STRATEGI PENGAJARAN BERPASUKAN (TEAM TEACHING)
Transcript of STRATEGI PENGAJARAN BERPASUKAN (TEAM TEACHING)
-
8/4/2019 STRATEGI PENGAJARAN BERPASUKAN (TEAM TEACHING)
1/13
1
1.0 Pengenalan
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para
pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Sebenarnya banyakkaedah yang digunakan dalam pedagogi boleh digunakan untuk pengajaran. Perkara yang
penting dan selalu diingat apabila memilih kaedah yang sesuai ialah guru perlu merujuk
ciri-ciri murid atau pelajar dan kemahuan serta keperluan mereka. Sekiranya ini dapat
dipenuhi, pengajaran guru akan berkesan, diminati dan guru akan merasa puas selepas
pengajaran. Bagi memenuhi kehendak tugasan ini, hanya salah satu kaedah pengajaran
yang akan ditekankan iaitu Pengajaran Berpasukan atau yang dikenali sebagai Team
Teaching.
Kaedah Pengajaran Berpasukan merupakan satu cara kerjasama yang perlu
diamalkan di sekolah pada masa kini untuk membantu meningkatkan keupayaan individu
dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah ini dalam bidang
pendidikan, akan dapat meningkatkan produktiviti, interaksi antara ahli dalam pasukan,
memberi kepuasan kerja serta dapat bersama menyelesaikan sesuatu masalah yang
kompleks. Guru-guru tidak boleh bekerja secara individu, terutamanya bagi menyelesaikan
kerja-kerja yang rumit. Melalui kerja berpasukan dapat menggalakkan penyataan perasaan,
inovasi dan perkembangan fikiran ke arah penciptaan yang lebih kreatif. Malahan, kerja
secara berpasukan juga merupakan salah satu jaminan yang boleh menyumbang ke arah
peningkatan kualiti pendidikan.
2.0 Definisi Pengajaran Berpasukan
Pada tahun 1956, Pengajaran Berpasukan telah diperkenalkan di Amerika Syarikat.
Mengikut H.S Davis, Team Teaching telah dicatat buat pertama kalinya dalam The
Encyclopedia of Education pada tahun 1957 dimana ia merupakan satu kaedah mengajar
yang dikendalikan oleh sekumpulan guru yang mempunyai kepakaran mengajar dalam
pelbagai bidang masing-masing. Tujuan membentuk satu pasukan pengajaran ini untuk
bersama-sama merancang melaksanakan serta menilai segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dari peringkat permulaan hingga ke peringkat akhir.
Pengajaran Berpasukan mempunyai pelbagai istilah seperti team teaching, shared
teaching, collaborative teaching. Bagaimanapun kesemua istilah ini mempunyai makna
-
8/4/2019 STRATEGI PENGAJARAN BERPASUKAN (TEAM TEACHING)
2/13
2
yang sama iaitu berkaitan dengan pengurusan pengajaran yang melibatkan dua orang
pengajar. Pasukan yang dibentuk ini boleh melibatkan sama ada guru daripada bidang
pengkhususan yang sama atau merentasi bidang tetapi hendaklah berkaitan dengan khusus
yang diajar.
Selain itu, kaedah Pengajaran Berpasukan merupakan gabungan tenaga pendidik
yang berpengalaman dan baru dalam sesebuah matapelajaran. Kaedah ini sebagai langkah
bagi memperoleh manfaat yang maksimum dari gabungan dua status tenaga pendidik
dalam kata lain senior dan junior. Dengan adanya kaedah Pengajaran Berpasukan ini, para
pendidik yang berpengalaman dapat memberi tumpuan yang lebih dalam bidang masing-
masing. Manakala pendidik yang baru akan memperoleh pengalaman dari pendidik yang
senior seterusnya yang lebih senior akan dapat membantu pendidik yang baru dalam teknik
penyampaian dan pengajaran dengan berkesan.
