Tajuk 12 Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah Dalam ...

6
Tajuk 12 Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Kecerdasan Pelbagai Sinopsis Tajuk ini mengemukakan dua lagi kemahiran bernilai tambah yang dapat membantu guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dua Kemahiran Bernilai Tambah yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah: · Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) · Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP) Hasil Pembelajaran 3.. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Kemahiran Bernilai Tambah Nota ringkas: 12.1 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud · menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk

description

bmmm

Transcript of Tajuk 12 Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah Dalam ...

Page 1: Tajuk 12 Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah Dalam ...

Tajuk 12 Pengaplikasian Kemahiran Bernilai

Tambah dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

Sinopsis

Tajuk ini mengemukakan dua lagi kemahiran bernilai tambah yang dapat membantu

guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Dua Kemahiran Bernilai Tambah yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah:

·                    Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

·                    Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)

Hasil Pembelajaran

3..        Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. 

Kemahiran Bernilai Tambah

Nota ringkas:

12.1     Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

·Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan

TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan

proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

·Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk

tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi

perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui

internet.

Page 2: Tajuk 12 Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah Dalam ...

Objektif  TMK dalam pembelajaran

·  

Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap

pelajaran

- Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid

yang pelbagai keupayaan

Meningkatkan motivasi murid·        

 Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)

·       

  Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperoleh

·       

Membolehkan murid mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau

terlalu mahal untuk diperoleh·       

  Mewujudkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan dan mencabar·      

   Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu

mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa

Page 3: Tajuk 12 Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah Dalam ...

12.2     Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)

·    Merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestatik, visual-

ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis.

·         Oleh hal yang demikian, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid

dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan

kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan

yang berbeza

i.              Kecerdasan Verbal- Linguistik

·   Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan

untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada dalam bentuk lisan atau

penulisan.

·        Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka pada makna

yang kompleks

·         Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain

·         Contoh aktiviti :  menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan

ii.            Kecerdasan Logik- Matematik

·         Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang

menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak.

·         Indiidu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah

kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat

perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer

dengan cekap

·         Contoh aktiviti : menaakul, kiraan, dan membuat analisis

iii.           Kecerdasan Muzik

·      Membolehkan seseorang mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang

terdapat di persekitaran

Page 4: Tajuk 12 Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah Dalam ...

·    Seseorang dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat

bermain alat muzik, dan menghafal lirik muzik

·      Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo

dengan mudah

·    Contoh aktiviti : mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, dan berpuisi dengan

iringan muzik

iv.           Kecerdasan Kinestetik

·    Kebolehan menggunakan tubuh badan untuk menghuraikan idea-idea dan perasaan,

serta menyelesaikan masalah. 

·      Kemahirannya termasuk koordinasi, fleksibiliti, kepantasan gerak geri, dan

perimbangan tubuh badan

·       Contoh aktiviti :  pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lakonan

v.            Kecerdasan Visual-Ruang

·        Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna, dan garisan serta

kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik

·    Seseorang itu dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga

dimensi, berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah

dilalui, dan bijak menghubungkaitkan antara objek dan ruang

·         Contoh aktiviti : mencorak, melukis, mengukir, dan melakar jalan cerita

vi.           Kecerdasan Intrapersonal

·         Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan kelemahan, hasrat dan

kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan persepsi

individu.

·   Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal kemarahan

dan kesedihan

·    Contoh aktiviti : menulis tentang diri sendiri, dan menulis puisi tentang diri sendiri

vii.          Kecerdasan Interpersonal

Page 5: Tajuk 12 Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah Dalam ...

·         Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain

·         Dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara

praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah

·         Contoh aktiviti : Menulis secara kolaboratif, dan perbincangan

viii.        Kecerdasan Naturalis

·         Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian

·     Banyak menggunakan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang

terdapat di sekeliling

·  Sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan

fauna

·   Contoh aktiviti : lawatan, kerja lapangan, dan membaca, mengkaji serta

mengkategorikan flora dan fauna 

Kepentingan Kemahiran Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

Petunjuk kepada potensi murid

Mempelbagaikan cara penilaian

Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah

Membangunkan bakat dan kebolehan murid

Membangunkan bidang akademik dan kokurikulum murid

Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya

Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan

Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK

dan keperluan murid