Tajuk Artikel

7
Petikan Artikel :- ARKIB : 23/02/2012 Persepsi negative terhadap TVET dikalangan masyarakat 23/02/2012 2:05pm PUTRAJAYA 23 Feb. - Malaysia, sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana, hanya mencatatkan 15 peratus kemasukan pelajar sekolah menengah dalam bidang Pendidikan Teknikal Vokasional dan Latihan (TVET) berbanding China dengan kemasukan 40 peratus. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, laporan Bank Dunia baru-baru ini menyatakan bahawa Korea Selatan sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, mempunyai kira-kira 35 peratus pelajar menengah atas memasuki TVET. "Terdapat anggapan di kalangan kebanyakan pendidikan tinggi hanya atau sekurang-kurangnya menerusi pendidikan universiti, menyebabkan pemikiran yang berat sebelah terhadap TVET. "Minda yang menganggap TVET sebagai pendidikan kelas kedua atau ketiga, hendaklah diperbetulkan dan kementerian gigih menangani anggapan berat sebelah ini, katanya semasa melancarkan Seminar Pendidikan Tinggi Bank Dunia Malaysia: Meletakkan Pendidikan Tinggi untuk Bekerja: Kemahiran dan Penyelidikan bagi Pertumbuhan di Asia Tenggara di sini hari ini.

description

isu tvet

Transcript of Tajuk Artikel

Petikan Artikel :-

ARKIB : 23/02/2012Persepsi negative terhadap TVET dikalangan masyarakat 23/02/2012 2:05pm

PUTRAJAYA 23 Feb. - Malaysia, sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana, hanya mencatatkan 15 peratus kemasukan pelajar sekolah menengah dalam bidang Pendidikan Teknikal Vokasional dan Latihan (TVET) berbanding China dengan kemasukan 40 peratus.Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, laporan Bank Dunia baru-baru ini menyatakan bahawa Korea Selatan sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, mempunyai kira-kira 35 peratus pelajar menengah atas memasuki TVET."Terdapat anggapan di kalangan kebanyakan pendidikan tinggi hanya atau sekurang-kurangnya menerusi pendidikan universiti, menyebabkan pemikiran yang berat sebelah terhadap TVET."Minda yang menganggap TVET sebagai pendidikan kelas kedua atau ketiga, hendaklah diperbetulkan dan kementerian gigih menangani anggapan berat sebelah ini, katanya semasa melancarkan Seminar Pendidikan Tinggi Bank Dunia Malaysia: Meletakkan Pendidikan Tinggi untuk Bekerja: Kemahiran dan Penyelidikan bagi Pertumbuhan di Asia Tenggara di sini hari ini.Beliau berkata, TVET mempunyai beberapa kelebihan termasuk untuk mencorakkan kemahiran pekerja generasi akan datang dan menyediakan pelajar dengan kemahiran kebolehpekerjaan. - BERNAMA

Persepsi negative terhadap TVET dikalangan masyarakatTVET kini semakin menempah nama dalam bidang pendidikan di Malaysia. Namun terdapat segelintir masyarakat yang menganggap TVET sebagai pendidikan kelas kedua atau ketiga, anggapan ini hendaklah diperbetulkan dan kementerian gigih menangani anggapan berat sebelah ini. Pada zaman globalisasi ini serta Negara yang semakin menempah transformasi pendidikan kini lebih rancak lagi dalam membuat pelan pembangunan Negara (PPN). Tidak terlepas juga kepada pendidikan TVET, dimana semua sekolah menengah teknik telah membuat transformasi ke kolej vokasional. Namun, segelintir masyarakt masih lagi berfikiran negative terhadap pendidikan teknik dan vokasional atau anggapan berat sebelah terhadap TVET. Hal ini kerana sebelum Negara membuat trasformasi pendidikan Negara, ramai masyarakat memandang serong terhadap individu yang mengambil bidang dalam teknikal kerana mereka mengaggap pendidikan teknikal dan vokasional tidak membawa masa depan yang cerah. Antara sebab mengapa masyarakat menganggap TVET sebagai pendidikan kelas kedua kerana, masyarakat menganggap pendidikan teknik dan vokasional hanya untuk mendapatkan kemahiran semata-mata dan tidak menjamin masa depan yang cerah. Anggapan masyarakat yang sedemikian perlu diperbetulkan untuk menyokong pendidikan teknik dan vokasional, hal ini kerana Negara yang maju bergantung kepada kemajuan perindustrian Negara dan tenaga kerja yang mahir dalam bidang-bidang teknik dan vokasinal. Inisiatif yang perlu digunakan untuk memperbetulkan anggapan masyarakat sekarang ialah dengan cara membuat pendedahan awal terhadap pendidikan teknik dan memberi pengetahuan yang lebih kepada masyarakat tentang aliran pendidikan teknik yang lebih jelas, agar mereka faham dengan matlamat utama TVET. Kesimpulannya, walaupun terdapat segelintir masyarakat menganggap TVET sebagai pendidikan yang tidak menjamin masa depan individu yang cerah. Tetapi pandagan ini perlu dikikis kerana, masyarakat yang beranggapan sedemikian seolah-olah tidak menyokong pelan pembangunan Negara (PPN) dalam transformasi Negara. Dengan wujudnya TVET Negara akan menghasilkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang perindustrian dan Negara dapat selaras maju dengan Negara-negara lain. Selain itu, kita tidak seharusnya melihat sesuatu hanya dipermukaan kerana didalam sesuatu perkara yang kita tidak ketahui terdapat faedah yang banyak.Rujukan 1. Jurnal: -Kritikan Dan Perbandingan Falsafah Pendidikan Di Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV)

