Hubungan Etnik - Modenisasi Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik
Tajuk 8 Islam Dan Hubungan Etnik
-
Upload
muhamad-auafa -
Category
Documents
-
view
312 -
download
1
description
Transcript of Tajuk 8 Islam Dan Hubungan Etnik
AHA//CTU 553
BAB 8 - ISLAM &
HUBUNGAN ETNIK 1
8. ISLAM DAN
HUBUNGAN ETNIK
Hasil Pembelajaran
Menganalisis hubungan etnik menurut perspektif Islam
Mengaplikasi nilai kemanusiaan dalam merapatkan
hubungan antara etnik
Mengaitkan asas-asas dan prinsip hubungan etnik dari
perspektif islam dalam proses perpaduan di Malaysia
Mengaplikasi Maqasid Syari’ah dalam konteks kehidupan
bermasyarakat
Mengaplikasi kehidupan bermasyarakat berasaskan konsep
al wasatiyah
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 2
8. Islam dam Keharmonian Hubungan
Etnik
Islam menerima kepelbagaian bangsa dan pluralisme
masyarakat bersandarkan firman Allah SWT:
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 3
8. Islam Dan Hubungan Etnik
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 4
Islam menekankan keamanan untuk diri sendiri mahupun sesama umat Islam. Ini bersandarkan
kepada firman Allah SWT:
Samb…
Islam melarang lakukan pengkhianatan kepada bukan Islam.
Keadaan ini telah terbukti semasa Rasulullah menggubal Piagam
Madinah . Baginda dengan jelas menyebut bahawa orang-orang
juga Yahudi adalah ummah . Ini bermakna semua warga negara
Madinah sama ada Islam atau bukan Islam yangtidak berbuat
zalim hendaklah dilindungi dan diberi jaminan keamanan.
Sehubungan dengan persoalan ini sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud :
Sesiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah
perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti saya, dan sesiapa
yang menyakiti saya, maka ia telah menyakiti Tuhan
Riwayat Abu Daud
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 5
ISLAM DAN KEHARMONIAN HUBUNGAN ETNIK –Pandangan Tokoh
Islam agama perdamaian, agama akidah dan kasih sayang. Ia
juga sistem yang melindungi seluruh dunia di bawah
naungannya. Islam melaksanakan konsepnya dan
mengumpulkan semua orang di bawah kuasa Allah sebagai
saudara-saudara yang bergaul rapat dan berkasih sayang.
Tidak ada yang boleh menghalang tujuan ini kecuali sikap
bermusuh padanya dan sikap pemeluknya. Sekiranya
mereka ini bersikap damai, Islam tidak akan memerangi
mereka” Menurut beliau lagi “ Tidak menjadi kesalahan
membuat perjanjian hidup bersama non Muslim selagi
mereka tidak memusuhi orang Islam, malah dengan adanya
perjanjian seperti itu hubungan antara mereka lebih baik
serta mendatangkan faedah”
Syed Qutb
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 6
Samb…
“Sekiranya rakyat non - Muslim tidak
terlibat dalam permusuhan atau
peperangan, mereka perlu diberi layanan
yang baik. Begitu juga mereka yang tidak
berusaha menghalau kita dari negeri kita,
perlu mendapat layanan yang baik dan adil
daripada pemerintah dan orang Islam”
Said Hawa
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 7
8.1.1 PRINSIP ISLAM BERKAITAN DENGAN NILAI KEMANUSIAAN
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 8
Al-’Ilm Al-Syura Al-’Adalah
Al-Hurriyyah Al-Musawah Al-Mas’uliyyah
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 9
Mencari ilmu itu adalah wajib setiap
orang Islam.
Sesungguhnya Islam adalah Ilmu, dan Al-Quran adalah
kitab Ilmu.
Dengan adanya ilmu sesebuah masyarakat itu
tegak, dan bersatupadu antara ilmu pengetahuan
dan keimanan.
8.1.1 BERILMU / AL-’ILM
Samb…
Penguasaan ilmu duniawi dan ukhrawi
(Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah) bagi tujuan melahirkan individu dan masyarakat yang cemerlang dari segi spiritual,intelektual, emosi dan fizikal, selari dengan dasar pendidikan negara.
“… Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat…”.
(al-Mujadalah 11)
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 10
Samb…
“Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah degan ilmu” (maksud al-Hadith)
Nabi Sulaiman `a.s. ditawarkan dengan salah satu daripada tiga perkara: takhta, harta dan ilmu. Baginda `a.s. memilih ilmu. Akhirnya baginda memiliki segalanya.
Sejarah membuktikan kejayaan Baghdad dan Andalusia lampau kerana dengan ilmu pengetahuan. Barat hari ini muncul sebagai Kuasa Besar Dunia kerana mereka memiliki ilmu dunia. Bagaimanapun mereka akan kecundang di akhirat kiranya mereka tidak memilih ilmu ukhrawi.
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 11
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 12
8.1.2. AL-SYURA(PERMESYUARATAN)
Samb…
Permesyuaratan bagi mencapai sesuatu keputusan dalam menguruskan hal-
ehwal kehidupan.
Syura dapat diaplikasikan dalam urusan keluarga, pengurusan masyarakat dan
negara.
Berdasarkan maksud ayat 159, surah Ali ‘Imran, mesejnya ialah;
Islam melarang pemerintah /pemimpin mengamalkan kuku besi.
Islam menuntut penglibatan rakyat dalam urusan kepimpinan dan
pemerntahan.
Islam mementingkan keputusan berasaskan kesepakatan yang bersandarkan
pemesyuaratan
Islam mengiktiraf hak rakyat untuk bersuara dalam isu yang melibatkan
kepentingan awam.
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 13
8.1.3 Al ‘Adalah(Keadilan)
Islam semua pihak berlaku adil terutamanya pihak
pemerintah tanpa mementingkan kumpulan, kelompok
atau enik tertentu. Keadilan itu meliputi kes-kes yang
berkaitan dengan kehakiman, pengagihan kekayaan
negara, percukaian, pendidikan dan sebagainya.
Firman Allah SWT bermaksud:
“ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya
menyerahkan segala amanah kepada ahlinya (yang
berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan
hukuman di antara manusia (Allah menyuruh) kamu
menghukum dengan adil…”
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 14
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 15
8.1.4 AL HURIYYAH (KEBEBASAN)
• Kebebasan secara amnya menekankan kebolehan seseorang individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri.
• Kebebasan adalah nilai kemanusiaan yang diberi perhatian dalam Islam.
• Ia merangkumi kebebasan beragama, kebebasan berfikir, kebebasan politik, kebebasan sivil dan semua kebebasan hakiki.
• Kebebasan beragama bermaksud kebebasan beriktikad dan kebebasan melakukan ibadat. Islam tidak menerima tindakan memaksa seseorang menganut agama tanpa kerelean individu tersebut.
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 16
8.1.5 AL MUSAWAH(KESAMARATAAN)
Kesamarataan manusia adalah berlandaskan konsep kesejagatan
Islam.
Islam mengajar semua manusia adalah sama dan setaraf dari sudut pandangan Allah dan
faktor yang membezakan mereka adalah
ketakwaan di sisi Allah
Kepelbagaian bangsa, bahasa dan warna kulit tidak menjejaskan taraf
kemanusiaan seseorang dari perspektif Islam
8.1.5 Al-Musawah(Persamaan)
Aspek ini penting dlm menjamin keharmonian kehidupan bermasyarakat
Antara manusia tidak ada perbezaan warna kulit, keturunan harta, dan
pangkat: Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari kaum lelaki dan
perempuan dan Kami jadikan kamu dari pelbagai bangsa dan kabilah agar kamu saling
berkenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang
paling bertaqwa (al-Hujurat: 13)
Persamaan yang dimaksudkan ialah:
• Status manusia
• Persamaan antara lelaki dan perempuan dari segi kedudukan, hak,
peranan dan kewajipan
• Persamaan antara Muslim dengan bukan Muslim dari segi
tanggungjawab menunaikan hak, kewajipan dan patuh kepada hukum
kecuali yang berkaitan dengan urusan ajaran agama masing-masing
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 17
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 18
8.1.6 AL MAS’ULIYYAH (BERTANGGUNGJAWAB) (
Allah s.w.t. anugerahkan akal dan ilmu kepada manusia untuk
membolehkan mereka melaksanakan tugas dan
tanggungjawab pengimarahan bumi.
