Standard Guru Malaysia 2013

42
STANDARD GURU MALAYSIA ISI KANDUNGAN 1 STANDARD GURU MALAYSIA 4 PENGHARGAAN I 1.0PENGENALAN STANDARD GURU MALAYSIA 1 2.0KONSEP DAN PENGERTIAN STANDARD GURU MALAYSIA 1 3.0ISU-ISU STANDARD GURU MALAYSIA 3.1 ISU BAGI ASPEK SAHSIAH PARA PENDIDIK MELALUI 4PROFESIONALISME.PERGURUAN 3.2 ISU LATIHAN PERGURUAN YANG KURANG EFISIEN 7 3.3

description

tentang guru

Transcript of Standard Guru Malaysia 2013

Page 1: Standard Guru Malaysia 2013

STANDARD GURU MALAYSIA

ISI KANDUNGAN

1

STANDARD GURU MALAYSIA

4

PENGHARGAAN I

1.0PENGENALAN STANDARD GURU MALAYSIA

1

2.0KONSEP DAN PENGERTIAN STANDARD GURU MALAYSIA

1

3.0ISU-ISU STANDARD GURU MALAYSIA

3.1

ISU BAGI ASPEK SAHSIAH PARA PENDIDIK MELALUI 4PROFESIONALISME.PERGURUAN

3.2

ISU LATIHAN PERGURUAN YANG KURANG EFISIEN 7

3.3

ISU KEMUDAHAN INSTITUSI PERGURUAN 9

3.4

Page 2: Standard Guru Malaysia 2013

ISU KELEWATAN KENAIKAN PANGKAT DAN KELEMAHAN 10KEBAJIKAN.GURU

4.0CABARAN- CABARAN STANDARD GURU MALAYSIA

4.1

CABARAN DALAM PEMILIHAN CALON GURU

13

4.2

CABARAN MEMANTAPKAN LATIHAN PERGURUAN

14

4.3

CABARAN DALAM MELONJAKKAN KECERMELANGAN 15INSTITUSI LATIHAN PERGURUAN

4.4

CABARAN DALAM MENAMBAH BAIK LALUAN KERJAYA 16DAN KEBAJIKAN GURU

5.0PENDEKATAN STANDARD GURU MALAYSIA

5.1

PENDEKATAN DENGAN MENAMBAH BAIK SISTEM 17PEMILIHAN GURU

5.2

PENDEKATAN DENGAN MEMANTAPKAN LATIHAN 20PERGURUAN

5.3

PENDEKATAN DENGAN MELONJAKKAN KECERMELANGAN 23INSTITUSI LATIHAN PERGURUAN

5.4

PENDEKATAN DENGAN MENAMBAH BAIK LALUAN KERJAYA 24DAN KEBAJIKAN GURU

6.0 PENUTUP

27

7.0BIBLIOGRAFI

28

Page 3: Standard Guru Malaysia 2013

8.0LAMPIRAN

30

1.0PENGENALAN STANDARD GURU MALAYSIA

Tugasan esei yang diberikan bertajuk Standard Guru Malaysia(SGM). Standard GuruMalaysia ialah satu standard yang menggariskan kompetensi profesional yang patutdicapai oleh guru, dan keperluan yang harus disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dalammelaksanakan dokumen Standard Guru Malaysia ini terdapat pelbagai isu dan cabaran-cabaran antaranya ialah isu terhadap pemilihan para guru, isu dan cabaran dalam laluankerjaya dan kebajikan guru dan isu dalam latihan perguruan contohnya seperti tiada bimbingan yang berkesan dan berterusan daripada guru terlatih kepada guru pelatih danguru terlatih tidak mewujudkan suasana perbincangan yang kondusif berkaitan tugassebenar seorang guru.Oleh yang demikian terdapat beberapa pendekatan yang telah dilaksanakan untuk mengatasi isu dan cabaran yang berkaitan dengan Standard Guru Malaysia(SGM)tersebut. Antara-antara pendekatan yang telah diambil ialah memantapkan latihan perguruan, menambahbaik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlanganinstitusi latihan perguruan dan juga menambahbaik laluan kerjaya dan kebajikan guru.Secara amnya, Standard Guru Malaysia ini penting untuk menjamin danmengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akandatang. Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkanmempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan

pembelajaran. Latar Belakang

Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upayaadalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah hartayang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkanindividu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan danberkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yangmampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluangbaru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk

Page 4: Standard Guru Malaysia 2013

berhadapan dengan persekitaran global yang seringberubah.Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan ituMalaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerjaglobal.Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama KementerianPelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami,menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha danpendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts.Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent peoplewant to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high qualityteaching.”(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk PembangunanPendidikan KPM 2007; hal. 106 )Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualitidan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti disepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihanperguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihanperguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihanperguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan TinggiAwam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluantenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi,tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, sertakemahiran pengajaran dan pembelajaran.Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagaipanduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.

Rasional

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:1.Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, sertakemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guruprofesional dengan berkesan,2.Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar,kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untukmembolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,3.KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikanshowcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan4.Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan MalaysianQualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

Page 5: Standard Guru Malaysia 2013

Tujuan

Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:1.mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan,pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,2.mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihanperguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.3.Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yangpatut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

2.0KONSEP DAN PENGERTIAN STANDARD GURU MALAYSIA

Standard Guru Malaysia (SGM) telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, TanSri Muhyiddin Yassin iaitu pada tanggal 2 Disember 2009. Standard Guru Malaysia ialahsatu standard yang menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru,dan keperluan yang harus disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagimembantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Kompetensi didefinisikansebagai kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.Standard Guru Malaysia ini telah dilancarkan di dalam satu dokumen yang bertujuan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusilatihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Hal ini kerana Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negaramaju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya,diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan nilai budayanya.Selain itu, pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti iaitu dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagimengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yangmampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaanmencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Timbalan Perdana Menteri dan jugaMenteri Pelajaran Malaysia berkata Standard Guru Malaysia (SGM) yang diperkenalkanhari ini bakal melonjakkan sistem pendidikan negara ke taraf dunia yang mampumelahirkan modal insan dengan kelas pertama. Menurut beliau lagi, selain sebagai kayu pengukur SGM juga akan bertindak sebagai garis panduan dalam melahirkan guru berkeupayaan tinggi dalam semua bidang dan guru yang berkualiti sekaligus akanmewujudkan sistem pendidikan dan insan berkualiti. Datuk Alimudin Mohd. Dom iaituKetua Pengarah Pelajaran Malaysia pula berkata, SGM turut memperincikan aspek-aspek yang perlu disedia, dilaksana dan dicapai oleh agensi serta institusi yang mengendalikanlatihan perguruan (Utusan Malaysia Online).Apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkanStandard Guru Malaysia (SGM), timbul persoalan sama ada guru yang ada sekarang tiadakualiti atau kekurangan mutu perkhidmatan dan perlukah piawaian itu dilaksanakansekarang dan kenapa hanya sekarang ianya mahu dilaksanakan? Namun, persoalan itukemudian dijawab Pengerusi Majlis Pemuafakatan Persatuan-

Page 6: Standard Guru Malaysia 2013

Persatuan Guru Malaysia,Jemale Paiman, bahawa guru-guru di Malaysia sudah ada standard, namun piawaian itu perlu dimantapkan lagi supaya sesuai dengan keadaan semasa selain menepati standardglobal serta perlu diguna pakai oleh institut pendidikan perguruan (IPG) untuk melahirkanwarga pendidik yang lebih berkualiti.

Di samping itu, menurut beliau Standard Guru Malaysia adalah satu usaha untuk meningkatkan profesionalisme perguruan dan bukannya pengkelasan guru. Ini bermakna,dengan adanya SGM yang digunakan IPG, kita akan melahirkan warga pendidik berkualiti untuk pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, selain meningkatkankeberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta mewujudkan kemahiran inter danintra personal dimana kemahiran inter dan intra personal tersebut bermaksud kita dapatmelahirkan warga pendidik yang bijak mengurus dan berkomunikasi dengan wargasekolah dan komuniti sekelilingnya.Seterusnya, perkara itu juga dipersetujui Presiden Kesatuan Guru MelayuMalaysia Barat (KGMMB), Mohamad Sabri Mohd Arsad, yang berpendapat SGM akanmeningkatkan lagi imej warga pendidik dalam kalangan masyarakat. Pada masa sama, persepsi bahawa bidang perguruan sebagai pilihan kerjaya terakhir selepas gagalmendapat pekerjaan lain, tidak akan timbul lagi. Menurut presiden tersebut SGM adalah piawaian seperti standard dalam bidang profesional lain seperti arkitek, peguam danakauntan. Standard ini juga bukan hanya bertumpu kepada profesionalisme, tetapisahsiah, pencapaian dan meningkatkan minat warga pendidik terhadap kerjaya perguruan.Ini bermakna, apabila kita mempunyai guru yang mempunyai standard, bidang pendidikan iaitu pengajaran dan pembelajaran juga ditingkatkan sesuai dengan hasratkerajaan menjadikan negara ini hab pendidikan pada peringkat global. Selain itu, beliau juga percaya SGM sebagai satu usaha murni sesuai dengan perkembangan pendidikanglobal selain memenuhi keperluan ibu bapa yang mahukan pendidikan bertaraf duniauntuk anak masing-masing (Rohaniza Idris (2009,Disember 5). SGM iktiraf profesionguru, bukan bebanan. Berita Harian).

Mengikut dokumen itu, amalan nilai profesionalisme keguruan meliputi tigadomain utama iaitu diri, profesion dan sosial. Domain diri merujuk pegangan nilai diriguru sedia ada seperti amanah, ikhlas, adil, daya saing dan tahan yang tinggi, cekap dan patut dikembangkan agar mereka boleh memberi sumbangan lebih berkesan kepada profesion keguruan. Profesion pula merujuk pegangan nilai yang patut diamalkan secaratelus, seperti berketrampilan, integriti, kerja sepasukan dan proaktif, manakala domainsosial sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat merangkumisemangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar. Aspek kedua,menuntut guru memiliki dan menguasai ilmu yang mantap agar dapat meningkatkan

profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta lebihkreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai guru termasuk mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif, menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran serta mengembangkan potensi murid secara menyeluruh. Aspek ketigamemfokuskan kebolehan guru membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berhubung pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum yang menuntut pelbagai kemahiran, termasuk mengurus bilik darjah yang membabitkan pengurusanhubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran

Page 7: Standard Guru Malaysia 2013

yang berkesan.Kesimpulannya, Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yangdihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalismekeguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.Seseorang yang memilih profesion keguruan adalah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan modal insan berminda kelas pertama iaitu guru yang mempunyai kualitidalam menguasai ilmu dan berkemahiran tinggi, guru yang menjunjung nilai budaya bangsa, guru yang mempunyai semangat patriotisme yang utuh dan guru yangmempunyai daya saing yang tinggi serta berwibawa.

