Tadbir Urus Negara

4
Tadbir Urus Negara Takrif dan Ciri-ciri Tadbir Urus Negara Tadbir urus didefinisikan sebagai tindakan yang dilaksanakan oleh golongan yang mempunyai kuasa daripada pelbagai peringkat pengurusan untuk mencapai kecemerlangan, kecekapan, persamaan, penglibatan yang menyeluruh, ketulusan dan akauntabiliti dalam pengurusan dan pentadbiran. Tadbir urus baik bermaksud cara melaksanakan tanggungjawab secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari segi pengambilan keputusan dan penyampaian hasil. Tadbir urus negara meliputi tatacara, struktur dan proses berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan. Tatacara merujuk kepada semua peringkat pengurusan kerajaan menjalankan tugas dan tanggungjawab secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari segi pengambilan keputusan dan penyampaian hasil. Mekanisme atau struktur jabatan kerajaan, termasuk budaya, dasar dan strategi serta tatacara jabatan awam berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan. Proses merujuk kepada bagaimana sesebuah agensi awam diarahkan, dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif seperti yang telah ditetapkan. Objektif Tadbir Urus Negara - Menyemai dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan untuk melaksanakan dasar yang telah dimandatkan. - Untuk mengekalkan akauntabiliti dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam. - Untuk menghasilkan tadbir urus baik, kerajaan perlu memberikan tumpuan terhadap dua aspek berikut: i) Prestasi iaitu pengurusan pencapaian adalah kritikal untuk menyampaiakan perkhidmatan secara cekap dan berkesan seperti yang diharapkan oleh pihak yang berkepentingan di samping memastikan pengurangan pembaziran sumber dan dana. Param/pastpm/penggal1/2013 Page 1

description

free view all

Transcript of Tadbir Urus Negara

Page 1: Tadbir Urus Negara

Tadbir Urus Negara

Takrif dan Ciri-ciri Tadbir Urus Negara

Tadbir urus didefinisikan sebagai tindakan yang dilaksanakan oleh golongan yang mempunyai kuasa daripada pelbagai peringkat pengurusan untuk mencapai kecemerlangan, kecekapan, persamaan, penglibatan yang menyeluruh, ketulusan dan akauntabiliti dalam pengurusan dan pentadbiran.

Tadbir urus baik bermaksud cara melaksanakan tanggungjawab secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari segi pengambilan keputusan dan penyampaian hasil.

Tadbir urus negara meliputi tatacara, struktur dan proses berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan.

Tatacara merujuk kepada semua peringkat pengurusan kerajaan menjalankan tugas dan tanggungjawab secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari segi pengambilan

keputusan dan penyampaian hasil.

Mekanisme atau struktur jabatan kerajaan, termasuk budaya, dasar dan strategi serta tatacara jabatan awam berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan.

Proses merujuk kepada bagaimana sesebuah agensi awam diarahkan, dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif seperti yang telah ditetapkan.   

Objektif Tadbir Urus Negara

- Menyemai dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan untuk melaksanakan dasar yang telah dimandatkan.

- Untuk mengekalkan akauntabiliti dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.- Untuk menghasilkan tadbir urus baik, kerajaan perlu memberikan tumpuan terhadap dua

aspek berikut:  

i) Prestasi iaitu pengurusan pencapaian adalah kritikal untuk menyampaiakan perkhidmatan secara cekap dan berkesan seperti yang diharapkan oleh pihak yang berkepentingan di samping memastikan pengurangan pembaziran sumber dan dana.

ii) Pematuhan terhadap undang-undang iaitu setiap agensi perlu mematuhi segala peraturan, undang-undang, piawaian yang diguna pakai dan harapan masyarakat terhadap amalan kejujuran, akauntabiliti dan integriti serta ketelusan dalam perkongsian maklumat.

Param/pastpm/penggal1/2013 Page 1

Page 2: Tadbir Urus Negara

  Ciri-ciri Tadbir Urus Baik Negara

Tadbir urus baik berteraskan kepada beberapa prinsip utama seperti berikut:

Fokus kepada pelanggan, tadbir urus baik sentiasa memberikan keutamaan  menyeluruh kepada pelanggan. Usaha ke arah meningkatkan kepuasan hati pelanggan sentiasa dilaksanakan secara berterusan.

