Stress 2

download Stress 2

of 10

description

stres

Transcript of Stress 2

PENGENALAN

Gangguan emosi adalah satu masalah yang sering berlaku kepada para murid disekolah. Masalah ini boleh menyebabkan prestasi murid terjejas dalam pembelajaran dan juga aktiviti kokurikulum. Gangguan emosi ditakrifkan sebagai satu situasi yang memperlihatkan satu atau lebih karakrestik oleh murid-murid.Kamus Dewan Bahasa dan Pustakatelah mentakrifkannya sebagai adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Selain itu, merupakan kelakuan mempamerkan ciri suka menyendiri daan memilih emosi yang tidak stabil.

1.1 PENGERTIANMenurutKamus Dewan dan Pustaka (2007),emosi juga bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya. Gangguan emosi berlaku disebabkan beberapa perkara iaitu :Sukar berhubung dengan orang lain.Mengalami emosi tertentu seperti depresi.Tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah dan penolakan.Memiliki dua atau lebih emosi misalnya antara marah dan takut. Gangguan emosi mempamerkan perasaan takut dan cemas (Achmanto Mendatu, 2007). Terdapat beberapa jenis perasaan takut yang dapat dijelmakan dalam bentuk kecemasan seperti takut kepada ketinggian (acrophobia), takut kepada tempat terbuka (agoraphia), takut kepada cahaya kilat (hydrophobia), takut makan (sitophobia), takut kepada orang asing (xenophobia), takut kepada kegelapan (nytophobia) dan takut kepada kotor (mysophobia) .Kebiasaannya orang yang fobia akan mengalami satu keadaan dimana dirinya akan berada di situasi yang menakutkan dan kemudian akan digambarkan dengaan kecemasan.

Murid yang mengalami gangguan emosi perlu dibantu

Guru bertanggungjawab membantu murid yang mengalami gangguan emosi. Murid-murid yang menghadapi masalah ini ada kalanya didapati mempunyai sifatkerap mengamuk, liar , tidak berinteraksi secara formal, menyendiri dan tidak mengikut tahap mereka.

JENIS-JENIS GANGGUAN EMOSI MURID

Hasil kajian mempamerkan bahawa emosi adalah salah satu tunjang yang penting dalam kehidupan setiap individu. Gangguan emosi boleh menyebabkan pelbagai perkara timbul dan memberikan kesan-kesan yang negatif khususnya kepada diri sendiri dan tidak mempunyai kekuatan atau semangat dala melakukan apa jua perkara. Seandainya situasi ini tidak dicegah ia akan menjadi serius dan boleh menimbulkan punca tekanan emosi murid.Gangguan emosi dapat dikategorikan dalam tiga jenis iaitu seperti berikut :1.Gangguan emosi ringan.2.Gangguan emosi sederhana.3.Gangguan emosi berat.

Gangguan ini berlaku sama ada secara ringan dimana gangguan tersebut boleh ditangani atau gangguan yang terlalu kuat misalnya, terlalu sedih sehingga mencederakan diri sendiri. Murid yang mengalami gangguan emosi mampu memberikan kesan negatif terutamanya kepada pencapaian akademiknya. Hal ini, ternyata turut menjejaskan hubungan murid dengan orang lain dan keupayaan belajar.

EMOSI RINGAN

EMOSI SEDARHANA

EMOSI BERAT

PUNCA GANGGUAN EMOSI MURID

MengikutTerri Manro (2004),banyak perkara yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Namun begitu, antara faktor-faktor yang ketara ialah masalah ketidakfungsian otak, pemakanan, dan masalah keluarga. Ini berlaku di persekitaran sekolah, peristiwa dan keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain. Selain itu, gangguan emosi juga berpunca daripada persekitaran sekolah tidak kondusif contohnya masalah kesesakan dalam kelas. Situasi ini mewujudkan murid cenderung melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling & Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr.Rusnani Abd Kadir kecenderungan murid ke arah perlakuan negatif berlaku kerana pengaruh unsur rangsangan di sekeliling mereka.

Ada menyatakan beberapa perkara orang mengalami gangguan emosi berpunca daripada :

I. Individu mengalami emosi seperti kekecawaan dan kemarahan yang terlalu kuat. II.Individu mengalami emosi terlalu lemah. Mereka tidak mampu menunjukkan rasa sayang dan kepercayaan dari rakan.

Tekanan emosi atau gangguan boleh dilahirkan melalui dua situasi iaitu positif dan negatif seterusnya inilah punca penyebab berlakunya tekanan emosi dikalangan murid :

a.Pengaruh rakan sebayab.Tindakan guruc.Persekitarand.Peristiwa dan keluargae.Sosialf.Keinginan melebihi kemampuang.Ibu bapah.Intrapersonal

3.1 Rakan Sebaya.

Rakan adalah insan yang paling rapat bagi seorang individu di sekolah mahupun di rumah. Rakan merupakan faktor yang sangat berpengaruh di dalam kehidupan seseorang contoh dari segi pergaulan, percakapan dan sikap. Bila bergaduh terasa dirinya sunyi kerana rakannya tidak mahu berkawan, bermain dan bersama dengannya. Seseorang yang mengalami masalah ini mudah murung dan sedih apabila dipulaukan.

