STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh...

38
STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT IMPORT SECARA ELEKTRONIK OLEH BAHAGIAN PERLINDUNGAN TANAMAN DAN KUARANTIN TUMBUHAN JABATAN PERTANIAN (JPK) EDISI 1 : 31/08/2007 EDISI 2 : 10/11/2009

Transcript of STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh...

Page 1: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP)

PERMOHONAN PERMIT IMPORT SECARA ELEKTRONIK

OLEH

BAHAGIAN PERLINDUNGAN TANAMAN DAN

KUARANTIN TUMBUHAN

JABATAN PERTANIAN

(JPK)

EDISI 1 : 31/08/2007 EDISI 2 : 10/11/2009

Page 2: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

2

KANDUNGAN

1. SEKSYEN A M/S STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP)…………………………….... 4-25

2. SEKSYEN B

„Fallback Procedure‟……………………………………………………… 26-29 3. SEKSYEN C Pertanyaan ………………………………………………………………… 30

4. APPENDIK I

Carta Aliran Memproses Permit……………………………………… 31-32

5. APPENDIK II Pegawai Yang Boleh Dihubungi (Contact Officers)…………… 33

6. APPENDIK III Senarai Pintu Masuk …………………………………...……………….. 34-35

7. APPENDIK IV

Kod Tariff, Kod AHTN dan Unit Ukuran (Unit of Measurement – UOM)………………………………………. 36

8. APPENDIK V

Contoh Cetakan Permit Import………………………………………. 37-38

Page 3: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

3

SENARAI LAMPIRAN SEKSYEN A M/S 1. Lampiran 1. Borang Wang Deposit ePermit (Borang EP-1)……………..…….. 18 2. Lampiran 2.

Senarai Pejabat JPK Yang Boleh Menerima Wang Deposit ePermit……..………………….............................. 19

3. Lampiran 3. Borang Tuntutan Pemulangan Wang Deposit ePermit

(Borang EP-2)……………………………………………………………….. 20 4. Lampiran 4. Borang Permohonan Permit Import

Secara Off-Module……………………………………………………….... 21-23

5. Lampiran 5.

Kadar Fee Penyaringan Perosak dan

Ujian Kesihatan Biji Benih ….…………………………………………… 24

6. Lampiran 6 Senarai Cawangan Dagangnet

Technologies Sdn. Bhd. (DNT)………………………………………….25 SEKSYEN B 1. Lampiran 1.

Surat Pengesahan Pengeluaran Permit Import/ Lesen Eksport Secara Manual ………………………………………….. 29

Page 4: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

4

SEKSYEN A

STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP)

A) PENDAHULUAN

Skop bagi pelaksanaan ePermit merangkumi permohonan berkaitan dengan

Permit Import dan Lesen Eksport secara elektronik.

STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) ini disediakan adalah sebagai satu

panduan untuk membolehkan pelaksanaan ePermit berjalan lancar. Ia

boleh berubah dan akan diubah mengikut keadaan semasa bergantung

kepada keperluan-keperluan baru yang akan dikenalpasti.

B) PENDAFTARAN DAN KAEDAH PEMBAYARAN ePERMIT BAGI

PENGELUARAN PERMIT IMPORT

a) Pendaftaran Dengan Dagang-Net Technologies Sdn. Bhd. (DNT)

1. Pengimport, Pengeksport, Agen Penghantaran (Forwarding Agent) dan

individu termasuk warga asing (Pengguna) mestilah berdaftar dengan

pihak Dagang-Net supaya boleh mengakses sistem ePermit.

2. Pengguna mesti mengisi Borang Pendaftaran, yang boleh dimuatturun

daripada laman web DNT (www.dagangnet.com) atau, dari pejabat-

pejabat cawangan DNT seperti Lampiran 1.

Page 5: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

5

3. Bayaran

i) Bayaran Pendaftaran (untuk pengguna baru) adalah seperti berikut :

- Korporat – RM500.00

- Small and Medium Enterprise (SME) – RM200.00

ii) Bayaran Tahunan - RM200

Pengguna yang telah mempunyai akaun ePermit dengan DNT hanya perlu

memaklumkan DNT untuk menambah JPK ke dalam senarai Agensi (OGA).

b) Bayaran Kepada Jabatan Pertanian (Kuarantin Tumbuhan) Secara

Online

1) Pengguna yang telah berdaftar dengan DNT hendaklah memaklumkan

kepada Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan,

Jabatan Pertanian (JPK) untuk urusan permohonan online.

2) Pengguna hendaklah membuka akaun deposit dengan JPK untuk

memohon Permit Import secara online.

