Summary Post Impres

8
PENGENALAN 1885-1905 Post impressionism bergerak dari Perancis. Post- Impresionisme bukanlah sebuah kumpulan seni lukis yang terancang, tetapi merupakan satu istilah yang digunakan untuk menamakan sekumpulan pelukis yang aktif berkarya pada abad ke-19 di Paris. Pada dasarnya, mereka itu merupakan pelukis-pelukis impresionis, tetapi kemudiannya merasakan prinsip- prinsip Impresionisme terlalu sempit dan terhad. Istilah Post-Impresionisme telah diberikan oleh pelukis dan pengkritik seni Inggeris Roger Fry pada 1910. Paul Cezanne, Georges seurat, Paul Gauguin adalah antara pelukis yang berasal dari Perancis kecuali Van Gogh dan kebanyakan mereka adalah bermula sebagai impressionist. Mmenegaskan kesan figutif warna dan cahaya. Fry telah ke Perancis mengumpulkan karya-karya Cezanne, Gaugin, Van Gogh, Seurat dan Matisse untuk dipamerkan di galeri seni di London. Beliau menamakan pameran tersebut Post- Impresionisme. Selain bermaksud pelukis-pelukis yang datang selepas Impresionisme, Fry dalam catalog pameran menjelaskan yang Post-Impresionis adalah pelukis yang tidak meniru bentuk; tidak meniru sesuatu yang hidup , tetapi mencari persamaan (seni) kepada yang hidup. Mereka membuat imej secara logic dan bernas, berupaya menarik daya imaginasi dan pengamatan kita, seperti juga benda-benda

description

posimpres

Transcript of Summary Post Impres

Page 1: Summary Post Impres

PENGENALAN

1885-1905 Post impressionism bergerak dari Perancis.

Post- Impresionisme bukanlah sebuah kumpulan seni lukis yang

terancang, tetapi merupakan satu istilah yang digunakan untuk

menamakan sekumpulan pelukis yang aktif berkarya pada abad

ke-19 di Paris.

Pada dasarnya, mereka itu merupakan pelukis-pelukis

impresionis, tetapi kemudiannya merasakan prinsip-prinsip

Impresionisme terlalu sempit dan terhad.

Istilah Post-Impresionisme telah diberikan oleh pelukis dan

pengkritik seni Inggeris Roger Fry pada 1910.

Paul Cezanne, Georges seurat, Paul Gauguin adalah antara

pelukis yang berasal dari Perancis kecuali Van Gogh dan

kebanyakan mereka adalah bermula sebagai impressionist.

Mmenegaskan kesan figutif warna dan cahaya.

Fry telah ke Perancis mengumpulkan karya-karya Cezanne,

Gaugin, Van Gogh, Seurat dan Matisse untuk dipamerkan di

galeri seni di London.

Beliau menamakan pameran tersebut Post-Impresionisme. Selain

bermaksud pelukis-pelukis yang datang selepas Impresionisme,

Fry dalam catalog pameran menjelaskan yang Post-Impresionis

adalah “pelukis yang tidak meniru bentuk; tidak meniru sesuatu

yang hidup , tetapi mencari persamaan (seni) kepada yang hidup.

Mereka membuat imej secara logic dan bernas, berupaya menarik

daya imaginasi dan pengamatan kita, seperti juga benda-benda

dari kehidupan yang sebenar mempengaruhi aktiviti kita”.

Page 2: Summary Post Impres

2 PRINSIP POST-IMPRESIONISME

1. Minat terhadap kekukuhan bentuk, sebagaimana yang terdapat

dalam karya-karya Cezanne dan Seurat. Ini mempengaruhi banyak

aliran dan gaya seni pada abad ke-20 seperti kubisme, De Stijl dan

Seni Abstrak.

2. Minat untuk menggunakan warna, garisan dan corak secara

ekspresif dan simbolik seperti dalam karya-karya Van Gogh dan

Gaugin. Ini melahirkan Ekspresionisme dan Surealisme.

