ibu bapa supaya anak-anak dapat bekerja

di luar negara – menerima tawaran daripada sindiket tanpa banyak soal – masuk

perangkap sindiket untuk dijadikan keldai dadah

Isi 4: Dasar pelancongan negara yang sangat berhemah kepada pelancong asing –

ejen-ejen pengedar dadah mudah bolos – mudah berkomunikasi dan merekrut anak-anak

muda tempatan untuk menjadi perantara mengedar dadah dalam rangkaian antarabangsa

Isi 5 : Kedudukan Malaysia sendiri yang menjadi pintu masuk bekalan dadah

antarabangsa – peluang untuk memperoleh bekalan dadah – urusan pengedaran dapat

dilakukan dengan cepat

Page 34: spm bm

Isi 6 : Kebanyakan anak muda negara yang jahil tentang undang pengawalan dan

pencegahan dadah di luar negara – kawalan ketat di pintu masuk di lapangan terbang –

mudah mengambil risiko untuk membawa dadah apabila mendapat tawaran yang lumayan

5.  Membaca karya-karya sastera boleh membentuk jati diri seseorang.

Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh daripada pembacaan karya-karya

tersebut.

Karya kreatif merupakan cetusan idea yang bersandarkan minda yang kreatif dan

tajam serta diasosiakan dengan emosi yang sentimental. Wadah yang ingin disampaikan

adalah berdasarkan kepekaan terhadap segala isu dan konflik dalam kehidupan. Gabungan

antara minda dan emosi itu diketengahkan kepada masyarakat pembaca melalui medium

bahasa yang indah, berseni dan tinggi kreativitinya. Oleh hal yang demikian, karya-karya

kreatif berupaya menggerakkan daya berfikir pembaca melalui pemikiran yang kritis dan

analitikal. Berbeza daripada sumber-sumber maklumat deskriptif, genre sastera memuatkan

pelbagai sumber seperti persoalan, gaya bahasa, teknik penyampaian, dan nilai-nilai

estetika yang tinggi. Oleh itu, tidak syak lagi kita bakal memperoleh pelbagai faedah apabila

mengkaji pelbagai genre sastera.

Isi-isi penting :

Isi 1 :   Dapat menyelami daya berfikir orang-orang yang bijaksana - menggali

segala khazanah ilmu melalui perkongsian pemikiran kreatif - mengenali gaya berfikir dan

cetusan ilmu yang diketengahkan melalui isu, persoalan, dan tema yang digarapkan -

mewujudkan interaksi tidak langsung dengan para ilmuwan, seniman, dan budayawan

Page 35: spm bm

Isi 2 :   Memperoleh idea-idea dan pemikiran besar melalui tema dan persoalan

yang telah digarapkan - menggerakkan minda untuk berfikir berdasarkan gagasan idea

penulis - berfikir secara realistik dan pragmatik melalui buah fikiran dan persoalan yang

dikemukakan - menjana minda agar mampu menjadi insan bijaksana melalui perkongsian

dan percambahan idea yang kreatif dan inovatif

Isi 3 :   Menggali khazanah budaya dan cara berfikir masyarakat -  penerapan

melalui latar tempat dan latar masyarakat - secara tidak langsung dapat meninjau tentang

sesuatu lokasi walaupun tidak pernah menjejakkan kaki - mendalami corak hidup, corak

pemikiran, dan pelbagai aktiviti sosioekonomi

Isi 4 :   Memperkaya perbendaharaan ilmu dan kosa kata - teks kreatif memang kaya

dengan varisai bahasa - mempelajari pelbagai bentuk bahasa - menikmati pengucapan seni

yang indah seperti dalam pengucapan falsafah, bahasa tinggi, puisi, bidalan, dan peribahasa

Isi 5 :   Menganjak paradigma minda, sikap, dan gaya bertindak - penerapan unsur

nilai yang amat kaya dalam setiap karya kreatif - menajamkan minda melalui penghayatan

dan berfikir secara hikmah daripada pelbagai konflik dan episod yang dipaparkan - mendidik

diri untuk lebih positif berpandukan amanat yang disampaikan sama ada secara langsung

atau tidak langsung

Kesimpulan :  Sesungguhnya, ilmu itu luas bak lautan yang tidak bertepian seperti

yang diungkapkan dalam serangkap syair,

Ilmu alat yang sangat berguna

Idaman orang yang bijaksana

Hamparnya luas amat saujana

Tepinya ajal sempadannya fana

Page 36: spm bm

Apabila mengkaji sesebuah karya kreatif sudah pasti pelbagai limpahan ilmu yang bakal

diperoleh. Yakinlah bahawa,  dengan mengkaji genre sastera adalah amat menguntungkan

selain sangat menghiburkan.

SOALAN-SOALAN TAMBAHAN – TERMASUK DARIPADA PPD SABAK BERNAM

DIMENSI DIRI

Belakangan ini jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti Tunku Abdul

Rahman, Tun H.S. Lee, dan Tun Sambanthan semakin dilupakan.

Bincangkan cara-cara anda menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.

PERHATIAN : (Soalan ini pada asasnya hampir sama dengan soalan Bahagian A

SPM 2012)

Pendahuluan : Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang dan

manusia mati meninggalkan nama ialah peribahasa yang merujuk kepada sumbangan

seseorang itu akan terus diingati walaupun dia sudah tiada lagi. Sumbangan dan jasa bakti

akan tetap menjadi kenangan terutama sekali jasa yang ditaburkan kepada negara. Tokoh-

tokoh seperti negarawan yang telah banyak menaburkan jasa kepada masyarakat dan

negara adalah wajar sekali nama mereka disanjung dan terus kekal terpahat dalam tinta

sejarah. Justeru, jasa tokoh-tokoh terkemuka seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak,

Za’aba, Tun H S Lee, Tun Sambantah dan ramai lagi wajar diberi pengnormatan atas jasa

yang telah mereka sumbangkan. Oleh itu, sebagai generasi muda yang dapat menghirup

udara keamanan dan kesjeahteraan, saya akan terus mengingati jasa mereka dengan

pelbagai cara yang boleh dilakukan.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Saya hendaklah menanamkan perasaan bangga lagi bermaruah menjadi

rakyat Malaysia – dapat menyuntik perasaan sayang dan menghargai perjuangan tokoh-

tokoh terdahulu

Page 37: spm bm

Isi 2 : Saya hendaklah menjadi anak muda yang bersifat patriotik yang sentiasa

memahami dan menghayati sejarah negara – sentiasa menyimpan perasaan bangga

dan berterima kasih kepada tokoh-tokoh yang telah bersusah payah memerdekakan dan

memajukan negara

Isi 3 : Menjadikan tokoh-tokoh sebagai idola sanjungan saya – berasa bangga, teruja

dan terhutang budi atas kebijaksanaan, hemah peribadi dan keberanian mereka

memperjuangkan keamanan negara – menyimpan cita-cita untuk menuruti tauladan mereka

Isi 4 : Mengambil bahagian yang aktif dalam koakademik yang berkaitan dengan

sejarah, tamadun dan budaya – menyertai pertandingan seperti kuiz, melukis poster,

mengarang dan mengadakan sambutan ulang tahun mengingati jasa mereka yang telah

pergi

Isi 5 : Mencadangkan kepada semua pihak agar mengabadikan nama tokoh-tokoh

negara pada setiap tempat penting – sebagai suatu langkah untuk menghidupkan

perjuangan mereka – mendidik masyarakat muda mengenali secara lebih dekat diri dan

sumbangan mereka

Kesimpulan : Kata-kata hikmat yang menyebutkan, tiada yang dahulu tiada yang sekarang

dan tiada yang lama maka tiadalah yang baharu menunjukkan bahawa hubung kait antara

yang lama dan yang baru sentiasa saling memerlukan. Seandainya, generasi terdahulu

sebagai pelakar sejarah, nescaya generasi kini perlulah menauladani sejarah dan bijak pula

menghargainya. Apa-apa yang telah dilakarkan oleh mereka hendaklah dijadikan wasilah

untuk membentuk sebuah masyarakat madani. Mana-mana yang salah jadikanlah panduan

untuk membuka lembaran sejarah yang baru, kerana yang baik jadikan tauladan, manakala

yang buruk jadikan sempadan.