3.0ISU-ISU STANDARD GURU MALAYSIA3.1ISU BAGI ASPEK SAHSIAH PARA PENDIDIK MELALUIPROFESIONALISME PERGURUAN

Dunia pendidikan sering menjadi isu penting tidak kira samada dari segi pendidiknya,kaedah yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkat serta isu-isu semasa yang tidak pernah sunyi dari membabitkan diri pendidik tersebut. Bidang perguruan sering dianggapsebagai profesion kelas pertengahan jauh ditinggalkan oleh bidang-bidang professionalyang lain seperti kedoktoran, kejuruteraan mahupun bidang perakaunan. Lagipun,masyarakat telah menganggap bidang ini adalah pilihan terakhir sekiranya tiada kerjaya profesional lain yang sesuai atau tidak mendapat kerja. Masyarakat menganggap untuk menjadi seorang guru bukanlah satu tugas yang sukar. Hanya perlu duduk di dalam kelasdan menyampaikan ilmu kepada pelajar. Itu sahaja. Disamping membuat sedikit kerja-kerja kerani seperti menaip dan mengisi borang.

Bidang keguruan sering dianggap sebagai satu kerjaya pilihan terakhir bagisesetengah orang. Ada di antara graduan yang ditanya mengenai pemilihan kerjayamereka, ramai yang memberikan jawapan yang hampir senada iaitu bidang keguruanadalah pilihan terakhir mereka.Peretomede (1991) menyatakan kajiannya ke atas remaja Nigeria menunjukkan pandangan yang sangat negatif terhadap profesion keguruan di mana lebih 70%responden menyatakan tidak mahu memilih guru sebagai profesion mereka. Pandanganini lebih ketara bagi responden lelaki di mana 95% dari mereka tidak mahu menjadi guru.Hal ini berkait rapat dengan isu yang ingin dibangkitkan bahawa sahsiah para pendidik kini semakin menurun disebabkan profesion perguruan adalah pilihan merekayang terakhir, dan mereka tidak menyedari hakikat bahawa bidang perguruan adalah satu bidang yang amat penting bagi mewujudkan generasi yang mempunyai modal insankelak.Tambahan pula, wawasan guru adalah akan sentiasa cemerlang sama adakurikulum, ko-kurikulum, pengurusan dan sahsiah. Ini adalah kerana guru bukan hanyamemindahkan ilmu sahaja kepada pelajarnya malah membentuk insan yang murni dalamsegala-galanya iaitu berusaha melahirkan modal insan yang benar-benar berkualiti. Bagi perkembangan pelajar dari segi fizikal, rohani dan sahsiah, guru harus bersedia berkhidmat dimana-mana jika khidmatnya diperlukan. Guru bersedia membantu sekolah,guru dan murid yang memerlukan bimbingannya.Terdapat pelbagai masalah sahsiah yang telah dilakukan oleh para pendidik padamasa kini. Para pendidik yang berada dalam golongan ini telah melanggar etika perguruandi mana seorang guru tidak seharusnya berkelakuan sedemikian rupa sehingga bolehmencemarkan profesion dan menyebabkan kehilangan kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan ini. Melihat petikan akhbar pada hari ini sudah cukup menunjukkan betapa kualiti guru pada hari ini telah berada pada tahap

Page 8: Standard Guru Malaysia 2013

yang yang meruncingkan.Siapakah mereka itu, persoalan yang mengetuk benak fikiran ramai pembacaakhbar yang menjadi medan maklumat terkini. Kenapa mereka yang bertopengkanseorang guru ini sanggup melakukan pelbagai di luar norma sebagai seorang pendidik?Perasaan sedih, marah dan bimbang menguasai di dalam diri setiap individu yangmempunyai anak-anak di bangku sekolah. Kita yakin bahawa perasaan ibu bapa juga

berbaur dengan persoalan yang timbul ini. Andainya begini situasinya, kita harus percayatiada lagi dalam dunia ini yang bergelar insan bernama guru akan dihormati olehmasyarakat. Masyarakat mula memandang rendah pada profesion perguruan ini.hal initidak dapat dijangkalkan lagi kerana terang lagi bersuluh. Satu demi satu kejadian salahlaku guru terhadap murid yang dikenali sebagai sindrom ‘cikgu ganas’ berlakukebelakangan di mana menimbulkan kebimbangan terhadap masyarakat. Terdapat beberapa petikan akhbar yang dapat dijadikan contoh tentang hal yang amat mencengkamhati masyarakat pada masa kini.Pada 26 April 2007, di Kuala Lumpur, sukar dipercayai apabila seorang guruantara empat lelaki yang ditahan polis bandar raya kerana terbabit dalam penagihan ganja.Dalam operasi dijalankan sepasukan anggota Jabatan Narkotik Ibu Pejabat PolisKontinjen (IPK) Kuala Lumpur, lelaki berusia 20-an itu, yang mengajar di sebuah sekolahdi Lembah Klang, didapati positif dalam ujian air kencing bersama beberapa suspek,termasuk seorang pengawal keselamatan.Dalam pada itu, pada 7 April 2007, SIK: Seorang bapa mendakwa anaknya, muridTahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau di sini, ditendang guru agamanyakerana bangun dari tempat duduk untuk mengambil kotak pensil yang terjatuh. AbdulRashid Hussain, 50, penoreh getah dari Kampung Kuala Beris di sini, berkata perbuatanguru itu tidak boleh diterima kerana menegur menggunakan kaki sehingga menyebabkananaknya kesakitan. Beliau mendakwa guru itu menendang anaknya dua kali di depan 40murid lain ketika kelas agama Islam, Isnin lalu.Malah, pada 6 April 2007, di Pasir Gudang, beberapa nota ditulis seorang muridtahun dua yang mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu bagaikanmenjadi bukti ‘penderaan’ di sebuah sekolah rendah di sini. Bukti itu semakin jelasapabila mata kiri murid itu, Siti Nur Fatihah Samsudin, 8, mengalami pendarahan beku,dipercayai akibat dipukul guru terbabit, petang kelmarin. Perasaan itu hanya diluahkanmenerusi tulisan di kertas selepas aduannya kepada ibu bapa tidak diendahkan berikutanmereka beranggapan murid itu mungkin melakukan kesalahan di sekolah.Tuntasnya, terbuktilah bahawa sahsiah para pendidik kini telah

menurun ke tahapyang membimbangkan jika dibandingkan dengan guru-guru pada zaman dahulu.

Bagaimana mahu mencapai Standard Guru Malaysia seandainya masih ada yangsedemikian rupa.Oleh itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara(PIPPN) haruslahmemperketatkan syarat kelayakan bagi program-program pengambilan calon guru bagimemenuhi etika perguruan dan mengikuti konsep Standard Guru Malaysia (SGM). Selainitu, KPM melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) berhasrat memilih bakal guru yang berminat, bukan mereka yang hanya menceburkan diri setelah tiada pilihan

Page 9: Standard Guru Malaysia 2013

lain, keranasikap separuh hati ini telah terbukti mendatangkan akibat buruk kepada profession itusendiri petikan daripada Berita Bahagian Pendidikan Guru tahun 1990.

3.2ISU LATIHAN PERGURUAN YANG KURANG EFISIEN

Institusi pendidikan merupakan aspek yang utama dalam pembentukan generasi mudayang berkualiti. Dalam merealisasikan hasrat itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)telah melaksanakan pelbagai program untuk memantapkan profesion keguruan. StandardGuru Malaysia (SGM) telah dilancarkan sebagai garis panduan bagi guru-guru mengikutstandard yang telah ditetapkan bagi melahirkan guru yang berkualiti dalam mendidik anak bangsa. Namun demikian, masih terdapat kekurangan yang wujud dan perlu diperbaiki.Guru pelatih masih kurang mendapat bimbingan, pengetahuan dan pengalaman untuk menjadi guru yang terlatih sebelum diserap menjadi guru di sekolah-sekolah. Hal inimenyebabkan mereka gagal berfungsi dan bekerja secara efisien. Sepanjang proses pengajian di institusi-institusi pendidikan, mahasiswa-mahasiswi hanya di dedahkansecara teoritikal tentang subjek pilihan. Mereka kurang terdedah dengan dunia realiti disekolah khususnya proses P&P di dalam kelas dengan tahap pencapaian pelajar yang berbeza. Justeru, latihan mengajar atau praktikum adalah satu bentuk latihan yangdimestikan kepada semua pelajar jurusan pendidikan di institusi pengajian tinggi seluruhdunia. Konsep praktikum yang dilaksanakan ini adalah mirip kepada konsep ‘internship’yang dilalui oleh doktor pelatih. Ia merupakan jambatan penghubung yang mentautkanantara pengetahuan teori yang diperoleh daripada bilik-bilik kuliah dengan realiti di bilik- bilik darjah (Sund dan Trowbridge, 1999). Antara faktor yang menyebabkan latihan perguruan yang kurang efisien ketika guru pelatih menjalani latihan praktikum ialah,masih terdapat guru-guru yang gagal menguasai bidang pengajaran masing-masing,sahsiah guru yang kurang efektif, kurang bimbingan dari guru terlatih dan kurangkemudahan alat bantu mengajar.