Rasulullah s.a.w. menjelaskan di dalam hadisnya unsur-unsur penting bagi tanggung jawab
manusia di dunia, iaitu: Masa, kerja, harta dan ilmu.
Tanggung jawab itu akan dipersoalkan di hadapan Allah s.w.t. pada hari kiamat kelak.
8.2 Asas dan Aplikasi Hubungan Etnik Menurut Islam
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 19
Asa
1.Al Taaruf (Berkenal-kenalan)
2.Al Tafahum(Faham-memahami)
3. Al Ta’awun(Bekerjasama)
4. Al Ukhuwwah(Persaudaraan)
5. Al Mahabbah(Berkasihsayang)
6. Al Tadhamun(Jamin menjamin)
Asas Hubungan Etnik
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 20
8.2.1 BERKENAL-KENALAN
Manusia dijadikan paras rupa dan warna kulit
yang berlainan supaya mereka berbaik antara
satu dengan lain agar mereka dapat hidup
bersama dalam keadaan aman dan sejahtera,
bukan untuk bermusuh-musuhan.
Bermusuhan antara satu dengan lain tidak akan
mendatangkan keuntungan kepada mana-mana
pihak.
“Tak kenal maka tak cinta”
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 21
8.2.2 SALING BEKERJASAMA
Bekerjasama bukan hanya di kalangan sesama
agama tetapi melampau batas sempadan
agama.
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 22
8.2.3 JAMIN MENJAMIN
Rukun kehidupan bermasyarakat juga ialah
saling bersedia untuk saling melindungi antara
satu dengan yang lain.
Keadaan ini melahirkan rasa tanggungjawab
dalam diri setiap anggota masyarakat untuk
membantu ahli masyarakat yang lain ketika
mereka menghadapi kesusahan atau
memerlukan pertolongan.
8.2.5 Persaudaraan
Ikatan persaudaraan dan kasih sayang antara anggota
Asas kekuatan dan kejayaan masyarakat.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
Perumpaan orang2 yg beriman dari segi kasih sayang dan hubungan kemesreaan
antara mereka, sepertilah satu jasad apabila salah seorang anggota mengadu sakit,
nescaya saling bersimpatilah antara mereka untuk berjaga malam dan demam
Perumpamaan di atas merupakan motivasi kpd masyarakat agar
menjalinkan hubungan kasih sayang antara mereka, saling
bersimpati kepada yang ditimpa kemalangan dan penderitaan, saling
membantu dan bekerjasama meringgankan kesusahan dan kepayahan.
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 23
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 24
8.2.6 BERKASIH SAYANG
Berkasih sayang merupakan salah satu sifat
kemanusiaan yang sewajarnya disemai dan
dipupuk dalam sanubari setiap anggota
masyarakat.
Sifat kasih sayang mampu mengikat hubungan
kemesraan di kalangan masyarakat pelbagai
etnik. Apabila hati dengan hati bertaut erat,
hilanglah sifat bermusuhan, benci membenci dan
dengki mendengki antara satu sama lain.
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 25
8.3 MAQASID SYARIAH
MAQASID SYARIAH
MEMELIHARA AGAMA
MEMELIHARA AKAL
MEMELIHARA NYAWA
MEMELIHARA HARTA
MEMELIHARA KETURUNAN
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 26
MAQASID SYARIAH
Syariah Islam didatangkan oleh Allah s.w.t. untuk menjamin kebaikan serta
menghindarkan kemudharatan kepada semua manusia tanpa
mengira etnik.
• Islam datang untuk membebaskan minda manusia daripada belenggu kemunafikan dan kesyirikan. Islam mengajak manusia beriman kepada Tuhan yang Esa iaitu Allah s.w.t. dan perkara-perkara yang berkaitan serta menjauhi anasir-anasir syirik dengan menjelaskan pelbagai panduan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t.