Penguasaan pelbagai bahasa penting dalam kehidupan seseorang.

Bincangkan kepentingan menguasai pelbagai bahasa dalam kehidupan  remaja

kini.

Pendahuluan :  Mafhum daripada sepotong ayat al-Quran yang bermaksud,

“Sesungguhnya aku jadikan manusia dalam berbagai-bagai bangsa dan bahasa agar mereka

Page 38: spm bm

saling berkenal-kenalan dan bertolong bantu. Perbezaan bangsa dan bahasa bukanlah

alasan untuk memisahkan antara manusia. Sepatutnya manusia memanfaatkan peluang

untuk mendalami ilmu dengan menguasai pelbagai bahasa. Pelbagai bahasa wujud di dunia

ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Arab, bahasa Ibrani, bahasa Mandarin,

bahasa Jepun, bahasa Korea dan bahasa-bahasa yang berasaskan etnik wujud di seantero

pelosok alam. Dengan hal yang demikian, amatlah wajar rakyat Malaysia menyambut baik

gesaan kerajaan untuk mempelajari pelbagai bahasa.

Isi 1:    Bahasa merupakan unsur yang global dan universal

-          untuk melihat kebesaran Yang Maha Pencipta – (Maksud ayat al-Quran, “Aku jadikan

manusia daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku-suku dengan pelbagai bahasa agar

mereka dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain)

-          membentuk umat yang sentiasa bersyukur

-          pandai menghormati hak dan kedaulatan manusia sejagat

Isi 2:    Sebagai medium mencari dan menggali khazanah ilmu yang dimiliki oleh

pelbagai bangsa

-          setiap bangsa memiliki keistimewaan tersendiri (bangsa Eropah dengan kemajuan

teknologi, bangsa Cina dengan tamadun perubatan herba/tradisional, bangsa Jepun dengan

kecanggihan ilmu dan teknologi dan bangsa Arab dengan pembinaan budaya, kesenian, seni

bina dan falsafah.

-          sebagai medium untuk memudahkan kita mencari ilmu tanpa memerlukan medium

perterjemahan yang panjang/lama

Isi 3 :  Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga dunia

-          mengeratkan hubungan diplomatik antara negara

-          mengelak salah faham dan wujud hubungan saling menghormati

-          dapat bertukar-tukar ilmu, teknologi, kebudayaan dan falsafah

Isi 4 :   Mudah untuk berhijrah dan berkomunikasi dengan seluruh bangsa di dunia

Page 39: spm bm

-          dapat meneroka alam sejagat yang wujud di seluruh dunia

-          memperoleh ramai rakan dan kenalan di seluruh dunia

-          medium terbaik dalam usaha menuntut ilmu dan mengenali budaya masyarakat global

Isi 5 :   Strategi keselamatan

-          dapat mencungkil maklumat rahsia dan niat jahat orang lain terhadap diri kita

-          langkah awal untuk pertahanan diri daripada sebarang anasir yang tidak baik

-          memperkemas logistik pertahanan negara dalam bentuk peralatan dan perang saraf

Kesimpulan :  Berpandukan kata-kata peribahasa, air banyak ikan tidak mati membuktikan

bahawa, apabila banyak khazanah yang kita peroleh banyak pula perkara yang boleh kita

lakukan. Demikianlah dengan pengayaan pelbagai bahasa sudah pasti menolong kita untuk

menggali segala khazanah ilmu. Dengan yang demikian, jadikanlah usaha memperluas

pengetahuan tentang pelbagai bahasa sebagai langkah untuk kita bangun bersaing di

peringkat global.

Sikap pengguna jalan raya yang tidak berhemah telah mengakibatkan

peningkatan kes kemalangan di jalan raya.

Tulis sebuah rencana tentang peranan remaja sebagai pengguna jalan raya yang

berhemah.

Pendahuluan : Pelbagai OPS  untuk mengatasi kemalangan di jalan raya telah dilancarkan

oleh pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia. Malang sekali dalam setiap operasi yang

dilancarkan bukan sahaja sasaran untuk mengurangkan kemalangan jalan raya tidak

tercapai, malah mangsa yang paling ramai terlibat ialah golongan remaja. Golongan remaja

sebagai pihak yang terbanyak menggunakan jalan raya turut dikenal pasti sebagai pihak

yang  kurang beretika semasa memandu mahupun menunggang motosikal. Aksi-aksi seperti

memandu laju, berlumba, merempit dan tidak menghormati undang-undang dilakukan

dengan sewenang-wenangnya. Hal demikian telah membawa musibah apabila statistik

kemalangan di Malaysia semakin meningkat tahun demi tahun. Melihatkan keadaan yang

Page 40: spm bm

semakin parah itu dan boleh menyebabkan bunga bangsa taruhan negara menjadi korban di

jalan raya, saya berpendapat banyak prakarsa yang harus direalisasikan oleh remaja untuk

menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Melengkapi diri dengan syarat pemanduan yang menepati piawai undang-

undang trafik – syarat seperti lesen memandu, cukai jalan dan insuran serta pengetahuan

tentang undang-undang jalan raya

Isi 2 : Tahu perkara-perkara asas tentang ciri-ciri keselamtan pada kenderaan –

kebanyakan remaja hanya tahu memandu/menunggang kenderaan sahaja – perlu

tingkatkan kepekaan terhadap ciri-ciri mekanikal kenderaan

Isi 3 : Mampu menguasai emosi dan mengawal nafsu sewaktu di jalan raya – tidak

bersikap terburu-buru dan melayani kehendak darah muda remaja – tidak mudah tersirna

dengan cabaran berlumba atau dicabar

Isi 4 : Mengasuh peribadi luhur untuk menghormati pemandu lain – tidak angkuh

dan menganggap jalan raya sebagai kemudahan bersama – boleh bertolak ansur dalam

situasi sukar seperti kesesakan jalan raya, waktu puncak atau kerosakan kenderaan

pemandu lain

Isi 5 : Mengelak diri daripada aktiviti memandu/menunggang secara berkumpulan

dan berkomboi dengan rakan sebaya – sebagai sebab utama berlaku perlumbaan

haram dan merempit – mengelak diri dipengaruhi kegiatan tidak sopan semasa di jalan raya.

Kesimpulan : Walaupun pelbagai nasihat dan slogan tentang keselamatan jalan raya

terpapar di merata-rata tempat strategik, namun hakikatnya belum mampu untuk mendidik

masyarakat agar lebih berhemah di jalan raya. Fenomena inilah yang mendedahkan rakyat

negara ini menjadi mangsa di jalan raya. Walaupun kecil dalam peta dunia, namun Malaysia

cukup besar dalam statistik kemalangan di jalan raya. Oleh itu, remaja sebagai golongan

sasar terpenting hendaklah lebih prihatin semasa di jalan raya kerana geruh tidak berbunyi

malang tidak berbau.

Remaja sering menjadikan individu tertentu sebagai idola dalam kehidupan

mereka.

Page 41: spm bm

Bincangkan ciri-ciri yang perlu ada pada diri anda supaya boleh menjadi idola

kepada orang lain.

Pendahuluan : Apabila ditanyakan kepada mana-mana remaja tentang idola mereka,

nescaya pelbagai watak individu akan dipilih sebagai ikon mereka. Antara yang paling

popular tentulah pemimpin negara, golongan artis, ahli sukan atau tokoh-tokoh agama.