Pengajaran Berpasukan dapat membantu dari segi perkongsian idea dalam kaedah
pengajaran. Ini dapat membentuk nilai kerja berpasukan di kalangan tenaga pendidik, yang
mana pendidik perlu bergantung kepada ahli lain bagi maklumat tentang matapelajaran
yang diajar. Walaupun pendidik baru mempunyai kurang pengalaman, tetapi idea yang
mampu disumbangkan oleh generasi yang lebih muda mampu memberi pandangan lain
dalam perkara yang sama. Secara tidak lansung kaedah Pengajaran Berpasukan juga dapat
melahirkan golongan guru yang berfikiran kreatif dan inovatif.
3.0 Konsep Pengajaran Berpasukan
Secara umumnya Pengajaran Berpasukan merupakan satu kaedah pembelajaran yang
bertujuan untuk lebih mengefektifkan proses pembelajaran. Pengajaran Berpasukan
merupakan satu konsep pembelajaran dengan memberikan penugasan setiap kelompok
guru menjadi serumpun untuk menangani proses pembelajaran. Dengan adanya Pengajaran
Berpasukan ini, maka setidaknya kesulitan yang selama ini dihadapi oleh guru dapat
diselesaikan bersama-sama. Mereka akan dapat saling berkongsi dengan membahagikan
tugas sesuai dengan bidang pengkhususan masing-masing.
Dua orang guru atau lebih akan dapat saling mengisi kekurangan masing-masing
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang berkemahiran secara teori
membimbing pelajar dalam aspek teori, sedangkan guru yang mempunyai kemahiranpraktikal membimbing pelajar pada aspek praktikalnya. Hal ini menunjukkan bahawa
-
8/4/2019 STRATEGI PENGAJARAN BERPASUKAN (TEAM TEACHING)
3/13
3
kualiti dan penguasaan sesuatu bidang setiap guru adalah satu pengkhususan. Keadaan
inilah yang dijadikan sebagai dasar penerapan konsep pembelajaran team teaching.
Di dalam setiap proses pembelajaran, pelajar akan didampingi oleh dua orang guru
atau lebih, yang mana lazimnya dua orang guru. Salah seorang guru akan menjelaskan
satu bahagian mata pelajaran, manakala guru yang lainnya akan menjelaskan bahagian
matapelajaran yang lainnya. Jika terdapat sebarang kesulitan yang dialami oleh salah
seorang guru, maka guru lainnya akan dapat menutupi kekurangan tersebut sehinggakan
pelajar mendapat kefahaman yang lebih dari kotak pengalaman mereka.
4.0 Klasifikasi Pengajaran Berpasukan
Terdapat dua jenis Pengajaran Berpasukan iaitu :
i. Pengajaran Berpasukan Berhierarki
Pasukan guru merupakan satu organisasi yang berhierarki yang seperti berbentuk
piramid dengan guru pakar atau guru kanan berada di peringkat kemuncaknya
diikuti oleh guru pengkhususan, guru-guru biasa, guru-guru pelatih, penolong-
penolong pengajar, pegawai-pegawai pusat sumber, makmal dan perpustakaan.
Contohnya:
Guru Pakar/Guru Kanan
Guru Pengkhususan / Panitia
Guru-Guru Biasa
Guru-Guru Pelatih
ii. Pengajaran Berpasukan Tidak BerhierarkiPengajaran Berpasukan Tidak Berhieraki merupakan salah satu jenis Pengajaran
Berpasukan yang berbeza. Organisasi dan proses pengajaran-pembelajaran adalah
hampir sama dengan Pengajaran Berpasukan Berhierarki, kecuali kedudukan dan
-
8/4/2019 STRATEGI PENGAJARAN BERPASUKAN (TEAM TEACHING)
4/13
4
berat tugas tenaga pengajar adalah sama. Walaubagaimanapun, sebelum Pengajaran
Berpasukan diperkenalkan pada tahun 1956, telah didapati beberapa bentuk
Pengajaran Berpasukan digunakan sebagai kaedah dan teknik mengajar di sekolah
biasa, khasnya di sekolah menengah. Antara bentuk Pengajaran Berpasukan tidak
berhierarki yang masih terdapat di sekolah ialah :
a) Menggabungkan dua atau tiga buah kelas yang sama darjah atau samatingkatan, dan diajarkan oleh dua atau tiga orang guru mengikut jadual
waktu mengajar yang dibahagikan.
