Strategi Dan Penutup

4
4.0 Strategi Penyelesaian Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah matematik (Mohd Nain Bin Muhamad, 2007). Bagi merealisasikan hasrat ini, penggunaan abakus telah diperkenalkan sebagai satu strategi untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah. Penggunaan abakus- aritmetik mental dipercayai akan meningkatkan kemahiran mengira dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik dalam kalangan murid (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Jadi beberapa cadangan telah disarankan untuk membendung masalah yang berkaitan dengan abakus. Rajah 4.1: Strategi Penyelesaian Isu Abakus Pertama sekali, guru perlulah mengubah sikapnya yang negatif terhadap penggunaan abakus dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran penggunaan abakus. Penggunaan abakus ini baharu diperkenalkan dalam standard pembelajaran KSSR dan kebanyakan guru tidak mengetahui teknik penggunaannya (Sempoa Strategi Penyelesaian Guru perlu mengubah sikap negatif terhadap abakus dan berusaha meningkatkan kemahirannya. Kerajaan banyak menganjurkan kursus berkenaan. Kementerian Pelajaran perlu menegaskan lagi penggunaan abakus dalam menyampaikan proses PdP matematik. Pihak berkuasa membangkitkan kesedaran dalam kalangan guru dan pelajar supaya tidak terlalu bergantung kepada penggunaan ICT.

Transcript of Strategi Dan Penutup

Page 1: Strategi Dan Penutup

4.0 Strategi Penyelesaian

Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk

meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah matematik (Mohd Nain Bin

Muhamad, 2007). Bagi merealisasikan hasrat ini, penggunaan abakus telah diperkenalkan

sebagai satu strategi untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah

rendah. Penggunaan abakus-aritmetik mental dipercayai akan meningkatkan kemahiran

mengira dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik dalam kalangan murid

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Jadi beberapa cadangan telah disarankan untuk

membendung masalah yang berkaitan dengan abakus.

Rajah 4.1: Strategi Penyelesaian Isu Abakus

Pertama sekali, guru perlulah mengubah sikapnya yang negatif terhadap penggunaan

abakus dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran penggunaan abakus. Penggunaan

abakus ini baharu diperkenalkan dalam standard pembelajaran KSSR dan kebanyakan guru

Strategi Penyelesaian

Guru perlu mengubah sikap negatif terhadap abakus dan berusaha meningkatkan kemahirannya.

Kerajaan banyak menganjurkan kursus berkenaan.

Kementerian Pelajaran perlu menegaskan lagi penggunaan

abakus dalam menyampaikan proses PdP matematik.

Pihak berkuasa membangkitkan kesedaran dalam kalangan guru dan

pelajar supaya tidak terlalu bergantung kepada penggunaan ICT.

Page 2: Strategi Dan Penutup

tidak mengetahui teknik penggunaannya (Sempoa Pelaksanaan di sekolah masih lemah, 1998).

Mereka sentiasa mengabaikan pengajaran abakus kerana malas untuk memperlajari teknik

penggunaannya. Sepatutnya, mereka harus bersikap positif terhadap penggunaan abakus dan

jangan menganggap penggunaan abakus tersebut adalah tidak berguna serta membebankan

(Yusliza Yakimir Abd Talib, 2015). Guru mestilah mempelajari teknik pengggunaan abakus

selain merancang pengajaran mereka terlebih dahulu sebelum mengajar muridnya. Demi

meningkatkan kemahiran penggunaan abakus, guru boleh menyertai pelbagai program

berkenaan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Abakus ini merupakan satu bahan bantu

mengajar yang amat baik dan guru digalakkan untuk menggunakannya semasa menyampaikan

proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan abakus mampu meningkatkan pemahaman

konsep serta pemikiran matematik murid-murid (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Kerajaan juga perlu menganjurkan banyak kursus bagi guru untuk meningkatkan kemahiran

penggunaan abakus dalam kalangan mereka (Shamsuri bin Sujak, 2007).. Kursus yang

melibatkan bengkel dan latihan boleh sentiasa diadakan supaya guru matematik berpeluang

untuk meningkatkan kemahiran penggunaan abakus (Dr Solah, 2013). Perhimpunan guru-guru

matematik di sesebuah daerah juga boleh diadakan pada setiap bulan supaya mereka

berpeluang untuk berkongsi pengalaman mereka dalam pelaksanaan PdP. Di samping itu, kem

matematik juga boleh diadakan untuk guru-guru matematik pada masa cuti untuk meneliti

kurikulum dan berbincang tentang strategi PdP yang difikirkan paling berkesan dalam

pengajaran menggunakan abakus. Dengan ini, guru dapat melaksanakan PdP dengan

berkesan dan lancar. Guru matematik haruslah dilengkapi dengan kemahiran abakus-aritmetik

mental bukan sahaja melalui latihan dalam perkhidmatan malah diwajibkan dalam program

latihan perguruan (Cheah Bee Lean dan Ong Saw Lan, 2006). Kemahiran mereka dapat

ditingkatkan melalui sesi pengajaran mikro, bimbingan rakan sebaya dan bimbingan pensyarah.