Walau sesiapa jua yang menjadi pilihan, seyogia keterampilan, kebijaksanaan dan hemah

adalah menjadi kayu ukur untuk menentukan individu berkenaan menjadi idola. Hakikat

peribahasa, kerbau dipegang talinya, manusia dipegang pada identitinya menunjukkan

bahawa ciri yang terbaik haruslah dimiliki oleh setiap individu jikalau mahu menjadi tokoh

ikutan dan pimpinan yang boleh diteladani. Oleh itu, sebagai pemimpin masa depan, saya

amat teruja untuk memperkasakan diri dengan pakej peribadi yang sempurna agar mampu

menjadi ikon yang boleh memberi impak terbaik kepada orang lain.

Isi-isi penting :

Isi 1 : saya perlu menjadi pelajar yang proaktif dalam mengamalkan akhlak yang

terpuji – mempamerkan sikap dan tingkah laku yang baik – disenangi rakan dan para guru

Isi 2 : menjadi pelajar yang mudah didekati – senang berkawan, cepat mesra, peramah

dan menghormati rakan – menjadi pelajar yang luhur budi bahasa serta patuh kerpada

perintah Tuhan

Isi 3 : mengamalkan prinsip dan identiti diri/jati diri – tidak mudah terikut-ikut dengan

perangai buruk rakan – tegas dan berani kerana benar

Isi 4 : belajar secara istiqamah – menjadi pelajar yang cemerlang akademik – ikhlas

membantu rakan untuk berjaya dalam akademik

Isi 5 : penglibatan dalam aktiviti kokurikulum – proses bergaul dengan rakan-rakan

secara sihat – menyumbang kejayaan kepada sekolah – mengangkat imej sekolah agar

tersohor di persada negara

Page 42: spm bm

Kesimpulan : Pilih suatu petikan yang sesuai – gabung kepada tema –nyatakan cadangan –

lahirkan impian/harapan

DIMENSI KELUARGA

Kenaikan kos sara hidup membebankan golongan masyarakat yang

berpendapatan rendah.

Huraikan peranan keluarga untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam

menangani permasalahan tersebut.

CATATAN : SAMA DENGAN CONTOH JAWAPAN SOALAN 2 NEGERI KEDAH

Anda merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan

Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) diminta menyampaikan sebuah ceramah

kepada belia-belia   di tempat anda. Tajuk ceramah tersebut ialah “Usaha-usaha

Kerajaan dalam   Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat”.

Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.

Pendahuluan : Dalam sejarah tamadun dunia, kita telah belajar tentang pelbagai peristiwa

pahit dan manis rakyat menjalani kehidupan. Pernah diberitakan, rakyat pernah mengecapi

kenikmatan hidup semasa pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang sangat adil lagi

telus dalam urusan pentadbiran negara. Kecemerlangan yang dicapai sehinggakan Baitul

Mal negara sentiasa penuh kerana tiada rakyat yang layak menerima zakat. Kegemilangan

yang sama turut dikecapi oleh rakyat Mesir semasa Nabi Yusuf menjadi Menteri Ekonomi.

Dua contoh yang tersebut adalah sebahagian daripada beberapa kejayaan pemerintah yang

lain sejak zaman prasejarah hinggalah era milenium ini. Sesungguhnya, dalam apa-apa

kapasiti pun, kejayaan sesebuah negara adalah bermula daripada kebijaksanaan pemimpin

merancang pelan strategik negara melalui agenda berjimat cermat.

Page 43: spm bm

Isi-isi penting :

Isi 1 :  Meuar-uarkan kempen penjimatan secara berterusan dan tersusun – usaha

untuk menyedarkan rakyat suoaya tidak membazir – kempen penjimatan tenaga elektrik, air

dan bahan makanan – amalan berbelanja secara berhemah

Isi 2 :  Melipatgandakan kempen supaya rakyat membeli barangan buatan

Malaysia – langkah penjimatan tepat, harga murah b arang bermutu) – langkah serampang

dua mata, selain berjimat dapat sokong IKS

Isi 3 :  Galakan usaha menabung – mengelak daripada berbelanja yang tidak perlu –

inisiatif kerajaan melancarkan pelbagai dana dan saham amanah (ASNB, AS1M, tabungan

koperasi, pembelian insurans)

Isi 4 :  Kempen penjimatan bahan-bahan makanan dan utiliti – untuk mengurangkan

kos perbelanjaan harian dan mengamalkan gaya hidup sihat (kempen kurangkan gula,

kurangkan penggunaan minyak masak dan penjimatan petrol)

Isi 5 :  Melancarkan skim khidmat sokongan – membantu golongan yang berpendalatan

rendah – KR1M, BR1M, dan Restoran 1 Malaysia – langkah membantu rakyat agar tidak

tertekan dan terpaksa berhutang

Kesimpulan :  Hukum ingat sementara belum kena dan jimat sementara belum habis

hendaklah dijadikan amalan dan ‘Hadith’ Melayu agar dapat mendidik manusia supaya

beringat dan berwaspada dalam apa-apa situasi sekalipun. Sudah lumrah, malang tidak

berbau dan geruh tidak berbunyi yang sepatutnya kita hayati supaya sentiasa membuat

persediaan agar tidak dilanda malapetaka. Janganlah sudah terkena baharu hendak

beringat-ingat, bak sudah terhantuk baharu hendak menengadah.

Page 44: spm bm

Pusat penjagaan orang tua semakin bertambah bagai cendawan tumbuh selepas

hujan.

Jelaskan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar menghargai warga

emas.

Pendahuluan : “Warga Emas Teras Masyarakat”. Itulah suatu slogan yang

memberikan pengiktirafan atas keberadaan warga emas di tengah-tengan masyarakat.

Walaupun sebahagian mereka boleh dianggap sebagai Quran buruk, namun kewujudan

mereka banyak memberikan impak positif untuk melahirkan masyarakat yang penyayang,

prihatin dan tahu membalas budi. Malahan berdasarkan sepotong pepatah Cina yang

bermaksud, “Apabila di dalam rumah kamu tersimpan seorang tua, tahulah bahawa di

dalam rumah itu sudah menyimpan suatu barang yang berharga”. Oleh hal yang demikian,

keberadaan warga emas perlu dianggap sebagai suatu rahmat dan hendaklah diberikan

penghormatan pada kedudukan tertinggi. Dalam hal ini, ibu bapalah yang

bertanggungjawab untuk mendidik generasi muda agar tahu menghormati warga emas.

Isi 1 : Ibu bapa perlu banyak bercerita tentang kehebatan dan sumbangan datuk

dan nenek kepada anak-anak – anak akan faham bahawa keidupan berkeluarga yang

mereka sedang alami adalah hasil daripada pengorbanan induk yang lebih tua

Isi 2 :  Kerap membawa anak-anak berziarah orang tua di kampung – penting

kepada masyarakat bandar yang semakin terpisah jauh daripada warga emas – anak-anak

dapat kenal dan bermanja dengan induk mereka

Isi 3 :  Mendidik anak-anak bersikap merendah diri kepada orang-orang tua

– memberi ucapan hormat dan sedia mendengar cakap golongan tua – elakkan bercerita

tentang sejarah silam orang tua terutama tentang perkara negatif

Page 45: spm bm

Isi 4 :  Lebih kerap membawa anak-anak ke majlis-majlis kenduri-kendara dan

menziarah kematian – anak-anak akan lebih dekat dengan khalayak tua – boleh

berinteraksi dan kenal cita rasa warga emas

Isi 5 :  Membawa ibu bapa bertandang atau tinggal bersama – anak berasa lebih

mesra dengan datuk dan nenek mereka – cepat tumbuh perasaan kasih sayang.

Kesimpulan :  Warga emas ialah insan yang amat banyak meninggalkan jasa kepada

generasi masa kini. Segala jerih payah mereka perlu dihargai dan diberi balasan yang

setimpal dengan sumbangan mereka. Biarlah pengorbanan tersebut terus lestari dengan

sikap tahu membalas budi daripada anak-anak dan cucu-cucu. Inilah hakikat hidup dalam

rangkaian generasi dan salasilah keturunan yang tidak putus  buat selama-lamanya.

