Sumber Dan Prinsip Akhlak Islam

3
PY 1192 AKHLAK & TASAWUF SUMBER & PRINSIP-PRINSIP AKHLAK ISLAM 1. Sumber Akhlak Islam Al-Quran Al-Quran bukan sahaja satu kitab yang membicarakan masalah-masalah hukum Allah, politik, pendidikan bahkan ia juga menyingkap bidang-bidang sosiologi khasnya pembentukan sahsiah seseorang insan dan sesebuah masyarakat. Maka, sumber utama rujukan ilmu akhlak ialah Kitabullah yang menghuraikannya secara terperinci dan jitu. Perkataan al-akhlak menurut istilah al-lughah ialah kata jamak daripada mufradnya al-khuluq. Dalam al-Quran terdapat dua ayat yang membawa lafaz khuluqun yang menepati istilah akhlak, iaitu dalam surah 68:4 Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung dan surah 26:137 Sesungguhnya ini (agama) tidak lain hanyalah kelakuan orang dahulu . Berdasarkan ayat pertama, akhlak membawa maksud keperibadian, sahsiah dan sifat-sifat yang merujuk kepada perbuatan mulia. Manakala ayat kedua pula, perkataan khuluq itu merujuk kepada kebiasaan dan tabiat manusia yang sememangnya dijadikan oleh Allah dengan memiliki tabiat-tabiat tertentu yang menjadi kelaziman. Akhlak yang disebut di dalam al-Quran merupakan ajaran-ajaran dan tingkah laku yang baik, lebih tinggi kedudukannya daripada moral. Dua ayat di atas adalah sebahagian kecil yang membincangkan tentang akhlak. Al-Quran adalah sumber utama penggalian ilmu akhlak untuk memahami akhlak manusia. Hadis Akhlak yang dihuraikan oleh al-Quran dijelaskan lagi menerusi hadis Rasulullah s.a.w. Anas r.a meriwayatkan sebuah hadis yang diambil daripada Rasulullah s.a.w, kata Anas dalam memetik kata-kata Sayaditina Aisyah r.a.: Nabi Muhammad itu semulia-mulia manusia daripada sudut akhlaknya . Abu Hurairah, seorang lagi tokoh hadis antara lain menyifatkan hadis-hadis yang diriwayatkannya membawa akhlak sebagai rasa keimanan dan kemuncak keimanan sebenar . Manakala daripada sudut hadis pula, akhlak membawa maksud satu perbuatan atau sifat yang mulia, akhlak ada yang mahmudah dan ada yang mazmumah, segala perbuatan zahir yang berkaitan dengan hati dan akhlak ialah gambaran keimanan seseorang. Hadis ialah sumber kedua akhlak Islam, di sinilah ajaran-ajaran akhlak Islam terserlah dengan jelasnya melalui amalan. Hadis menjelaskan bahawa orang yang berakhlak ialah golongan yang beriman dan sifat-sifat dalam akhlak seperti malu, sabar, pembersih dan sebagainya ialah sebahagian daripada iman. Akhlak yang mulia adalah merupakan tanda dan hasil daripada iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak. Rasul bersabda: Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang baik. Sabda Rasulullah s.a.w yang lain

description

akhlak

Transcript of Sumber Dan Prinsip Akhlak Islam

Page 1: Sumber Dan Prinsip Akhlak Islam

PY 1192AKHLAK & TASAWUF

SUMBER & PRINSIP-PRINSIP AKHLAK ISLAM

1. Sumber Akhlak Islam

Al-Quran Al-Quran bukan sahaja satu kitab yang membicarakan masalah-masalah hukum Allah, politik,

pendidikan bahkan ia juga menyingkap bidang-bidang sosiologi khasnya pembentukan sahsiah seseorang insan dan sesebuah masyarakat. Maka, sumber utama rujukan ilmu akhlak ialah Kitabullah yang menghuraikannya secara terperinci dan jitu.