3) Bagi tujuan membuka atau menambah akaun deposit, pengguna perlu

mengisi ‟Borang Deposit ePermit EP-1‟ (Lampiran 2). Bayaran deposit

boleh dibuat dalam bentuk bank deraf, wang pos dan kiriman wang pos

sahaja, dan dibayar kepada ”Ketua Pengarah Pertanian”. Had minima

bayaran deposit adalah sebanyak RM150.00 (Ringgit Malysia: Satu Ratus

Lima Puluh ).

4) Pembayaran deposit boleh dibuat di pejabat-pejabat JPK seperti di

Lampiran 3.

Page 6: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

6

5) Pengguna perlu memastikan wang deposit sentiasa mencukupi untuk

proses permohonan Permit Import. Sekiranya wang deposit tidak

mencukupi, JPK berhak menolak permohonan tersebut.

6) Baki deposit boleh dikembalikan kepada pengguna atas permintaan

pengguna dengan mengisi Borang Pemulangan Deposit EP-2 (Lampiran

4) berserta dengan resit asal pembayaran deposit tertakluk kepada

kelulusan JPK.

c) Bayaran Kepada Jabatan Pertanian (Kuarantin Tumbuhan)

Secara Off-Module

1. Off-Module merupakan satu kaedah di mana permohonan Permit

Import dilakukan oleh pengguna yang memohon untuk tujuan

seperti berikut:

a) Pemilik barang persendirian dan sampel (Personal Effects)

b) Jabatan/Agensi Kerajaan

c) Peserta-peserta pameran

d) Penyelidik/pelajar

*Permohonan hendaklah disertakan surat pengesahan dari

penganjur/pihak berkenaan.

2. Permohonan hendaklah dikemukakan menggunakan Borang Permohonan

Import Permit Secara Off-Module (Borang EP-4A) dengan menyertakan

bank deraf, wang pos dan kiriman wang pos sebanyak RM15.00, dan

dibayar kepada ”Ketua Pengarah Pertanian”.

Page 7: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

7

C) PERMOHONAN PERMIT IMPORT

1) Permit Import hendaklah dipohon sebelum sebarang pengimportan dibuat

untuk mematuhi syarat-syarat pengimportan. Untuk tujuan itu, pengguna

perlu berbincang dengan JPK terlebih dahulu sebelum membuat

permohonan. Pengguna dinasihatkan membuat permohonan 30 hari

sebelum pengimportan dibuat.

2) Pengguna perlu memastikan pejabat JPK yang boleh mengeluarkan permit

bagi sesuatu item. Apabila pengguna mendapati item yang hendak

diimport tidak tersenarai di pejabat JPK yang dipilih, maka, pengguna

hendaklah memajukan permohonan kepada Ibu Pejabat JPK Kuala

Lumpur. Deposit hendaklah dibayar di pejabat JPK di mana permohonan

dibuat.

3) Pengguna boleh memilih pintu masuk yang bersesuaian untuk membawa

masuk konsainan (Appendix III). Walau bagaimanapun JPK berhak

menentukan pintu masuk bagi kemasukan konsainan-konsainan tertentu

(i.e Kelapa tua daripada Indonesia hanya dibenarkan masuk melalui Jeti

Batu Pahat).

4) Bagi permohonan secara Off-Module, pengguna perlu hadir ke

Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan (BPTKT) Kuala

Lumpur dengan membawa bersama bayaran sebanyak RM15.00 (bank

deraf, wang pos dan kiriman wang pos) untuk setiap permit yang

dipohon. Pengguna perlu mengisi borang permohonan dalam modul yang

disertakan, dengan bimbingan pegawai JPK.

Page 8: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

8

5) Permohonan Permit Import hanya diproses pada hari bekerja (waktu

pejabat biasa) yang diwartakan oleh kerajaan sahaja kecuali pada kes-kes

tertentu.

6) Bagi item yang tersenarai di dalam sistem, kelulusan akan diberi dalam

masa 5 hari bekerja. Manakala untuk item yang tidak tersenarai,

kelulusan akan mengambil masa melebihi 5 hari bergantung kepada

Analisa Risiko Perosak (PRA) atau keputusan Jawatankuasa berkenaan.

7) Status permohonan secara online boleh disemak melalui sistem pada bila-

bila masa selepas permohonan dihantar. Bagaimanapun untuk

mengetahui status kepada permohonan yang dibuat secara off-module,

pengguna perlu menghubungi JPK.

8) Bagi permohonan Permit Import secara online bayaran fee RM15.00 akan

ditolak daripada wang deposit setelah kelulusan Permit Import mencapai

status ‟Approved by OGA‟. Manakala bayaran kepada DNT akan

dikenakan setelah mencapai status ‟Acknowledged by custom‟.

D) WAKTU BERURUSAN

1) Permohonan Permit Import boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana-

mana tempat yang mempunyai kemudahan internet kecuali bagi

permohonan secara off-module. Permohonan secara off-module

perlu dibuat pada waktu pejabat sahaja.