Hampir setiap ahli keluarga mempunyai akaun laman sesawang seperti Facebook,

Twitter, dan Instagram.

Tulis sebuah rencana tentang kesan penggunaan media sosial terhadap hubungan

kekeluargaan.

Kes-kes yang berkaitan keselamatan kanak-kanak semakin meningkat dari hari ke

hari.

Bincangkan peranan ibu bapa dalam menjamin keselamatan anak-anak.

Kemahiran berkomunikasi, kemahiran penyelesaian masalah, dan kemahiran

kepimpinan penting dalam alam pekerjaan.

Page 46: spm bm

Huraikan cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-

anak menguasai kepelbagaian kemahiran.

               

DIMENSI MASYARAKAT/NEGARA

Anda telah menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Kelab

Keusahawanan sekolah bertajuk ‘Pertanian ialah Perniagaan’.

Tulis  teks syarahan anda itu selengkapnya.

DENGAN IHSAN SAYA LAMPIRKAN KARANGAN ASAL SAYA DARIPADA BUKU

SASBADI UNTUK EDISI 2015 SEBAGAI JAWAPAN ALTERNATIF KEPADA SOALAN INI.

Kerajaan perlu memperkasakan sektor pertanian.

Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh apabila sektor pertanian diperkasakan.

                Bak kata orang tua-tua, “Berbakti kepada bumi, bumi tidak pernah menipu”.

Maksud di sebalik ungkapan tersebut menjelaskan bahawa kerja-kerja bercucuk tanam

sudah pasti membawa hasil yang tidak mengecewakan. Kaitan peribahasa tersebut boleh

dirujuk dengan aktiviti pertanian di negara ini yang memerlukan pemerkasaan semula

setelah kerancakannya semakin malap akibat hambatan sektor-sektor lain terutama dalam

sektor industri pembuatan. Sebagai sebuah negara yang dianugerahi Allah dengan

kesuburan tanah-tanihnya, pihak kerajaan hendaklah meletakkan sasaran sektor pertanian

dalam NKRA negara. Sebenarnya terdapat banyak habuan positif kepada semua pihak

sekiranya sektor pertanian ini diperkasakan semula.

                Faedah yang pertama tentulah kepada pihak kerajaan sendiri apabila dapat

mewujudkan suatu lagi saluran strategik untuk ekonomi negara. Pihak kerajaan dapat

Page 47: spm bm

mengurangkan kadar pengaliran wang keluar kerana mengimport barangan makanan

khususnya barangan pertanian. Statistik yang dikeluarkan dalam tahun 2013, sejumlah 30

bilion telah dibelanjakan untuk mengimport pelbagai jenis barangan makanan. Hal demikian

amatlah ironi kepada sebuah negara seperti Malaysia. Sementara itu, sebagai suatu

daripada maslahat tanggungjawab kepada rakyat, kerajaan dapat mengurangkan kadar

pengangguran dalam kalangan rakyat terutama yang tinggal di luar bandar. Pada hari ini,

sektor pertanian terpaksa menerima penangan kuat daripada sektor-sektor lain sehingga

keadaannya diibaratkan hidup segan mati tak mahu.

                Kumpulan yang kedua bakal memperoleh faedah tentulah sektor swasta yang

mempunyai hubung kait perniagaan dalam bidang pertanian. Para peniaga yang terlibat

secara langsung mengeluarkan input-input pertanian seperti pembekal jentera, pengeluar

baja, racun dan biji benih akan dapat mengembangkan sayap perniagaan mereka dengan

lebih meluas lagi. Jikalau selama ini syarikat-syarikat agro seperti BASF dan ICI, sukar untuk

mengembangkan produk mereka, namun apabila aktiviti pertanian kembali diperkasakan

sudah tentu bidang pemasaran mereka akan berkembang. Dengan perkataan yang lain,

semua syarikat yang ada hubung kait dengan produk pertanian bakal meraih untung

daripada polisi kerajaan yang bersifat menang-menang dan mesra perniagaan seperti itu.

Demikianlah hakikat yang saling menyokong bagai aur dengan tebing.

                Masyarakat tani ialah golongan sasar yang mendapat durian runtuh terbesar

sekiranya dasar kerajaan yang lebih mesra pertanian benar-benar berlaku. Selama ini

golongan tani yang dilihat sebagai komuniti kelas ketiga dalam strata masyarakat di

Malaysia, sebaliknya apabila sektor pertanian kembali bernafas golongan inilah yang bakal

menjadi entreprenuer dan pedagang yang mempunyai kuasa ekonomi terkuat. Kesuraman

dalam sektor ini telah memberikan kesan yang amat negatif terhadap guna tanah selain

turut terjadi penyelewengan ke atas tanah pertanian di seluruh negara. Belakangan ini,

pengubahan status tanah pertanian kepada tanah industri dan tanah pegangan bebas

semakin menjadi-jadi. Alasan utama yang diberi kerana wujud tanah terbiar dan tanah rang

yang tidak diusahakan. Seharusnya, perkembangan negatif itu hendaklah dilihat sebagai

Page 48: spm bm

suatu strategi untuk melenyapkan kuasa pemilikan tanah khususnya dalam kalangan rakyat

tempatan, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

                Kalangan peniaga dan pedagang juga turut memperoleh faedah daripada

prakarsa yang positif ini. Bidang perniagaan seperti eksport import akan memasuki fasa

baru apabila Malaysia mula menjadi hub utama pengeluaran hasil-hasil pertanian. Bagi

merancakkan lagi eksport, Malaysia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada eksport

komoditi pertanian seperti minyak sawit dan getah sahaja. Pada masa ini kedua-dua bidang

komoditi ini mula mendapat saingan hebat daripada negara-negara jiran seperti Indonesia

dan Thailand. Oleh itu, pemerkasaan sektor pertanian akan memberi ruang kepada bidang

pertanian yang lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Langkah

seperti yang diambil oleh kerajaan Perlis dalam menjenamakan pengeluaran mempelam

Harumanis sepatutnya menjadi pembuka jalan kepada negeri-negeri lain. Oleh itu, motto

Kementerian Pertanian dan Industri asas Tani dalam menjenamakan semula pertanian

dengan logo, “Pertanian ialah Perniagaan” boleh memberikan nafas baru kepada semua

pihak yang berkepentingan dalam sektor yang sangat dominan ini.

                Kesimpulannya, anugerah Tuhan yang amat berharga ini wajar dimanfaatkan agar

faedahnya dapat dirasai oleh semua pihak. Walaupun sektor petroleum dan pembuatan

menjadi sumber kebergantungan ekonomi negara, justeru tidak salah sekiranya bidang

pertanian turut menjadi pelengkap kepada seluruh kegiatan ekonomi di negara ini. Inisiatif

yang paling penting, kita hendaklah melipatgandakan usaha dan menggemblengkan

kepakaran kerana jika tidak dipecahkan ruyung, di manakan dapat sagunya?

Semua warga sekolah terutama murid-murid bertanggungjawab untuk

mengekalkan tahap disiplin dalam kalangan murid di sekolah.

Bincangkan.

Page 49: spm bm

Pendahuluan :  ‘Disiplin’ suatu kata yang sudah cukup klise tetapi sangat berhantu dalam

kalangan pelajar. Bagi pelajar di sekolah, dalam mana-mana peringkat sekalipun sentiasa

rimas apabila dikaitkan dengan perihal disiplin. Malahan, dalam beberapa keadaan, guru-

guru yang menjadi penguasa disiplin sangat ‘popular’ dengan kebencian oleh para pelajar.

Kisah-kisah panas guru disiplin dipukul, kereta guru dicalari atau disimbah cat telah menjadi

sebahgian daripada risiko yang terpaksa dihadapi. Walau bagaimanapun, dalam benci tapi

‘rindu’ tanpa peraturan dan disiplin mungkin sistem pendidkan di Malaysia tidak sampai ke

tahap yang ada seperti sekarang. Oleh itu, pelestarian sistem disiplin hendaklah diteruskan

dan sentiasa diperkasakan supaya proses kemenjadian pelajar akan berhasil.