Isu guru kurang berkemahiran dan kurang menguasai bidang pilihan merekadilihat menjadi satu masalah yang kian meruncing di sekolah. Terdapat sesetengah guru-guru baru yang gagal mengajar secara efektif dan kemungkinan ia berpunca ekoransemasa sepanjang pengajian mereka di institusi. Justeru, agensi dan institusi latihan perguruan perlu memberi penekanan kepada kurikulum latihan perguruan. Kurikulumlatihan perguruan guru-guru siswazah ini perlu diberi penekanan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran pedagogi serta memupuk nilai-nilai keguruan bagimenyediakan guru permulaan yang berkualiti dan cemerlang (Bahagian Pendidikan Guru,2002). Namun realitinya, hanya sesetengah institusi yang betul-betul memberikan penekanan kepada aspek ini malah ada sebahagian pensyarah atau tenaga pengajar tidak memandang isu ini penting dalam pembentukan guru berkualiti. Sebagai contoh, terdapatsesetengah aspek dalam matapelajaran pilihan mahasiswa tidak diterapkan secara tekalkepada mereka.Selain itu, terdapat juga isu mengenai kurangnya bimbingan dari guru pembimbing terhadap guru pelatih. Berdasarkan kajian Jeswant Kaur dan Tan Hui Leng(1997), guru pelatih kurang berpuas hati dengan kualiti pencerapan yang diterima semasamenjalani latihan praktikum. Malah, kajian Aishah Sahul Hamid (1996) menunjukkan bahawa seramai 20% guru-guru pelatih menyatakan guru pembimbing tidak mempunyaimasa yang cukup untuk pencerapan, dan seramai 20.6% guru pelatih berpendapat jugaguru pembimbing enggan membenarkan

Page 10: Standard Guru Malaysia 2013

guru pelatih memerhati pengajaran mereka.Dalam pada itu, melalui kajian Hapidah et al.(2002) menyatakan kebanyakan guru-guruterlatih di sekolah-sekolah kurang bertanggungjawab untuk memberi dorongan dan tunjuk ajar, tambahan pula ada yang kurang senang melihat kesungguhan dan dedikasi guru-guru pelatih. Tindakan sebegini seolah-olah memperkecil kehadiran mereka akibatnyamenjadikan mereka teragak-agak dalam mempamerkan prestasi sebenar mereka dalamsesi latihan mengajar. Keadaan ini sekaligus menyebabkan guru pelatih gagal menguasaidan menjalani latihan mengajar dengan cemerlang dan efektif.Selain itu, keadaan sekolah yang serba kekurangan atau tiada langsungkemudahan alat bantu mengajar (ABM) dan bahan bantu mengajar (BBM), menyebabkanlatihan pengajaran menjadi terbantut dan sesi pengajaran menjadi kurang efektif kepada pelajar kerana kurang visual yang baik. Menurut Sulaiman Ngah Razali (1997), ABMmampu mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar dengan berkesan, menjimatkan tenaga dan masa, menarik perhatian, berkebolehan serta menghasilkan pembelajaran yangmaksimum. Kemudahan- kemudahan ini memberikan para pelajar keselesaan dan pemahaman yang lebih baik serta membantu guru secara tidak langsung dalam prosesP&P di sekolah. Namun, terdapat juga juga sebilangan guru yang kurang mahir sertacetek dalam pengetahuan teknologi maklumat. Menurut Micheal (dalam Razali, 2004),terdapat tiga masalah utama yang menjadi penghalang kepada keberkesanan penggunaankomputer di dalam bilik darjah iaitu kekurangan guru yang terlatih, kekurangan persepaduan penggunaan komputer dalam KBSM serta kemudahan komputer yangkurang lengkap dan terkini dalam sekolah.

3.3ISU KEMUDAHAN INSTITUSI PERGURUAN

Kemudahan sesebuah institusi perguruan sangat penting bagi memastikan pengeluran bakal pendidik yang beretika, profesionalisme dan mencapai ciri-ciri Standard GuruMalaysia. Tetapi apakah keperluan yang penting bagi individu yang bergelar mahasiswadan mahasiswi yang sedang belajar? Semestinya keperluan kemudahan infrastruktur daninfrostruktur yang lengkap.Kemudahan infrastruktur disini adalah landasan sistem informasi berkaitan jaringan komunikasi data di antara sistem informasi secara integrasi dan tidak hanya berupa fizikal jaringan berupa kabel,router , suis dan berbagai-bagai komponen lain,tetapi juga berkait masalah Topologi, Domain IP Address, Security, Aksesibilitas, jalur lebar, pengaturan talian dan aspek teknik serta aspek lain yang berkaitan erat dengan jaringan komunikasi data. Dalam konsep infrastruktur tidak hanya menyangkut jaringankomunikasi data tetapi juga mempunyai maklumat dan aplikasi serta infrastruktur yangtidak mempunyai kaitan dengan kepemimpinan, regulasi dan sumber daya manusia. Namun dalam praktiknya secara teknik infrastruktur akan menyangkut kepada jaringankomunikasi data.Melalui pencarian dalam internet, kami dapat mengenalpasti masalah tentangkemudahan infrastruktur di institusi perguruan. Sebagai contohnya ramai pelajar daripadaInstitusi Perguruan Malaysia,Sarawak (IPGM) berasa tidak puas hati dan memberitahu pihak IPGM tentang kelemahan kemudahan di institusi tersebut melalui laman“ facebook ” di ruangan perbincangan. Di IPGM tersebut, mereka kekurangan tempat meletakkan kenderaan di mana sehingga menyebabkan banyak kenderaan akan diletakkandi tepi-tepi jalan apabila sesi pembelajaran dijalankan. Hal ini boleh mendatangkan banyak masalah seperti kesesakan lalu-lintas dan kemalangan.Ada antara mereka yang merungut tentang kesukaran mengeluarkan wang keranatidak terdapat mesin ATM tersebut. Pihak yang bertanggungjawab telah menyuarakan halini dan permohonan

Page 11: Standard Guru Malaysia 2013

telah dilakukan terhadap Bank Simpanan Nasional (BSN) tetapidengan beralasan modal untuk menyediakan mesin ATM adalah tinggi ,maka pihak BSNtidak mahu menyediakan kemudahan tersebut. Tambahan pula, ada lagi yang tidak berpuas hati dengan bilangan bilik kuliah serta kemudahan pembelajaran dan pengajaranyang sepatutnya berada dalam keadaan yang baik. Semua sudah maklum bahawa semakin bertambah maju negara ini, semakin ramai para penuntut akan memasuki institusi maka,kekurangan bilik kuliah akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajran tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Kini, jelas menunjukkan terdapat banyak kelemahandalam institusi perguruan. Justeru, kemudahan yang sepatutnya perlu disediakan dengan baik demi kepentingan para pelajar.

3.4ISU KELEWATAN KENAIKAN PANGKAT DAN KELEMAHANKEBAJIKAN.GURU

Selain daripada isu latihan perguruan, terdapat juga isu yang sering menganggu prestasi profesion keguruan kini iaitu isu laluan kerjaya dan kebajikan guru. Guru-guru muda hariini lebih cenderung untuk bekerja setakat yang diarahkan dan tidak mampu bekerjamengikut keupayaan dan kemampuan mereka dalam bidang masing-masing. Merekalebih terarah untuk bersaing mendapatkan kenaikan pangkat dan setelah berjaya danmerasa selesa dengan gaji yang diperolehi, mereka mula bekerja ala kadar semata-matauntuk bergelar guru sedangkan dalam dunia pendidikan, guru adalah insan yang perlumemainkan peranan penting dalam mendidik anak bangsa secara ikhlas dan bersemangat. Namun demikian, masih terdapat kesukaran dan halangan yang lain wujud dalam profesion perguruan sehingga mendorong para guru tidak bersemangat untuk bekerja.Kelewatan kenaikan pangkat bukanlah lagi isu yang asing dalam profesion perguruan. Kewujudan suatu jangka waktu yang panjang dalam proses kenaikan pangkatdari DG41 ke DG48 menyebabkan guru rasa terancam. Sebagai contoh, dalam situasi sebenar hari ini, guru gred DG44 yang senior kebanyakannya kini memegang jawatan penolong kanan di sekolah menengah, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah di PPD danada juga yang dilantik sebagai pengetua tetapi mereka lambat dan sukar dinaikkan kegred DG48. Ironinya ada kumpulan guru yang dengan mudah iaitu tiga tahun saja beradadi gred DG41 hendak dinaikkan ke gred DG44. Ketidakadilan berlaku kerana ada guruyang terpaksa menunggu sehingga 10 tahun untuk dinaikkan ke gred DG44, itupunselepas lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Dalam situasi yang lainpula,gurusiswazah yang dilantik antara 1989 hingga 1995 yang memiliki selain ijazah perakaunan berasa kerugian kerana terpaksa menunggu lama untuk dinaikkan pangkat ke DG48 KhasUntuk Penyandang (KUP)Timed-Based . Rata-rata mereka perlu berkhidmat untuk tempoh 21 hingga 24 tahun sebelum layak memohon DG48 KUP. Keadaan itu agak berlainan jika berbanding rakan sejawat yang dilantik pada 1996 dan selepas itu. Merekahanya perlu berkhidmat sekitar tempoh 20 tahun untuk layak ke DG48 KUPTimed- Based . Contohnya, paling mudah ialah terdapat kalangan guru yang pernah mengajar diTingkatan 6 lebih 10 tahun tidak ditawarkan DG48. Ini memberi tekanan kepada guru-guru yang telah lama berkhidmat kerana masih lagi berada ditahap yang sama walaupuntelah banyak berjasa pada negara atau pada jabatan pelajaran.Selain itu, terdapat kelonggaran dalam kaedah pengurusan prestasi perkhidmatanguru setiap kali ujian prestasi dan kecekapan dilaksanakan kepada seluruh warga pendidik. Pengurusan prestasi ini sangat penting dalam mengukur dan menilaisejauhmana keupayaan dan kecemerlangan guru dalam menjalankan tugas secara profesional. Sistem pengujian ini sangat sukar untuk distandardkan kepada seluruhkementerian