Page 9: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

9

E) SYARAT-SYARAT KEBENARAN MENGIMPORT

1) Komoditi yang dikawal pengimportannya melalui Permit Import boleh

disemak di laman web JPK (http://www.doa.gov.my/pqnet). Pengguna

boleh menyemak syarat-syarat kemasukan, jenis/kategori komoditi dan

kuantiti yang dibenarkan untuk diimport melalui laman web JPK

(http://www.doa.gov.my/pqnet/eng/import_export/import_

conditions.pdf)

Prosedur Permohonan Permit Import Bagi Item Yang Tidak Tersenarai

Di Dalam Sistem

2) Bagi komoditi yang tidak tersenarai di dalam sistem, pengguna hendaklah

memohon kebenaran mengimport komoditi tersebut secara bertulis ke

Ibu Pejabat JPK. Pengguna akan dimaklumkan tentang maklumat-

maklumat yang perlu dimajukan ke Ibu Pejabat JPK bagi pertimbangan

kebenaran mengimport.

Prosedur Permohonan Permit Import Bagi Baja Organik,

Mikroorganisma dan Bahan yang Mengandungi Mikroorganisma

3) Pengguna yang ingin mengimport baja organik, mikroorganisma dan

bahan yang mengandungi mikroorganisma buat kali pertama adalah

dikehendaki mengimport sampel terlebih dahulu dalam kuantiti minima 2

liter atau 2 kilogram (bagi baja organik) atau 5 unit per sampel (i.e 5

tabung uji) bagi tujuan analisa. Permohonan permit secara off-Module

bagi tujuan pengimportan sampel adalah dibenarkan. Seterusnya

pengguna perlu mengemukakan maklumat-maklumat seperti yang

Page 10: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

10

dinyatakan dalam laman web JPK (http://www.doa.gov.my/pqnet/permit/

organik.pdf) kepada Ibu Pejabat JPK. Kelulusan yang diberi kepada

sesuatu pemohon untuk mengimport sesuatu baja organik,

mikroorganisma dan bahan yang mengandungi mikroorganisma

hanya terhad kepada pemohon tersebut sahaja. Pengguna lain yang

hendak mengimport baja organik, mikroorganisma dan bahan yang

mengandungi mikroorganisma yang sama perlu melalui proses yang

sama seperti di atas. Bayaran fee bagi analisa sampel akan dikenakan

sejumlah RM340.00. Sila rujuk laman web di atas.

Prosedur Permohonan Import Permit Bagi Kelapa Tua

4) Permohonan bagi pengimportan kelapa tua buat kali pertama adalah

tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pembangunan Industri

Kelapa di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Permohonan akan hanya dipertimbangkan bagi maksud pengilangan

produk nilai tambah (value added product) untuk pasaran eksport.

Prosedur Permohonan Permit Import Bagi Bahan Tanaman Genetically

Modified Organisms (GMOs)

5) Permohonan bagi pengimportan bahan tanaman GMO buat kali

pertama adalah tertakluk kepada kelulusan Kementerian Sumber Asli

dan Alam Sekitar dan keputusan Analisa Risiko Perosak (PRA) oleh JPK.

Pengguna akan dimaklumkan tentang maklumat-maklumat yang perlu

dimajukan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan JPK bagi

pertimbangan kebenaran mengimport.

Page 11: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

11

Prosedur Permohonan Permit Import Bagi Komoditi Yang Dikenakan

Kuarantin Selepas Masuk (PEQ)

6) Pengguna yang mengimport bahan tanaman yang tertakluk kepada syarat

Kuarantin Selepas Masuk (PEQ) akan dipertimbangkan apabila terdapat

kemudahan ruang di Stesen Kuarantin Selepas Masuk Nasional (PEQ),

Serdang. Walau bagamanapun, pengguna boleh mencadangkan premis

mereka sendiri untuk dijadikan tempat PEQ bergantung kepada tahap

risiko sesuatu komoditi dan kesesuaian premis yang dicadangkan. JPK

akan menentukan spesifikasi premis bagi tujuan ini. Bayaran fee yang

dikenakan semasa di bawah PEQ adalah seperti di Lampiran 5. Bayaran

perlu dibuat di ibu pejabat JPK sebelum komoditi dilepaskan kepada

pengguna.

F) KAEDAH MELULUSKAN PERMIT IMPORT

Peringkat-peringkat meluluskan Permit Import adalah seperti berikut:

Proses Verifikasi Permohonan

1) Pegawai Penyemak (Verifier) perlu menyemak semua butiran permohonan

yang diterima adalah lengkap dan betul.

2) Pegawai Penyemak (Verifier) akan memaklumkan sebab-sebab mengapa

permohonan ditolak. Pengguna boleh mengetahui status dan sebab-sebab

permohonan ditolak melalui sistem.