TEKNIK

Aliran ini adalah lanjutan daripada aliran impressionisme yang

memilih perkara di persekitaran mereka sebagai hal benda.

Bagaimanapun, ia mengadunkan eleman saintifik dan kajian

analitikal terhadap warna dan cahaya.

Ia lebih kepada warna-warna simbolik, terang dan tidak begitu

neutral.

warna diaplikasikan secara pertindihan, kombinasi beberapa

warna.

Teknik ini digunakan untuk menghasilkan warna ilusi kepada

audian yg lihat.

Sebagai contoh: Teknik yang digunakan oleh Georges Seurat

dalam “A Sunday Afternoon On The Island Of A La Grande Jatte”.

Kalau Impressionisme pelukisnya menggunakan teknik yang

serupa kapada tema ringan serta komited dengan tema sosial. Hal

ini telah mempengaruhi aliran Kubisme dan Ekspresionisme. Ia

juga dibawa dari Perancis pada tahun 1884. Pelukis menggunakan

semua warna termasuk warna hitam. Hal benda yang telah diubah

akan diabadikan.

GAYA SENI

Tempoh post impressionism di cipta oleh pengkritik seni inggeris

Page 3: Summary Post Impres

iaitu Roger Fry.

Paul cezanne, georges seurat, paul gauguin adalah orang

perancis kecuali Van Gogh. Antara pelukis lain ialah Henry de

toulouse-lautrec, camille pissarro, Henry rousseau.

Kebanyakan daripada mereka bermula sebagai impressionists.

Dimana segala hasil karya telah menerima kritikan yang hebat

kerana menggunakan teknik dimana mereka merakamkan imej

dengan mementingkan rakaman cahaya dan campuran warna

yang menggambarkan kesan cahaya yang jatuh pada sesuatu

imej yang dilukis..

Kemudian semasa aliran post impressionism, Gauguin bersama

pelukis muda yang bernama Emile Bernard telah bersama-sama

mencari kebenaran yang lebih mudah dan keindahan yang lebih

tulen dalam seni.

Dia bersama Emile mengkaji warna buram, garis berat dan kualiti

berhias kaca berwarna dan manuskrip kuno pencahayaan. Mereka

menjelajah dan mengkaji dengan bersungguh-sungguh dengan

penuh perasaan tentang warna tulen dan garis. Gauguin

menggunakan warna eksotik dan rasa keharmonian untuk

mencipta puitis tahitians. Dari brushstrokes dia telah

menggunakan baris-baris yang berlengkok2 serta warna yang

bertenaga ke dalam catannya (berbanding pada masa

impressionisme).

Gauguin mewarna dengan penuh perasaan dan menggunakan

warna yang bertenaga dan banyak menghasilkan catannya dalam

bentuk lanskap semula jadi.

PELUKIS-PELUKIS POST-IMPRESIONISME

Paul Cezanne

Cezanne menegaskan bahawa kesemua bentuk terbahagi kepada

Page 4: Summary Post Impres

tiga kategori asas iaitu kun, silinder dan sfera. Dalam karya-

karyanya, tidak kira landskap, figura mahupun alam benda,

Cezanne memberi tumpuan kepada persoalan bentuk. Justeru itu,

imej-imej figuranya kelihatan padu dan berstruktur bagaikan arca.

Kesan ini dicapai menerusi sapuan-sapuan warnanya yang tebal

menerusi teknik Impasto.

Pegangan Cezanne terhadap persoalan bentuk lebih ketara dalam

catan-catan alam bendanya. Di samping itu, dalam lanskap seperti

siri ‘Mt. St. Victoire’, para penghayat dapat mengesan perubahan

stail yang agak naturalistic kepada yang bersifat semi-mujarad.

Bentuk-bentuk bersegi-segi (geometrik) terjelma dan ini telah

memberi ilham kepada tercetusnya aliran Kubisme yang

dipelopori Picasso dan Braque pada awal abad ke-20.