b) Guru opsyen misalnya Bahasa Melayu dengan guru opsyen mata pelajaranyang lain misalnya Pendidikan Moral bertukar mengajar di dalam kelas
masing-masing agar semua pelajar dalam kedua-dua kelas dapat diajar oleh
guru mengikut opsyennya.
c) Satu mata pelajaran diajarkan oleh beberapa orang guru pengkhususan.Misalnya, mata pelajaran Sains diajarkan oleh guru biologi, guru kimia dan
guru fizik masing-masing.
d) Guru mata pelajaran dibantu oleh penolong guru bertugas membimbingpelajar-pelajar dalam aktiviti kumpulan kecil, memeriksa kerja kursus dan
kertas jawapan.
Kebanyakkannya, pasukan terdiri dari anggota pengajar yang sama kategorinya
atau tarafnya. Tugas kedua-dua pasukan ini adalah sama iaitu menyediakan
pengajaran dari mula hinggalah ke peringkat akhir.
5.0 Proses Pelaksanaan Pengajaran Berpasukan
Proses pelaksanaan Pengajaran Berpasukan mengandungi 3 peringkat iaitu:
i. Perancangan
Pengajaran Berpasukan bermula dengan pembentukan pasukan tenaga pengajar.
Ketua pasukan biasanya dipilih daripada guru pakar atau guru kanan. Tenaga
pengajar yang lain ialah guru-guru pengkhususan, guru-guru biasa, penolong-
penolong guru, guru-guru pelatih dan pegawai-pegawai pusat sumber, makmal dan
perpustakaan.
-
8/4/2019 STRATEGI PENGAJARAN BERPASUKAN (TEAM TEACHING)
5/13
5
Pada peringkat permulaan, semua anggota Pengajaran Berpasukan akan
bermesyuarat untuk menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, sukatan
pelajaran, strategi dan kaedah pengajaran, bilangan kelas dan pelajar, alat bantu
mengajar, kerja khusus, tempat-tempat mengajar dan belajar, merancang aktiviti
pengajaran-pembelajaran; dan penilaian serta mengagihkan tugas kepada tenaga
pengajar masing-masing.
Pada umumnya, guru pakar, guru kanan dan guru pengkhususan akan
ditugaskan untuk mengajar kelas besar; guru-guru biasa ditugaskan untuk mengajar
kelas kecil, dibantu oleh guru-guru pelatih. Penolong-penolong guru biasanya
diberi tugas mengawas aktiviti pembelajaran pelajar serta memeriksa kerja kursus
dan kertas jawapan. Manakala, pegawai-pegawai pusat sumber dan pegawai-
pegawai makmal ditugaskan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan, khasnya
alat bantu mengajar, bilik syarahan, bilik darjah dan makmal. Pegawai-pegawai
perpustakaan bertanggungjawab menyediakan buku-buku rujukan untuk pelajaran
individu.
ii. Pelaksanaan Proses Pengajaran dan PembelajaranProses pengajaran dan pembelajaran dalam Pengajaran Berpasukan merangkumi
tiga bentuk aktiviti, iaitu aktiviti pengajaran kelas besar, pengajaran dan
pembelajaran kumpulan kecil dan pembelajaran individu. Aktiviti pengajaran
dalam kelas besar adalah tugas guru pakar, guru kanan dan guru pengkhususan. Isi
kandungan pelajaran yang disampaikan dalam kelas besar merangkumi pengenalan
sukatan pelajaran, topik pelajaran, bahan-bahan pelajaran dan tugasan untuk aktiviti
kumpulan, kerja khusus untuk pembelajaran individu dan perkara-perkara tentang
penilaian.
Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan
berpasukan dan mengikut jadual yang dipersetujui. Sebelum pelaksanaan aktiviti
pengajaran dalam kelas besar, kemudahan-kemudahan fizikal seperti tempat-tempat
duduk dan alat bantu mengajar seperti pembesar suara dan OHP hendaklah
disediakan dan diaturkan untuk memastikan kelicinan dan keberkesanan
pengajaran.
-
8/4/2019 STRATEGI PENGAJARAN BERPASUKAN (TEAM TEACHING)
6/13
6
Perbincangan dalam kumpulan kecil biasanya diselia dan dibimbing oleh
guru-guru biasa. Tujuan aktiviti kumpulan kecil ini, biasanya terdiri lima hingga
enam orang pelajar sekumpulan, ialah melatih mereka kemahiran berfikir, soal
siasat, analisis dan sintesis. Topik perbincangan adalah diberikan semasa
pengajaran kelas besar. Selepas perbincangan, wakil daripada setiap kumpulan akan
membentangkan hasil perbincangan kumpulan mereka atau menyerahkan laporan
perbincangan secara bertulis kepada guru yang bertanggungjawab.
Aktiviti pembelajaran individu di bawah bimbingan penolong-penolong
guru, akan dijalankan di tempat belajar sendiri, makmal, perpustakaan atau di pusat
sumber. Aktiviti-aktiviti pembelajaran ini merangkumi aktiviti membaca,
mendengar, memerhati, soal-jawab, kreativiti, menulis, merekod, mencipta, lawatan
dan penilaian.
iii. PenilaianSemua anggota Pengajaran Berpasukan adalah bertanggungjawab untuk
menjalankan tugas penilaian. Aktiviti penilaian ini merangkumi tiga perkara
penting iaitu :
a) Penilaian kerja kursus, kemahiran dan kelakuan pelajar. Kerja kursusmerujuk pada mana-mana mata pelajaran yang memerlukan kerja kursus
selalunya Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan Matematik Tambahan.
Kemahiran dan kelakuan pelajar pula dinilai semasa menjalankan kerja
kursus.
b) Penilaian pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru-guruyang terlibat perlu menilai sesama sendiri bagi melihat sendiri keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran supaya pengajaran yang seterusnya
dapat dihasilkan dengan berkesan.
c) Penilaian keseluruhan program Pengajaran Berpasukan, khasnyaperancangan dan segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Dengan
menilai secara menyeluruh, rumusan dapat dibuat olegh guru untuk
penambahbaikan masa hadapan.
Anggota pengajar yang terlibat bertanggungjawab terhadap penyediaan kandungandan penilaian. Pengurusan pengajaran pula adalah mengikut giliran berdasarkan
-
8/4/2019 STRATEGI PENGAJARAN BERPASUKAN (TEAM TEACHING)
7/13
7
kepada bidang pengkhususan guru. Ada kalanya guru yang tidak terlibat dalam
pengajaran boleh bertindak sebagai pemerhati dalam konteks pemerhatian rakan
sebaya dan berperanan untuk memberi komen atau cadangan bagi
mempertingkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran kursus atau matapelajaran
berkaitan.
6.0 Keperluan Melaksanakan Pengajaran Berpasukan
Kaedah Pengajaran Berpasukan memerlukan beberapa syarat dan keperluan iaitu dari segi
kemudahan fizikal, jadual waktu pengajaran, kerjasama guru-guru dan staf sokongan, dan
serta pembahagian masa pengajaran dan pembelajaran untuk dalam melaksanakannya.
i. Kemudahan FizikalUntuk melaksanakan kaedah Pengajaran Berpasukan, kemudahan fizikal yang
meliputi dewan syarahan, bilik darjah besar, bilik darjah kecil, bilik mesyuarat,
perpustakaan, makmal dan pusat sumber perlulah dilengkapi dengan alat-alat
teknologi yang canggih. Ianya perlulah sesuai dengan perubahan teknologi dan
persekitaran semasa agar dapat mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif. Maka pihak sekolah perlu menyediakan bagi melengkapkan pelbagai
perkhidmatan berdasarkan kemampuan sekolah.
ii. Jadual Waktu Pengajaran
Di dalam Pengajaran Berpasukan, bilangan unit pelajaran yang diajarkan boleh
terdiri daripada satu atau dua mata pelajaran yang berkaitan misalnya Bahasa
melayu dengan Sastera dan Teknologi Kejuruteraan dengan Lukisan Kejuruteraan.Untuk meningkatkan keberkesanan, jadual waktu fleksibel iaitu Jadual Waktu
Anjal hendaklah digunakan dalam Pengajaran Berpasukan.