Page 12: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

12

Antara sebab-sebab di mana permohonan ditolak adalah seperti

berikut:

i) Maklumat ‟country of origin‟ yang diisytihar kepada Kastam adalah

berlainan daripada yang diisytihar kepada JPK (ruangan ‟View

Import Item – Country of origin‟);

ii) Kuantiti yang dipohon melebihi daripada kuantiti yang dibenarkan

sepertimana di laman web JPK

(http://www.doa.gov.my/pqnet/eng/

import_export/import_conditions pdf);

iii) Pintu masuk yang diisytihar kepada Kastam (ruangan ‟Place of

Import‟) adalah berlainan daripada yang diisytihar kepada JPK

(pada ruangan ‟Additional detail – Entry Point‟);

iv) Sekiranya komoditi yang dipilih memerlukan syarat PEQ tetapi

pengguna tidak memberikan alamat di mana PEQ dikenakan;

v) Tarikh ketibaan konsainan (pada ruangan ‟Estimated date of

arrival‟) yang dicadangkan adalah tidak munasabah dengan syarat-

syarat import yang dikenakan (i.e Tarikh ketibaan sama atau terlalu

hampir dengan tarikh permohonan dibuat menyebabkan syarat-

syarat Permit Import tidak sempat dipatuhi oleh negara

pengeksport).

3) Pegawai Penyemak (Verifier) hendaklah mengisi tarikh sahlaku dan

membuat pindaan kepada syarat-syarat Permit Import sekiranya perlu.

4) Pegawai Penyemak (Verifier) akan mengesah dan mengesyorkan

permohonan tersebut untuk kelulusan Pegawai Pelulus (Approver) setelah

mendapati permohonan adalah lengkap dan betul.

Page 13: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

13

Proses Kelulusan (Approval) Permohonan

5) Pegawai yang melulus (Approver) akan menyemak/memvalidasi

pengesyoran permohonan dari Pegawai Penyemak (Verifier).

6) Pegawai yang melulus (Approver) masih boleh menolak permohonan

Permit Import atau membuat sebarang pindaan pada syarat-syarat Permit

Import. Pengguna boleh mengetahui status dan sebab-sebab

permohonan ditolak.

7) Pegawai yang melulus akan mengesahkan kelulusan setelah berpuashati

dengan semua maklumat permohonan. Setelah kelulusan diberi, status

permohonan akan ke tahap ‟Approved by OGA‟.

G) SAHLAKU PERMIT IMPORT

1) Permit Import yang telah diluluskan sah untuk tempoh masa tiga (3)

bulan dari tarikh dikeluarkan kecuali Permit Import untuk kelapa tua

hanya sah untuk tempoh masa satu (1) bulan sahaja.

2) Setiap Permit Import hanya mengandungi satu komoditi bagi satu

konsainan. Komoditi tersebut hendaklah dibawa dalam satu

pengangkutan (conveyance) untuk satu kemasukan konsainan sahaja.

3) Setiap Permit Import tidak boleh ditukar milik atau digunakan oleh

pengguna lain.

Page 14: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

14

4) Setiap Permit Import perlu mengandungi “Permit No.” setelah mencapai

status „Acknowledged by Custom”. Mana-mana Permit Import yang tidak

mempunyai “Permit No.” adalah tidak sah dan tidak boleh digunakan

dalam urusan pengimportan.

5) Permohonan yang telah mendapat status ‟Awaiting Custom

Acknowledgement‟ tetapi masih tidak didaftarkan oleh SMK atas sebab-

sebab tertentu, dianggap tidak diluluskan oleh JPK untuk mengelakkan

bayaran dikenakan ke atas permohonan. Pemohon hendaklah membuat

permohonan baru melalui sistem ePermit.

6) Permit Import yang dicetak daripada sistem tidak memerlukan

tandatangan pegawai yang melulus (Approver) dan ia merupakan

dokumen pengimportan yang sah dan boleh digunakan untuk urusan

pengimportan.

H) MENCETAK PERMIT IMPORT YANG DILULUSKAN

1) Pengguna yang telah mendapat status “Acknowledged by Customs” dalam

permohonannya boleh mencetak Permit Import tersebut di atas kertas

bersaiz A4 (Appendik V).

2) JPK akan mencetak Permit Import bagi pemohonan secara offline dan

akan diserahkan kepada pengguna melalui sampul surat yang beralamat

sendiri yang disediakan oleh pengguna atau pengguna boleh datang

sendiri untuk mengambilnya.

Page 15: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

15

3) Permit Import yang telah dicetak hendaklah dikemukakan kepada negara

pengeksport bagi tujuan pematuhan syarat-syarat pengimportan dan

pengeluaran sijil fitosanitasi/berkaitan. Satu salinan juga hendaklah

diserahkan kepada pegawai Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan

Malaysia (MAQIS) di pintu-pintu masuk semasa membuat pengikraran.