Beretika, tadbir urus baik memberi penekanan terhadap nilai-nilai positif dalam pelaksanaan dan penyampaian perkhidmatan. Pengurusan perlu sentiasa memastikan ahli-ahli dalam agensi mempunyai etika yang tinggi serta mengamalkan nilai-nilai murni

Ketelusan, ketelusan dalam perkongsian maklumat kepada pihak yang berkepentingan juga amat dititikberatkan dalam tadbir urus baik. Ketelusan boleh dilihat melalui proses kerja yang jelas dan mudah difahami.

Akauntabiliti dan integriti, merupakan elemen terpenting dalam tadbir urus baik. Efektif dan efisien, Pegawai sektor awam perlu sentiasa memastikan penyampaian

perkhidmatan dilaksanakan secara efektif (berkesan) dan efisien (cekap). Seseorang pegawai perlu memastikan organisasinya mempunyai sistem  yang dinamik, cepat dan tepat, melalui penggunaan sumber yang minimal (efisien) dengan penghasilan kerja (output) yang maksima (efektif).

Pengurusan Perubahan, tadbir urus yang cekap dan berkesan adalah cara pengurusan mengurus dan menangani perubahan (change management). Perubahan dalam sesebuah organisasi amat perlu agar organisasi lebih dinamik dan berdaya saing.

Nota:

Integriti, iaitu integriti berdasarkan kejujuran dan objektiviti, tahap tatsusila yang tinggi, dan penuh tanggungjawab dalam pengawasan dana dan sumber awam serta pengurusan hal ehwal agensi. Amalan integriti bergantung pada tahap

keberkesanan pelaksanaan Perintah Am Perkhidmatan Awam dan juga kepada etika peribadi dan profesional pegawai awam.

Akauntabiliti, melibatkan kewajipan untuk memberikan jawapan dan penjelasan tentang sesuatu tindakan dan prestasi kepada sesiapa yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan. Akauntabiliti ialah proses sesebuah agensi bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya dan tindakan yang diambilnya. Semua pihak perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang tanggungjawab ini. Ketua agensi hendaklah memastikan tanggungjawab ini diamanahkan kepada semua pegawai dengan memperjelas peranan masing-masing supaya dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Pengamanahan dan Pengawasan, melibatkan pelaksanaan kuasa pegawai awam yang diamanahkan oleh kerajaan. Pegawai kerajaan adalah pemegang amanah dan pengawas terhadap penggunaan kuasa  dan sumber yang dipertanggungjawabkan. Tanggungjawab ini merangkumi keupayaan untuk memastikan kecekapan pengurusan kewangan secara

Param/pastpm/penggal1/2013 Page 2

Page 3: Tadbir Urus Negara

berterusan dan pengurusan sumber secara ekonomis dan berkesan melalui dasar-dasar yang bersesuaian.

Ketelusan, ialah keperluan untuk memberikan keyakinan kepada orang awam terhadap proses pengambilan keputusan dan tindakan pegawai awam yang telah diamanahkan dengan kuasa dan tanggungjawab. Hubungan yang erat dan perkongsian maklumat yang lengkap, tepat dan jelas dengan pihaka yang berkepentingan akan memastikan tindakan yang diambil itu  adalah berkesan dan menepati waktu, di samping membolehkan pegawai awam menangani sebarang penilaian awam.

KepentinganTadbir Urusbaik

  Memperkasa Daya Saing Negara   Menjana Potensi Insan bagi Memperkasa Prestasi Perkhidmatan   Menerajui Transformasi Perkhidmatan   Mengekalkan Profesionalisme dan Tadbir Urus dalam perkhidmatan   Memenuhi Ekspetasi Pelanggan dan Pihak Berkepentingan (Stakeholders)

Cabaran-cabarandalamMelaksanakan Tadbir Urus Baik

  Globalisasi   Penggunaan teknologi meluas.

Param/pastpm/penggal1/2013 Page 3