Pada sekitar tahun 1995, sistem Jadual Waktu Anjal telah diperkenalkan.
Sistem tersebut membolehkan sesuatu subjek diajar dalam tempoh waktu yang lama
dalam sehari. Contohnya pada satu hari hanya 2 hingga 3 subjek diajar berbanding
6 hingga 7 subjek dalam sehari. Sistem ini membolehkan sesuatu Pengajaran &
Pembelajaran dilaksanakan secara hands-on. Proses P&P menjadi menarik kerana
-
8/4/2019 STRATEGI PENGAJARAN BERPASUKAN (TEAM TEACHING)
8/13
8
guru-guru menyediakan latihan yang pelbagai bagi membolehkan pelajar
memahami subjek dengan mendalam. Banyak alat bantuan mengajar perlu
digunakan. ABM ini perlu dibangunkan oleh para guru mengikut kreativiti masing-
masing.
iii. Kerjasama Guru-Guru dan Staf Sokongan
Semua anggota yang terlibat dalam Pengajaran Berpasukan hendaklah bekerjasama
di antara satu sama lain. Mereka hendaklah memahami tugas masing-masing dan
bertanggungjawab melaksanakan tugasnya mengikut jadual masa yang ditetapkan,
supaya rancangan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan licin, teratur dan berkesan.
iv. Pembahagian Masa Pengajaran dan Pembelajaran
Ini bermakna masa untuk aktiviti kelas, kumpulan dan individu di bawah program
Pengajaran Berpasukan hendaklah diagihkan dengan nisbah yang berpatutan.
Pendekatan asas pengagihan masa untuk program Pengajaran Berpasukan ialah
masa diagihkan untuk aktiviti pembelajaran individu tidak harus kurang daripadaaktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas atau kumpulan. Pada amnya,
peratus pembahagian masa pengajaran dan pembelajaran ialah :
Pengajaran kelas besar : 40%
Aktiviti kumpulan kecil : 20%
Aktiviti pembelajaran individu : 40%
7.0 Kebaikan Kaedah Pengajaran Berpasukan
Pengajaran Berpasukan memang dianggap sebagai satu konsep pembelajaran kreatif dan
inovatif kerana selama ini yang terjadi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
adalah berbentuk autokratik iaitu kekuasaan tunggal yang dimiliki oleh seseorang guru.
Pada aspek lainnya, kaedah Pengajaran Berpasukan memang akan digunakan untuk
mengatasi kekurangan jam mengajar dari beberapa orang guru. Tujuan pelaksanaan
Pengajaran Berpasukan adalah untuk mengefektifkan hasil proses pembelajaran.
-
8/4/2019 STRATEGI PENGAJARAN BERPASUKAN (TEAM TEACHING)
9/13
9
Hal ini didasarkan pada konsep dan anggapan bahawa jika proses pembelajaran
dipandu oleh sebuah pasukan, tidak hanya bergantung pada seorang guru, maka kefahaman
pelajar akan lebih meningkat. Contohnya, seorang guru memberikan bimbingan secara
teknikal dan guru yang lainnya memberikan dari aspek lainnya. Dalam makna yang lain,
setiap guru masing-masing dapat saling melengkapi kemampuan masing-masing.
Kerja berpasukan merupakan suatu unit dalam organisasi yang berinteraksi untuk
berkongsi maklumat dan keputusan bagi membantu ahli-ahli pasukan menjalankan tugas
dalam ruang sempadan tanggungjawab yang ditetapkan. Ia juga merupakan gabungan
usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dilakukan secara gabungan tenaga
untuk menghasilkan prestasi kerja melebihi input yang dilakukan secara bersendirian.
