Sumber Air Alternatif - Isu Air Selangor 2012

2
Sumber Air Alternatif Saya mendengar bahawa kerajaan Selangor berhasrat menggunakan sumber air bawah tanah sebagai sumber air alternatif dan mendapat respons negatif daripada kerajaan pusat . Bagi saya sendiri, politik sendiri tidak boleh dijadikan asas kepada sesuatu tindakan, tetapi ada logiknya menggunakan sumber air alternatif dari air bawah tanah itu negatif. Saya teringat pada 1998 di mana Malaysia menghadapi kemarau yang teruk, di mana surau di tempat saya terpaksa menggunakan pam untuk menyedut air bawah tanah dan sehingga hari ini, saya dapat lihat lagi penggunaan air bawah tanah di daerah pendalaman Kemboja. Jadi, jika air bawah tanah boleh diaplikasikan sebagai satu alternatif maka kenapa pula cadangan ini pula ditolak. Melalui hujah yang diberikan kerajaan pusat, sumber air tanah adalah mahal dan mungkin tercemar dengan heavy metal memandangkan kawasan cadangan sumber air tanah itu adalah dari tanah lombong. Di sini ada logiknya, di mana untuk mengekstrak air bawah tanah memerlukan penggerudian dan teknologi untuk membersihkan kotoran. Kerajaan pusat menambah lagi bahawa Malaysia tidak bersedia lagi untuk menggunakan sumber air alternatif ini kerana kekurangan teknologi. Bagi saya, itu pendapat yang kuat kerana walaupun air bawah tanah mengandungi pelbagai mineral yang baik tetapi tanah juga merupakan rumah kepada mikroorganisma sama ada baik atau yang boleh membawa penyakit (ini juga adalah sebab kajian saya untuk menggunakan tanah sebagai ubat ditolak pada tahun 2005). Namun begitu, Prof Madya Dr Shaharin Ibrahim, pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (UPM), mengatakan sebaliknya di mana beliau berpendapat bahawa air bawah tanah adalah sukar untuk tercemar berbanding air di atas daratan seperti tasik dan sungai tetapi tidak menolak pencemaran masih boleh terjadi kepada air bawah tanah ini. Untuk mencari sumber air bawah tanah, konsep pengimejan satelit digunakan untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai. Ketua pengurusan Sime Darby, Dr. Azuhan Mohamed menyebut bahawa Korea Selatan telah menggunakan teknologi air bawah tanah sejak 1981 dan kualitinya lebih bersih kerasa air bawah tanah telah melalui proses pernapisan semulajadi melalui aquifier dan menambah ianya lebih menjimatkan daripada menapis air di permukaan. Untuk menghapuskan bau dan mengurangkan kandungan heavy metal, Pengarah Jabatan UMP bagi Kajian dan Pengurusan Sumber Bumi , Dr Wan Mohd Faizal Wan Ishak telah menghasilkan satu sistem pernapisan air bawah tanah yang cost-effective dalam isipadu yang besar. Air ini juga telah digunakan untuk mengairi tanaman Golden Watermelon atau Tembikai Emas di Langkawi.

description

Mengetahui potensi dan risiko sumber air bawah tanah

Transcript of Sumber Air Alternatif - Isu Air Selangor 2012

Page 1: Sumber Air Alternatif - Isu Air Selangor 2012

Sumber Air Alternatif

Saya mendengar bahawa kerajaan Selangor berhasrat menggunakan sumber air bawah tanah sebagaisumber air alternatif dan mendapat respons negatif daripada kerajaan pusat . Bagi saya sendiri, politiksendiri tidak boleh dijadikan asas kepada sesuatu tindakan, tetapi ada logiknya menggunakan sumber airalternatif dari air bawah tanah itu negatif.

Saya teringat pada 1998 di mana Malaysia menghadapi kemarau yang teruk, di mana surau di tempatsaya terpaksa menggunakan pam untuk menyedut air bawah tanah dan sehingga hari ini, saya dapatlihat lagi penggunaan air bawah tanah di daerah pendalaman Kemboja. Jadi, jika air bawah tanah bolehdiaplikasikan sebagai satu alternatif maka kenapa pula cadangan ini pula ditolak.

Melalui hujah yang diberikan kerajaan pusat, sumber air tanah adalah mahal dan mungkin tercemardengan heavy metal memandangkan kawasan cadangan sumber air tanah itu adalah dari tanahlombong. Di sini ada logiknya, di mana untuk mengekstrak air bawah tanah memerlukan penggerudiandan teknologi untuk membersihkan kotoran. Kerajaan pusat menambah lagi bahawa Malaysia tidakbersedia lagi untuk menggunakan sumber air alternatif ini kerana kekurangan teknologi.

Bagi saya, itu pendapat yang kuat kerana walaupun air bawah tanah mengandungi pelbagai mineralyang baik tetapi tanah juga merupakan rumah kepada mikroorganisma sama ada baik atau yang bolehmembawa penyakit (ini juga adalah sebab kajian saya untuk menggunakan tanah sebagai ubat ditolakpada tahun 2005).

Namun begitu, Prof Madya Dr Shaharin Ibrahim, pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (UPM),mengatakan sebaliknya di mana beliau berpendapat bahawa air bawah tanah adalah sukar untuktercemar berbanding air di atas daratan seperti tasik dan sungai tetapi tidak menolak pencemaran masihboleh terjadi kepada air bawah tanah ini. Untuk mencari sumber air bawah tanah, konsep pengimejansatelit digunakan untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai.

Ketua pengurusan Sime Darby, Dr. Azuhan Mohamed menyebut bahawa Korea Selatan telahmenggunakan teknologi air bawah tanah sejak 1981 dan kualitinya lebih bersih kerasa air bawah tanahtelah melalui proses pernapisan semulajadi melalui aquifier dan menambah ianya lebih menjimatkandaripada menapis air di permukaan.

Untuk menghapuskan bau dan mengurangkan kandungan heavy metal, Pengarah Jabatan UMP bagiKajian dan Pengurusan Sumber Bumi , Dr Wan Mohd Faizal Wan Ishak telah menghasilkan satu sistempernapisan air bawah tanah yang cost-effective dalam isipadu yang besar. Air ini juga telah digunakanuntuk mengairi tanaman Golden Watermelon atau Tembikai Emas di Langkawi.

Page 2: Sumber Air Alternatif - Isu Air Selangor 2012

Akhir sekali, bagi saya, sumber air bawah tanah masih boleh digunakan sebagai sumber air alternatiftetapi beberapa faktor seperti lokasi, tahap pencemaran dan kekerapan pemeriksaan terhadap airbawah tanah harus diambil kira untuk menjadikannya selamat diminum.

KESIMPULAN

Punca kekurangan air, sebenarnya daripada penggunaan berlebihan oleh kita sendiri

Daripada mencari sumber alternatif, lebih baik jimatkan penggunaan air, seterusnya menjimatkan lagiwang

Bukan semua sumber air tanah boleh dijadikan sumber air alternatif

Abu Ali merupakan seorang penulis bebas yang mempunyai pengalaman dalam alam sekitar. Kunjungialamsekitar.my di http://alamsekitar.my untuk lebih tips dan informasi mengenai alam sekitar.