I) PEMBATALAN PERMIT IMPORT

1) Pengguna yang telah menghantar permohonan Permit Import kepada JPK

boleh memohon untuk membatalkan permohonan Permit Import.

2) Permohonan yang telah mencapai status „Approved by OGA‟, „Awaiting

Acknowledgement by Custom‟, „Rejected by Custom‟, atau „Acknowledged

by Custom‟ tetapi memohon untuk membatalkan permohonannya tidak

akan menerima kembali fee yang telah dibayar kepada JPK.

3) JPK berhak membatalkan permohonan Permit Import pada mana-mana

status permohonan dengan ndust notis pembatalan secara bertulis tanpa

mengembalikan fee yang telah dibuat oleh pengguna atas alasan

kepentingan dan keselamatan ndustry pertanian negara.

J) PENGIKRARAN BARANG DENGAN PERMIT IMPORT

1) Pengguna akan membuat pengikraran barang-barang yang diimport

secara elektronik kepada SMK menggunakan modul perisian K1 (“K1

(import) front-end software”) yang dibekalkan oleh pihak DNT.

Page 16: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

16

2) Pengguna hendaklah menggunakan maklumat-maklumat di dalam Permit

Import yang telah diluluskan untuk tujuan di atas.

3) Modul perisian K1 akan menghantar maklumat pengikraran berserta

maklumat permit di dalamnya kepada SMK melalui infrastruktur SMK-

Dagang*Net.

(Nota : Sila pastikan maklumat permit yang diisi di dalam pengikraran K1 sama

dengan maklumat permit di dalam borang Permit Import seperti No ROB/ROC

syarikat, No Permit, Tarikh Tamat Permit dan Jumlah Kuantiti.)

K) PROSES VALIDASI DI ANTARA PENGIKRARAN K1 SISTEM

MAKLUMAT KASTAM (SMK) DENGAN MAKLUMAT PERMIT IMPORT

1) Maklumat permit yang dihantar bersama pengikraran K1 (iaitu

menggunakan message “CUSDEC”) akan divalidasi dengan permit yang

telah didaftarkan oleh SMK.

2) Maklumat-maklumat yang akan divalidasi adalah:

i. No ROB/ROC syarikat

ii. No Permit

iii. Tarikh Tamat Permit

iv. Jumlah Kuantiti

(Nota: Jika terdapat maklumat di antara pengikraran K1 dengan

maklumat permit yang tidak bertepatan, SMK akan menghantar

satu “error message” untuk memaklumkan bahawa permit salah

(“invalid permit”) atau permit tidak dijumpai (“permit not

found”) di dalam rekod pangkalan data SMK.)

Page 17: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

17

3) Setelah didaftarkan dalam SMK dan divalidasikan, pemeriksaan fizikal ke

atas konsainan yang diimport akan dijalankan oleh MAQIS.

4) Setelah pemeriksaan fizikal, MAQIS akan memaklumkan status keputusan

pemeriksaan dalam SMK. Keputusan adalah sama ada dibenarkan masuk

atau perlu tindakan kuarantin. Jika berjaya iaitu lulus proses validasi,

CUSDEC tersebut akan didaftarkan oleh SMK dan konsainan akan

dilepaskan.

Page 18: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

18

Lampiran 1 EP-1

Borang Wang Deposit ePermit Kepada: Ketua Pengarah Pertanian Jabatan Pertanian Tuan, Permohonan Deposit ePermit Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas saya ingin mendepositkan wang sebanyak RM ........................ (Dengan Perkataan: Ringgit: ...................................................) secara wang pos/kiriman wang /bank deraf)* bernombor ........................... bagi syarikat/individu seperti maklumat di bawah: ROC/ROB (jika berkaitan) Nama Syarikat/Individu…………………………................ Alamat: Tel: Fax: Email Pegawai yang dihubungi: Sekiranya menggunakan khidmat Agen Penghantaran Forwarding agent sila nyatakan maklumat berikut: Nama agen: Alamat: Tel: E-mail: ................................................................................................................. Nama Penghantar Permohonan: No. Kad Pengenalan: Alamat: Tel: Tandatangan: Tarikh: * Potong yang tidak berkenaan. Had minima adalah RM150.00 (Ringgit: Satu ratus lima puluh sahaja) .................................................................................................................................

Untuk Kegunaan Pejabat 1. Tarikh terima: 2. No Rujukan Syarikat/Individu: 3. No. Resit (Kew. 69): 4. Nama penerima deposit: 5. Baki semasa deposit selepas penerimaan (RM)

Page 19: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

19

LAMPIRAN 2

Senarai Pejabat JPK Yang Boleh Menerima Deposit ePermit

No.

Negeri

Nama Pejabat

1.