Melalui kerja berpasukan akan membolehkan organisasi meningkatkan hasil tanpa
meningkatkan sumber.
Guru-guru yang terlibat juga akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar
pengetahuan, pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja melalui kerja
berpasukan. Setiap guru akan meningkatkan kebolehan masing-masing dalam pasukan dan
mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti kerja
yang dijalankan.
Dalam suasana kerja berpasukan, guru-guru mudah menjalankan perasaaan
percaya-mempercayai sesama mereka. Dengan perasaan ini individu akan merasa bebas
dan lebih yakin untuk bertindak dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Dengan itu mereka akan dapat membuat keputusan-keputusan dengan cepat, menggunakan
budi bicara dengan sempurna dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam
diri masing-masing bagi menggerakkan proses peningkatan kualiti.
Kerja berpasukan juga akan dapat menyatupadukan pendidik dalam menjayakan
peningkatan kualiti kerja. Kerja berpasukan akan memudahkan pertukaran maklumat dan
idea di kalangan pendidik, mewujudkan perasaan saling mempercayai, mengukuhkan
komunikasi serta menuju ke arah peningkatan kualiti yang berterusan dalam organisasi
sekolah.
Salah satu faktor yang dapat mempengaruhi kepuasan kerja guru adalah
kepimpinan yang efektif dalam kerja berpasukan, tetapi kualiti seseorang pemimpin tidak
menjamin memberi kepuasan kerja kepada orang bawahannya kerana ia amat bergantung
-
8/4/2019 STRATEGI PENGAJARAN BERPASUKAN (TEAM TEACHING)
10/13
10
pada persepsi dan penerimaan gaya kepimpinan daripada orang bawahannya. Misalnya di
sekolah, panitia mata pelajaran perlu saling bekerjasama dalam satu pasukan untuk
pembangunanmata pelajaran dan meningkatkan mutu akademik sekolah.
Manusia ialah makhluk sosial dan tiada manusia boleh hidup persendirian.
Seseorang individu itu perlu kerja berpasukan barulah dikatakan cara bekerja. Kerja
berpasukan adalah diperlukan dimana setiap guru merasakan mereka mempunyai
tanggungjawab bersama untuk memajukan organisasi sekolah dengan merancang dan
melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan mata pelajaranserta mengurangkan
ketegangan antara sesama guru. Mereka perlu saling bekerjasama, berkongsiidea, percaya
mempercayai untuk memastikan keberkesanan kerja berpasukanterlaksana.
8.0 Kebatasan Kaedah Pengajaran Berpasukan
Kaedah Pengajaran Berpasukan merujuk dimana guru-guru mengajar bersama di dalam
satu kelas. Guru yang dimasukkan dalam Pengajaran Berpasukan akan selalu berpasangan
dengan guru lainnya untuk melaksanakan tugas mengajar mereka bersama-sama.
Pembentukan Pengajaran Berpasukan dianggap sah dan boleh dijalankan.
Namun terdapat beberapa pertikaian dan kelemahan yang dikenalpasti antaranya
ialah Pengajaran Berpasukan hanya dipahami sebagai kegiatan mengajar secara bergiliran.
Iaitu guru-guru yang berpasangan dalam mengajar sebuah kelas yang sama adalah guru
yang bertugas mengajar untuk mata pelajaran yang sama pula. Ini berikutan tiada
ketentuan untuk menetapkan objektif pengajaran-pembelajaran, maka setelah tugas
mengajar terlaksana, masing-masing guru tidak dapat menilai keberkesanan sesama
mereka. Prinsip pengajaran berjalan hanya dasar tugas mengajar.