Perkataan al-akhlak menurut istilah al-lughah ialah kata jamak daripada mufradnya al-khuluq. Dalam al-Quran terdapat dua ayat yang membawa lafaz khuluqun yang menepati istilah akhlak, iaitu dalam surah 68:4 “ Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung” dan surah 26:137 “ Sesungguhnya ini (agama) tidak lain hanyalah kelakuan orang dahulu”. Berdasarkan ayat pertama, akhlak membawa maksud keperibadian, sahsiah dan sifat-sifat yang merujuk kepada perbuatan mulia. Manakala ayat kedua pula, perkataan khuluq itu merujuk kepada kebiasaan dan tabiat manusia yang sememangnya dijadikan oleh Allah dengan memiliki tabiat-tabiat tertentu yang menjadi kelaziman.

Akhlak yang disebut di dalam al-Quran merupakan ajaran-ajaran dan tingkah laku yang baik, lebih tinggi kedudukannya daripada moral. Dua ayat di atas adalah sebahagian kecil yang membincangkan tentang akhlak. Al-Quran adalah sumber utama penggalian ilmu akhlak untuk memahami akhlak manusia.

Hadis Akhlak yang dihuraikan oleh al-Quran dijelaskan lagi menerusi hadis Rasulullah s.a.w. Anas r.a

meriwayatkan sebuah hadis yang diambil daripada Rasulullah s.a.w, kata Anas dalam memetik kata-kata Sayaditina Aisyah r.a.: “ Nabi Muhammad itu semulia-mulia manusia daripada sudut akhlaknya”.

Abu Hurairah, seorang lagi tokoh hadis antara lain menyifatkan hadis-hadis yang diriwayatkannya membawa akhlak sebagai ‘rasa keimanan dan kemuncak keimanan sebenar’. Manakala daripada sudut hadis pula, akhlak membawa maksud satu perbuatan atau sifat yang mulia, akhlak ada yang mahmudah dan ada yang mazmumah, segala perbuatan zahir yang berkaitan dengan hati dan akhlak ialah gambaran keimanan seseorang.

Hadis ialah sumber kedua akhlak Islam, di sinilah ajaran-ajaran akhlak Islam terserlah dengan jelasnya melalui amalan. Hadis menjelaskan bahawa orang yang berakhlak ialah golongan yang beriman dan sifat-sifat dalam akhlak seperti malu, sabar, pembersih dan sebagainya ialah sebahagian daripada iman. Akhlak yang mulia adalah merupakan tanda dan hasil daripada iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak.

Rasul bersabda: “ Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang baik.” Sabda Rasulullah s.a.w yang lain bermaksud: “ Yang paling kucintai di antara kamu ialah

Page 2: Sumber Dan Prinsip Akhlak Islam

yang paling baik akhlaknya, yang mendapat pelindung adalah menyayangi dan disayangi.” Dua hadis tersebut menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w ialah sumber rujukan akhlak di mana segala perkataan dan perbuatan termasuklah diamnya baginda menggambarkan akhlaknya.

2. Prinsip-prinsip Akhlak Islam

Dalam ilmu akhlak Islam terdapat beberapa prinsip (al-mabadi) akhlak iaitu:

Persamaan taraf

Sesetengah masyarakat atau kumpulan manusia dijadikan oleh Tuhan dengan pelbagai taraf. Orang Israel menganggap masyarakat Yahudi ialah kumpulan manusia yang paling baik bagi pilihan Tuhan. Orang India berpendapat taraf masyarakat Brahman adalah yang paling baik. Dalam Islam, soal perbezaan begini tidak berlaku kerana Islam menganggap semua manusia adalah sama, tidak ada sesuatu golongan yang lebih mulia daripada golongan lain. Semua manusia adalah hamba Allah. Setiap orang Islam yang telah mengerjakan kebajikan berhak diberi pahala dan ganjaran, sesiapa yang melakukan kesalahan dialah yang menanggung dosa dan hukum. Selain daripada itu, Allah telah menyamatarafkan kedudukan manusia baik lelaki atau perempuan dari segi hukum wajib, haram, makruh, mubah, dosa dan pahala termasuklah dari segi ganjaran yang diterima tidak lebih antara lelaki dan perempuan semuanya mengikut kemampuan masing-masing. Asalkan sesuatu ibadah itu ditunaikan maka balasannya tetap sama.

