sup ayam

5
bahan-bahannya ialah : Ayam yang diracik kecil, kentang, daun sup & bawang, bawang goreng, rempah tumis sedikit, rempah sup bunjut 1, garam, serbuk perasa, minyak untuk menumis & bahan kisar ---> bawang besar @ merah, bawang putih & halia. Ayam perlu dibersihkan dahulu. Kentang hendaklah dikupas dan dipotong kecil. Bahan kisar perlu dikisar & daun sup juga daun bawang hendaklah dihiris halus. Sila rujuk gambar di atas ini untuk info seterusnya ya. First of all tenggekkan periuk. Masukkan sedikit minyak. Apabila minyak sudah panas, sila tumiskan rempah tumis seperti kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan sup bunjut. Kacau.

description

dfsa

Transcript of sup ayam

bahan-bahannya ialah : Ayam yang diracik kecil, kentang, daun sup & bawang, bawang goreng, rempah tumis sedikit, rempah sup bunjut 1, garam, serbuk perasa, minyak untuk menumis & bahan kisar ---> bawang besar @ merah, bawang putih & halia.

Ayam perlu dibersihkan dahulu. Kentang hendaklah dikupas dan dipotong kecil. Bahan kisar perlu dikisar & daun sup juga daun bawang hendaklah dihiris halus. Sila rujuk gambar di atas ini untuk info seterusnya ya.

First of all tenggekkan periuk. Masukkan sedikit minyak. Apabila minyak sudah panas, sila tumiskan rempah tumis seperti kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan sup bunjut. Kacau.

Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga sedikit garing.

Masukkan sedikit air.

Masukkan ayam yang telah diracik kecil dan telah dibersihkan tadi.

Tambahkan air lagi hingga melepasi paras kuantiti ayam. Renehkan ayam ini hingga empuk ya. Pada permulaan masak dengan menggunakan api yan besar tetapi apabila kuah sup sudah mendidih, sila kecilkan sedikit api dan tunggu sehingga daging ayam itu empuk.

Setelah ayam empuk, sila masukkan kentang pula ya.

Masukkan garam dan jika suka masukkan sekali serbuk perasa. Tunggu hingga kentang empuk dan kemudian sila rasa tahap kemasinan dan keenakan yang anda mahukan.

Selepas semuanya 'well done' bolehlah dipadamkan api dapur.

Jika rajin, anda boleh rebuskan sedikit makaroni dan makan bersama Sup Ayam ini ya. Jika yang citarasanya berjiwa Melayu pula, bolehlah makanSup Ayam Campur Kentangini bersama nasi dan rajin-rajinkan diri untuk menumbuk Sambal Belacan dan jangan lupa perahkan sedikit air asam limau kasturi di dalamnya. Tambahan lagi ada Telur Dadar, masyaAllah memang sedap sangat, Wallah Mina suka yang teramat.Sup Ayam Campur Kentangini juga sedap jika dimakan bersama Sambal Kicap. Mina pernah mengeluarkan entri resipi Sambal Kicap ini tidak lama dahulu ya. Sila semak resipi-resipi yang lepas.

Oh ya, jangan lupa untuk menaburkan hirisan daun sup & daun bawang dan juga bawang goreng. Sudah tentu bau wangiSup Ayam Campur Kentangini bertambah berganda-ganda harumnya. Untuk mengecurkan anda lagi, Mina sediakan gambar 'close up'Sup Ayam Campur Kentangini. Jika dah terliur tu, rajin-rajinkan diri untuk ke dapur dan meniru resipi ini. Semoga berhasil.

P/S: Jangan lupa klik iklan kat atas dan tepi tu tau. TQ