Isi-isi penting :

Isi 1 :  Agar dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang selesa, selamat,

tenteram serta dapat melahirkan modal insan yang berkualiti – tanpa suasana

pembelajaran yang kondusif matlamat mendidik akan terbantut – melahirkan generasi

pelajar yang membawa pelbagai anasir kepada mengara

Isi 2 :  Dapat menjalinkan hubungan yang akrab dan mesra antara murid dan guru

serta sebaliknya – mewujudkan suasana taman ilmu yang tenteram dan berhikmah –

wujud jalinan kasih sayang dalam kalangan warga sekolah

Isi 3 :  Berupaya melahirkan insan soleh yang berilmu, berakhlak, dan kompeten

– sebagai jaminan terhadap masa dengan lahirnya modal insan yang hebat dan cemerlang

Langkah-langkah :

Isi 4 :  Semua sistem, rutin dan program sekolah hendaklah dipatuhi oleh pelajar –

cuba menghayati nilai disiplin sebagai penggerak dan penjana kejayaan

Page 50: spm bm

Isi 5 :  Semua pelajar hendaklah menanamkan perasaan bangga terhadap alma

mater – menanamkan azam untuk berjasa kepada sekolah dan menjulang nama sekolah ke

persada pendidikan negara

Kesimpulan :  Tepat sekali apabila dikatakan disiplin adalah berperanan sebagai janakuasa

yang menggerakkan ketahanan diri pelajar daripada terjerumus ke kancah bahaya.

Walaupun, disiplin bukan elemen yang popular dalam kalangan umum pelajar, namun

kehadirannya hendaklah diterima, ibarat ubat sekalipun pahit namun sangat mujarab.

               

Masyarakat kini kurang kesedaran tentang peranan mereka sebagai pengguna

yang bijak.

Huraikan ciri-ciri pengguna bijak.

Penghidap penyakit kronik seperti kanser, dan AIDS semakin meningkat.

Langkah-langkah  perlu diambil untuk menyedarkan masyarakat tentang

bahayanya penyakit kronik.

Bincangkan.

Malaysia mempunyai tempat-tempat menarik seperti pantai-pantai, tempat-

tempat bersejarah, dan kawasan tanah tinggi.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh  dilakukan oleh

masyarakat setempat untuk memajukan tempat-tempat tersebut.

Page 51: spm bm

*DENGAN IHSAN SAYA LAMPIRKAN SEMULA SAMPEL KARANGAN ASAL DALAM

MODUL SAYA EDISI 2014. SILA UBAH SUAIKAN MENGIKUT KESESUAIAN SOALAN.

Industri pelancongan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin menulis

rencana berkaitan dengan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

NOTA : Karangan ini dalam bentuk berformat rencana. Pastikan anda mematuhi arahan

format.

Tajuk :  Pelancongan di Malaysia, Potensi dan Tanggungjawab Semua Pihak

Oleh   :  Dayan Asytar Bin Dayan Asyhar

Sudah acap kali penganjuran tarikan pelancong ke luar negara oleh pelbagai agensi sentiasa

mendapat sambutan yang memberangsangkan. Penganjuran tersebut turut disokong oleh pihak

kerajaan dengan menganjurkan Kempen Tahun Melawat Malaysia. Kini Malaysia mula dikenali di

saentero dunia sebagai destinasi pelancongan yang menarik, murah, dan eksotik. Malaysia telah

menduduki tempat kesembilan dari sepuluh negara yang paling popular dikunjungi pelancong.

Kerajaan Malaysia telah menyasarkan, pada tahun 2012, jumlah kemasukan pelancong kepada 24.5

juta orang dengan anggaran tukaran asing sebanyak RM58 bilion. Sejajar dengan hasrat negara untuk

menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama ekonomi negara, maka semua pihak di

Malaysia patut memainkan peranan aktif masing-masing.

                Memandangkan industri pelancongan merupakan satu daripada matlamat dalam NKRA

negara, justeru gemblengannya hendaklah  diterajukan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensinya.

Agensi-agensi yang berkaitan dengan industri pelancongan seperti Kementerian Pelancongan, Jabatan-

jabatan Pelancongan negeri, Kementerian Luar Negeri, dan Kementerian Kebudayaan dan Komunikasi

hendaklah memainkan peranan yang aktif. Pihak yang terbabit perlu mengambil tanggungjawab untuk

merancangkan pelbagai program promosi dan ‘menjualkan’ nama Malaysia di persada dunia.

Page 52: spm bm

Kementerian Pelancongan hendaklah mempunyai KPI yang jelas untuk menentukan sasaran

kemasukan pelancong. Oleh itu, usaha yang terbaik, kementerian perlualah merancangkan pelbagai

aktiviti untuk menarik minat pelancong ke Malaysia. Sepatutnya pihak berkenaan perlu mengambil

kesempatan daripada kedudukan strategik Malaysia untuk laluan ke Singapura, Indonesia, dan

Thailand.

Inisiatif seterusnya hendaklah turut digerakkan oleh sektor swasta juga. Memandangkan

kegiatan pelancongan merupakan salah satu daripada cabang ‘membuat duit’, justeru pihak swasta

tidak boleh terlepas pandang dalam menyokong matlamat negara untuk menjadi destinasi

pelancongan yang paling dikunjungi. Langkah paling strategik pihak swasta hendaklah menyokong

dan mengambil bahagian dalam program galakan pelancongan di luar negara. Pihak swasta terutama

konglomerat utama seperti YTL,Kumpulan Genting, FELDA, Perbadanan Kemajuan Negeri hendaklah

lebih gigih membangunkan prasarana pelancongan seperti kemudahan penginapan dan

pengangkutan. Walaupun rangkaian hotel mewah dan hotel bajet tumbuh bagaikan cendawan selepas

hujan ternyata jumlahnya adalah terlalu kecil. Hal demikian sering terjadi di pusat-pusat pelancongan

ternama seperti Pulau Langkawi yang sering menghadapi masalah tempat penginapan apabila

terdapat penganjuran bertaraf antarabangsa seperti pameran LIMA. Selain penginapan, kemudahan

pengangkutan yang lebih cekap dan mesra pelancong perlu disediakan . Pendek kata, kemudahan

infrastruktur dan prasarana hendaklah disediakan bermula dari pelancong menjejaki kaki hinggalah

mereka pulang dengan senyuman puas.

Manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar

negara hendaklah menjaga dan memperindah kawasan jagaan masing-masing. Semua pihak sudah

maklum, kunjungan pelancong asing ke sini adalah dengan matlamat untuk menghirup udara dan

persekitaran yang nyaman dan indah. Dengan hal demikian, pihak terbabit wajar mengutamakan

aspek kebersihan dan keindahan landskap alam. Semua potensi bumi seperti sungai, laut dan gunung

perlu dikekalkan lestarinya. Pihak berkenaan perlu mengambil inisiatif mewartakan tempat-tempat

tersebut seperti yang dilakukan oleh Thailand yang mewartakan semua pulau sebagai taman luat.

Pulau-pulau seperti Phuket, Koh Adang, Koh Lanta, Koh Samui dan banyak lagi kini menjadi syurga

pelancong dan lombong emas kepada negara Thai. Malaysia juga bukan kurang dengan potensi

Page 53: spm bm

tersebut kerana beberapa destinasi utama seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Redang, dan

gunung Kinabalu semakin mendapat tempat di hati pelancong. Tegasnya, sudah tiba masa kita belajar

daripada kejayaan negara jiran tersebut dalam usaha memanipulasikan sumber alam sebagai dana

kekayaan negara.