Kebebasan memilih

Kebebasan manusia dalam memilih sesuatu tidak terlepas daripada syariat Allah. Allah memberi anggota manusia yang lengkap sebagai alat untuk memperoleh kebebasan. Allah juga menganugerahkan iradat, kudrat, ikhtiarnya dan daya usaha manusia untuk membuat pilihan menurut kehendaknya, tetapi manusia harus sedar bahawa itu semua datangnya daripada Allah s.w.t. Allah hanya memberi alat kebebasan tetapi manusia yang bebas memilih jalannya sendiri sama ada untuk mengikut syariat Allah atau mahu menyeleweng daripadanya. Dan di sana, manusia harus ingat bahawa Allah telah menyediakan syurga dan neraka sebagai balasan akibat pemilihan kehidupan manusia sendiri.

Konsep kebebasan juga memberikan skop yang sangat luas dan komprehensif. Umpamanya, manusia bebas untuk menentukan corak hidup, bebas untuk berfikir, bersuara dan bertindak, bebas untuk mempertahankan diri, harta, maruah, bebas untuk mencari dan memiliki harta sebanyak yang terdaya secara halal dan sebagainya.

Bertanggungjawab

Setelah seseorang diberi kebebasan untuk memilih antara dua alternatif, antara kebaikan dan keburukan, kebenaran dan kebatilan, dan kemudian dijelaskan pula jalan-jalan yang benar dan tidak benar untuk dibuat pilihan, maka, amatlah wajar seseorang dipertanggungjawabkan atas tingkah laku atau pilihan yang telah dipilih itu.

Page 3: Sumber Dan Prinsip Akhlak Islam

Semua orang mempunyai tanggungjawab masing-masing. Sehubungan dengan itu, Rasulullah s.a.w bersabda; “Sesungguhnya bagi Tuhanmu ke atas diri kamu ada hak dan bagi dirimu ketas kamu ada hak dan bagi ahli keluarga kamu ke atas diri kamu ada hak maka tunaikanlah setiap yang mempunyai hak tersebut akan haknya masing-masing.”Mafhum daripada hadis dia tersebut menerangkan tiga peringkat hak (tanggungjawab) yang wajib dilaksanakan mengikut prioritinya. Pertama hak kepada Allah. Inilah yang paling diutamakan atau ditunaikan. Kedua hak kepada diri sendiri dan ketiga ialah hak ke atas keluarga. Dengan itu, semua manusia hendaklah menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memenuhi tuntutan Allah terhadap manusia yang telah diberi amanah untuk mengendalikan bumi dan segala isi kandungannya.

Universal dan syumul

Konsep kesejagatan agama Islam secara automatik membentuk prinsip universalisme akhlak Islam. Universalisme bermakna bahawa prinsip-prinsip akhlak Islam bersifat universal, sejagat dan sesuai untuk semua manusia, semua peringkat masa dan semua lokasi dan kondisi manusia.

Kesyumulan akhlak Islam bersifat sejagat, mencakupi semua perkara dasar dan boleh diterima oleh semua akal yang rasional. Jadi, ruang lingkup etika dalam Islam adalah seluas kehidupan manusia itu sendiri. Meliputi segenap aspek hubungan manusia dengan Allah, sesama manusia, dengan diri mereka sendiri dan dengan alam semesta. Sebab itulah, orang yang terbaik dikalangan manusia iaitu orang bertakwa, dicirikan oleh al-Quran sebagai orang sebagai orang yang memiliki akhlak yang syumul, memenuhi semua dimensi perhubungan tadi.

KESYUMULAN AKHLAK ISLAM