Page 12: Standard Guru Malaysia 2013

pendidikan. Hal ini kerana pihak penilai merupakan individu yang bekerjasebagai pengurus atau pentadbir dibahagian kementerian atau bahagian pendidikan yanglain sedangkan mereka tidak bekerja sebagai seorang guru dan hanya berpegang kepada pengalaman mengajar mereka pada zaman lepas. Masalahnya timbul kerana perubahanzaman seiring dengan perubahan tingkahlaku dan sikap pelajar. Pelajar hari ini berbezadengan sikap pelajar zaman dahulu dan keadaan ini menjadi beban atau risiko kepadaseorang pendidik. Penilai pula hanya menilai mengikut pengalaman lepas. Sistem penilaian ini harus diperbaiki mengikut peredaran zaman dan berdasarkan situasi semasa.Dalam pada itu, terdapat juga isu di mana kurangnya kemudahan asas sepertitempat tinggal terutamnya di pedalaman. Sebagai contoh, guru sanggup tidur di bawah bilik darjah demi pendidikan anak Penan. Hal ini berlaku di Long Latin, Ulu Bernam,Sarawak di mana empat orang guru di sebuah sekolah rendah di sini termasuk sepasangguru suami isteri terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit berukuran 20 kaki panjang dan10 kaki lebar dengan ketinggian hanya tujuh kaki sejak tiga tahun lalu kerana kediamanguru yang sedia ada tidak mencukupi. Menurut pengetua sekolah berkenaan, sekolahtersebut dibina sekitar awal 1980-an dan hanya mempunyai empat unit kediaman gurutermasuk satu unit yang sudah uzur serta hampir runtuh dan tidak cukup untuk menampung 12 guru serta keluarga mereka. Sejak enam tahun yang lalu, sekolah berkenaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan kediaman baru bagi guru-guru terbabit namun setakat ini masih tiada respons yang mereka terima. Hal ini jelasmenunjukkan bahawasanya kemudahan tempat tinggal terutamanya di kawasan pedalaman adalah tidak mencukupi hak asasi para guru yang bertugas di sana.Malah, isu masalah ketidaksepadanan (mismatch) antara opsyen semasa latihandengan keperluan mata pelajaran juga sering berlaku. Sebagai contoh menurut Rahmaddan Norani (1995), apabila timbul situasi kekurangan guru dalam sesebuah sekolah, guruyang tiada pengkhususan sesuatu mata pelajaran diminta mengajar mata pelajarantersebut. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian Norani, Wan Hasmah, Chang Lee Jondalam “Profesionalisme Guru Baru di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak 1991 – 1995. Para guru diarah untuk mengajar mata pelajaran bukan opsyen mereka denganalasan tiada guru. Perkara ini menyebabkan status seorang guru menjadi tercemar keranamengajar tanpa pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.Menurut Robiah (1998), dalam merealisasikan hasrat kerajaan ke arah pembentukan negara maju melalui penguasaan pendidikan, kita terpaksa akur kepadamasalah kekurangan guru-guru terlatih dalam bidang berkaitan. Terdapat banyak masalahyang timbul ekoran daripada kekurangan guru. Perkara yang paling jelas ialah apabilasesuatu mata pelajaran itu terpaksa diambil alih oleh guru yang bukan dalam bidangnya.Menurut laporan oleh Pejabat pendidikan daerah Kluang, seramai 41 orang guru bukanopsyen telah diarahkan untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ia bagi mengisikekosongan akibat kekurangan guru Kemahiran Hidup. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk mengembangkan kemahiran manipulatif, kemahiran sosial dan penanaman semangat keusahawanan, daya mereka cipta serta etika kerja dalam kalangan pelajar. Justeru, keadaan akan menjadi sukar apabila guru-guru yang tiada kemahiran asas dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup diminta mengajar mata pelajaran tersebut.Pemilihan dengan berdasarkan kepada minat mahupun paksaan tidak akan menghasilkan pengajaran yang berkesan terutamanya jika guru tersebut adalah dari aliran sasteradikehendaki mengajar aliran sains dan sebaliknya (Dewan Kosmik, 1999).

4.0CABARAN- CABARAN STANDARD GURU MALAYSIA

Page 13: Standard Guru Malaysia 2013

4.1CABARAN DALAM PEMILIHAN CALON GURU

KPM haruslah memantapkan sistem pemilihan calon guru pelatih supaya mereka yang berminat dan mempunyai sahsiah yang baik sahaja dipilih. Dengan tahap profesionalismedan wawasan sebagai seorang guru, adalah diharapkan guru akan berkhidmat denganikhlas kerana agama, bangsa dan negara untuk mencapai tahap cemerlang, gemilang danterbilang.Faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk kesesuaian mempengaruhi jenis personaliti seseorang dengan persekitaran itu. Apabila jenis personaliti tersebut tidak sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah puncakepada sikap tidak berminat terhadap kerja mahupun perkembangannya. (Holland, 1973).Selain itu, antara halangan yang wujud sehingga menyebabkan isu guru tidak memiliki sifat profesionalisme adalah kerana guru mengalami tekanan. Terdapat guruyang tidak berminat menjadi guru terpaksa menjadi guru secara tidak langsungmenyebabkan mereka melaksanakan tanggungjawab secara sesuka hati. Malah, terdapat juga guru yang tertekan kerana gaji dan kemudahan dinikmati tidak setimpal dengantanggungjawab yang dipikul. Hal ini kerana, dewasa ini terdapat banyak aktiviti atau program yang harus mereka selia dan hadiri di sekolah, sedangkan pada masa yang samamereka harus menunaikan tanggungjawab lain, terutama menguruskan keluarga sendiri.Dalam pada itu, sekiranya profesion ini adalah pilihan yang terakhir bagi guru,maka mereka akan kurang berminat akan profesion ini dan akibatnya selepas dua atau tigatahun menjadi guru, kebosanan terhadap tugas akan berlaku. Kajian yang dijalankanterhadap beberapa orang guru mengenai kejadian‘Burn-out’ terhadap guru jelasmenunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guruyang kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi (Wan Mohd Zahid Nordin).

4.2CABARAN MEMANTAPKAN LATIHAN PERGURUAN

Melalui isu yang timbul, dalam usaha untuk memantapkan latihan perguruan, KPMmenghadapi cabaran dalam mereka bentuk kurikulum latihan perguruan, menyediakansumber manusia dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi.Kurikulum bagi latihan perguruan merupakan dokumen penting yang perludigubal selari dengan Misi KPM, FPK dan hala tuju agensi dan institusi latihan perguruan. Kurikulum latihan perguruan ini digubal bagi melahirkan guru yang kompetendan memiliki sahsiah yang bertepatan dengan keperluan dan aspirasi negara. Agensi daninstitusi perguruan seharusnya menyediakan tiga komponen dalam latihan perguruan iaitukomponen ikhtisas, komponen akademik dan komponen perkembangan diri. Komponenikhtisas adalah seperti membina kemahiran, sikap dan pengetahuan asas perguruan.Manakala komponen akademik adalah seperti membina pengetahuan ‘ subject matter ’.Seterusnya adalah komponen perkembangan diri iaitu membina kemahiranmengendalikan aktiviti sukan dan kokurikulum serta kemahiran bersosial. Ini menjadisatu cabaran kepada guru bagi menukar jati diri dan kemajuan dalam diri untuk bersediamenjadi guru yang terbaik.Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh KPM ialah kurangnya sumber manusiayang mencukupi semasa latihan praktikum dijalankan. Ini kerana, sumber manusia iniharuslah terdiri daripada pensyarah penasihat dan kaunselor yang dapat memberikankhidmat sokongan supaya guru pelatih sentiasa

Page 14: Standard Guru Malaysia 2013

bermotivasi. Perhubungan yang mesra danerat akan membantu keperluan keselamatan semasa menjalani praktikum di sekolah(Deas, Harrison, Hendeson, Knutton, Roberts & Trafford, 1996).Disamping itu, cabaran yang dihadapi oleh KPM ialah kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang terkini dan lengkap. Kekurangan alat bantumengajar akan memberi impak yang tidak baik untuk guru ketika proses pembelajarandan pengajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses komunikasiantara guru dan pelajar ketika dalam kelas. Jikalau, sumber P&P tidak mencukupi iniakan membantutkan proses P&P tersebut. Dengan sumber pengajaran dan pembelajaranyang lengkap, sesuai dan terkini sama ada dalam bentuk bercetak dan elektronik seperti buku, jurnal, prosiding dan lain-lain akan dapat membantu dalam menjayakan latihan praktikum. Seterusnya, penilaian dan pentaksiran latihan praktikum untuk guru-guru pelatih dilakukan oleh guru pembimbing serta penyelia yang dilantik oleh universiti.Penilaian dilakukan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Pindaan2002).

4.3CABARAN DALAM MELONJAKKAN KECERMELANGAN INSTITUSI......LATIHAN PERGURUAN

Cabaran yang harus dihadapi oleh KPM ialah memastikan setiap Institut PendidikanGuru (IPG) mempunyai kemudahan dan pengkhusususan bidang tertentu iaitu TeknologiMaklumat, Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial, Pendidikan Jasmani, PendidikanIslam, Teknik dan Vokasional dan Pendidikan Khas, memperkasakan peranan InstitutAminuddin Baki (IAB) untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah meningkatkan profesionalisme guru. Hal ini ditimbulkan bagi memastikan para pelajar sentiasamendapat hak yang sepatutnya.Cabaran yang dikeluarkan bagi kepuasan para pelajar demi mengeluarkan produk yang berkualiti standing dengan konsep yang ada iaitu Standard Guru Malaysia (SGM).Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa untuk membentuk persekitaran kerja yang baik,guru perlulah meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengankepakaran dan kelayakan yang tinggi guru-guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuandalam memberi sumbangan terhadap pembentukan persekitaran yang sesuai dan kondusif.Hal ini juga memainkan peranan yang penting dalam memelihara tahap kualiti dankemajuan para pelajar di IPG, maktab perguruan dan ipta yang menganjurkan program pendidikan.

