Strategi Pengurusan

8
7.2.1 Penyata Aliran Tunai Sebelum Pembiayaan Butir transaksi lazim yang dilaksana sebelum pembiayaan perniagaan terkandung di dalam Penyata Aliran Tunai (berakhir 31/12/2012) dimaksudkan seperti di Lampiran 3. 7.2.2 Penyata Aliran Tunai Selepas Pembiayaan Manakala selepas pembiayaan perniagaan, transaksi lazim selepas pembiayaan terkandung di Penyata Aliran Tunai (berakhir 31/12/2012 dimaksudkan seperti di Lampiran 4. 7.2.3 Penyata Kos Pengeluaran Seperti diamalkan oleh mana-mana syarikat perniagaan, lazimnya setiap hujung tahun satu langkah menutup akaun perniagaan perlu dilakukan bertujuan memeriksa aliran akaun di samping dapat mengetahui keseluruhan kos pengeluaran yang telah dilaksana. Justeru, disenaraikan penyata kos pengeluaran berakhir pada 31 Disember 2012 seperti di STRATEGI PENGURUSAN Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat memastikan syarikat kami sentiasa

description

Strategi Pengurusan

Transcript of Strategi Pengurusan

Page 1: Strategi Pengurusan

7.2.1 Penyata Aliran Tunai Sebelum Pembiayaan

Butir transaksi lazim yang dilaksana sebelum pembiayaan perniagaan

terkandung di dalam Penyata Aliran Tunai (berakhir 31/12/2012)

dimaksudkan seperti di Lampiran 3.

7.2.2 Penyata Aliran Tunai Selepas Pembiayaan

Manakala selepas pembiayaan perniagaan, transaksi lazim selepas

pembiayaan terkandung di Penyata Aliran Tunai (berakhir 31/12/2012

dimaksudkan seperti di Lampiran 4.

7.2.3 Penyata Kos Pengeluaran

Seperti diamalkan oleh mana-mana syarikat perniagaan, lazimnya setiap

hujung tahun satu langkah menutup akaun perniagaan perlu dilakukan

bertujuan memeriksa aliran akaun di samping dapat mengetahui keseluruhan kos

pengeluaran yang telah dilaksana. Justeru, disenaraikan penyata kos

pengeluaran berakhir pada 31 Disember 2012 seperti di STRATEGI PENGURUSAN

Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada

kejayaan sesebuah perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat

memastikan syarikat kami sentiasa dapat mengekalkan dan memperbaiki prestasi ke

arah yang lebih baik dan maju. Amalan dan strategi pengurusan yang dipraktikkan di

sini meliputi:

a) Mengamalkan budaya bekerja dalam berkumpulan atau berpasukan

( teamwork ) di kalangan para pekerja.

b) Memberi peluang latihan yang berterusan kepada setiap pekerja meliputi aspek

latihan

pembuatan dan pengeluaran produk di samping latihan pengurusan dan

pemasaran.

Page 2: Strategi Pengurusan

c) Memastikan maklum balas daripada pelanggan dan pekerja turut diberi perhatian

dengan

mengadakan sesi khas dalam mesyuarat bulanan di mana perbincangan antara

pihak pengurusan dan pekerja diadakan bagi mengatasi dan memperbaiki

segala kelemahan.

d) Membuat analisis prestasi syarikat pada setiap akhir tahun dan berusaha untuk

mendapatkan

taraf pensijilan ISO dan sebagainya.

e) Memberi imbuhan kepada pekerja sebagai dorongan untuk mempertingkatkan

kualiti perkhidmatan.

f) Menerapkan budaya dan etika kerja yang baik dan mengamalkan nilai murni.

g) Penyelidikan dan Pembangunan ( R& D ) akan menjadi fokus dari semasa ke

semasa oleh pihak pengurusan.Mempastikan supaya peruntukan untuk

pembiayaan sentiasa ada dan mencukupi untuk tujuan ini.

h) Harga yang yang ditawarkan mengikut pasaran dan berpatutan, memberi

perkhidmatan yang berkualiti dan mempamirkan kos perkhidmatan dengan jelas

dan terang.

1.2 RINGKASAN SKOP PERNIAGAAN

1.2.1 Aktiviti Perniagaan

a) Mempromosi, memasarkan serta menjual produk makanan berasaskan

sejuk-beku

dan makanan konfeksioneri sebagai jualan utama di premis

perniagaan.

b) Menyediakan tempahan untuk kawasan dalam lingkungan 25km

meliputi kawasan

perumahan, sekolah, universiti, kolej, pejabat / syarikat, café dan

restoran serta kedai stesen minyak.

Page 3: Strategi Pengurusan

1.2.2 Produk / Perkhidmatan Yang Ditawarkan

A) Kedai D'FAIRUZ Enterprise ini menawarkan produk seperti berikut:

a) Pembuatan karipap.

b) Pembuatan samosa.

c) Pembuatan pizza (pelbagai perasa).

d) Pembuatan pastri / biskut dan kek.

