Surat Konvo Ibubapa

4
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KOTA PUTERI Jalan Bayan Utama, Bandar Baru Kota Puteri, 81700 Masai, Johor Darul Ta’zim. No. Telefon: 07-3889164 No. Fax : 07-3881720 Email: skskp_jba1085 @yahoo.com Ruj Kami : JBA 1085.700-6/4/(1) Tarikh : 23 Oktober 2013 Kepada Ibu bapa/Penjaga Murid Prasekolah, SK Seri Kota Puteri. Tuan / Puan, MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH ZON RINTING 2013. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk. 2. Sukacita dimaklumkan, Majlis Konvokesyen Prasekolah Zon Rinting 2013 akan diadakan seperti ketetapan berikut: 2.1 Tarikh : 29 Oktober 2013 (Selasa) 2.2 Tempat : Dewan Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang. 2. 3 Masa : 7.15 pagi hingga 1.00 petang. 3. Ibu bapa / penjaga dijemput hadir bagi memeriahkan dan meraihkan murid-murid prasekolah. Ibu bapa/penjaga hanya boleh mengambil anak-anak selepas majlis tersebut selesai. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian untuk tindakan dan makluman pihak tuan. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah”

description

let

Transcript of Surat Konvo Ibubapa

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KOTA PUTERI

Jalan Bayan Utama, Bandar Baru Kota Puteri,

81700 Masai, Johor Darul Tazim.

No. Telefon: 07-3889164

No. Fax : 07-3881720 Email: skskp_jba1085 @yahoo.com

Ruj Kami : JBA 1085.700-6/4/(1)

Tarikh : 23 Oktober 2013Kepada

Ibu bapa/Penjaga Murid Prasekolah,SK Seri Kota Puteri.

Tuan / Puan,MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH ZON RINTING 2013. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.2. Sukacita dimaklumkan, Majlis Konvokesyen Prasekolah Zon Rinting 2013 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

2.1 Tarikh : 29 Oktober 2013 (Selasa)

2.2 Tempat : Dewan Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang.

2. 3 Masa : 7.15 pagi hingga 1.00 petang.

3. Ibu bapa / penjaga dijemput hadir bagi memeriahkan dan meraihkan murid-murid prasekolah. Ibu bapa/penjaga hanya boleh mengambil anak-anak selepas majlis tersebut selesai.Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian untuk tindakan dan makluman pihak tuan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

...................(MUHINI BINTI ABDULLAH)

Guru Besar,

SK Seri Kota Puteri.

Ibu bapa/ penjagaPrasekolah,

SK Seri Kota Puteri.

________________________________________________________________Guru Besar,

SK Seri Kota Puteri.

KEBENARAN IBUBAPA/PENJAGA.

Saya.....................................................................ibu/bapa/penjaga kepada murid yang bernama..................................................... dari kelas Mutiara/Zamrud Prasekolah SK Seri Kota Puteri No. Sijil Kelahiran ________________ membenarkan / tidak membenarkan anak jagaan saya menghadiri Konvokesyen Prasekolah Zon Rinting pada tarikh 29 Oktober 2013 (Selasa) bertempat di Dewan Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang bermula pada pukul 7.15 pagi hingga 1.00 petang.

2.Sesungguhnya saya faham bahawa pihak prasekolah dan pengelola akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan yang maksimun. Dengan ini saya tidak akan mendakwa mana-mana pihak sekiranya berlakunya kemalangan atau kecederaan terhadap anak jagaan saya sewaktu di dalam perjalanan ke tempat tersebut.4.Saya memberi kebenaran kepada pihak pengelola kegiatan ini atau wakilnya memberi apa-apa jua pertolongan cemas atau perubatan kepada anak jagaan saya jika didapati perlu.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

................................................(

)

Ibubapa/penjaga,

No. Kad Pengenalan:_________________________

No. Telefon

:_________________________

Alamat rumah

:_________________________

_________________________

_________________________

_________________________

*Sila kembalikan sebelum atau selewat-lewatnya pada 28 Oktober 2013.(Isnin)PERHATIAN KEPADA SEMUA IBUBAPA/PENJAGA SK SERI KOTA PUTERI

Sepanjang Majlis Konvokesyen Prasekolah Zon Rinting diadakan, semua murid dikehendaki:1. Berkumpul di sekolah dan menaiki van yang disediakan oleh pihak sekolah.

2. Memakai baju batik yang dipakai pada setiap hari Jumaat.

3. Beg dan makanan tidak perlu dibawa.

4. Ibu bapa/ penjaga dijemput hadir dengan BERPAKAIAN SOPAN.

5. Ibu bapa/penjaga DILARANG MENGAMBIL GAMBAR ANAK KETIKA MENERIMA SIJIL DI ATAS PENTAS kerana jurukamera telah disediakan.

6. Ibubapa/penjaga hanya dibenarkan mengambil anak selepas majlis tersebut selesai.

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan guru kelas anak masing-masing. Kerjasama daripada tuan/puan amat kami hargai bagi melancarkan majlis tersebut. Sekian, terima kasih.

PERHATIAN KEPADA SEMUA IBUBAPA/PENJAGA SK SERI KOTA PUTERI

Sepanjang Majlis Konvokesyen Prasekolah Zon Rinting diadakan, semua murid dikehendaki:

1. Berkumpul di sekolah dan menaiki van yang disediakan oleh pihak sekolah.

2. Memakai baju batik yang dipakai pada setiap hari Jumaat.

3. Beg dan makanan tidak perlu dibawa.4. Ibu bapa/ penjaga dijemput hadir dengan BERPAKAIAN SOPAN.

5. Ibu bapa/penjaga DILARANG MENGAMBIL GAMBAR ANAK KETIKA MENERIMA SIJIL DI ATAS PENTAS kerana jurukamera telah disediakan.

6. Ibubapa/penjaga hanya dibenarkan mengambil anak selepas majlis tersebut selesai.

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan guru kelas anak masing-masing. Kerjasama daripada tuan/puan amat kami hargai bagi melancarkan majlis tersebut.

Sekian, terima kasih.