4.4CABARAN DALAM MENAMBAH BAIK LALUAN KERJAYA DAN.....KEBAJIKAN GURU

Cabaran seterusnya, KPM menghadapi cabaran untuk memastikan guru-guru diberi peluang menikmati laluan kerjaya yang lebih menarik dan peluang melanjutkan pelajaranke peringkat yang lebih tinggi. Kenaikan pangkat yang lambat menyebabkan professionguru kurang diminati oleh orang awam. Sebagai contoh, selama 30 tahun perkhidmatan,kebanyakan guru menikmati hanya satu atau dua kali kenaikan pangkat sahaja.Berdasarkan dasar kenaikkan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan, gurukebiasaannya mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada gred permulaan

ke gred jawatan yang seterusnya. Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru berprestasitinggi adalah penentu untuk menjadikan profesion keguruan lebih menarik terutamakepada calon guru yang berpotensi tinggi. Walaupun telah penat bekerja tetapi gaji atautaraf hidup masih sama seperti biasa.Kerajaan sentiasa berusaha agar keperluan dan kemudahan guru dipenuhi. Bagimemastikan

Page 15: Standard Guru Malaysia 2013

keselesaan ketika menjalankan tugas, persekitaran kerja di sekolah-sekolahdipertingkatkan supaya lebih kondusif dan selesa. Kesanggupan dan pengorbanan guruuntuk mendidik anak luar bandar perlu diberi pengiktirafan dan sokongan. Kemudahantempat tinggal terutama di kawasan pedalaman dan bandar besar akan disediakansepenuhnya. Cabaran KPM adalah untuk membina lebih banyak rumah guru danmenyediakan kemudahan asas terutamanya di kawasan pedalaman. Sebagai contoh,empat orang guru di sebuah sekolah rendah di sini termasuk sepasang guru suami isteriterpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit berukuran 20 kaki panjang dan 10 kaki lebar dengan ketinggian hanya tujuh kaki sejak tiga tahun lalu kerana kediaman guru yangsedia ada tidak mencukupi. Faktor topografi di kawasan pedalaman adalah antara penyebab kenapa perkembangan pembangunan dan kebajikan guru menjadi lambat.Keadaan yang berbukit, tanah merah dan jauh di pedalaman menyebabkan sukar bagikerajaan untuk menyalurkan sumbangan bagi membangunkan kawasan pedalamantersebut.Disamping itu, KPM juga berusaha untuk menangani masalah ketidaksepadanan(mismatch) antara opsyen semasa latihan dengan keperluan mata pelajaran yang diajar disekolah terutama mata pelajaran kritikal. Cabaran KPM adalah untuk memastikan jurangketidaksepadanan ini diatasi. Masalah kekurangan guru adalah antara halangan atau faktor yang mengundang kepada pengambilan guru-guru yang tidak diiktiraf dan guru-guru bukan opsyen bagi memenuhi kekosongan mata pelajaran. Apabila berlakunyaketidaksepadanan subjek yang diberi kepada guru untuk mengajar berbanding denganopsyen mereka ketika di institusi tempat mereka belajar ianya akan menjadi masalahkepada para guru kerana subjek yang diajar bukanlah bidang kepakaran mereka. Hal iniakan menyebabkan guru-guru menjadi kurang bersemangat untuk mengendalikan kelas.Mereka terpaksa belajar semula subjek yang diberi, dan ini menjadi kesukaran bagimereka. Ishak dan Koh Boon (1983) mengatakan, untuk memperoleh ilmu pengetahuandan memperkembang kemahiran-kemahiran memerlukan jangkamasa latihan yang panjang. Pengetahuan dan kemahiran yang cukup adalah penting untuk membina minatdan sikap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun terdapat banyak kursus diadakan berkaitan mata pelajaran yang diajar jika guru tersebut bukan dari bidangmata pelajaran tersebut, namun sejauhmanakah kursus jangka pendek tersebut dapatmenyediakan guru-guru bukan opsyen dengan pengetahuan dan kemahiran samasempurna dan berkesan seperti guru yang sememangnya dari opsyen mata pelajarantersebut. Sebagai contoh untuk subjek kemahiran hidup, Masrizal (2003) mengatakan,kursus jangka pendek yang dijalankan oleh KPM di dapati berkesan dalam meningkatkan pengetahuan guru-guru tetapi tidak di dalam aspek pengurusan dan penyelenggaraan bengkel. Justeru, kerajaan harus berusaha unutk menempatkan guru mengikut opsyen dankeperluan kerana pengukuran dan penilaian keberkesanan pengajaran guru-guru tidak dapat diukur dengan berkesan kerana berlaku ketidakseimbangan pengetahuan dan pengaplikasian mata pelajaran yang diajar.

5.0PENDEKATAN STANDARD GURU MALAYSIA5.1PENDEKATAN DENGAN MENAMBAH BAIK SISTEM PEMILIHANGURU

Manambah baik sistem pemilihan calon adalah bermaksud memperketat syarat dankriteria pengambilan calon guru. Setiap tahun, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan dan hanya20,000 orang ditempatkan di sekolah. Kebanyakan pemohon tidak mempunyai sikap danaptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Justeru berlandaskan

Page 16: Standard Guru Malaysia 2013

Pelan Induk PembangunanPendidikan Negara (PIPPN), syarat kelayakan akan diperketatkan bagi program-program pengambilan calon guru seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan KursusPerguruan Lepasan SPM (KPLSPM). Menurut Datuk Sri Hishammudin Tun Hussein(1996), hasrat kerajaan adalah untuk memastikan bukan sahaja negara dapat melahirkanguru yang berkualiti, tetapi semestinya memastikan mereka yang berkualiti kekal dalamsistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan.Justeru, mulai tahun 2005, syarat-syarat pengambilan calon guru diperketatkan bagimemastikan KPM mendapat hanyalah calon guru yang berkualiti bagi kerjaya ini. Denganitu, melalui syarat-syarat tersebut, hanya calon-calon yang layak sahaja yang akanmendapat tempat di Institut Pendidikan Guru (IPG). Dalam usaha demi menghasilkan pendidik yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia, pemilihan calon guru pelatih yang berminat dalam kerjaya perguruan perlu dibuatdengan teliti. KPM melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) berhasrat memilih bakalguru yang berminat, bukan mereka yang hanya menceburkan diri setelah tiada pilihanlain, kerana sikap separuh hati ini telah terbukti mendatangkan akibat buruk kepada profession itu sendiri ( Berita Bahagian Pendidikan Guru, 1990). Namun, trendmenjadikan profesion perguruan sebagai pilihan terakhir bukan sesuatu yang baru dinegara kita. Pelajar-pelajar pada masa sekarang akan cuba memilih kursus selain dari pendidikan untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) (Tajul Ariffin dan Nor’aini Dan, 1992). Mereka ini hanya akan memilih kursus pendidikan apabila sudahtidak ada pilihan lain yang sesuai dengan kelayakannya. Dalam kajian yang dilakukanoleh Suffean Hussin (1996) pula mendapati faktor perkhidmatan itu sendiri seperti gaji,masa bekerja dan elaun menjadi faktor utama dalam pemilihan kerjaya dalam profesion perguruan. Hendaklah difahami bahawa, profesion perguruan memerlukan individu yangmempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik.Justeru, KPM haruslah memantapkan sistem pemilihan calon guru pelatih supaya merekayang berminat dan mempunyai sahsiah yang baik sahaja dipilih.Demi mencapai status negara maju menjelang 2020, negara memerlukan tenagamahir yang mencukupi dalam pelbagai bidang. Penyediaan tenaga kerja ini memerlukansistem pendidikan yang cekap dan guru yang berktrampilan sesuai dengan bidang-bidangyang diperlukan untuk negara Justeru, antara langkah bagi memperketat syarat dankriteria pengambilan calon ialah calon yang ingin menduduki tempat dalam KursusPerguruan Lepasan Ijazah (KPLI) perlu membuat permohonan secara atas talian sepertiyang telah diiklankan dalam laman web. Sebagai contoh yang beralamat:http://www.emoe.gov.my. Terdapat syarat tambahan KPLI yang bersesuaian diletakkandengan keperluan opsyen. Seterusnya, agensi dan institusi latihan perguruan akanmenapis semua permohonan untuk menentukan calon yang layak untuk menduduki UjianPemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian teachers Selection Test-MteST ). Ujian inidilakukan secara serentak diseluruh negara. Kemudian, calon yang melepasi ujian akandipanggil secara dalam talian untuk ditemu duga menerusi laman web agensi dan institusilatihan perguruan. Instrumen ujian ini terdiri daripada empat bahagian iaitu personaliti,minat kerjaya, nilai integriti dan kecerdasan emosi.

sebegini seolah-olah memperkecil kehadiran mereka akibatnya menjadikan merekateragak-agak dalam mempamerkan prestasi sebenar mereka dalam sesi latihan mengajar.Justeru, guru-guru terlatih seharusnya membimbing guru-guru pelatih dengan memberinasihat, teguran, bimbingan dan tunjuk ajar

Page 17: Standard Guru Malaysia 2013

yang sewajarnya supaya guru-guru pelatih iniakan dapat menunjukkan dan mengamalkan tingkah laku yang diinginkan untuk mengajar secara berkesan.Malah, sumber pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, sesuai dan terkinisama ada dalam bentuk bercetak dan elektronik seperti buku, jurnal, prosiding dan lain-lain akan dapat membantu dalam menjayakan latihan praktikum. Semasa menjalanilatihan mengajar, guru pelatih terutamanya yang baru pertama kali mengajar mungkiningin cuba menggunakan apa yang dipelajari di universiti seperti memilih alat bantumengajar (ABM) yang baru. Namun, ekoran kemudahan sekolah yang serba kekurangan,mereka tidak dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari. Menurut Jamaluddin (2002),ABM yang digunakan dalam sistem pendidikan pada masa ini adalah alat bantu visualiaitu berbentuk gambar, model, objek dan lain-lain yang mampu mengukuhkan pengalaman konkrit, motivasi belajar serta meningkatkan daya serap dan potensi pelajar.Justeru, kekurangan penggunaan ABM dalam aspek pendidikan khususnya akanmenjadikan latihan praktikum tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna. Setiap perkembangan teknologi seharusnya bergerak sejajar dengan perkembangan dalam pendidikan.Tuntasnya, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluanyang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi untuk melahirkan guru selaras dengan matlamat SGM.