Memelihara Agama
• Syariah Islam juga datang untuk menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia. Dalam konteks hubungan etnik, Islam mewajibkan individu menjaga keselamatan diri dan pada masa yang sama melarang keras perbuatan yang boleh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri atau orang lain
Menjamin Keselamatan
Nyawa
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 27
Samb…
• Keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia ialah akal. Melalui keistimewaan inilah manusia diberikan status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi. Bersesuaian dengan tujuan ini, syariah Islam telah menegaskan mengenai kepentingan untuk menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan.
Memelihara Kemurnian
Fikiran
• Kemuliaan dan keperibadian seseorang amat penting dalam kehidupan setiap individu. la berkait rapat dengan kehormatan dan maruah diri. Malah Islam sendiri dibina di atas akhlak yang mulia.
Menjamin Kehormatan Dan Maruah
Diri
• Syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukum dan undang- undangnya yang tersendiri dalam soal kehartaan. Syariah Islam menegaskan mengenai kepentingan untuk mencari kekayaan daripada nikmat dan anugerah Allah s.w.t.
Menjamin Pemilikan Dan Penguasaan
Harta
8.4 Konsep al- Wasatiyah
AL-WASATIYYAH berasal daripada perkataan
wasata yang bermaksud pendekatan jalan
tengah. Firman Allah s.w.t dalam surah al-
Baqarah ayat 143 yang bermaksud: “Dan
demikian pula kami telah menjadikan kamu
(umat Islam) umat pertengahan agar kamu
menjadi saksi atas perbuatan manusia dan
agar rasul (Muhammmad) menjadi saksi atas
(perbuatan) kamu.”
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 28
Samb…
Allah swt menuntut supaya menseimbangkan antara tuntutan
rohani dan jasmani dan antara tuntutan akhirat dan dunia.
Firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud:
“Carilah apa yang Allah datangkan kepada kamu untuk hari
akhirat dan janganlah kamu lupa bahagian kamu di dunia,
berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu
dan jangan cari kerosakan di bumi, sesungguhnya Allah tidak
suka orang-orang yang melakukan kerosakan
.” Firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 67 yang bermaksud:
“Dan orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak
berlebihan dan tidak pula kikir dan adalah di tengah-tengah di
antara yang demikian.”
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 29
Seluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas
dasar sepadu dan seimbang. Setiap satu bahagian
dengan bahagian yang lain saling berkaitan.
Syariah Islam perlu diamalkan secara keseluruhan
oleh manusia dan dengan konsep al-wasatiyyah dan
al-tawazun yang dibawa Islam memberi pengertian
bahawa Islam itu amat sesuai dan serasi dengan
manusia sejagat.
Manusia perlu mentadbir alam ini mengikut manhaj
Islam seperti dituntut.
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 30
Samb…
Konsep wasatiyyah ini boleh dilaksanakan dalam seluruh
kehidupan manusia sebagai contohnya dalam kehidupan
beragama. Sebagai sebuah negara Islam yang didiami rakyat
berbilang agama, Malaysia tetap memberikan jaminan kepada
penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama tersebut
dengan aman dan damai. Hak kebebasan yang diberikan ini
adalah selaras dengan kehendak Allah yang memberikan
kebebasan kepada seluruh umat manusia untuk memilih agama
yang mahu dianuti. Kehendak ini telah dinyatakan di dalam surah
al-Baqarah, ayat 256 yang bermaksud: “Tiada paksaan dalam
agama (Islam), kerana telah nyata kebenaran (Islam) daripada
kesesatan (kufur).
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 31
Samb…
Konsep wasatiyyah juga penting dalam memastikan perpaduan
masyarakat sentiasa utuh. Semangat melampau berteraskan
perkauman dan ideologi akan menjadi pemangkin terhadap
ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya kestabilan sosio-
politik negara
Program perpaduan masyarakat adalah perkara yang mustahak
dalam melahirkan masyarakat yang berpegang teguh kepada
prinsip kesepakatan dan kesatuan.
Selagi elemen ketaksuban masih berakar umbi dalam pemikiran
dan tindakan, masyarakat tidak akan dapat mengimbangi serta
menghayati seluruh inti pati kehendak pemimpin negara untuk
membangunkan negara.