WP Kuala Lumpur

Seksyen Kawalan Import & Eksport Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan Jabatan Pertanian Aras 2, Wisma Tani, Jalan Sultan Salahuddin 50632 Kuala Lumpur

2.

Johor

Unit Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan, Jabatan Pertanian Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru, Johor

3.

Kelantan

Unit Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan Jabatan Pertanian, Lundang, 15200 Kota Bharu, Kelantan

4.

Kedah

Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan Jabatan Pertanian Kompleks Jabatan Pertanian Teluk Chengai, 06600 Kuala Kedah, Kedah

5.

Perlis

Unit Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan Kompleks Pertanian Bukit Temiang, 02400, Beseri, Perlis

Page 20: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

20

Lampiran 3 EP-2

Borang Tuntutan Pemulangan Wang Deposit ePermit Kepada Ketua Pengarah Pertanian Jabatan Pertanian Tuan, Permohonan Untuk Menuntut Baki Wang Deposit ePermit Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas saya ingin menuntut baki wang deposit ePermit bagi syarikat/individu seperti maklumat di bawah: ROC/ROB (jika berkaitan) Nama Syarikat/Individu: Alamat Syarikat/Individu: Tel: Fax: Email: Nama Bank dan Cawangan: No. Akaun: ................................................................................................................. Nama Pegawai Memohon : No. Kad Pengenalan: Alamat: Tel: Tandatangan: Tarikh: ........................................................................................................................................

Untuk Kegunaan Pejabat

2. Tarikh terima borang tuntutan:: 2. No Rujukan Syarikat/Individu: 3. Tarikh akhir permit diluluskan: 4. Baki deposit (RM): 5. Tarikh hantar borang tuntutan ke Cawangan Akaun:

Page 21: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

21

Lampiran 4

Page 22: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

22

Page 23: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

23

Page 24: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

24

Lampiran 5

Kadar Fee Penyaringan Perosak dan Ujian Kesihatan Biji Benih

Bil Perkara Kadar Bayaran

(RM)

1 Ujian penyaringan bakteria 20 / ujian

2 Ujian penyaringan kulat 20 / ujian

3 Ujian penyaringan serangga 20 / ujian

4 Ujian penyaringan nematode 20 / ujian

5 Ujian penyaringan rumpai 20 / ujian

6 Ujian kesihatan biji benih 20 / ujian

Page 25: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

25

Lampiran 6

Senarai Cawangan Dagangnet Technologies Sdn. Bhd. (DNT) Kedai EDI Address Selangor Wilayah Persekutuan Pulau Pinang Pahang Johor Sabah Sarawak Kedah Dagang*Net Facilitation Point Perlis (Padang Besar) Perak (Lumut) Melaka (Kuala Linggi) Johor (Batu Pahat) Johor (Muar) Kedah (Bkt Kayu Hitam) Kedah (Langkawi) Pulau Pinang (Butterworth) Pulau Pinang (ZB Seberang Perai) Pulau Pinang (ZB Bayan Lepas) Sabah ( Tawau ) Sabah ( Sandakan ) Sarawak ( Bintulu ) Sarawak ( Miri ) Sarawak ( Sibu ) Wilayah Persekutuan ( Labuan ) Wilayah Persekutuan ( Sg. Way ) Wilayah Persekutuan ( Hulu Klang ) Wilayah Persekutuan ( PEKEMA ) N.Sembilan (Seremban) Kelantan( Rantau Panjang ) Kelantan( Pengkalan Kubor) *(Sila lawati laman web http://www.dagangnet.com/Dnt_files/kedaiEdi.htm untuk maklumat lanjut)

Page 26: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

26

SEKSYEN B

„FALLBACK PROCEDURE‟

A) MAKLUMAN JIKA BERLAKU GANGGUAN KEPADA SISTEM

1) Semua pihak yang terlibat akan menerima notis berkenaan gangguan

kepada sistem daripada pihak Dagang Net iaitu Pusat Perkhidmatan

Pelanggan (Careline) samada melalui faks, sistem pesanan ringkas (sms)

atau e-mail.

2) Pihak ‟Careline‟ juga akan menghantar notis kepada semua pihak terlibat

jika gangguan kepada sistem telah pulih sepenuhnya.

3) Bagi mendapatkan perkhidmatan sistem pesanan ringkas, “sms”, semua

pihak terlibat perlu mendaftarkan nombor telefon bimbit dengan pihak

“Careline”.

B) PERMOHONAN PERMIT IMPORT SECARA MANUAL

1) Permohonan Permit Import secara manual hanya dibenarkan jika terdapat

gangguan seperti berikut:

i) Pejabat JPK menghadapi masalah dengan talian komunikasi

untuk mengakses sistem ePermit lebih daripada 48 jam (jika

berlaku di Ibu Pejabat JPK Kuala Lumpur).

