Strategi Bm2014

download Strategi Bm2014

of 13

description

ppg

Transcript of Strategi Bm2014

Secara berkumpulan (2 orang) atau secara individu, anda dikehendaki menjelaskan dan menghuraikan: konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran.

PengenalanKeberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut Rashidi Razak ( 1995 ), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Menurut Esah Sulaiman ( 2003 ), pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunapakai seperti pendekatan berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah yang dikatakan strategi pengajaran.

Konsep StrategiMenurut Kamus Dewan (1988) strategi ialah rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus dan menumpukan pada pencapaian atau hasil pembelajaran.

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR. Melalui proses 5P, pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh sekali gus akan mengelakkan pelajar daripada berasa bosan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan.1. PenggabungjalinanTerdapat dalam situasi bahasa apabila seseorang perlu memainkan dua peranan dalam situasi yang sama. Contohnya, seseorang perlu mendengar dan bercakap apabila mengadakan perbincangan, wawancara dan temuduga. Secara tidak langsung, konsep penggabungjalinan telah digunakan. Menurut Abdul Aziz Abd Talib (2000: 262), penggabungjalinan dalam bahasa bermakna guru menggabungjalinkan sesuatu kemahiran bahasa itu dengan satu lagi kemahiran bahasa.Kamus Dewan (2002:358), penggabungjalinan bermaksud perbuatan menggabungjalinkan iaitu mencantumkan dan menjalinkan.Penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan untuk mengelakkan guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa dengan memecahkan atau mengasingkan bahagian-bahagian yang berkait rapat. Konsep ini bertujuan memperkukuh satu aspek kemahiran bahasa dengan yang lain dan menjadikan pengajaran lebih berkesan. Melalui proses penggabungjalinan juga, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak, hal ini mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna dan menarik serta menjadikan murid-murid tidak cepat bosan dan jemu.2. PenyerapanPenyerapan adalah strategi yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran lisan. Ia merupakan strategi penyatuan isi pengetahuan dari satu mata pelajaran dengan bidang kemahiran dalam mata pelajaran yang lain. Penyerapan boleh dilakukan di dalam mana-mana kemahiran bahasa. Di samping itu, beberapa unsur daripada mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Moral , pendidikan Agama, Matematik , Pendidikan Jasmani , Muzik boleh diserap dalam mana-mana pelajaran bahasa.Dalam pengajaran Bahasa, guru boleh menggunakan bahan-bahan pengetahuan daripada mata pelajaran lain umpamanya geografi, sejarah, agama, perdagangan dan lain-lain sebagai bahan utama.Dalam sesuatu pelajaran bahasa pada tahap satu, penggabungjalinan dan penyerapan berlaku serentak. Contohnya, guru mengajar isi daripada Alam dan Manusia dan menggabungjalinkan kemahiran bahasa , pendidikan seni dan muzik. (Kamarudin Hj. Husin, 2000:214)Dalam pengajaran Bahasa Melayu , unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran.

3. Pengayaan

Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

Proses Pengayaan merupakan aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran dan boleh diadakan samada di dalam mahupun di luar kelas. Aktiviti Pengayaan lazimnya akan diberikan kepada pelajar yang berjaya menguasai proses P&P dalam sesebuah topik pelajaran. Aktiviti dijalankan bagi memberi pengukuhan yang lebih agar pelajar bertambah faham dan lebih menguasai proses pembelajaran mereka. Di samping itu, proses ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman pelajar untuk lebih memahami apa yang telah mereka pelajari sebelumnya.

Aktiviti pengayaan adalah sangat berlainan dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran asas. Ini kerana, aktiviti pengayaan ini akan dijalankan selepas murid-murid berjaya menguasai satu ataupun beberapa kemahiran asas tertentu. Melalui aktiviti pengayaan ini, murid-murid akan menggunakan asas kemahiran yang telah mereka kuasai untuk menjalankan aktiviti ini. Oleh itu, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan mereka sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.

4. Pemulihan

Pendidikan pemulihan adalah merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah. Kegiatan pemulihan ini biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa yang pendek dan ditujukan khusus kepada usaha mengatasi kelemahan mereka. (Kamarudin Haji Husin, 1998 : 339)

Kanak-kanak yang mendapat pendidikan ini bukanlah kanak-kanak yang mempunyai kecacatan akal atau terencat akal , tetapi mereka sering memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran berbanding rakan sebaya yang lain. Kanak-kanak ini walaupun sudah berada pada tahap dua, mereka masih tidak pandai membaca. Hal ini akan menyebabkan mereka ketinggalan atau gagal menghadapi kerja-kerja normal sekolah mereka.

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. Objektif proses pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikut aktiviti-aktivit alternatif yang bersesuaian dengan kemahiran dan kebolehan mereka.

5. Penilaian

Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. (Kamarudin Haji Husin, 1998: 327).

Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.

Penilaian dalam kelas biasanya mengutamakan penilaian formatif iaitu mengesan perkembangan pembelajaran dengan serta-merta untuk mengenal kekuatan dan kelemahan murid-murid. Penilaian sumatif dilakukan pada peringkat kritikal untuk mengetahui secara menyeluruh penguasaan dan taraf pencapaian pembelajaran murid-murid. (Kamarudin Haji Husin, 1998: 327).