5.3PENDEKATAN DENGAN MELONJAKKAN KECERMELANGANINSTITUSI LATIHAN PERGURUAN

Terdapat pelbagai langkah yang telah diambil bagi melonjakkan kecermelangan institusilatihan perguruan. Antaranya ialah, menaik taraf maktab perguruan kepada InstitutPendidikan Guru (IPG) yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. IPG ialah institusi latihan keguruan di bawah pentadbiran KPM dan dikawalselia oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). KPM telah mencipta sejarah baru denganmenarik taraf maktab perguruan kepada IPG seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005 yang lalu. Dalam usaha meningkatkan jumlah gurusiswazah dan menyediakan guru yang berkualiti, peranan IPG telah diperkembangkanuntuk melatih guru pada peringkat ijazah berbanding dengan hanya pada peringkat sijildan diploma. IPG berperanan penting dalam perkhidmatan. Tujuan utama penubuhan IPGialah memartabatkan profesion keguruan dengan melahirkan guru-guru berkualiti, mahir, bertanggungjawab dan bangga menjadi pendidik serta mencapai sasaran semua guru berijazah di Sekolah Menengah dan 50% di sekolah rendah menjelang 2010. Pada masakini, terdapat 27 IPG di seluruh negara dengan bilangan pensyarah seramai 3129 orangdan enrolmen 28,755.Berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (PIPPN), KPMtelah mereka bentuk dan menggubal kurikulum IPG secara berpusat dan mendapatkelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. Antaranya ialah, memberi penekanankepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru, membangunkan infrastruktur.Infrastruktur dan infostruktur yang lengkap dan terkini dapat mewujudkan suasana belajar dan bekerja yang kondusif bagi menjamin kecermelangan latihan perguruan. Kemudahanini adalah titik yang menyokong keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran organisasi. Infrastruktur dan infostruktur di institusi latihan perguruan seharusnya memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum semasa, pentadbiran, pengurusan serta kebajikan guru pelatih dan staf berdasarkan standard dankos. Selain itu, institusi latihan perguruan harus mrmpunyai rangkaian infrastruktur daninfostruktur yang bersepadu agar dapat menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaranserta pengurusan dan pentadbiran. Contoh

Page 18: Standard Guru Malaysia 2013

infrastruktur adalah seperti, Pusat MaklumatLatihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System .Selain itu, KPM akan memastikan setiap IPG mempunyai pengkhusususan bidangtertentu iaitu Teknologi Maklumat, Bahasa, Sains dan Matematiik, Sains Sosial,Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Teknik dan Vokasional dan Pendidikan Khas,memberi penekanan kepada Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) bagi menjadikan penyelidikan sebagai budaya pendidik guru, mempereratkan kerjasama dengan KPTMdan semua IPT yang menawarkan program ijazah pendidikan untuk memastikan penggubalan kurikulum pendidikan guru dibuat menepati kehendak sistem pendidikannegara, memperkasakan peranan Institut Aminuddin Baki (IAB) untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah meningkatkan profesionalisme guru dan yang terakhir ialah meningkatkankelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan Akademik yang dijalankan secara sepenuh masa.

5.4PENDEKATAN DENGAN MENAMBAH BAIK LALUAN KERJAYA DANKEBAJIKAN GURU

Berdasarkan RMK-10, dalam tempoh rancangan, kerajaan akan melancar danmelaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjayatersebut. Dalam pada itu, kerajaan akan meningkatkan guru berijazah di sekolahmenengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun 2015.Manakala bagi sekolah rendah pula daripada 28% dalam tahun 2099 akan ditingkatkankepada 60% menjelang 2015. Tiga elemen yang terkandung dalam Tawaran Baru ialah, peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi, meningkatkan pembangunan profesional berterusan (CPD) secara sistematik kepada semua guru dankaedah pengurusan prestasi baru yang lebih mantap.Kemajuan kerjaya yang lambat dan perlahan merupakan antara sebab utamasiswazah di Malaysia tidak memilih kerjaya perguruan. Selama 30 tahun perkhidmatan,kebanyakan guru menikmati hanya satu atau dua kali kenaikan pangkat sahaja.Berdasarkan dasar kenaikkan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan, gurukebiasaannya mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada gred permulaanke gred jawatan yang seterusnya. Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru berprestasitinggi adalah penentu untuk menjadikan profesion keguruan lebih menarik terutamakepada calon guru yang berpotensi tinggi. Pendekatan ini juga membolehkan lebih ramaiguru berpeluang mencapai gred yang tinggi dalam masa yang singkat dan dengan ini boleh membimbing guru baru lebih awal. Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gredyang lebih cepat berasaskan kompetensi dan prestasi akan dijalankan. Laluan cepat untuk kenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru inidijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang 2015.Seterusnya, peningkatan pembangunan profesional berterusan (CPD) secarasistematik kepada semua guru bagi menyokong pembangunan keupayaan dan kemajuankerjaya. CPD ialah proses pembelajaran sepanjang hayat untuk membangun dan meningkatkan kompetensi individu. Secara umum, CPD merangkumi aktivit pengembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap. Latihan yang menumpukan pada bidang tugas baru berdasarkan kenaikan pangkat dan memberi penambahbaikan kepadakebolehan pengajaran akan memberi faedah kepada guru. Namun, pada masa kini, tiada pendekatan yang sistematik berkaiatan CPD dalam sistem pendidikan. Penekanan CPDyang

Page 19: Standard Guru Malaysia 2013

menyeluruh akan dilaksanakan pada tahun 2011. Antara elemen yang terkandungialah, modul CPD yang bersesuian mengikut keperluan dirangka untuk setiap gred jawatan bagi melengkapkan guru dengan peranan baru selepas kenaikan pangkat. Selainitu, modul ini memberi fokus kepada peluang pembelajaran di sekolah. Juga, pelbagaimodul CPD seperti kursus latihan formal, pengajian pasca siswazah, pengajian jarak jauhdan aktiviti bimbingan akan membolehkan guru membuat pilihan terbaik untuk pembangunan kerjaya mereka tanpa mengganggu pengajaran dan pembelajaran. “Kita perlu menambah nilai pada diri kita jika sekiranya di masa hadapan kita mahu lebih berjaya lagi dan keupayaan kita untuk menghadapi cabaran dan mengatasi masalahdengan lebih kuat dari masa dulu. Yang kurang cekap kita tambah kecekapan. Inilahmaknanya improvement dan untuk itu kita jangan lupa sentiasa menambah nilai pada dirikita.” (Petikan ucapan YAB Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi di Perhimpunan AgungUmno 2006). Kenyataan ini selari dengan program pembangunan profesional yang manaantara lain bertujuan untuk menambahkan nilai kepada diri seorang profesional tersebut.Manakala, kaedah pengurusan prestasi semasa ke atas guru akan dilaksanakandengan lebih mantap. Kaedah ini adalah sama dengan penilaian penjawat awam yang lain.Ianya menitikberatkan keupayaan sebenar pengajaran atau kecekapan dalam profesionkeguruan dan bukannya prestasi pelajar. Skor penilaian untuk guru akan menjadi lebih bermakna sekiranya ia dapat mengukur prestasi sebenar guru, kurang subjektif dan berasaskan bukti.Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (PIPPN), kerajaanmenyediakan persekitaran kerja yang kondusif dimana menyediakan kemudahan tempattinggal yang mencukupi di kawasan pendalaman, luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia ada, malah bilik-bilik darjah juga akan dibaik pulih bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) lebih berkesan. Kerajaan sentiasa berusaha agar keperluan dan kemudahan gurudipenuhi. Kesanggupan dan pengorbanan guru untuk mendidik anak luar bandar wajar diberi pengiktirafan dan sokongan.Selain itu, guru-guru juga akan ditempatkan mengikut opsyen dan keperluan dimana kerajaan akan menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan gurumengikut opsyen dan menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupimengikut opsyen dan lokasi. Disamping itu juga, kerajaan juga berusaha untuk menangani masalah ketidaksepadanan (mismatch) antara opsyen semasa latihan dengankeperluan mata pelajaran yang diajar di sekolah terutama mata pelajaran kritikal. KPMharus memastikan jurang ketidaksepadanan ini diatasi. Antara usaha yang diambil ialahmengawal jumlah pengambilan ke program bidang pendidikan di IPG dan IPT. Denganitu, masalah graduan menggangur juga dapat diatasi.

6.0PENUTUP

Kesimpulannya, guru merupakan insan yang dihasratkan oleh negara mempunyaikompetensi ataupun kemahiran profesional yang tinggi dalam aspek nilai profesionalismekeguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pendidikan yang lain. Ketiga-tiga standardtersebut juga membawa maksud aspek yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu. Namun begitu terdapat beberapa isu dan cabaran yang perlu dihadapi oleh beberapa pihak seperti Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) sendiri dalammelaksanakan Standard Guru Malaysia tersebut. Antaranya ialah isu terhadap pemilihan para guru, isu dan cabaran dalam laluan kerjaya dan kebajikan guru dan isu dalam latihan perguruan dan isu terhadap sesebuah

Page 20: Standard Guru Malaysia 2013

institusi perguruan. Walaubagaimana pun beberapa pendekatan telah diambil bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi tersebutcontohnya seperti memantapkan latihan perguruan, menambahbaik sistem pemilihancalon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan dan jugamenambahbaik laluan kerjaya dan kebajikan guru. Secara rumusnya, Standard GuruMalaysia ini penting untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualitikepada warganegara Malaysia kini dan akan datang

7.0BIBLIOGRAFI

Amrizan Madian (2010, April 2). Guru sanggup tidur bawah bilik darjah demi pendidikananak Penan. Bernama.

Azrul Affandi (2009). Tempoh kursus setahun kurang berkesan lahir guru berkualiti. Berita Harian

Page 21: Standard Guru Malaysia 2013

.Bahagian Pendidikan Guru (2009).Standard guru Malaysia. Putarajaya: BahagianPendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Guru senior DG44 lambat naik gred. (2008,Ogos 4). Berita Harian

.Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Memartabatkan profesion keguruan. DalamPelan induk pembangunan pendidikan (PIPP) 2006-2010 (m.s. 105-110).Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kemahiran dinamika (2000).http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=3. ........... 39 Diperoleh pada Julai 31, 2010.

Masalah institusi latihan perguruan (2010).http://www.facebook.com/pages/IPGM- ............ Kampus- Sarawak-Miri/13135831549867?vef=ts Diperoleh pada Julai, 27 2010. Membangun dan mengekalakan madal insan bertaraf dunia. Dalam Rancangan Malaysiake-10 (m.s.193-251). Putrajaya: KementerianMohamad Fauzi bin Hamid (2003).

Masalah praktikum di kalangan guru-guru pelatih Institut Perguruan Darulaman. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan : UniversitiUtara Malaysia. Nurul Izzah bt Sharif (2008).

