Struktur Jambatan Kedua Lebih Teguh Guna Teknologi Unik

5
struktur jambatan kedua lebih teguh guna teknologi unik Diterbitkan pada Sabtu, 24 November 2012 01:32 Hits: 593 Oleh NORMALA MD AMAN, Apabila menyebut perkataan ‘teguh’ semua orang akan menyangka ia sebagai pendirian yang kukuh, kuat, utuh dan padat. Namun, teguh di sini merujuk kepada Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dibina sejak empat tahun lalu. Jambatan tersebut bakal dibuka kepada orang ramai pada September 2013. Struktur jambatan sejauh 24 kilometer (km) itu lebih teguh kerana menggunakan teknologi unik, mampu menahan gegaran gempa menerusi produk Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB). Pengurus Bahagian Pembinaan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Zulkipli Nasri berkata produk HDRB telah melalui sistem pengasingan seismik yang berkesan dan ini membolehkannya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan apabila gempa bumi berlaku. Zulkipli berkata Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di United Kingdom iaitu sebuah makmal milik Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mereka bentuk produk HDRB tersebut. “Produk yang dihasilkan sepenuhnya di dalam negara ini adalah peralatan inovatif yang dipasang pada setiap dek jambatan bukan sahaja untuk melindungi struktur tetapi juga isi kandungan dalam struktur,” katanya. Beliau percaya teknologi yang unik ini akan digunapakai dalam pembinaan jambatan lain di dalam mahupun luar negara. Kos binaan RM4.5 bilion Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dalam pembinaan jambatan kedua adalah termasuk kos membina kawasan