(Nota: Sekiranya akses ke ePermit tidak boleh dibuat di sesuatu pejabat

JPK lain seperti Kota Bharu atau Alor Setar, permohonan boleh dimajukan

ke Ibu Pejabat JPK Kuala Lumpur).

Page 27: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

27

ii) Sistem Maklumat Kastam (SMK) menghadapi masalah dengan

talian komunikasi atau rangkaian sistem komputer untuk mendaftar

Permit Import lebih daripada 2 jam.

iii) Pihak DNT menghadapi masalah dengan talian komunikasi atau

rangkaian sistem komputer lebih daripada 2 jam.

C) PERMIT IMPORT DILULUSKAN SECARA MANUAL 1) Permohonan Permit Import secara manual mesti dibuat menggunakan

Borang Permohonan Permit PQ 8 yang boleh didapati di kaunter ataupun

dimuat turun dari laman web JPK dan dikemukakan secara faks atau

poslaju ke pejabat-pejabat JPK yang boleh meluluskan komoditi-komoditi

yang hendak diimport. Bayaran fee kepada JPK akan ditolak daripada

wang deposit sekali sahaja bagi setiap permohonan sama ada secara

manual atau elektronik.

2) Permit Import yang telah diluluskan secara manual akan dikeluarkan

menggunakan Borang PQ 18. JPK akan memberikan Nombor Permit baru

bagi Permit Import yang diluluskan secara manual,dan mestilah

ditandatangani oleh Pegawai Pelulus (Approver).

3) Surat kelulusan mengeluarkan Permit Import secara manual (Lampiran

6) akan dikeluarkan oleh pihak JPK di pejabat yang mengeluarkan Permit

Import bagi menyokong pengeluaran setiap permit yang diluluskan secara

manual. Surat ini akan ditandatangani oleh Pegawai Pelulus (Approver).

Page 28: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

28

4) Bagi Permit Import yang diluluskan secara manual, pengikraran dan

penghantaran borang Kastam hendaklah dibuat secara elektronik.

Page 29: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

29

Lampiran 7

EP-4

Surat Pengesahan Pengeluaran Permit Import/Lesen Eksport Secara

Manual Kepada Pengarah Kastam Negeri Negeri ........................... (u.p: ......................................) Tuan, Pengesahan Pengeluaran Permit Import/Lesen Eksport Secara Manual oleh Jabatan Pertanian Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pengeluaran Permit Import /Lesen Eksport Bahan Pertanian dari Jabatan ini adalah secara manual mulai ...................... sehingga pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. 3. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat meluluskan pergerakan konsainan seperti pada Permit Import /Lesen Eksport Jabatan ini yang bernombor rujukan/ID ......................... bertarikh ............................ . Sekian, terima kasih. ’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah, (Pegawai Pemeriksa Kuarantin Tumbuhan/ Ketua Pejabat Kuarantin Tumbuhan) Nama: s.k. Pejabat Pintu Masuk Kuarantin Tumbuhan ....................................

Page 30: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

30

SEKSYEN C

PERTANYAAN 1) Sebarang pertanyaan berkaitan dengan sistem ePermit, sila hubungi

DNT:

Dagang Net Technologies Sdn Bhd

Tower 3, Avenue 5

The Horizon, Bangsar South

No. 8, Jalan Kerinchi

59200 Kuala Lumpur

Waktu Beroperasi: 24 jam (7 hari seminggu)

General line: 03-2730 0200

Careline: 1-300-133-133

Faks: 603-2713 2121

Pusat Pager: 603-7804 8833

Pager No: 43032 / 43033

Handphone: 017-873 3292, 017-888 0248

Email: *[email protected]

Web Careline: http://www.dagangnet.com

2) Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan Permit

Import secara elektronik dan SMK boleh menghubungi pegawai JPK

dan KDRM seperti di Appendik II.

Page 31: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

31

APPENDIK I

Carta Aliran Permohonan Permit Import

Aliran Proses (“Online”) Keterangan Status dalam

ePermit

Pengguna yang berdaftar dengan DNT mengemukakan permohonan Permit Import secara elektronik melalui ePermit - Terima ID dan Katalaluan - Bayar wang deposit kepada JPK

dan memastikan wang deposit sentiasa mencukupi

a) Permohonan Permit Import dilakukan melalui http://epermit.dagangnet.com

b) Semua maklumat perlu diisikan c) Klik butang ‟Submit to OGA‟ untuk

menghantar permohonan

Draft Awaiting OGA approval

a) Permohonan akan disemak oleh Pegawai Penyemak untuk memastikan maklumat adalah betul

b) Jika terdapat kesalahan, permohonan akan ditolak

c) Permohonan baru perlu dikemukakan

Verified by OGA

Rejected by OGA

a) Permohonan akan dihantar kepada pelulus untuk proses kelulusan

b) Permohonan ini akan disemak sekali lagi sebelum diluluskan

c) Jika terdapat kesalahan maklumat, permohonan akan ditolak

d) Permohonan baru perlu dikemukakan

Approved by OGA

Rejected by OGA

MULA

MOHON

SEMAK

LULUS

Tidak

Ya

Tidak

Ya

Page 32: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

a) Permohonan dihantar kepada SMK

untuk proses pendaftaran b) SMK akan memberi “response”

kepada setiap permit yang didaftarkan

c) Jika tidak didaftarkan, pengguna perlu membuat permohonan baru

Awaiting Customs Acknowledgement

Acknowledged by Customs Rejected by Customs

Permohonan yang diluluskan akan dikeluarkan Permit Import yang boleh dicetak oleh pengguna menggunakan kertas A4 berwarna putih.