                Pada era milenium ini, minda masyarakat hendaklah lebih terbuka dan positif terhadap

industri pelancongan. Seandainya dalam tiga dekad yang silam orang selalu menuduh  sektor

pelancongan sebagai industri yang mengumpankan gejala negatif tetapi kini tuduhan seumpama itu

adalah meleset sama sekali. Kita hendaklah lebih  positif dengan menyokong semua usaha pihak

kerajaan untuk menjanakan ekonomi melalui sektor palancongan.  Semua pihak hendaklah berganding

bahu untuk memaparkan identiti rakyat Malaysia yang tinggi tamadunnya, terbuka fikirannya dan

berbudaya sopan seperti, peramah, dan berbudi bahasa. Sebagai sebuah negara Islam, kita hendaklah

lebih pragmatik kerana dalam Islam sendiri amat menggalakkan umatnya bermujahadah dan

melancong seperti dalam konteks ibadah Haji , Umrah dan Ziarah. Seperkara lagi, apabila lebih ramai

pelancong nescaya akan berlakulah rentas komunikasi global yang boleh membentuk suatu dimensi

baru rakyat Malaysia yang berfikiran positif dan bertaraf dunia.

Langkah yang tidak kurang penting juga ialah penglibatan aktif duta-duta di luar negara.

Semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara sama secara rasmi atau individu hendaklah

mengambil peluang menarik minat lebih ramai pelancong. Di peringkat kerajaan, duta-duta dan  kuasa

usaha di luar negara hendaklah mengadakan program menjelajah ke merata pelosok untuk turut sama

dalam program tarikan pelancong. Selain itu, kumpulan terbesar iaitu pelajar Malaysia di seberang laut

hendaklah bijak berkomunikasi dengan strategi sambil menyelam minum air untuk menyampaikan

mesej yang jelas tentang Malaysia. Sebagai generasi muda yang mempunyai ilmu pengetahuan,

mereka sewajarnya boleh menjadi misi negara untuk menerangkan pelbagai keistimewaan negara

sama ada dalam aspek rumpun bangsa rakyatnya, pola budayanya, pelbagai cita rasa makananya dan

tentang indahnya permata yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai ‘Semenanjung Emas’ dalam

kalangan padagang dari Eropah dan Arab. Pendek kata, jikalau semua pihak dapat melaksanakan

komitmen masing-masing, agenda pelancongan negara sudah pasti berjaya.

Page 54: spm bm

Sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni, Malaysia amat strategik untuk dikunjungi

oleh pelancong-pelancong sama ada dari Timur atau Barat. Peluang harus dimanfaatkan dengan

sebaik-baiknya pada masa ini apabila Malaysia begitu popular kepada pelancong dari Timur Tengah

dan Asia Timur jauh. Peluang yang sedia terhidang hendaklah bijak direbut, bak kata peribahasa rezeki

jangan ditolak, aral jangan diraih.

Sikap prihatin,  bekerjasama, dan bertolak ansur penting dalam kehidupan

bermasyarakat.

Huraikan langkah-langkah untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan nilai-

nilai murni.

Pendahuluan : Beberapa sumber daripada peribahasa Melayu boleh dipetik sebagai

menandakan masyarakat Melayu amat mementingkan nilai-nilai murni bekerjasama dan

bertolak ansur. Antara peribahasa yang boleh dipetik adalah seperti ke gunung sama didaki,

ke lurah sama dituruni; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; bagai aur

dengan tebing hidup serumpun bak serai sejunjung bak sirih dan hidup ibarat suatu

anggota, jangan memiat daging, sakit di orang sakitlah di awak. Demikianlah begitu banyak

sarana agar masyarakat perlu hidup secara bertoleransi dan bermasyarakat agar terbentuk

kekuatan ummah sama ada dalam aspek ekonomi, sosial dan budaya. Namun demikian,

impian untuk membentuk sebuah institusi masyarakat yang ampuh mungkin muluk dalam

kata-kata, tetapi bukan mudah untuk direalisasikan. Oleh hal yang demikian, semua entiti

dalam masyarakat perlulah beriltizam untuk membina sebuah masyarakat yang sentiasa

mengamalkan nilai-nilai murni sebagai anak kunci masyarakat madani.

Isi-isi penting :

Page 55: spm bm

Isi 1 : Zahirkan kesedaran dalam jiwa setiap anggota masyarakat akan nilai

bersyukur – bersyukur kerana ditakdirkan hidup dalam sebuah negara yang aman

-  mensyukuri nikmat Allah dan menghargai sumber alam – berpada-pada dan reda (redha)

dengan nikmat yang ada

Isi 2 : Para pemimpin perlu menzahirkan daya kepemimpinan bertauladan, hemah

dan bijaksana – pemimpin sebagai cerminan kepada rakyat – tunjuk tauladan dan pekerti

yang mulia perlu diserlahkan untuk ikutan masyarakat

Isi 3 : Guru dan ibu bapa perlu menjadi ejen terpenting untuk membimbing anak-

anak mengamalkan pekerti mulia – anak-anak dan remaja akan tumbuh membesar

dalam persekitaran yang paling awal iaitu di rumah dan sekolah (hakikat peribahasa, air

perabung mengalir ke cucur atap dan guru kencing berdiri murid kencing berlari)

Isi 4 : Mengutamakan teras pendidikan, agama dan moral merentas ilmu

pengetahuan – anak-anak dididik menerima ilmu secara berhikmah – mengamalkan ilmu

dengan jalan yang betul – ilmu untuk kesejahteraan insan dan mensyukuri nikmat Tuhan

Isi 5 : Mendidik masyarakat yang berdisiplin, patuhi undang-undang dan

menyayangi alam sekitar – masyarakat yang bijak, dinamik dan faham akan nilai murni

dalam masyarakat – masyarakat yang menghargai alam sebagai komponen penting –

masyarakat yang bertanggungjawab

Kesimpulan : Peribahasa yang menyatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku

celaka padahnya hendaklah dijadikan panduan dan sempadan agar dalam semua tingkah

laku tidak menyalahi pertaturan dan tataetika. Justeru, perihal kehidupan dengan amalan

nilai murni hendaklah diperkasakan. Baik negara mahupun masyarakat pasti memperoleh

impak yang cukup signifikan apabila masyarakat mula mengamalkan nilai-nilai murni

seperti prihatin,  bekerjasama, dan bertolak ansur. Sesungguhnya, inilah impian untuk

membentuk negara maju dalam acuan kita menjelang Wawasan 2020.

Page 56: spm bm

DIMENSI ANTARABANGSA

Keamanan hanya dapat dicapai melalui perundingan bukannya melalui

peperangan.

Bincangkan pernyataan di atas.

Pendahuluan:  Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah

hidup kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup

bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara

yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan

maksudnya, “Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar

mereka saling mengenali dan bertolong bantu.” Oleh hal yang demikian, demi keamanan

dan kemakmuran masyarakat sejagat, sama ada pemimpin mahupun rakyat hendaklah

mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh warga dunia

tanpa memilih perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan agama.

Isi-isi penting :

Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara

– menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala

dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia – amalan saling mengiktiraf sebagai

negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan prejudis dalam

kalangan masyarakat dunia

Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global – boleh

mewujudkan hub pendidikan global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat dan

ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO -

Page 57: spm bm

mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan

persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan

Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas

pasaran di peringkat global - memperkenalkan produk masing-masing di pasaran

antarabangsa – menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global

Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian dalam

pelbagai aktiviti antarabangsa – persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan

keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-

negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)

Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang

bersatu padu -menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf

- tidak bersikap mementingkan diri – memperoleh pengiktirafan oleh masyarakat dunia -

memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber

Kesimplulan :  Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam

belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana

sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap

sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda

lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada

masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak

tanda ada.

Masalah pendatang  asing tanpa izin dapat ditangani secara berkesan melalui

kerjasama dengan negara-negara jiran.

Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara

jiran untuk menangani masalah tersebut.