Contoh-contoh karya

1. ‘Self- Portrait’ (1879)

2. ‘Mont St. Victoire’ (1886-88)

3. ‘Still Life With Apples And Oranges’ (1895-1900)

4. ‘The Bathers’ (1898-1905)

Georges Seurat

Seurat menghasilkan karyanya dengan mengkaji teori-teori warna

secara saintifik. Beliau menggunakan sapuan-sapuan berus yang halus

seperti titik warna yang ditindan-tindan dan diatur sebelah menyebelah.

Gaya ini dikenali juga sebagai Neo-Impresionisme, Divisionisme atau

Pointilisme. Seperti para impresionis yang menggambarkan landskap

seperti serta panorama kehidupan kota, Seurat juga banyak

merakamkan suasana sedemikian, seperti gaya hidup golongan

pertengahan di Paris yang bersiar-siar di pantai pada hujung minggu. Ini

secara tidak langsung menggambarkan subjek-subjek baru serta

kecenderungan terhadap kemodenan menjelang abad baru.

Contoh-contoh karya

1. ‘Bathers’ (1884-85)

2. ‘Sunday Afternoon On The Island Of La Grande Jatte’ (1884-1886)

3. ‘The Eiffel Tower’ (1889)

Page 5: Summary Post Impres

Paul Gauguin

Gauguin banyak menimba aspirasi daripada kesenian oriental dan seni

masyarakat peribumi. Bentuk-bentuk dalam karyanya bersifat papar

dengan penggunaan warna yang dekoratif sebagai suatu kaedah

meluahkan emosi.

Contoh-contoh karya

1. ‘Vision After The Sermon’ (1888)

2. ‘The Spirit Of The Dead Watching’ (1892)

Van Gogh

Seperti Gauguin, beliau ingin meluahkan emosi menerusi seni lukis. Ini

dihasilkan menerusi warna yang simbolik dan sapuan berus yang

tertentu. Karya-karya Van Gogh, terutamanya potret diri seakan-akan

menjelmakan nilai-nilai psikologi yang kuat. Unsur-unsur kecemasan

malah kesunyian terjelma menerusi ekspresi wajah serta sapuan-sapuan

berus yang berlingkaran dan berpusaran. Gauguin dan Van Gogh

banyak memberi inspirasi hingga tercetusnya Ekpresionisme.

Contoh-contoh karya

1. ‘Sunflowers’ (1886)

2. ‘Self-Portrait’ (1889)

3. ‘Starry Night’ (1889)

4. ‘Corn Field And Cypress Trees’ (1889)

Henri De Toulousse-Lautrec

Lautrec banyak menggambarkan suasana kelab malam, teater, café,

restoran, dan rumah pelacuran dalam karya-karyanya. Di antara cirri-ciri

utama dalam karya-karya beliau itu ialah penggunaan garis luaran yang

kuat serta warna papar dalam pembentukan imej serta figuradan

suasana persekitaran. Karya-karya Lautrec mengingatkan penghayat

kepada seni grafik khususnya seni poster, serta menjelmakan pengaruh

seni cetakan kayu Jepun (Ukiyo-e) yang kuat. Dalam kesenian Jepun itu,

garis luaran memberi kekukuhan pada imej yang lazimnya melukiskan

gambaran kehidupan kota masyarakat Jepun, seperti para geisha,

pelakon teater dan drama.

Page 6: Summary Post Impres

Contoh-contoh karya

1. ‘At The Moulin Rouge’(1892)

2. ‘Yvette Guilbert Taking A Curtain Call’ (1894)

Edvard Munch

Seorang pelukis berbangsa Norway, ciri-ciri ketegangan, ketakutan dan

hysteria diadunnya dalam karya-karya yang berkaitan dengan

persoalan-persoalan seks, kematian dan kesunyian. Munch terpengaruh

dengan karya-karya Van Gogh, Gauguin dan Lautrec. Warna

digunakannya untuk meluahkan perasaan dan gayanya itu kemudiannya

mempengaruhi pelukis-pelukis ekspresionis Jerman pada abad ke-20.

Contoh-contoh karya

1. ‘the scream’ (1893)

2. ‘the dance of life’ (1899)