Persepsi pelajar aliran sains tahun 2 fakulti pendidikanUTM dari segi sikap, minat dan persekitaran pembelajaran yang positif sebelummenjalani latihan mengajar.Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan : UniversitiTeknologi Malaysia.Omar Abdull Kareem & Khuan Wai Bing (2005).

Perkembangan profesional guru secaraberterusan: Perspektif pembangunan sumber manusia. Dalam Masalah pendidikan 2005 (m.s. 131-141) : Universiti Malaya.Perguruan sebagai satu profesion (2000).http://www.guruohguru.wordpress.comdiperoleh pada Julai, 10 2010.Profesionalisme perguruan (2000).http://scribd.com/doc/26935059/PROFESIONALISMEPERGURUAN.(etikaguru)Diperoleh pada Julai, 10 2010.Rohaniza Idris (2009,Desember 5). SGM iktiraf profesion guru, bukan bebanan. Berita Harian.

Suhaimi B. Mat Sulong @ Mustofa (2006).Membangunkan perisian modul alat bantumengajar (ABM) bertajuk kimpalan arka bagi tingkatan 4 pengajian kejuruteraanmekanikal.Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan : Universiti Teknologi Malaysia.

Terlalu lambat naik pangkat (2009, Julai 11). Berita Harian.

VeenaRusli (2009) Pelancaran dokumen Standard Guru Malaysia http://apps.emoe.gov.my/bpg/index.cfm?sector=news&page=read&newsid=760. Diperoleh pada Julai, 10 2010.Wahid Hashim (2000). Guru kelas satu.http://www.tutor.com.my/tutor/index.asp.Diperoleh pada Julai 18, 2010.

8.0 LAMPIRAN

Rajah 1: Logo Standard Guru Malaysia

Page 22: Standard Guru Malaysia 2013

mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidakmengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolahmelaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri. Sebagai contohnya,Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) telah menjadi satu dasar yang wajib dilaksanakan di sekolah.Guru tiada pilihan melainkan datang menghadiri kursus dalaman EteMSyang disertai guru selama tiga minggu atau terpaksa mengajar subjek lain.Akhirnya guru yang mempunyai kemahiran bertahun-tahun mengajar matapelajaran tersebut tidak dapat melaksanakan pengajaran tersebut keranabermasalah dengan penguasaan bahasa Inggeris.Situasi yang sama juga berlaku apabila program Kelas IntervensiAwal Membaca dan Menulis (KIA2M) diperkenalkan. Guru mata pelajaranbahasa Malaysia dan subjek teras lain terpaksa bertungkus lumus memberiperhatian kepada pelajar yang terlibat dalam program berkenaan. Guru juga terpaksa membahagikan masa antara mengajar murid kelas perdanadan murid program KIA2M selain daripada terpaksa mengikuti kursus-kursus dalaman yang berkaitan dengan program berkenaan.Bagaimanapun, baharu saja guru yang terlibat dalam program berkenaanberusaha meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan program tersebut,akhirnya ia dimansuhkan dan digantikan dengan program Literacy andNumeracy Screening (LINUS). Maka sekali lagi guru-guru terlibat terpaksapula bermula dari awal. Apa yang jelas, banyak masa guru diambil untukmeningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatuprogram berbanding masa untuk melaksanakannya.

Transformasi dalam kurikulum juga turut melibatkan sikap danpemikiran guru. Persoalannya, sejauh manakah guru mempunyai pemikirandan sikap yang positif terhadap sebarang usaha inovasi yang dirancang dansejauh manakah dasar-dasar yang digubal dapat dihayati dan dilaksanakanoleh pengamal pendidikan yakni guru dalam bilik darjah? Sebagai contoh,Kurikulum Bersepadu Sekolah. Jika konsep dan objektifnya dapat dihayati,mengapakah objektif KBSR untuk membasmi buta huruf itu tidak tercapaiselepas 10 tahun pelaksanaannya? Begitu juga dengan pedagogi bestariyang diperkenalkan mulai tahun 2000 yang mengutarakan pelbagai kaedahpengajaran berpusatkan murid seperti pembelajaran konstruktivisme,kontekstual dan pembelajaran masteri.Isu kekangan ruang dan masa juga boleh menyukarkan usahatransformasi ke atas program kurikulum atau kokurikulum yang hendakdilaksanakan. Pelaksanaan P & P terancang di luar kelas sukarterutamanya bagi sekolah menumpang dan sekolah-sekolah dua sesi yangmenghadapi kekangan ruang. Begitu juga dengan pengurusan kokurikulumyang memerlukan pelajar menghabiskan masa 180 minit untuk kelas bukanaliran Sains dan 120 minit untuk kelas aliran Sains. Kekangan ruang danmasa memerlukan kepimpinan yang kreatif untuk mewujudkan danmemantapkan budaya ownership. Kekurangan guru juga amat ketara disekolah ekoran daripada kursus anjuran PPG atau JPN dan juga programkokurikulum peringkat gabungan dan negeri yang diadakan secaraberterusan. Guru-guru terpaksa meninggalkan sekolah dan akibatnya P & P terganggu. Semangat sepasukan sukar disemai kerana wujud rasa tidak

Page 23: Standard Guru Malaysia 2013

9puas hati di kalangan guru yang asyik mengganti kelas mereka yang seringberurusan rasmi di luar kawasan sekolah. Manakala guru-guru yang seringkeluar pula tidak berupaya untuk menjual beli mahupun membuat kelastambahan kerana kekangan tempat dan masa dan merasakan diri merekatidak dihargai oleh pemimpin sedangkan mereka telah memberisumbangan kepada organisasi.

4.0 MASALAH-MASALAH DALAM MELAKSANAKAN TRANSFORMASIKURIKULUM

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakangenerasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supayamereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakanpendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abadke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun danmerancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkanmutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakathari ini (Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001).Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluangpendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kirabudaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. Justerusatu sistem pendidikan diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia,iaitu sistem pendidikan berpusat. Namun sama ada disedari mahupun tidak, kurikulum sekolah yang bersifat berpusat juga memperlihatkankelemahan dari segi pelaksanaan di kebanyakan sekolah. Misalnya,kurikulum semakan baru yang dilaksanakan pada tahun 2003. Kursusdalaman yang dianjurkan masih belum dapat menjamin penguasaan guruke atas isi kandungan yang perlu disampaikan. Begitu juga, penyebaranmaklumat melalui kursus yang berkaitan dengan kandungan pengajaran,pedagogi dan latihan kemahiran membuat jadual spesifikasi ujian (JSU)dan sebagainya sering tidak begitu berkesan. Ini berlaku mungkin keranapencairan maklumat.Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadimasalah dalam melakukan tranformasi pendidikan yang berkesan.Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian PerancanganPembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, padatahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPMmenghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar,khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman danpulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan.Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch)dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan dimana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “ bidan terjun” .Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal sepertiMatematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar.Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajarmula dipertikaikan.Kekurangan guru dan masalah guru bukan opsyen juga bolehmenimbulkan kesukaran memupuk budaya ownership kerana gurumenganggap diri mereka dipaksa untuk mengajar subjek bukan opsyen.Kekurangan kemahiran guru dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum juga ditambah dengan kurangnya sokongan pihak pengurus sekolah darisegi bimbingan dan latihan akan menyukarkan semangat ownershipdipupuk di kalangan guru. Sejauh manakah guru-guru bukan opsyen danguru-guru penasihat ini diberikan latihan bagi membimbing merekamengurus kurikulum mahupun kokurikulum?Bahan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu faktoryang menyumbang kepada keberkesanan kurikulum sekolah. Bahanpengajaran dan pembelajaran mestilah cukup, boleh digunakan,berasaskan teknologi seperti ICT

Page 24: Standard Guru Malaysia 2013

dan juga bersifat mesra pengguna. Bahanini biasanya disediakan oleh guru-guru untuk memberikan impak yangoptimum dalam pengajaran mereka. Sekiranya bahan pengajaran danpembelajaran ini berkesan ini akan menghasilkan pengajaran danpembelajaran di bilik darjah menjadi lebih baik, pembelajaran yangmenyeronokkan bagi pelajar serta meningkatkan kecemerlangan akademik.Menurut Rohana Man dalam laporannya iaitu Konferensi AntarabangsaPertama Pendidikan Guru 6-8 Mei 2002 yang lalu, guru yang cemerlangialah mereka yang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam prosespengajaran dan pembelajaran.Amalan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi aspek penentukeberkesanan kurikulum. Tenaga pengajar mestilah mengadakanpengajaran dan pembelajaran yang terancang, menggunakan pelbagaiteknik yang berpusatkan pelajar dan penilaian dijalankan berterusan keatas amalan pengajaran dan pembelajaran. Rohana Man (2002) turutmelaporkan bahawa ciri-ciri guru yang cemerlang ialah mereka yang bolehmengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancangpelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknikpengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan.Dengan wujudnya keadaan sedemikian, hasilnya proses pengajaran & pembelajaran menjadi berkesan, dapat meningkatkan kecemerlanganakademik pelajar dan guru akan menjadi cekap dalam penyelesaianmasalah.Sokongan ibu bapa terhadap tranformasi kurikulum sekolah jugasangat penting. Sejauh manakah ibu bapa menyokong programkokurikulum sekolah? Sejauhmanakah mereka menawarkan kemahirandan kepakaran mereka untuk menjayakan aktiviti kurikulum di sekolah?Begitu juga dengan anak-anak yang masih tidak dapat menguasaikemahiran literasi asas, sejauhmanakah ibu bapa memikul tanggungjawabdalam hal pembelajaran anak? Yang jelasnya, penglibatan pelajar dalamprogram kurikulum masih lagi tidak menyeluruh. Bahkan ada ibu bapa yang menganggap suatu transformasi yang dilakukan itu sebagai satu ‘ seksaan’ . Misalnya bantahan terhadap dasar PPSMI oleh MajlisPermuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) melaluiperhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac 2009dan bantahan daripada Gabungan Penulis Nasional (GAPENA).