RAKAN SEBAYA

3.2 Tindakan guru.Guru orang yang berpengaruh dalam perkembangan seorang kanak-kanak. Sikap seorang guru akan menyebabkan pelbagai bentuk dan perubahan emosi murid. Guru garang, tidak bersikap adil, tidak ambil berat akan menimbulkan murid yang bermasalah tingkah laku kerana murid lebih bebas untuk berkelakuan tidak sopan sama ada dengan rakan mahupun guru mereka sendiri.

SIKAP GURU HARUS ADIL DAN PENYAYANG

3.3 Persekitaran.Gangguan emosi dalam kalangan murid yang berpunca daripada persekitaran yang tidak kondusif contoh masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mendatangkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas. Ini boleh menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dalam pembelajaran yang diberikan.

KEADAAN KELAS MESTILAH KONDUSIF

3.4 Peristiwa dan keluarga.Keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai dan berpisah akan membawa punca gangguan emosi kanak-kanak dan penyesuaian yang tidak stabil. Pengaruh keluarga faktor utama penyebab punca keadaan tekanan emosi kanak-kanak atau murid.

FAKTOR KELUARGA KURANG MESRA

Sosial.Persekitaran sosial seperti pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan menyebabkan mereka mudah terjebak dalam gejala sosial. Mereka yang terlibat akan mengalami tekanan dan tiada harapan untuk belajar contohnya pelajar perempuan yang telah mengandung akan berasa tertekan kerana malu dan takut kepada masyarakat sekeliling.

PERGAULAN BEBAS

3.6 Keinginan melebihi kemampuan. Keinginan yang melebihi kemampuan akan juga punca tekanan emosi dalam kalangan murid. Setiap murid inginkan yang terlalu tinggi mereka juga tidak bijak menguruskan keperluan dengan betul. Ini menyebabkan berlakunya stress dan tekanan emosi.

TEKANAN HIDUP

Langkah setiap detik gangguan boleh menimbulkan pelbagai reaksi dan pada yang berpanjangan sehingga menganggu saat-saat penting dalam perkembangan kanak-kanak atau murid. Jika pembentukan sahsiah terganggu dari awal lagi, maka masalah mental dan sosial akan timbul dan khususnya saat melangkah ke alam dewasa. Pada dasarnya, situasi ini amat penting. Pakar Psikiatri Kanak-kanak perlu perhatian dan memastikan peranan orang lain atau ahli keluarga tidak boleh membantu pencegahan penderaan emosi atau melindungi kanak-kanak daripada peristiwa ynag traumatik. Tetapi boleh membantu secara pendidikan sekurangnya memberi perlindungan dan atasi penderaan emosi.

Pihak perundangan akan memainkan peranan utama dengan bijaksana dan berkesan dalam pengurusan kanak-kanak penderaan. Mengikut kajian kekerapan tekanan emosi ternyata kemerungan teruk dan sederhana adalah 2 hingga 4% manakala 10% kalangan remaja dan 15 hingga 20% orang dewasa. Disamping itu, pakar mendapati 10.5% daripada kalangan pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemerungan.Faktor ini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Ia harus diberi perhatian segera. Setiap perbezaan kanak-kanak mungkin akan mempamerkan emosi yang berbeza ketika mengalami tekanan walaupun begitu sebahagian kanak-kanak jarang menerima tekanan emosi malah sebaliknya memendam perasaan dan melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak. Berikut ciri-ciri yang didapati dikalangan murid di sekolah tentang tekanan emosi iaitu :

INDIVIDU GEMBIRA

DAPAT PERHATIAN GURU

BRAINSTORMING

BIMBINGAN KAUNSELING

HUKUMAN YANG ADIL

KESIMPULAN Tekanan merupakan fitrah dalam kehidupan manusia. Setiap individu berpotensi untuk menghadapi rintangan dan tekanan. Kebanyakan orang akan berasa tertekan pada masa tertentu. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada seseorang individu. Walaubagaimanapun, tekanan boleh diatasi menerusi pengurusan yang efektif bagi membentuk kekuatan diri dari segi mental, emosi, rohani fizikal, motivasi, nilai sahsiah dan semangat seseorang individu sebagaimana aliran yang dikehendaki oleh agama dan Negara. Oleh demikian, yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah menhadapi segala ujian.

Emosi ialah seperti stress dan kemerungan. Stress tidak boleh dibiarkan menguasai diri kita kerana implikasinya terlalu besar. Orang yang mengalami tekanan yang keterlaluan selalunya tidak dapat mengawal diri sendiri. Justeru, jika kita mengalami stress berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin. Begitu juga jika kita melihat rakan yang sedang dalam tekanan, carilah jalan untuk membantunya bagi mengatasi masalah tersebut. Cegah sebelum parah adalah jalan yang terbaik sebelum Nasi menjadi bubur.

Kemerungan pula adalah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga emas. Sikap kemurungan jelas mempamerkan sikap rasa kesedihan, kecewa, putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan yang bermakna dan gembira. Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong. Selain itu, terganggu emosi, individu juga terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya.

AKTIVITI RIADAH UNTUK MENENANGKAN EMOSI

UNTUK TATAPAN DAN PERKONGSIAN ILMU.