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 32
Samb…
Kepemimpinan Malaysia memandang elemen
perpaduan merupakan komponen penting
dalam menentukan kejayaan negara.
Perpaduan yang perlu dijana tidaklah
diasaskan di atas dasar ‘melampau’, ‘ekstrem’
dan ‘ta’asub’ kepada sesuatu bangsa dan
kaum, tetapi dibentuk di atas acuan ‘wehdah’
dan ‘ukhuwwah’ yang sudah tentu gagasan ini
selaras dengan penghayatan konsep
wasatiyyah.
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 33
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 34
8.5 Pengalaman Harian : menjalin
Kesepaduan dan Melahirkan KeharmonianI
8.5.1 Kemesraan Komunikasi
8.5.2 Budaya Ziarah Menziarah
8.5.3 Mengambil Berat
8.5. 4 Saling Hormat- menghormati
8.5.5 Menjaga Hak-hak Jiran
8.5.6 Bersama Dalam Membuat Keputusan
8.5.1 Kemesraan Komunikasi
Komunikasi yang mesra bermaksud
bukan sahaja ianya berkesan tetapi
ianya mestilahdapat mewujudkan
perasaan puashati, rasa dihargai dan
keinginan untuk salingbekerjasama
antara kedua pihak yang terlibat.
Komunikasi yang mesra dan
berkesanakan dapat diwujudkan apabila
:
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 35
Mengawal perilaku serta menunjukkan kesopanan dan kehalusan budi
pekertiketika berkomunikasi.
Menggunakan perkataan yang tepat dan ringkas serta nada suara yang
lembuttetapi jelas ketika berkomunikasi.
Mengawal memek muka dan pergerakan diri daripada apa yang
bolehmemberikan makna bahawa kita tidak menyenangi keadaan dan kehadiran
oranglain.
Sentiasa menunjukkan kesediaan untuk berkhidmat dan memberikan
kerjasamakepada orang lain sepanjang masa.
Sentiasa cuba memahami masalah orang lain dan memberi pertolongan
yangperlu.
Mengelakkan diri dari menggunakan perkataan-perkataan yang
bolehmenyinggung perasaan orang ramai seperti bertanya hal peribadi dan
sebagainya.
Sentiasa insaf di atas tugas dan tangunggjawab yang diamanahkan serta
sentiasaberfikiran terbuka dan ikhlas sepanjang masa.
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 36
8.5.2 Budaya Ziarah Menziarah
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 37
Amalan ziarah atau kunjung mengunjung merupakan salah satu
cara mengerat dan mengukuh tali silaturrahim sesama kita.
Amalan ziarah juga membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang
renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang
susah menjadi mudah dan sebagainya. Maka dengan amalan
ziarah akan terbentuklah satu ikatan yang dinamakan hubungan
silaturrahim.
hari ini kurang memberi perhatian terhadap amalan ziarah
menziarahi terutamanya menziarahi saudara-saudara terdekat,
sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya di luar musim-
musim perayaan atau sambutan-sambutan tertentu.
8.5.3 Mengambil Berat
Memberi Perhatian
Prihatin
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 38
8.5. 4 Saling Hormat- menghormati
Apakah yang dikatakan saling hormat
menghormati
Kehidupan pribadi
Hak
Minat
Privesi
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 39
8.5.5 Menjaga Hak-hak Jiran
Dari Abi Hurairah RA katanya : Sabda
Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat janganlah ia
menyakiti jirannya, dan barangsiapa yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat
hendaklah dia memuliakan tetamunya dan
barangsiapa yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik
atau diam.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 40
8.5.6 Bersama Dalam Membuat Keputusan
Bagaimanakah keadaan yang dikatakan
bersama dalam membuat keputusan?
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 41
Kesimpulan
Semua anggota masyarakat tanpa
mengira warna kulit, keturunan , agama
dan budaya mesti menghayani nilai-nilai
murni dan diamalkan .
Pengamalan nilai –nilai murni adalah
merentasi etnik
AHA//CTU 553 BAB 8 - ISLAM & HUBUNGAN ETNIK 42