description

j

Transcript of Struktur Jambatan Kedua Lebih Teguh Guna Teknologi Unik

struktur jambatan kedua lebih teguh guna teknologi unik Diterbitkan pada Sabtu, 24 November 2012 01:32 Hits: 593 Oleh NORMALA MD AMAN, Apabila menyebut perkataan teguh semua orang akan menyangka ia sebagai pendirian yang kukuh, kuat, utuh dan padat. Namun, teguh di sini merujuk kepada Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dibina sejak empat tahun lalu.Jambatan tersebut bakal dibuka kepada orang ramai pada September 2013. Struktur jambatan sejauh 24 kilometer (km) itu lebih teguh kerana menggunakan teknologi unik, mampu menahan gegaran gempa menerusi produk Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB).Pengurus Bahagian Pembinaan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Zulkipli Nasri berkata produk HDRB telah melalui sistem pengasingan seismik yang berkesan dan ini membolehkannya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan apabila gempa bumi berlaku.Zulkipli berkata Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di United Kingdom iaitu sebuah makmal milik Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mereka bentuk produk HDRB tersebut.Produk yang dihasilkan sepenuhnya di dalam negara ini adalah peralatan inovatif yang dipasang pada setiap dek jambatan bukan sahaja untuk melindungi struktur tetapi juga isi kandungan dalam struktur, katanya.Beliau percaya teknologi yang unik ini akan digunapakai dalam pembinaan jambatan lain di dalam mahupun luar negara.Kos binaan RM4.5 bilionPerdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dalam pembinaan jambatan kedua adalah termasuk kos membina kawasan penuangan oleh kontraktor yang terlibat iaitu CHEC Construction (M) Sdn Bhd dan UEM Builders Berhad.Najib berkata pembinaan jambatan kedua menawarkan tiga pakej dengan pakej satu bernilai RM2.2 bilion untuk kerja-kerja pembinaan tapak, struktur asas dan gerbang. Pakej dua pula melibatkan kontrak bernilai RM1.55 bilion untuk pembinaan struktur mega yang dijangka siap pada tahun hadapan, manakala pakej tiga menawarkan kontrak sebanyak RM750 juta.CHEC Construction (M) Sdn Bhd telah ditanggungjawabkan untuk melaksanakan pakej satu dan UEM Builders Berhad pula melaksanakan pakej dua.Kemudahan kawasan R&RPengurus Bahagian Pembinaan JKSB, Zulkipli Nasir berkata kawasan Rehat dan Rawat (R&R) akan mula dibina di kawasan Batu Kawan selepas jambatan kedua memulakan operasinya.Menurut beliau rancangan untuk membina kawasan R&R di atas jambatan terpaksa diketepikan kerana melibatkan kos yang tinggi selain tidak menepati ciri-ciri keselamatan pengguna.Kami menerima banyak bantahan terhadap cadangan untuk membina R&R di atas jambatan kerana boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas di samping menimbulkan isu keselamatan, katanya.Sebelum ini, JKSB merancang untuk membina kawasan R&R terapung pertama di Malaysia yang akan menjadi kebanggaan dan keunikan Jambatan Kedua Pulau Pinang di seantero dunia.Lubuk rezekiPembinaan jambatan kedua menjadi lubuk rezeki kepada 96 sub-kontraktor Bumiputera untuk meraih pendapatan demi kelangsungan hidup.Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, projek pembinaan adalah melibatkan 48 peratus sub-kontraktor Bumiputera daripada jumlah keseluruhan sub-kontraktor yang dilantik oleh kontraktor utama.Shaziman berkata enam orang daripada 96 sub-kontraktor mempunyai nilai kerja sebanyak RM1.5 juta kerana mempunyai kemahiran kelas F.Sub-kontraktor kelas F akan melakukan kerja-kerja memasang penghadang jalan, papan tanda arah dan landskap di peringkat akhir projek pembinaan nanti, katanya ketika menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) pada persidangan Dewan Rakyat, 24 Oktober tahun lalu.Kesesakan lalu lintas dikurangkanPenasihat Perhubungan Awam dan Komunikasi JKSB, Datuk Mohammad Salleh Rafie berkata jambatan kedua akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas sehingga 30 peratus apabila ia mula beroperasi.Menurut beliau jambatan Pulau Pinang yang menjadi laluan utama kira-kira 100,000 kenderaan dari kawasan pulau dan tanah besar pada setiap hari mengalami kesesakan teruk terutama pada waktu puncak.Jambatan kedua bukan sahaja membantu mengurangkan kesesakan, malah akan merapatkan kawasan pulau dan tanah besar serta mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat, katanya dalam seminar bersama Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang.Beliau berkata pembangunan akan berlaku terutama di kawasan Seberang Perai Selatan sekali gus merancakkan aktiviti perindustrian dengan adanya jambatan kedua tersebut.Kadar tol diseragamMenurut Perdana Menteri Malaysia, kadar tol jambatan kedua dan pertama akan diseragamkan apabila jambatan kedua beroperasi sepenuhnya pada 2013.Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong yang bertanya mengenai kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang di Dewan Rakyat pada 17 Jun 2010.Najib berkata disebabkan jumlah pelaburan adalah sebanyak RM4.5 bilion dan tempoh konsesi selama 45 tahun, tol akan tetap dikenakan di Jambatan Kedua Pulau Pinang selepas konsesi jambatan pertama tamat.Pembinaan sudah hampir 80 peratus siapBerdasarkan siaran akhbar yang dikeluarkan oleh JKSB pada 16 Jun tahun ini, penyambungan terakhir Rentang Navigasi Utama akan disiapkan pada penghujung April 2013 yang memberi tanda bahawa pembinaan struktur jambatan kedua telah siap.Reka bentuk plaza tol jambatan kedua menekankan 85 peratus Penarafan Platinum bagi Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang pertama di Pulau Pinang, manakala plaza tol (Projek Lebuhraya Utara Selatan) PLUS mendapat 80 peratus Penarafan Emas. Kedua-dua bangunan ini akan menerajui Bandar Eko Batu Kawan pada masa hadapan.JKSB menyasarkan jambatan kedua akan siap dibina lebih daripada 90 peratus pada hujung tahun ini dan Segmental Box Girder (SBG) akan siap dipasang dari Batu Maung dan Batu Kawan pada akhir Januari 2013.Jambatan kedua menawarkan pemanduan yang lebih baik apabila menyusuri jambatan marin sejauh 16.9km di atas permukaan air yang menghubungkan Batu Maung dan Batu Kawan serta Nibong Tebal.,Lawatan Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang Ke Tapak Projek Pembinaan Jambatan Kedua

Tanggal 10 Januari 2013 yang lalu telah berlangsung satu lawatan ke tapak projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Lawatan yang diketuai oleh Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang, Ir. Haji Ahmad Latif Bin Haji Abdul Hamid itu diiringi oleh Ketua-Ketua Bahagian dan Jurutera-Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang.Ketibaan rombongan lawatan ini disambut oleh pasukan projek Jambatan Kedua Sdn. Bhd (JKSB) selaku pihak yang bertanggungjawab ke atas pembinaan, pengurusan, operasi dan penyelenggaraan pembinaan jambatan ini. Lawatan yang berlangsung selama hampir empat jam itu dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan, keselamatan, kerja-kerja teknikal dan spesifikasi kemudian diteruskan dengan lawatan ke tapak pembinaan.Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri proses pemasangan cable-stayed bridge yang melibatkan main navigation span sepanjang 475 meter. Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang ini merupakan satu kejayaan khususnya dalam bidang kejuruteraan kerana asas cerucuk jenis bored piled sedalam 130 meter yang digunakan adalah antara yang paling dalam di dunia dan mempunyai keupayaan menampan kesan gempa bumi menerusi penggunaan teknologi unik dikenali sebagai galas getah redaman tinggi (HDRB) yang pertama digunakan dalam negara, sekali gus melindunginya daripada kerosakan. Projek yang menelan belanja sebanyak RM 4.5 billion ini dijangka siap pada November 2013