5.0 CABARAN DALAM MELAKSANAKAN TRANFORMASIKURIKULUM

Kejayaan pelaksanaan tranformasi kurikulum banyak bergantungkepada bagaimana pemimpin sekolah melibatkan seluruh organisasi yangterlibat dalam membuat keputusan, merancang, menilai dan melaksanakanprogram-program kurikulum baru. Perkongsian ‘ equal ’ (equal partnership)sebegini antara pentadbir dan organisasi di bawahnya akan menjadi satusuara yang lebih jelas dan lebih diterima serta dihormati bagimelaksanakan sebarang program kurikulum. (Hubbard, 2003). Keputusansatu hala mahupun sesi latihan yang berbentuk ‘ one-off ’ tidak mungkindapat mewujudkan ‘ ownership’ ke atas program dan teknologi yangdisampaikan. Justeru adalah menjadi cabaran pemimpin sekolah ialahmewujudkan ownership di kalangan guru, pelajar dan ibu bapa ke atasproses transformasi kurikulum dan produk yang dihasilkan denganmenggunakan sumber secara optimum bagi memastikan peningkatankualiti yang berterusan. Guru, pelajar dan ibu bapa hanya akan berjaya menghayati danmendapat manfaat daripada suatu transformasi apabila pandanganmereka dihargai. Begitu juga, apabila suatu program yang dirancang itubersesuaian dengan keperluan organisasi secara keseluruhannya, makaownership akan terhasil (Bimes-Michalak dalam Lewis, 1995). Jadi adalahmenjadi cabaran kepada pihak pentadbir untuk mewujudkan ‘ownership’ yang dimaksudkan agar satu sistem

Page 25: Standard Guru Malaysia 2013

kepercayaan dan tabiat yangmenggalakkan pekerja-pekerja berfikir dan bertindak sebagai ‘ owners’ ataupemilik dan melibatkan ciri-ciri rasa tanggungjawab bersama, komitmen,keahlian bersama dan perkongsian bersama (Mackins, 1995).Pemimpin pendidikan juga berhadapan dengan cabaran yang berkaitandengan jurang antara dasar dan realiti pelaksanaan; kekangan sumbermanusia dan prasarana; dan sikap serta komitmen pihak pengurusan, gurudan komuniti. Sebagai contoh, selaras dengan perkembangan teknologisemasa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkanTeknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and CommunicationTechnology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana,pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICTdengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaaninfrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usahapenggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaramasalah tersebut adalah berkaitan dengan: Pembekalan komputer yangtidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar; Perisian komputeruntuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; Latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan;Penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; danBilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. Justeru adalahmenjadi cabaran kepada pemimpin pendidikan untuk memastikan sekolahmendapat kemudahan yang dimaksudkan menjelang usaha menjadikansetiap murid dan guru celik ICT.Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiapinstitusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akandipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi danberkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan.Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan,bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagihsecara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antarasekolah beruntung (advantaged school ) dan sekolah kurang beruntung(disadvantaged school ). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010,KPM). Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan programtersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belumdapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnyabeberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yangdisediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran danpembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakanprasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyaikemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar ataupedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran danpembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.Menurut Cohan dan Manion (1981), kajian yang dibuat ke ataspelajar sekolah menengah sukakan guru yang “ cekap” (Noran FauziahYaakub & Ahmad Mahdzan Ayob, 1993).

Walaupun istilah ini terlalu umum,namun dapat dijangkakan bahawa yang dimaksudkan dengan cekap ituialah kebolehan guru mengajar dengan berkesan kerana guru tersebut tahukandungan pelajaran, menggunakan kaedah mengajar yang sesuai, dapatmengawal ketenteraman kelas, dan lain-lain kualiti yang dapat dinilai olehpelajar secara “ cekap” . Apabila guru dapat memenuhi aspek-aspek yangdinyatakan di atas, tentunya proses pengajaran dan pembelajaran menjadiberkesan. Bagaimanapun berdasarkan apa yang dijelaskan oleh TimbalanPerdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri MuhyiddinYassin, dalam sidang akhbar pada 2 Februari 2010 menyatakan,Kementerian Pelajaran

Page 26: Standard Guru Malaysia 2013

akan melakukan perubahan dalam kurikulumsekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebihmenyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan. Menurutmenteri berkenaan, aspek penerokaan ilmu akan diberi penekanan denganlebih banyak tumpuan kepada pelajar dan bilik darjah, bukan lagi dominasioleh guru. Amat jelas yang transformasi ini berbeza dengan situasi bilikdarjah yang dinyatakan oleh Cohan dan Manion di atas. Justeru, adalahmenjadi cabaran kepada pentadbir pendidikan mewujudkan tranformasiseperti yang diharapkan oleh Menteri Pelajaran.

Selain itu, layanan yang sama diberi kepada semua sekolahwalaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dankelemahan serta keupayaan yang berbeza. Sebagai contoh, pelaksanaanTawaran Baru (New Deals) atau juga dikenali sebagai Bai’ ah yangdilaksanakan oleh KPM sebagai salah satu Bidang Keberhasilan UtamaNegara atau NKRA (National Key Result Areas) dalam usaha meningkatkankeberkesanan sektor awam. Pelaksanaannya sangat mengharapkantranformasi dalam pengurusan pendidikan, khususnya di peringkat sekolahbagi memastikan bidang pengurusan dan pencapaian kurikulum selarasdengan matlamat yang diharapkan oleh KPM. Masalahnya, pencapaian ataukedudukan (ranking) setiap sekolah di negara ini ditentukan menggunakanstandard atau piawaian yang sama, iaitu berdasarkan keputusanpeperiksaan awam dan juga gred purata sekolah (GPS) berdasarkanmarkah penilaian SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia).Persoalannya, mampukah sekolah-sekolah luar bandar dan pedalamanyang serba kekurangan bersaing dengan sekolah bandar atau sekolah elityang mempunyai kemudahan infrastruktur dan pencapaian bidangkurikulum yang berbeza? Apa yang pasti kekurangan prasarana,kekurangan sumber pengajaran dan kekurangan kakitangan di sekolah-sekolah luar bandar sudah pasti menyumbang kepada penguranganmarkah SKPM tersebut. Oleh demikian adalah menjadi cabaran kepadapemimpin pendidikan di sekolah terbabit dalam berusaha untukmengurangkan jurang perbezaan tersebut seterusnya mampumelaksanakan sesuatu transformasi secara optimum.

6.0 RUMUSAN

Jelasnya, kecekapan pemimpin mengusahakan penglibatanorganisasi dalam proses transformasi kurikulum akan mewujudkan suasanapembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikanpeperiksaan. Dalam keadaan transisi tersebut, kepimpinan guru besar ataupengetua sebagai pempimpin utama kurikulum amat diperlukan bagimemastikan kefahaman di kalangan staf dan sokongan organisasi dalamanwujud.Pengetahuan mengenai asas teori dan model perubahan juga pentinguntuk dijadikan panduan. Ini penting supaya perubahan atau transformasiyang dilaksanakan itu boleh meningkatkan pencapaian organisasi dan padamasa yang sama ia boleh diterima oleh kakitangan tanpa menimbulkansebarang halangan. Selain itu, pemimpin pendidikan juga perlu bersfatlebih kreatif dalam memperkenalkan sesuatu perubahan. Menurut Leo AnnMean (1994), kreativiti membekalkan pandangan yang lain dan perspektif yang baru terhadap pengurusan rutin. Dalam bidang pendidikan, pengurusyang imaginatif, inovatif dan kreatif diperlukan untuk mengetuai institusipendidikan dalam zaman yang serba mencabar dan sentiasa mengalamiperubahan.

Page 27: Standard Guru Malaysia 2013

BIBLIOGRAFI

Abdul Razak Wahid, (2001). Pengetua Sebagai Pemimpin Perubahan. Artikel Jurnal Institut Pengetua, Jilid 1, Bil.1, Kuala Lumpur: UniversitiMalaya.Abdul Shukor Abdullah, (1994). Penilaian Semula Pengurusan Sekolah.

Jurnal Pengurusan Pendidikan. Jilid 04, Bil.01. Genting Highlands:Institut Aminuddin Baki.Abdullah Sani Yahaya. (2005).

Mengurus Sekolah. Bentong: PTSProfessional.Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003).

Falsafah Pendidikan danKurikulum,Tanjong Malim: Quatum Books.Aini Hayati Mohamed, (2001).

Pengurusan Perubahan. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Fullan, M., (1982).

The Meaning Of Educational Change. New York: TeacherCollege Press.

Iliyas Haji Hashim, (2002). Antara Cabaran dan Harapan DalamPengurusan Kurikulum Sekolah Abad Ke-21: Pemikiran DalamPendidikan. Universiti Malaysia Sabah: Sekolah Pendidikan danPembangunan Sosial.

Kelly, A.V., (1999).The Curriculum: Theory & Practice. 4th Edition.London: Paul Chapman Publishing Ltd.Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusoff & Borhan Yusof. (2003).

Kepentingan dan Keperluan Aktiviti Kokurikulum di Sekolah.ShahAlam: Karisma Publications Sdn Bhd.Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001.

Kepemimpinan dan PengurusanKurikulum di Sekolah.Kuala Lumpur : Kementerian PelajaranMalaysia

CABARAN SEORANG GURU MASA KINI - Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran,keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyaikelengkapan keilmuan yang cukup dan

Page 28: Standard Guru Malaysia 2013

sahsiah luhur. Segala panduan dan kemahirandisertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang guru.Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh danteladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut kesabaranserta ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung-agungkandan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa danmasyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru disaman ataskesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat muridsemakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajarandan menunding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinanmereka sendiri dalam mendidik anak-anak.Sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni,selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu bapamengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesalahan.Kedapatan juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang terlebihdahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru perlumenghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana.Hukuman yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar,sekali gus memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kinimemasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru sertamembantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuanadalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencarilebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru pentinguntuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul.Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar.Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuahnegara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasilsumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerjanegara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukankhidmat dan jasa guru. Guru juga adalah model manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dankedaerahan.Selain itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu di

timbangkan. Ini kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada pengetahuan. Maka, adalah wajar diramalkan, seiringan dengan kejayaan Malaysiameningkatkan kadar pembangunannya, guru-guru

Page 29: Standard Guru Malaysia 2013

ijazah akan bertugas sehingga kesekolah rendah. Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan gurumempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihansebelum dan semasa berkhidmat. Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysiamenggalakkan guru meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program dangalakan termasuklah kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazahmelanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran merupakanmanifestasi untuk membangunkan kerjaya guru.