Acknowledged by Customs

Tidak diperlukan

DAFTAR SMK

CETAK

TANDATANGAN

TAMAT

Ya

Tidak

Page 33: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

33

APPENDIK II

PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI

OGA : KDRM :

Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Aras 2, Wisma Tani Kuala Lumpur, Jalan Sultan Salahuddin, 50632 Kuala Lumpur Talian Am : 03-2030 1400 Faks : 03-2697 7164 Encik Mohd. Razali Mohamed (Ext : 1434) Puan Rozziah Bujang Masli (Ext : 1425) Puan Kifiah Utoh (Ext : 1427) Cik Maliza Hazin (Ext : 1435) En. Hayusri Faizal Idris (Ext : 1407) E-mail: [email protected]

Bahagian Teknologi Maklumat Ibu Pejabat Kastam DiRaja Malaysia 5th Floor, Block 2G1B Kompleks Kementerian Kewangan Precinct 2, 62592 Putrajaya

Tel : 03-8882 2100 Fax : 03-8888 4589

General Email: [email protected] Puan Rita Paul Cawangan Teknologi Maklumat Email: [email protected] Tel: 03-8882 2329 Cik Lindamaswana Masbahon (Ext : 2336) Cik Azlini bte Ali (Ext : 2327) Pn. Natrah Norlin (Ext : 2368) Pn. Siti Zaleha bte Zakaria (Ext : 2369)

Page 34: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

34

APPENDIK III

Senarai Pintu Masuk

No. State Port Name Custom

Code

1 Perlis Kuala Perlis Jetty

2 Perlis Padang Besar

3 Perlis Wang Kelian

4 Kedah Alor Star Airport

5 Kedah Bukit Kayu Hitam

6 Kedah Kuah Jetty, Langkawi

7 Kedah Tg. Lembong Port

8 Kedah Langkawi Airport

9 Pulau Pinang Bayan Lepas Airport

10 Pulau Pinang Butterworth Port

11 Pulau Pinang Penang Port (Weld Quay)

12 Perak Inland Contena Terminal (ICT), Ipoh

13 Perak Lumut Port

14 Perak Pengkalan Hulu

15 Perak Ipoh Airport

16 Selangor Port Klang

17 Selangor KLIA, Sepang

18 Selangor LCCT-KLIA, Sepang

19 N. Sembilan Pelabuhan Port Dickson

20 Melaka Sungai Linggi Jetty

21 Melaka Sungai Rambai Jetty

22 Melaka Malacca Port

23 Johor Batu Pahat Jetty

24 Johor Johor Causeway

25 Johor Kukup Jetty

26 Johor Stulang Laut Jetty

27 Johor Sungai Lebam Jetty

28 Johor Teluk Ramunia Jetty

29 Johor Johor Second Link

30 Johor Muar Jetty

31 Johor Pasir Gudang Port

32 Johor Tg. Belungkor Port

33 Johor Tg. Pelepas Port

34 Johor Senai Airport

Page 35: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

35

35 Pahang Kuantan Port

36 Pahang Kuantan Airport

37 Terengganu Kuala Terengganu Airport

38 Terengganu Kemaman Port

39 Kelantan Kota Bharu Airport

40 Kelantan Pengkalan Kubor

41 Kelantan Rantau Panjang

42 Kelantan Bukit Bunga

43 Selangor APSO, KLIA

44 Pulau Pinang Butterworth Post Office

45 Perak Ipoh Post Office

46 Johor Johor Bahru Post Office

47 WP Labuan Labuan Port

48 WP Labuan Labuan Airport

Page 36: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

36

APPENDIK IV

Kod Tariff, Kod AHTN dan Kuantiti Unit

Sila Lihat Lampiran berasingan

PDK Codes AHTN Codes General Description Unit of

Measurement

Page 37: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

37

APPENDIK V

Contoh Cetakan Permit Import

Page 38: STANDARD OPERASI PIAWAI (SOP) PERMOHONAN PERMIT … download images/55530f7cb6210.pdf · Contoh Cetakan Permit Import ... Peserta-peserta pameran d) ... perlu berbincang dengan JPK

38