2. Artikel Penuh: -http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0223&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm&arc=hive#ixzz3TiHJ75Vd Utusan Melayu (M) Bhd

3. Artikel utusan online ARKIB : 23/02/2012 Hanya 15% pelajar menengah Malaysia dalam TVET 23/02/2012 2:05pm

TAJUK ARTIKEL :-Mengatasi kekurangan pelajar teknik, vokasional

PETIKAN ARTIKEL :-ARKIB : 23/04/2009Mengatasi kekurangan pelajar teknik, vokasionalOleh ZULKIFLEE [email protected] ini Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran akan memulakan langkah pertama dalam usaha menarik minat pelajar untuk menceburi aliran teknik dan vokasional.Usaha itu akan bermula dengan Ekspo Pendidikan Vokasional dan Kemahiran 2009 yang akan diadakan di Boulevard Centre, Miri.Sebenarnya ekspo ini bukan sekadar ekspo biasa malah ia bermatlamat dan objektif yang amat penting selaras dengan kebimbangan yang dilahirkan oleh Pengarah BPTV, Datuk Yusoff Harun pada 17 April lalu.Isu kekurangan pelajar ini tidak seharusnya dipandang ringan oleh mana-mana pihak kerana dengan hanya seramai 35,000 pelajar aliran itu atau tujuh peratus daripada keseluruhan 500,000 pelajar bagi setiap kohort akan menjejaskan usaha kerajaan mencapai status negara maju menjelang 2020.Ketika ini hanya jumlah tersebut yang dapat ditampung oleh 90 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) di seluruh negara. Mengikut pandangan beliau, jumlah tersebut kini amat rendah untuk Malaysia berdaya saing berbanding dengan negara maju.Secara perbandingan, negara maju seperti Jerman melahirkan 70 peratus pelajarnya dalam bidang teknik dan vokasional manakala negara-negara membangun seperti Indonesia, India dan China pula melatih 50 peratus daripada keseluruhan pelajarnya dengan kemahiran itu.Berikutan keadaan itu pihak pentadbiran PBTV berpendapat, penambahan bilangan SMT dan SMV amat diperlukan untuk membuka peluang yang lebih luas kepada pelajar yang lemah akademik untuk mendalami bidang berkaitan kemahiran teknikal, vokasional dan keusahawanan.Sememangnya usaha segera perlu dilakukan bagi mengelakkan krisis tersebut menjadi lebih kritikal. Apatah lagi dengan usaha mengambil sebanyak mungkin pelajar yang lemah dalam akademik untuk mendalami bidang berkenaan. Sekurang-kurangnya ia mampu memberikan mereka peluang kedua bagi mencapai kejayaan dalam hidup.Ternyata sekali, BPTV tidak menunggu lama untuk membuat tindakan. Ini terbukti apabila bahagian itu mula melaksanakan Ekspo Pendidikan Vokasional dan Kemahiran 2009 yang bermula di Miri selama empat hari.Menurut Pemangku Pengarah BPTV, Ahmad Tajudin Jab, selain bertujuan mempromosi pendidikan vokasional dan kemahiran, ia juga memperkenalkan laluan kerjaya dalam bidang itu."Kita juga berhasrat melalui ekspo ini akan membolehkan kita menjalinkan hubungan lebih akrab dengan pelbagai institut latihan vokasional dan kemahiran dengan pihak industri,'' katanya dalam pertemuan denganUtusan Malaysiadi Putrajaya, Isnin lalu.Bagi Ahmad Tajudin, ekspo seumpama itu akan diteruskan di Semenanjung selepas ini dalam usaha menggalakkan lebih ramai pelajar memilih bidang kemahiran.Sememangnya, usaha yang dilakukan oleh beliau bersama pegawai-pegawai di BPTV harus diberi pujian. Ini kerana melalui ekspo seumpama itu yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong esok, ia akan mampu menarik minat pelajar untuk menyertai SMT.Untuk memastikan masyarakat memahami kelebihan yang ada kepada SMT, ekspo itu juga akan turut mempamerkan reka cipta dan hasil kerja pelajar SMT.Selain itu, bagi membolehkan pelajar mendalami kelebihan SMT, ceramah kerjaya dan dialog juga akan diadakan.Apa pun keadaannya, mana-mana pihak juga tidak harus memandang ringan isu kekurangan pelajar dalam jurusan teknik dan vokasional ini. Oleh itu langkah yang dilakukan oleh BPTV haruslah disokong.Golongan ibu bapa perlu menjadikannya sebagai kesempatan terbaik untuk merebut peluang yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran, dalam usaha memastikan anakanak mereka yang lemah dalam bidang akademik, mampu menyambung pelajaran.Kita percaya jika kesempatan ini tidak disia-siakan sudah pastilah dilema yang dihadapi oleh BPTV berhubung kekurangan pelajar akan dapat diatasi.Ekspo seumpama itu seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya oleh orang ramai untuk mendekati SMT. Mereka perlu menyingkirkan sebarang pandangan bahawa sekolah aliran teknik dan vokasional sebagai tidakglamouratau menarik.Hakikatnya, persoalan yang dihadapi bukanlah soalglamouratau tidak tetapi bersama-sama kerajaan dalam merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dengan melahirkan modal insan yang berkemahiran dalam semua bidang, selain memastikan pelajar yang lemah akademik tidak dipinggirkan begitu sahajaJusteru sokong dan jayakanlah usaha BPTV ini sebagai tanda kita menghargai keikhlasan kerajaan untuk memberi peluang kepada seluruh pelajar di negara ini mendapat pendidikan yang sempurna.

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm#ixzz3TWVrK0on Utusan Melayu (M) Bhd