Syarahan 2014 Kepentingan Menepati Masa Dsalam Kehidupan

3
Kepentingan menepati masa dalam kehidupan Yang dihormati, tuan pengerusi majlis, barisan penal hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan yang diraikan. Berdirinya saya disini bukanlah untuk bermadah pujangga, tetapi untuk menyampaikan hajat menghuraikan hujah syarahan saya yang bertajuk, Kepentingan menepati masa dalam kehidupan. Demi masa.. Sesungguhnya manusia.. Dalam kerugian.. Kecuali ….. Yang beriman juga mereka yang beramal soleh Yang berpesan-pesan pada kebenaran, juga berpesan-pesan pada kesabaran… Warga dewan pencetus ummah… Masa. dikonotasikan sebagai jarak waktu antara satu waktu dengan satu waktu yang lain. Masa merujuk kamus dewan bahasa edisi 4, halaman 1000, membawa arti, jangka masa tertentu iaitu ada permulaan serta batasnya… Nah… Apa yang dimaksudkan dengan ‘ ada batasnya’? sedikit huraian saya… ‘Masa’ sekarang.. tidak akan sama dengan semalam, tidak akan sama dengan esok.. Setiap detik yang berlalu, akan berganti dengan yang baru.. hari ini… tetap akan berakhir, PASTI tidak berulang. Oleh yang demikian, tepatlah seperti pepatah melayu dahulu, yang kita dengari sehingga sekarang, Masa itu emas serta tidak terkira nilainya, ini membuktikan orang Melayu pada masa dahulu begitu menghargai masa hinggakan masa telah dibandingkan dengan emas yang mana semua orang tahu emas adalah sesuatu yang tinggi nilainya. Orang-orang dahulu menganggap masa perlu diisi dengan sebaik-baiknya dengan perkara-perkara yang berfaedah. Semua orang memiliki masa yang sama. Seorang jutawan

Transcript of Syarahan 2014 Kepentingan Menepati Masa Dsalam Kehidupan

Page 1: Syarahan 2014 Kepentingan Menepati Masa Dsalam Kehidupan

Kepentingan menepati masa dalam kehidupan

Yang dihormati, tuan pengerusi majlis, barisan penal hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan yang diraikan. Berdirinya saya disini bukanlah untuk bermadah pujangga, tetapi untuk menyampaikan hajat menghuraikan hujah syarahan saya yang bertajuk, Kepentingan menepati masa dalam kehidupan.

Demi masa.. Sesungguhnya manusia..

Dalam kerugian..

Kecuali ….. Yang beriman juga mereka yang beramal soleh

Yang berpesan-pesan pada kebenaran, juga berpesan-pesan pada kesabaran…

Warga dewan pencetus ummah…

Masa. dikonotasikan sebagai jarak waktu antara satu waktu dengan satu waktu yang lain. Masa merujuk kamus dewan bahasa edisi 4, halaman 1000, membawa arti, jangka masa tertentu iaitu ada permulaan serta batasnya…

Nah…

Apa yang dimaksudkan dengan ‘ ada batasnya’? sedikit huraian saya…

‘Masa’ sekarang.. tidak akan sama dengan semalam, tidak akan sama dengan esok..

Setiap detik yang berlalu, akan berganti dengan yang baru.. hari ini… tetap akan berakhir, PASTI tidak berulang. Oleh yang demikian, tepatlah seperti pepatah melayu dahulu, yang kita dengari sehingga sekarang, Masa itu emas serta tidak terkira nilainya, ini membuktikan orang Melayu pada masa dahulu begitu menghargai masa hinggakan masa telah dibandingkan dengan emas yang mana semua orang tahu emas adalah sesuatu yang tinggi nilainya. Orang-orang dahulu menganggap masa perlu diisi dengan sebaik-baiknya dengan perkara-perkara yang berfaedah. Semua orang memiliki masa yang sama. Seorang jutawan misalnya memiliki masa yang sama dengan seorang yang miskin, begitu juga seorang doctor memiliki masa yang sama dengan seorang peniaga di pasar malam tetapi pengagihan masa mereka adalah berlainan begitu juga nilai masa antara mereka.

Islam juga amat menitikberatkan agar umatnya menepati masa. Islam menggalakkan penganutnya agar bersembahyang tepat pada waktunya. Orang yang bersembahyang pada awal waktu akan diberi pahala yang lebih besar berbanding orang yang melewat-lewatkan waktu sembahyang. Selain daripada itu, islam juga menggalakkan agar penganutnya merebut lima perkara iaitu sihat

Page 2: Syarahan 2014 Kepentingan Menepati Masa Dsalam Kehidupan

sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.

Hadirin yang dirahmati sekalian,

Orang yang menepati masa sebenarnya disanjung tinggi oleh masyarakat dan akan mudah dipercayai. Orang sebegini akan sentiasa menepati janji dan menepati masa. Orang yang menepati masa biasanya akan cemerlang dalam kehidupan. Mereka pandai menguruskan masa dengan sebaik mungkin. Setiap masa lapang akan diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membaca, melakukan hobi yang bermanfaat dan sebagainya.

Bagi seorang pelajar, menepati masa adalah amat penting. Pelajar perlu mengagihkan masa untuk membaca, mentelaah pelajaran dan rekriasi. Selain daripada belajar pelajar juga perlu untuk berrekriasi, bersukan atau bergaul dengan masyarakat. Aktiviti seperti ini dapat menghilangkan rasa bosan atau rasa tertekan terhadap pelajaran.

Hadirin sekalian..

Pengurusan masa yang baik akan membawa kecemerlangan kepada seseorang pelajar pelajar juga perlu menepati masa untuk hadir kr sekolah untuk memastikan rekodpersekolahannya baik dan tidak mempunyai masalah disiplin. Apabila seseorang pelajar menepati masa, mereka tidak akan menghadapi masalah “study last minute” . masalah seperti ini biasanya dihadapi oleh pelajar-pelajar yang tidak pandai menguruskan masa dengan baik. Apabila hanya tinggal beberapa hari sebelum peperiksaan, mereka terpaksa bertungkus lumus untuk belajar hingga lewat malam..

Berdasarkan fakta-fakta yang telah saya terangkan tadi, jelas menunjukkan bahawa menepati masa dan pengurusan masa yang baik adalah amat penting bagi semua orang tidak kira pelajar pekerja, dan sebagainya…

Sekian wabilahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh..

terima kasih..