Ini akan membantu guru matematik supaya lebih bersedia dan yakin untuk mengajar abakus-

aritmetik mental dengan teknik yang lebih baik dan berkesan.

Selain itu, Kementerian Pelajaran perlu menegaskan lagi penggunaan abakus dalam

menyampaikan proses PdP matematik. Kebanyakan guru didapati tidak melaksanakan

pengajarannya berdasarkan abakus kerana ia tidak diuji dalam peperiksaan. Mereka

menganggap ia adalah tidak penting dan mengambil kesempatan supaya tidak mengajar teknik

penggnaan abakus. Jadi, kementerian boleh mengambil langkah untuk mengubah soalan

peperiksaan dengan memasukkan soalan yang dapat menguji kemahiran penggunaan abakus

ke dalamnya. Dengan ini, baharulah guru dapat menyedari kepentingannya dan mengajar murid

Page 3: Strategi Dan Penutup

kemahiran penggunaan abakus supaya muridnya dapat memperoleh keputusan yang

cemerlang. Pegawai dari Kementerian Pelajaran juga dicadangkan supaya sentiasa

mengadakan permantauan ke sekolah (Jaafar b Samsudin, 2014).. Pegawai ini perlu

memastikan setiap guru matematik telah melaksanakan aktiviti PdPnya mengikut sukatan

pembelajaran yang telah digariskan. Guru Besar boleh bekerjasama dengan Kementerian

Pelajaran dalam aktiviti permantauan. Guru Besar perlu membuat permantauan setiap hari dan

memberi sokongan sepenuhnya kepada guru yang menggunakan abakus sebagai bahan bantu

mengajarnya.

Pihak berkuasa perlu menjalankan pelbagai langkah untuk membangkitkan kesedaran

dalam kalangan guru dan pelajar supaya tidak terlalu bergantung kepada penggunaan ICT.

Pihak berkuasa boleh menganjurkan pertandingan abakus dan pemilihan pelaksanaan PdP

untuk direkodkan sebagai satu usaha untuk mempromosikan PdP matematik di negara kita

kepada negara lain. Lawatan sambil belajar ke negara yang mahir dalam abakus seperti Jepun

dan China juga boleh diadakan dalam kalangan pelajar atau guru (Masteradmin, 2012). Ini

mampu menyedarkan mereka bahawa betapa pentingnya penggunaan abakus dalam negara

kita yang sedang membangun jika memandangkan negara Jepun dan China yang begitu maju

dalam ICT juga sangat mementingkan penggunaan abakus. Selain itu, pertandingan

menyelesaikan masalah matematik dengan menggunakan abakus boleh dianjurkan dalam

kalangan pelajar bagi meningkatkan keminatan dan kemahiran abakus . Ini mampu memberi

pendedahan kepada mereka bahawa penggunaan abakus dapat menyelesaikan masalah

matematik dalam masa yang lebih singkat daripada penggunaan kalkulator.

Bahagian Pendidikan Guru dan Kementerian Pelajaran Malaysia boleh banyak

menganjurkan pertandingan abakus-aritmetik mental antara Institut Pendidikan Guru di

Malaysia (Cheah Bee Lean dan Ong Saw Lan, 2006). Dengan ini, guru pelatih dapat berkongsi

teknik dan pengalaman dengan guru pelatih dari IPG lain. Di samping itu, Bahagian Pendidikan

Guru dan IPG perlu menekankan program latihan abakus-aritmetik mental dalam latihan

perguruan supaya lebih menyeluruh dan dinamik (Cheah Bee Lean dan Ong Saw Lan, 2006).

Hal ini kerana gurulah yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu program. Guru yang

dapat menguasai kemahiran dengan cekap dapat menarik minat dan memotivasikan murid

terhadap pembelajaran abakus.

Page 4: Strategi Dan Penutup

5.0 Penutup

Kebolehan membuat pengiraan dengan cepat dan tepat secara mental merupaka suatu

aset kepada individu. Jika setiap warganegara Malaysia mempunyai keupayaan tersebut, maka

negara kita mempunyai keupayaan mental yang tinggi dan akan disegani oleh masyarakat lain

di dunia. Kementerian Pelajaran yakin bahawa jika abakus ini diberi penekanan dan

dilaksanakan dengan betul, ia akan memberi banyak mantaat kepada murid khususnya dan

negara am (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Jadi, usaha yang gigih daripada setiap

lapisan masyarakat amat diperlukan demi mencapai kejayaan pelaksanaan pembelajaran

berdasarkan penggunaan abakus. Penguasaan kemahiran abakus dapat memberi keyakinan

kepada pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik. Dengan ini prestasi matematik

pelajar dapat ditingkatkan.