Page 58: spm bm

Pendahuluan:  Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah

hidup kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup

bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara

yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan

maksudnya, “Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar

mereka saling mengenali dan bertolong bantu.” Oleh hal yang demikian, demi keamanan

dan kemakmuran masyarakat sejagat, sama ada pemimpin mahupun rakyat hendaklah

mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh warga dunia

tanpa memilih perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan agama.

Isi-isi penting :

Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara

– menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala

dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia – amalan saling mengiktiraf sebagai

negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan prejudis dalam

kalangan masyarakat dunia

Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global – boleh

mewujudkan hub pendidikan global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat dan

ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO -

mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan

persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan

Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas

pasaran di peringkat global - memperkenalkan produk masing-masing di pasaran

antarabangsa – menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global

Page 59: spm bm

Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian dalam

pelbagai aktiviti antarabangsa – persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan

keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-

negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)

Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang

bersatu padu -menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf

- tidak bersikap mementingkan diri – memperoleh pengiktirafan oleh masyarakat dunia -

memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber

Kesimpulan :  Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam

belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana

sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap

sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda

lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada

masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak

tanda ada.

CATATAN : SILA UBAH SUAIKAN SOALAN INI DENGAN RANGKA ISI DI BAWAH

Kerjasama Malaysia dengan negara-negara-negara jiran

amat diperlukan untuk memerangi jenayah

pemerdagangan manusia yang kini telah menjadi isu

global.

Bincangkan pernyataan tersebut.

Pendahuluan :  Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang

pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah

Page 60: spm bm

landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik

dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan

manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali

sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis

kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan

dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Sementara itu, negara yang

menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek

politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah sebuah negara transit dan juga

penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan memandang sebelah mata terhadap

krisis ini. Malaysia wajar menjalinkan kerjasama strategik dengan negara-negara jiran agar

jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik mungkin.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing –

kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing

dengan sewenang-wenangnya

Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-

negara dunia ketiga – berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan

penguatkuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa

amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)

Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah

kemasukan warga asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama

Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran,

ibarat aur dengan tebing)

Page 61: spm bm

Isi 5 : Komitmen diplomatik yang intim dalam kalangan pemimpin negara –

pertelagahan politik memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan

(peribahasa jong pecah yu yang kenyang)

Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis

kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Yang berbeza dari masa ke masa hanya modus

operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah

diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan

manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.

Kerjasama yang erat antara negara jiran mendatangkan banyak faedah.

Jelaskan kebaikan yang diperoleh daripada kerjasama yang erat antara negara

yang berjiran.

Pendahuluan:  Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah

hidup kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup

bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara

yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan

maksudnya, “Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar

mereka saling mengenali dan bertolong bantu.” Oleh hal yang demikian, sebagai kerajaan

yang bebas dan merdeka, semua negara patut mengambil inisiatif untuk menjalinkan

hubungan diplomatik dengan seluruh negara di  dunia tanpa memilih perbezaan pendapat,

ideologi, bangsa, dan agama. Sesungguhnya, amat besar natijah di sebalik usaha diplomatik

seperti itu.

Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara

– menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala

dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia - agar wujud amalan mengiktiraf antara

Page 62: spm bm

satu sama lain sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan

curiga dan prejudis dalam kalangan masyarakat dunia

Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global - menjadikan

hub pendidikan global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat dan ilmu

pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO - mengenali

cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan persefahaman

melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan

Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas

pasaran di peringkat global - memperkenalkan produk masing-masing di pasaran

antarabangsa – menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global –

mewujudkan jaringan yang harmoni dalam situasi menang-menang

Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian dalam

pelbagai aktiviti antarabangsa – persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan

keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-

negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)

Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang

bersatu padu -menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf

- tidak bersikap mementingkan diri dan boleh berada dalam kelompok masyarakat dunia -

memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber -

membangunkan minda dan peribadi rakyat agar setanding dengan warga dunia

Kesimplulan :  Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam

belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh hidup bersendirian kerana sebarang

gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat global. Daripada kita dianggap sebagai

bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda lebih

Page 63: spm bm

baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada masyarakat

dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak tanda ada.

Negara-negara Asia Tenggara terkenal dengan kawasan pelancongan yang

menarik seperti Pulau Tioman di Malaysia, Pulau Bali di Indonesia dan Hanoi di

Vietnam.

Huraikan kerjasama Malaysia dengan negara-negara Asia Tenggara dalam

memajukan industri pelancongan.

CATATAN : SILA LIHAT CONTOH KARANGAN INI DALAM MODUL SAYA EDISI 2014

Pertandingan koakademik seperti pidato, pantun, dan debat pada peringkat

antarabangsa memberikan peluang kepada peserta untuk meningkatkan

kemahiran berbahasa dan menambahkan ilmu pengetahuan.

Berikan pendapat anda.

CATATAN : SILA UBAH SUAI SOALAN INI DENGAN RANGKA JAWAPAN DI BAWAH

Page 64: spm bm

Penyertaan pelajar dalam pelbagai program dan pertandingan di peringkat

antarabangsa dapat mengharumkan nama negara di mata dunia.

Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh melalui penyertaan dalam program dan

pertandingan itu.

Pendahuluan : Manusia pada dasarnya mempunyai impian dan matlamat yang sama iaitu

untuk hidup bebas dan berjaya. Sementara itu, setiap orang dituntut agar menghormati hak

asasi orang lain. Hak-hak tersebut seperti hak untuk kebebasan, hak memperoleh kasih

sayang dan hak untuk mencari ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun, dalam beberapa

kepentingan tertentu masyarakat dunia sering bertelagah sehingga membawa kepada

peperangan. Oleh itu, dalam abad milenium ini pelbagai usaha telah dijalankan oleh

masyarakat antarabangsa untuk merapatkan semula jurang perbezaan yang wujud.

Pelbagai program dan pertandingan sama ada sukan inovasi seperti reka cipta mula

mendapat penyertaan kalangan masyarakat antarabangsa. Sebenarnya, banyak sekali

faedah yang bakal diperoleh oleh setiap negara peserta apabila terlibat secara aktif dalam

program-program seperti ini.

Isi 1 : Menjalinkan hubungan diplomatik antara negara – jalinan kerjasama dan

keamanan di bawah payung PBB – memupuk semangat perpaduan dan berdamai dalam

kalangan manusia sejagat

Isi 2 : Suatu usaha positif memperluas jaringan antarabangsa dalam bidang ilmu

pengetahuan – sifat ilmu yang akan berkembang apabila semakin luas jaringannya (rujuk

kata-kata hikmat Saiyidina Ali KW) – memahami hakikat bahawa setiap bangsa memiliki

keistimewaan tertentu dalam bidang ilmu (contoh : bangsa Cina tentang ilmu perubatan,

Jepun dalam bidang sains dan teknologi, bangsa Arab tentang falsafah dan seni bina dan

ilmu agama)

Page 65: spm bm

Isi 3 : Mempercepat transformasi kemajuan negara – transformasi amat berkait rapat

dengan penguasaan ilmu pengetahuan – anak-anak Malaysia yang pulang dengan ilmu

pengetahuan akan membantu mempercepat kemajuan negara – mereka menjadi penyebar

pengetahuan dan menjadi agen penggerak negara maju menjelang 2020.

Isi 4 : Mendedahi remaja dengan perubahan budaya dan sosial masyarakat asing –

boleh mengubah cara berfikir dan bertindak secara lebih matang – bijak bergaul dan

mempunyai jaringan komunikasi diseluruh dunia

Isi 5 : Mengadakan program pertukaran tenaga pakar dan tenaga akademik –

membolehkan peluasan ilmu pengetahuan berkembang secara global – kemajuan dunia

berkembang secara positif untuk manfaat semua warga dunia – tiada lagi penindasan dan

peperangan

Kesimpulan : Dalam abad milenium ini, umat Malaysia tidak harus terkongkong dalam

belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana

sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap

sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda

lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada

masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak

tanda ada

Program pertukaran pelajar antara negara mendatangkan pelbagai faedah

kepada pelajar dan negara yang terlibat.