Selain itu, boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar sekiranya terdapat
perbezaan pandangan antara guru. Pengajaran Berpasukan memerlukan keserasian antara
guru terlebih dahulu. Namun jika terdapat guru yang tidak dapat menerima pandangan
guru yang lain atau dalam makna lainnya tidak boleh menerima idea dan pengisian guru
lain terhadap pengajaran yang ingin disampaikan akan merumitkan lagi keadaan. Ibarat
pepatah melayu ada menyebutkan rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Oleh itu, untuk
melaksanakan Pengajaran Berpasukan pemilihan guru-guru perlu diambil kira agar tidak
mendatangkan kecelaruan terhadap pelajar sendiri.
-
8/4/2019 STRATEGI PENGAJARAN BERPASUKAN (TEAM TEACHING)
11/13
11
Seterusnya, perancangan awal diperlukan bagi memudahkan pengajaran.
Pengajaran yang bercorakkan Pengajaran Berpasukan sering kali diabaikan dan tidak
terlalu dianggap penting. Keadaan seperti ini menyebabkan guru-guru lain yang
berkeinginan untuk memerhati dan melakukan penambahbaikan terhadap apa-apa yang
telah dilaksanakan dalam konteks Pengajaran Berpasukan akan mengalami satu kesulitan
missing link. Apabila Pengajaran Berpasukan tersebut dinyatakan berhasil, mereka pula
tidak membuat catatan. Namun, apabila Pengajaran Berpasukan itu dikatakan gagal, semua
pihak hanya mengacu kepada sangkaan-sangkaan yang dibuat-buat.
Ada disebaliknya, kaedah Pengajaran Berpasukan telah dijadikan sebagai satu
kesempatan dari beberapa guru untuk bertindak secara peribadi. Anggapan bahawa
Pengajaran Berpasukan dengan sejumlah guru yang dijadualkan mengajar memberikan
kesempatan untuk membuat jadual tersendiri. Ada beberapa guru yang menerapkan sistem
shift, baik shift jam mahupun hari. Ada juga guru yang membuat kesepakatan dengan
rakan sepasukan pada jam-jam tertentu, misalnya jam pertama sampai jam kedua dan
seterusnya. Ada guru yang bersepakat untuk melaksanakan pembelajaran seminggu sekali.
Minggu ini guru A, maka minggu depannya adalah guru B, demikian untuk seterusnya.
Jadi mereka bergiliran dalam melaksanakan proses pembelajaran. Jumlah jam-jam yang
mereka tetapkan sendiri tersebut dipergunakan untuk melakukan kegiatan-kegiatanperibadi mereka atau tugas-tugas dari tempat lainnya. Ini merupakan pengabaian tugas
utama untuk memenuhi tugas sampingan.
Kerja berpasukan yang efektif di kalangan guru-guru di sekolah memerlukan
pengorbanan kepentingan individu demi keutamaan matlamat dan kepentingan organisasi.
Sikap mementingkan diri merupakan salah satu halangan yang besar kepada perkembangan
sesebuah organisasi sekolah. Jika seseorang guru mempunyai idea-idea yang bernas tetapi
mereka tidak berkongsi dengan rakan-rakan sekerja ataupun seseorang Ketua Panitia
merasakan jawatan mereka lebih tinggi dan memandang rendah pada ahli-ahli dibawahnya,
maka segala rancangan yang dirancang akan terbantut dan tidak akan tercapai dengan
berkesan.
9.0 Panduan Menjalankan Pengajaran Berpasukan Dengan Berkesan
Peranan penting guru dalam hal ini adalah sebagai pembimbing, pendamping, pengarah
dan fasilitator pembelajaran bagi anak didik. Jika guru berpotensi dan mempunyai
-
8/4/2019 STRATEGI PENGAJARAN BERPASUKAN (TEAM TEACHING)
12/13
12
kemampuan dalam menjalankan tugasnya, maka proses pembelajaran dapat dijalankan
secara efektif. Oleh itu, untuk melaksanakan Pengajaran Berpasukan, guru perlu
merancang dengan teliti kursus yang dilaksanakan secara berpasukan kerana keserasian
antara guru diperlukan bagi menjamin kejayaan pelaksanaan kaedah ini. Semua pihak
harus memahami konsep dasarnya dan selanjutnya melaksanakannya dengan sebaik-
baiknya.
