TAJUK 15 TERJEMAHAN DAN PENTERJEMAHAN.ppt

11
TEKNIK TERJEMAHAN

description

........

Transcript of TAJUK 15 TERJEMAHAN DAN PENTERJEMAHAN.ppt

TEKNIK TERJEMAHAN

MAKSUD• Menterjemah ialah aktiviti menggantikan

bahan teks dalam bahasa sumber dengan bahan teks dalam bahasa sasaran.

• Dalam aktiviti menterjemah, penterjemah menyalin semula maklumat dalam bahasa sumber kepada bahasa sasaran dari segi persamaan makna dan gaya.

BENTUKTerdapat 3 bentuk :-

1. Terjemahan penuh – seluruh teks dalam bahasa sumber diganti dengan teks dalam bahasa sasaran.

2. Terjemahan separa – terdapat beberapa teks dalam bahasa sumber tidak diterjemahkan dengan teks bahasa sasaran.

3. Terjemahan menyeluruh – seluruh unsur-unsur dalam bahasa sumber digantikan dengan unsur-unsur bahasa sasaran yang sepadan.

TEKNIK

Terdapat 3 teknik :-

1. Terjemahan Terus,

2. Terjemahan Struktural,

3. Terjemahan Global.

TERUS• Dinamakan juga terjemahan hurufiah /

literal.• Perkataan-perkataan dalam teks bahasa

sumber diterjemahkan satu persatu dengan perkataan-perkataan yang sepadan dalam bahasa sasaran.

• Perkataan bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya mengandungi makna asal perkataan atau teks bahasa sumber.

• Semua tanda bacaan – dikekalkan.

CONTOH• Teks Asal :

My brothers and sisters: I am sure that the most presistent and restless desire of my life is to be fully human and fully alive.

• Terjemahan :

Abang-abang dan kakak-kakakku: saya percaya bahawa hajatku yang paling utama dan meresahkan ialah untuk menjadi manusia yang sepenuhnya dan hidup sepenuhnya.

STRUKTURAL• Teks asal dalam bahasa sumber dipisahkan atau

dipecahkan kepada ayat-ayat dan frasa. • Dilakukan ke atas pecahan-pecahan ayat itu. • Memberi keutamaan terhadap bahasa sumber. • Bentuk ayat, struktur ayat, golongan kata, kelas

kata, tanda baca dan makna bahasa sumber mesti dikekalkan.

• Terjemahan perkataan-perkataan bahasa sumber mestilah serupa dengan perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran (tidak boleh diterjemahkan secara sepadan).

• Contohnya: peribahasa ’Until cows come home’ diterjemahkan sebagai ’sehingga lembu-lembu datang pulang’, bukan dipadankan dengan peribahasa Melayu ’Menanti kucing bertanduk’.

CONTOH• Teks Asal :

Industrialized countries lead the way in collection and preservation of cultural treasures that belong to the developing world.

• Terjemahan :1. Industrialized countries lead the way –

Negara-negara industri mendahului jalan.2. In the collection and preservation – dalam

mengumpul dan memelihara.3. Cultural treasures that belong to the

developing world – harta kebudayaan itu kepunyaan kepada dunia membangun.

GLOBAL• Terjemahan keseluruhan - mengutamakan

pemahaman pembaca. • Penterjemah bebas menyesuaikan perkataan

bahasa sumber dengan perkataan dalam bahasa sasaran.

• Penterjemah menyesuaikan unsur-unsur bahasa dan budaya dalam bahasa sumber termasuk tanda baca dengan unsur-unsur bahasa dan budaya bahasa sasaran. Namun demikian, makna atau maksud asal petikan atau teks masih kekal dan terpelihara.

CONTOH• Teks Asal :

Malaysia has good relation with many countries, in the past emphasis has been greater on Commonwealth and other capitalistic countries.

• Terjemahan :Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan banyak negara. Pada masa lalu, tumpuan lebih banyak diberikan kepada negara-negara Komanwel dan negara-negara kapitalis.

SEKIAN ;0)