Huraikan faedah-faedah tersebut

Pendahuluan : Secara tradisionalnya manusia dipisahkan oleh sempadan geografi dan

geopolitik. Sungguhpun demikian, pemisahan bukanlah bererti manusia tidak mempunyai

Page 66: spm bm

persamaan dan nilai murni yang sama. Cita rasa dan hak untuk dihormati telah wujud

secara azali sejak manusia dilahirkan lagi. Lebih-lebih lagi dalam dunia siber seperti

sekarang, pemisahan secara tradisional sudah tidak relevan lagi. Oleh itu, manusia harus

bertemu dan berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Proses tersebut boleh membuang

segala syak wasangka dan sebaliknya dapat membina tamadun alaf baru yang saling

menyokong dan melahirkan suasana menang-menang. Tahap perintis untuk mewujudkan

persefahaman tersebut adalah melalui program pertukaran pelajar antarabangsa. Tidak

syak lagi banyak signifikan di sebalik usaha yang telah dilaksanakan oleh NGO antarabangsa

itu, bak kata peribahasa lama hidup luas pengalaman, jauh berjalan banyak pengetahuan

(pandangan)

Isi 1 : Dapat memperluas jalinan persefahaman politik, ekonomi, dan sosial –

mewujudkan suatu era baru dalam slogan, “Satu Dunia Satu Komuniti” – mewujudkan

kedamaian sejagat dalam alaf baru

Isi 2 : Membuka ruang minda – pendedahan tentang kepelbagaian budaya, etika, dan

ilmu pengetahuan – pertukaran maklumat antara negara maju dan negara-negara

membangun (peribahasa, jauh berjalan luas pandangan, lama hidup banyak pengalaman)

Isi 3 : Mengurangkan persengketaan yang berpunca daripada salah faham politik

dan ideologi – para pelajar bakal menjadi duta kecil yang membawa misi damai dan

menjadi bakal pemimpin masa depan yang mesra keamanan

Isi 4 : Mewujudkan satu kesatuan budaya masyarakat majuk – saling memahami dan

saling menghormati budaya, adat resam, dan agama – mencetuskan keamanan dengan

saling menghormati hak dan piagam masyarakat lain

Page 67: spm bm

Isi 5 : Sebagai perintis kepada jalinan persahabatan antara negara – wujud

hubungan lebih intim antara negara-negara peserta – boleh mengelak sikap mementingkan

diri serta dendam kesumat dalam kalangan pemimpin dunia

Kesimpulan : Sesungguhnya, manusia dijadikan daripada satu hubungan benih antara

Adam dan Hawa. Amatlah ironi apabila manusia sejak dari zaman pratamadun lagi terus

bersengketa hingga ke hari ini. Usaha positif hendaklah digemblengkan agar budaya

‘haiwan’ yang telah sekian lama mempengaruhi  minda sebahagian  daripada pemimpin

besar dunia dapat dihapuskan. Alangkah indahnya, apabila manusia dapat merasai nikmat

keamanan yang sejati.

Peperangan, kezaliman, dan penindasan yang menimpa warga dunia semakin

berleluasa sejak akhir-akhir ini. Anda berpendapat terdapat pelbagai faktor yang

menyumbang kepada amalan buruk tersebut.

Tulis pendapat anda tentang faktor-faktor yang mendorong berlaku peristiwa

tersebut dan cadangkan langkah-langkah yang boleh dijalankan oleh warga dunia.

Pendahuluan :  Gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah. Peribahasa

tersebut benar-benar menggambarkan nasib malang yang ditanggung oleh rakyat jelata

apabila kuasa-kuasa pemerintah bertelagah sesama sendiri. Korban rakyat Iraq yang sudah

mencecah hampir sejuta orang berpunca daripada sikap angkuh mantan Presiden Amerika

George W. Bush. Malahan dunia terus bercelaru apabila isu nuklear Iran dan Korea Utara

masih berlarutan dan tiada jalam penyelesaian. Gara-gara daripada pertelingkahan merebut

kuasa itu berakhir dengan tindakan kejam dan penindasan yang tidak pernah berkesudahan.

Malapetaka yang sudah sekian lama menimpa rakyat Palestin, Pakistan, Afghanistan,

Kashmir, Darfur, dan pembersihan etnik yang berlaku di beberapa negara di Afrika telah

menyaksikan sejarah peradaban manusia semakin ternoda. Oleh itu, selagi peluang masih

Page 68: spm bm

ada, kita wajarlah menelusuri akan punca gejala tersebut membara dan seterusnya

bertindak atas hemat untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan tersebut.

Faktor-faktor

Isi 1: Bangkit perasaan tamak dan ingin menunjuk  kuasa - sikap yang ditunjukkan

oleh kuasa-kuasa besar dunia (Amerika Syarikat dengan konco-konconya Perancis, England,

Jerman, Australia dan Itali) - mahukan negara-negara kecil berada di bawah telunjuk mereka

- bertindak secara kekerasan apabila order mereka tidak dipatuhi – (serangan terhadap

Afghanistan, Iraq, dan Palestin, – ancaman terhadap Iran berkaitan isu nuklear - banyak

korban harta benda dan rakyat

Isi 2: Keengganan pihak bertelingkah berunding secara jujur - hasil di meja

rundingan tidak dipraktikkan - menghasut pengikut melakukan kekejaman - sikap talam dua

muka kuasa-kuasa besar yang bertindak secara memihak - menghalalkan pembunuhan

sekiranya dasar mereka ditentang

Isi 3: Kegiatan memperdagangkan senjata moden - kuasa-kuasa utama dunia

kemaruk untuk memperagakan senjata canggih mereka - cuba mencipta masalah untuk

menghalalkan tindakan memerangi negara-negara yang  lemah - mengadu-dombakan

pemimpin yang bertelagah agar pertikaian berpanjangan - memperjudikan nasib rakyat

yang tidak berdosa

Langkah-langkah mengatasi

Isi 1: Negara-negara kecil yang bertelingkah harus menamatkan sengketa

- elakkan sikap mementingkan diri sendiri - memulakan episod dunia moden dengan

kemahuan untuk berdamai daripada terus bersengketa - elakkan campur tangan kuasa

asing terutama kuasa besar

Page 69: spm bm

Isi 2: Memperkasakan misi damai - perlu ada order baru dunia yang berani bangkit

untuk menaja keamanan dunia - gabungan negara-negara kecil dan negara Dunia Ketiga

mesti berani bangkit untuk memperjuangkan keamanan sejagat - menolak campur tangan

kuasa besar yang dilakukan secara tidak adil

Isi 3: Memboikot kuasa besar yang menjadi paksi kekejaman dunia - negara-negara

membangun mesti beralih untuk berlindung di bawah pengaruh kuasa ekonomi yang

mementingkan kedamaian (Cina dan Jepun) - tidak memberi laluan penggunaan kuasa

tentera kepada negara-negara kuasa besar yang angkuh - masyarakat di negara bergolak

perlu memilih amalan bertolak ansur daripada berperang sesama sendiri (bandingan

peribahasa jong pecah yu yang kenyang)

Kesimpulan :  Sesungguhnya setiap insan mempunyai hak untuk hidup dan hak untuk

memperoleh kebebasan. Maha kaya Tuhan telah menciptkan pelbagai bentuk muka bumi

dan pelbagai bangsa dengan setiap bangsa diperuntukkan tanah air sendiri. Sudah

sewajarnya bangsa tersebut memakmurkan bumi mereka sendiri. Justeru mereka dilarang

pula mengancam peluang orang lain untuk hidup selamat dan stabil. Seyogia, angkara

sombong yang mengganggu gugat hak orang lain untuk hidup bebas perlu dibanteras

sepenuhnya.