Surat pekeliling pep awam

2
1 PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre 50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900 Fax: 03-2535150 KP (BS) 8591/Jld. XIV/(23) 24 September 1998 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 23/1998: Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingat dan menegaskan kepada semua Pengetua dan Guru Besar bahawa murid-murid yang layak, mengikut syarat- syarat yang sedia ada, adalah berhak mengambil peperiksaan awam. Pengetua dan Guru Besar tidak dibenarkan sama sekali menyekat mana-mana murid daripada mengambil peperiksaan, dengan apa alasan sekalipun, walaupun misalnya kerana bimbang pencapaian murid itu nanti akan menjejaskan prestasi keputusan peperiksaan keseluruhan sekolah. 2. Murid-murid yang ditempatkan dalam kelas inklusif atau kelas percantuman (Program Pendidikan Khas) di sekolah menengah dan sekolah rendah harian biasa, hendaklah juga dibenarkan mengambil peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM atau sepertinya, bersama-sama dengan murid-murid lain. Walau bagaimanapun, dalam menyediakan analisis pencapaian peperiksaan, pihak sekolah bolehiah membuat analisis berasingan bagi murid-murid pendidikan khas. 3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan. Sekian.Terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Transcript of Surat pekeliling pep awam

Page 1: Surat pekeliling pep awam

1

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIAOffice of the Director General of Education MalaysiaPARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARALevel 7 Block J Damansara Town Centre50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900

Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld. XIV/(23)24 September 1998

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 23/1998:Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingat dan menegaskankepada semua Pengetua dan Guru Besar bahawa murid-murid yang layak, mengikut syarat-syarat yang sedia ada, adalah berhak mengambil peperiksaan awam. Pengetua dan GuruBesar tidak dibenarkan sama sekali menyekat mana-mana murid daripada mengambilpeperiksaan, dengan apa alasan sekalipun, walaupun misalnya kerana bimbang pencapaianmurid itu nanti akan menjejaskan prestasi keputusan peperiksaan keseluruhan sekolah.

2. Murid-murid yang ditempatkan dalam kelas inklusif atau kelas percantuman(Program Pendidikan Khas) di sekolah menengah dan sekolah rendah harian biasa,hendaklah juga dibenarkan mengambil peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM atausepertinya, bersama-sama dengan murid-murid lain. Walau bagaimanapun, dalammenyediakan analisis pencapaian peperiksaan, pihak sekolah bolehiah membuat analisisberasingan bagi murid-murid pendidikan khas.

3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pengetuadan Guru Besar di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

Sekian.Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAHKetua Pengarah Pendidikan Malaysia

Page 2: Surat pekeliling pep awam

2

s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul RazakMenteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid YunusTimbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan OnnTimbalan Menteri Pendidikan

4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

8. Ketua Nazir Sekolah

9. Pegawai Perhubungan Awam