Selain itu, guru perlu memberitahu pelajar tentang tujuan pengajaran secara
berpasukan. Sudah menjadi kemestian pelajar akan tertanya-tertanya mengapa melibatkan
dua atau lebih guru dalam sesebuah mata pelajaran. Apabila guru menterjemahkan objektif
dan konsep sebenar kaedah pengajaran yang berbentuk secara berpasukan serta
menjalankan kaedah ini maka pelajar dapat menyedari bahawa proses pembelajaran
merupakan bentuk kesedaran menyeluruh pada setiap orang. Apabila pelajar melihat
konsep Pengajaran Berpasukan ini, juga akan timbul kesedaran bahawa sebenarnya di
dalam proses pembelajaran, mereka memerlukan sebuah pasukan yang padu untuk
menjalankan tugas secara efektif dan berkesan.
Di samping itu, guru yang terlibat tidak boleh bersaing antara satu sama lain
terutamanya bagi mendapat perhatian pelajar. Di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu menunjukkan profesionalisme tersendiri bukan untuk
menunjukkan kehebatan masing-masing ataupun berlumba-lumba. Oleh itu, dengan
Pengajaran Berpasukan ini, setidaknya terbangun mindset kebersamaan, keselarasan dan
keseimbangan di antara guru- guru yang terlibat di dalam menjalankan tugas
pembelajarannya. Untuk melaksanakan kaedah Pengajaran Berpasukan ini juga, guru-guru
yang terlibat haruslah ada perasaan percaya-mempercayai agar memudahkan proses
komunikasi untuk berkongsi maklumat yang mana akhirnya boleh membantu
memantapkan prestasi masing-masing.
Seterusnya, penentuan tajuk atau sesi pengajaran hendaklah disusun mengikut
kepakaran guru iaitu merujuk kepada ketua panitia mata pelajaran. Sebuah sekolah yang
cemerlang memerlukan kakitangan yang berkeupayaan, bermotivasi dan kreatif dalam
melaksanakan tugas. Dalam hal ini, guru pakar di sekolah berperanan sebagai tenaga
penggerak dan medium mengabungkan kemahiran dan pengetahuan untuk mencapai
kejayaan dalam memberikan pendidikan berkualiti.
-
8/4/2019 STRATEGI PENGAJARAN BERPASUKAN (TEAM TEACHING)
13/13
13
Tambahan, kaedah Pengajaran Berpasukan juga memerlukan sokongan daripada
pentadbir bagi melicinkan perjalanan pengajaran. Sepertimana yang diketahui, mustahil
untuk seseorang melakukan pekerjaan dengan sendirinya begitu juga dengan guru pelbagai
hal yang harus dipenuhi oleh guru yang terlibat dan amat sukar jika semua pelaksanaan itu
dilakukan seorang diri. Untuk itu sokongan dari pihak pentadbiran seperti penyediaan
bahan bantu mengajar, keperluan teknikal, ruang kelas dan kewangan perlu di ambil kira
dalam meringankan tugas guru yang terlibat.
10.0 Rumusan
Melalui tugasan ini, tidak dapat dinafikan kepentingan guru untuk mengetahui dan
menguasai pelbagai kaedah pengajaran salah satunya ialah Pengajaran Berpasukan.
Kaedah ini menunjukkan kerjasama dalam berpasukan yang melahirkan kepuasan kerja di
kalangan guru-guru yang terlibat malahan turut memainkan elemen penting dalam
mencorakkan perkembangan profesion perguruan.
Kaedah Pengajaran Berpasukan di kalangan guru jika dihayati sepenuhnya dapat
memberikan kesan ke atas pencapaian prestasi perkhidmatan yang diberikan dan
seterusnya mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, bagi mana-
mana sekolah yang menggunakan kaedah Pengajaran Berpasukan dalam proses
pembelajaran, pelaksanaan Pengajaran Berpasukan haruslah sesuai dengan ketentuan-
ketentuan yang benar agar tidak terjadi penyimpangan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.