PendekatanMenurut Parera (1986),Pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian).Sementara Kamarudin Hj. Husin (1988) pula menyatakan satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa

Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Pendekatan Induktif Pendekatan DeduktifPendekatan Eklektik Pendekatan Komunikatif

KaedahMenurut Mangantar Simanjuntak (1982) satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang di gunakan. Sementara Parera (1986) satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan Ishak Ramly (2006) pula menyatakan satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Jenis-jenis kaedah : (menurut Kamarudin Hj. Husin,1988 )

Kaedah terus

Kaedah semulajadi

Kaedah askar atau tentera

Kaedah ajuk-hafaz

Kaedah linguistik

Kaedah oral-aural

Kaedah terjemahan

Kaedah psikologi

Kaedah kod-kognitif

Kaedah khusus

1. Kaedah Terus :Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak.Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu:I) Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.ii) Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.Iii) timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

2. Kaedah Semulajadi : Kaedah ini hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan.

3. Kaedah Oral-Aural :Ini adalah kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur. menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi yang betul.

4. Kaedah Linguistik :Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).

Kamus Dewan (edisi ketiga) :Kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony : satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz :pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) jenis-jenis teknik.Teknik main peranan

Teknik permainan bahasa

Teknik latih tubi

Teknik bercerita

Teknik inkuiri

Teknik perbahasan

Teknik kuiz

Teknik sumbangsaran

Teknik soal jawab

Teknik simulasi

Teknik drama

Teknik perbincangan

1.Teknik berbincang Teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guru.

2. Teknik brainstorming Tknik yang berbentuk perbincanganKanak-kanak digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif untuk menghuraikan pendapatnya.

3. Teknik soal jawab Teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan kanak-kanak.Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan kanak-kanak akan menjawab soalan tersebut.Mempunyai aras kesukaran soalan4. Teknik main perananTeknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. pengalaman secara spontan.

5. Teknik bercerita Guru memilih cerita yang sesuai dengan kanak-kanak dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendap diajarkan.

6. Teknik tunjuk cara Sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan kanak-kanak bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, kanak-kanak diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum kanak-kanak menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan.

7. Teknik penyelesaian masalah Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliyaan guru. Kanak-kanak diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.

8. Teknik latih tubi Pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu, untuk menjamin kekekalannya.

9. Teknik permainan bahasa Guru membentuk satu situasi yang memerlukan kanak-kanak menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi. Secara keseluruhannya, pendekatan adalah bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat bahasa dan proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar. Kaedah pula adalah bersifat prosedur dan teknikmerupakan perlaksanaan kaedah dalam kelas.Pendekatan induktif dipelopori oleh aliran pemikiran behaviorisme dimulai dengan contoh-contoh khusus kepada kesimpulan umum memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiribermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan & menekankan kpd pengulangan untuk mendapatkan hukum.Konsep-konsep pendekatan induktifMempelbagaikan perbendaharaan kata untuk mendapatkan hukum

Memperkenalkan pengetahuan & pengalaman

Mengakumulasikan maklumat utk membentuk hukum

Membentuk kesimpulan daripada contoh-contoh tertentu

Pendekatan ini selaras dengan teori pembelajaran Gestalt menyatakanpengajaran dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh-contoh.Bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif. Pendekatan ini lebih banyak menekankan aspek tulisan.Prinsip-prinsip pendekatan induktifGeneralisasi pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit

Contoh-contoh yang digunakan mestilah sesuai dan mencukupi

Contoh tidak harus datang dari guru sahaja tetapi juga dari murid

Contoh mesti betul supaya murid dapat meniru & menghasilkan contoh yang lain

Pemahaman generalisasi murid mesti dinilai melalui pelbagai cara

Kelebihan pendekatan induktif ialah,ia adalah salah satu cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran. Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu membuat banyak persediaan.Pendekatan ini patut dan sesuai digunakan oleh kerana secara tradisinya, guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.Pendekatan eklektik merupakan gabungan daripada dua pendekatan lain iaitu pendekatan deduktif dan induktif. Pendekatan eklektik bermaksud pengajaran disampaikan dengan menggabungkan semua atau sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baru.Pengajaran eklektik amat penting dalam membantu meningkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak. Pendekatan eklektik digunakan apabila sesuatu pengajaran memerlukan guru menggunakan berbagai-bagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja. Teori eklektik berpegang kepada satu fahaman bahawa kaedah yang baik diterap dari berbagai-bagai sistem dan pendekatan. Pendekatan eklektik merupakan satu usaha bagi menyatukan cara hubungan yang rapat di antara berbagai-bagai pendekatan. Usaha ini juga berkaitan dengan cara bagi merapatkan ke arah satu pertemuan yang baik dalam penggunaan pendekatan tersebut.Cara yang demikian merupakan satu permulaan bagi menggabungkan kaedah yang pelbagai itu ke arah satu sistem yang munasabah untuk dilaksanakan ke dalam proses pengajaran.

Walau bagaimanapun penggabungan tidak boleh disamakan dengan teori eklektik, tetapi di antara satu kaedah dalam teori eklektik adalah penggabungan.

KesimpulanApa yang dapat disimpulkan disini ialah,konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran adalah pilihan kepada guru untuk memilih cara terbaik untuk menyampaikan ilmu kepada muridnya. Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak murid secara individu. Implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran sains, guru boleh menukar strategi pengajaran berdasarkan respon daripada murid-murid bagi menggalakkan murid berdialog / berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan serta pengetahuan adalah dibina dan bukan diterima secara pasif. KAEDAH PENGAJARAN BM SEKOLAH RENDAH (BMM3117) oleh Ratnawati Busrah dan Dayangku Nuraisyah