B) Manakala perkhidmatan adalah seperti:

a) Menerima tempahan untuk majlis keraian seperti majlis hari jadi

dan tempahan kuih hari raya.

b) Menyediakan perkhidmatan pesanan dan penghantaran produk

kepada pelanggan.

c) Menerima tempahan hamper dari syarikat dan individu.

d) Menerima tempahan dan pesanan daripada pejabat atau syarikat

untuk jenis produk pastri ringan (bagi jamuan mesyuarat, forum

kecil, perjumpaan minum petang dan sebagai).

Page 4: Strategi Pengurusan

2.0 ANALISIS FAKTOR LUARAN/DALAMAN

2.1Potensi Perniagaan

2.1.1 Berdasarkan kepada analisa serta kajian pasaran yang telah dibuat perniagaan

ini

mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang maju. Makanan barat

kini telah menjadi pilihan masyarakat Malaysia. Memandangkan kepada ekonomi

negara yang berkembang secara positif turut menyumbang kepada potensi

perkembangan permintaan makanan ini.Taraf hidup rakyat telah meningkat dan

golongan menengah dan atasan telah bertambah ini meningkatkan lagi kuasa

beli rakyat.

2.1.2 Kalau dilihat dari aspek itu perniagaan bakeri mempunyai potensi yang cukup

besar untuk berkembang disekitar 40% hingga 60% setahun. Oleh kerana

perniagaan ini masih berada ditahap awal perkembangannya, perniagaan ini

mempunyai potensi yang cukup besar dan luas untuk dikembangkan dimasa

hadapan.

2.1.3 Masyarakat tempatan biasanya menilai kemampuan dan perkhidmatan yang

diberikan seperti dari segi kemampuan, kecekapan, keenakan, kualiti, harga,

kebersihan, kelancaran bagi sesuatu majlis atau jamuan yang diadakan. Bagi

memenuhi permintaan keperluan masyarakat semasa, perniagaan ini akan cuba

memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan memberi

penekanan kepada ciri-ciri tersebut supaya pelanggan berpuas hati dan

seterusnya akan menjadi pelanggan tetap. Melalui usaha yang berterusan

perniagaan ini akan mendapat tempat di hati pelanggan kerana perkhidmatan

yang ditawarkan sentiasa dipastikan pada tahap yang tinggi.

2.1.4 Tambahan pula perniagaan ini dapat membekalkan produk yang berkualiti yang

akan menarik minat pelanggan untuk mengunjungi D’FAIRUZ Enterprise.

Walaupun akan ada persaingan tetapi kami yakin dengan produk yang ada akan

menjadi pilihan pelanggan kepada citarasa yang disediakan dan perniagaan ini

akan berkembang dengan pesat dan meluas dapat masa 3 tahun.

Page 5: Strategi Pengurusan

2.1.5 Lokasi perniagaan juga terletak di tengah-tengah kedudukan yang mana

dikelilingi oleh kawasan perumahan, kawasan sekolah, kawasan industri dan

bandar. Memandangkan ekonomi negara yang terus berkembang pesat turut

menyumbang kepada potensi perkembangan permintaan perkhidmatan

perniagaan ini.

3.0ANALISA SWOT

3.1 KEUNIKAN PRODUK / PERKHIDMATAN

3.1.1 Perkhidmatan

a) Menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan menangani segala

masaalah dan

rungutan pelanggan dengan baik.

b) Menerima kerja mengikut keupayaan dan kapasiti yang mampu

disiapkan sahaja

agar kualiti makanan dapat dikekalkan.

c) Kualiti makanan seperti rasa dan kesegeran sentiasa dijaga sepanjang

masa

mengikut yang ditetapkan.

d) Pengurus akan mempastikan makanan yang dibekukan mestilah

dalam

keadaan yang baik sepanjang masa.

e) Pengurus akan mempastikan pegawai penyelidikan akan membuat

kajian dan

pemerhatian terhadap makanan yang diproses dan yang telah

dibekukan

supaya berada dalam keadaan kualiti yang baik.

f) Mempastikan semua makanan yang disediakan adalah halal.

Page 6: Strategi Pengurusan

g) Setiap produk yang dikeluarkan untuk penghantaran mestilah

diletakkan logo

syarikat supaya dikenali pelaggan sebagai tanda perniagaan.

3.2 KELEBIHAN PERNIAGAAN

3.2.1Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada pelanggan

meliputi:

a) Penduduk-penduduk bermastautin di sekitar kawasan perumahan Garden

Avenue.

b) Kumpulan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi

c) Kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitarnya.

d)Kumpulan pelajar-pelajar daripada sekolah rendah dan sekolah menengah

di sekitarnya.

e) Pelanggan restoran.

f) Pelanggan stesen minyak.

g) Pengedar perseorangan.

Page 7: Strategi Pengurusan

h) Internet (Laman Web).