T1A4_rahmahsarip

download T1A4_rahmahsarip

of 2

description

79y79

Transcript of T1A4_rahmahsarip

T1A4Tugasan kali ini adalah berkaitan dengan membuat ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah - maslah yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran seharian disekolah. Ini adalah untuk membantu murid berkenaan supaya pengajaran dan pembelajaran yang disediakan adalah sesuai dengan kemampuan mereka. Selain itu jika dikesan murid berkenaan tidak sesuai bersekolah disekolah biasa, maka murid berkenaan akan dicadangkan untuk dihantar ke sekolah pendidikan khas yang nyata sesuai dari segi prasarana dan cara pembelajarannya.Sepanjang membuat tugasan ini, banyak ilmu yang telah diperolehi terutamanya dalam mengesan murid yang berkeperluan khas. pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajarbersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikankhas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya melibatkanperubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem disekolah. Apabila perubaha ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orangsanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya.Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan programinklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspekakademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.

Menurut Jennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedahpendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut jugamempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukanakademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dankemahiran kefungsian hidup. Oleh itu adalahpenting bagiguru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkanperananmereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikan inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikan inklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka masing-masing bagi mengerakkanpendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak.

Diantara objektif pendidikan insklusif ialah :1) Membolehkan pelajar pendidikan khas mendapat tempat yg sama dalam pendidikan.2) Menempatkan pelajar pendidikan khas ini daalm persekitaran yang seakan normal mengikut kesesuaian pendidikanuntuknya.3) Membolehkan pelajar pendidikan khas tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek kurikulum dan kokurikulum sejakdari awal.4) Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang setanding dengan rakan-rakan yang normal.5) Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang normal.6) Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.1