Status Pencapaian

5
INTERNSHIP ( 7 JULAI 2014 – 8 OGOS 2014 ) SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN STATUS PENCAPAIAN (SELEPAS INTERNSHIP) Alhamdulillah dan bersyukur kepada-Nya, akhirnya saya dan rakan seperjuangan telah berjaya menamatkan internship selama sebulan di SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG, KUALA PERLIS, PERLIS. Pelbagai suka dan duka kami tempuhi walaupun berkesempatan hanya selama sebulan di sekolah tersebut bagi melaksanakan projek yang dapat disumbangkan kepada warga sekolah. Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kehadiran kami buat kali kedua setelah kami pernah menjalani praktikum fasa ketiga pada Januari-April yang lalu. Beberapa projek kami laksanakan di sekolah tersebut, antaranya merawat buku teks, membaikpulih Pondok Anjung Ilmu, menceriakan Surau An-Nur, dan melukis mural pada dinding. Sebelum melaksanakan projek-projek tersebut, kami terlebih dahulu berbincang dengan pihak yang berkenaan tentang projek yang sesuai untuk dilaksanakan. Kami juga berbincang sesama kami dan juga guru pembimbing selaku mentor dalam merancang projek yang dapat disumbangkan kepada warga sekolah. 1

description

inter

Transcript of Status Pencapaian

INTERNSHIP ( 7 JULAI 2014 – 8 OGOS 2014 )

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG

NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN

STATUS PENCAPAIAN (SELEPAS INTERNSHIP)

Alhamdulillah dan bersyukur kepada-Nya, akhirnya saya dan rakan seperjuangan telah berjaya

menamatkan internship selama sebulan di SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG, KUALA PERLIS,

PERLIS. Pelbagai suka dan duka kami tempuhi walaupun berkesempatan hanya selama sebulan di

sekolah tersebut bagi melaksanakan projek yang dapat disumbangkan kepada warga sekolah.

Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kehadiran kami

buat kali kedua setelah kami pernah menjalani praktikum fasa ketiga pada Januari-April yang lalu.

Beberapa projek kami laksanakan di sekolah tersebut, antaranya merawat buku teks, membaikpulih

Pondok Anjung Ilmu, menceriakan Surau An-Nur, dan melukis mural pada dinding. Sebelum

melaksanakan projek-projek tersebut, kami terlebih dahulu berbincang dengan pihak yang berkenaan

tentang projek yang sesuai untuk dilaksanakan. Kami juga berbincang sesama kami dan juga guru

pembimbing selaku mentor dalam merancang projek yang dapat disumbangkan kepada warga

sekolah.

Setelah perbincangan dilakukan, kami melantik AJK bagi setiap projek yang akan dijalakan bagi

memudahkan projek dijalankan. Setiausaha bagi setiap projek pula, dipertanggungjawabkan untuk

menyediakan kertas kerja cadangan agar projek yang ingin dilaksanakan dipersetujui dan mendapat

kelulusan daripada pihak sekolah terutamanya oleh Guru Besar. Setelah kertas kerja cadangan yang

dihantar kepada Guru Besar mendapat kelulusan, kami memulakan projek secara berperingkat.

Oleh kerana tempoh internship diperuntukkan hanya sebulan, bagi saya ianya agak terhad bagi kami

melaksanakan sesuatu projek yang agak besar malahan ‘kami’ adalah terdiri daripada lima orang guru

pelatih perempuan. Tambahan lagi, kami terpaksa menempuhi internship ini pada bulan ramadhan

selama tiga minggu dan baki satu minggu lagi adalah selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Apa yang

membataskan kami adalah pada bulan ramadhan, dimana kami kurang mampu untuk melaksanakan

kerja-kerja berat. Oleh itu, kami menjalankan projek yang melibatkan ‘indoor’ terlebih dahulu.

1

INTERNSHIP ( 7 JULAI 2014 – 8 OGOS 2014 )

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG

NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN

Projek menceriakan Surau An-Nur melibatkan saya dan empat rakan yang lain yang terdiri daripada

NABILAH FARHANAH dan AINA MARDIYYAH daripada kelas PENGAJIAN AGAMA serta NURUL

NABILA dan SITI NUR HIDAYAH daripada kelas REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI. Kami saling

tolong-menolong dalam cuba jaya menceriakan surau sekolah. Antaranya, kami mengemas kini dan

menceriakan papan kenyataan dibelakang surau, menyusun atur semula kitab dan buku di dalam

almari agar tersusun dengan tertib dan kemas serta melukis sedikit mural untuk memperindahkan

dinding di dalam surau agar lebih menarik.

Seterusnya projek yang berjaya lakukan atas permintaan guru, adalah merawat buku teks. Projek ini

dijalankan oleh saya dan dua orang rakan yang lain iaitu NURUL NABILA dan SITI NUR HIDAYAH.

Kami membaiki buku teks yang sedikit rosak agar dapat digunakan lagi untuk kegunaan pelajar SK

KAYANG. Kami juga merawat buku teks agar tidak lekang dikemudian hari dengan menggunakan

staple besar. Seterusnya, kami menyusun buku-buku yang telah dirawat di atas rak buku yang telah

disediakan di dalam BILIK SKIM PINJAMAN BUKU TEKS.

Seterusnya projek yang agak mencabar bagi kami berlima adalah menceriakan Dataran Ilmu dimana

kami lebih memfokuskan projek kami dalam membaikpulih Pondok Anjung Ilmu. Projek ini adalah

projek ‘outdoor’ yang menyebabkan ada ketika beberapa dugaan perlu ditempuhi. Salah satunya ialah

cuaca yang tidak menentu menyebabkan kami terpaksa menangguh kerja ketika hujan membasahi

bumi. Namun begitu, kami berpuas hati terhadap projek-projek yang telah kami lakukan. Walaupun

tidak seberapa mana, sekurang-kurangnya kami dapat menyumbang tenaga yang dapat memberikan

manfaat kepada warga sekolah.

Bagi saya, internship yang dilalui oleh guru pelatih seluruh IPG adalah sangat berguna bagi melahirkan

guru yang berkualiti serta dapat mendedahkan lagi tanggungjawab sebagai seorang guru yang dapat

memikul tanggungjawab yang pelbagai selain daripada tanggungjawab menguruskan bilik darjah

2

INTERNSHIP ( 7 JULAI 2014 – 8 OGOS 2014 )

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG

NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN

sahaja. Segala pengalaman dan juga ilmu baru yang diperoleh semasa menjalankan internship mudah-

mudahan akan digunakan oleh saya dan rakan-rakan apabila ditempatkan disekolah kelak.

Sekian.

Yang benar,

…………………………………

(NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN)

Guru Pelatih,

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

3