TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN...

11
TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN SISTEM PEMBERIAN SERANGGA (DIPTERA) SEBAGAI SUMBER MAKANAN KEPADA BURUNG WALIT (AVES: APODIDAE) KOD PROJEK: I-ECO/9 (USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA PROJEK: DR. HAMDAN BIN AHMAD AKADEMIA: PROFESOR ZAIRI BIN JAAL DR. WAN FATMA ZUHARAH BINTI WAN MUSTHAPA RAKAN INDUSTRI: ECOVET CONSULTANCY BIDANG TUMPUAN UTAMA: KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU TEMPOH PROJEK: 15 OGOS 2011 15 NOVEMBER 2013 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Matlamat projek ini adalah untuk memindahkan ilmu menghasilkan serangga diptera secara komersial sebagai sumber makanan kepada burung walit. Serangga yang dihasilkan disimpan serta dihantar ke premis burung walit sebagai sumber makanan di lapangan. Projek ini juga membina sistem pemberian serangga sebagai makanan kepada burung walit di lapangan. Di samping itu, projek ini memberikan latihan kepada pengusaha burung walit tentang kaedah penghasilan serangga makanan burung walit. Melalui projek ini juga, pengusaha burung walit mendapat pendapatan tambahan sebagai hasil projek ini kerana burung walit akan bersarang di premis serta menghasilkan sarang burung berkualiti tinggi sekiranya diberi makanan tambahan di sekitar premis. Ilmu yang dipindahkan melalui projek ini merangkumi semua aspek penghasilan serangga diptera, bermula daripada aspek teknologi, kaedah kawalan kualiti, sistem penyimpanan, pengangkutan sehingga kepada pembiakan serangga diptera secara komersial. Melalui projek ini juga, serangga lain seperti coleoptera, hymenoptera dan homoptera yang merupakan sumber makanan utama burung walit dapat dihasilkan secara komersial di makmal. Pemindahan ilmu tersebut telah menghasilkan formula makanan serangga di premis pengeluaran serangga Ecovet Consultancy.

Transcript of TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN...

Page 1: TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO9(USM-11).pdf · Serangga dibekalkan dengan susu dan telur dengan air pada nisbah 1:1 ...

TAJUK PROJEK:

PENGELUARAN MAKANAN DAN SISTEM PEMBERIAN SERANGGA (DIPTERA)

SEBAGAI SUMBER MAKANAN KEPADA BURUNG WALIT (AVES: APODIDAE)

KOD PROJEK:

I-ECO/9 (USM-11)

IPTA:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KETUA PROJEK:

DR. HAMDAN BIN AHMAD

AKADEMIA:

PROFESOR ZAIRI BIN JAAL

DR. WAN FATMA ZUHARAH BINTI WAN MUSTHAPA

RAKAN INDUSTRI:

ECOVET CONSULTANCY

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU

TEMPOH PROJEK:

15 OGOS 2011 – 15 NOVEMBER 2013

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Matlamat projek ini adalah untuk memindahkan ilmu menghasilkan serangga diptera secara

komersial sebagai sumber makanan kepada burung walit. Serangga yang dihasilkan disimpan

serta dihantar ke premis burung walit sebagai sumber makanan di lapangan. Projek ini juga

membina sistem pemberian serangga sebagai makanan kepada burung walit di lapangan. Di

samping itu, projek ini memberikan latihan kepada pengusaha burung walit tentang kaedah

penghasilan serangga makanan burung walit. Melalui projek ini juga, pengusaha burung walit

mendapat pendapatan tambahan sebagai hasil projek ini kerana burung walit akan bersarang di

premis serta menghasilkan sarang burung berkualiti tinggi sekiranya diberi makanan tambahan di

sekitar premis. Ilmu yang dipindahkan melalui projek ini merangkumi semua aspek penghasilan

serangga diptera, bermula daripada aspek teknologi, kaedah kawalan kualiti, sistem

penyimpanan, pengangkutan sehingga kepada pembiakan serangga diptera secara komersial.

Melalui projek ini juga, serangga lain seperti coleoptera, hymenoptera dan homoptera yang

merupakan sumber makanan utama burung walit dapat dihasilkan secara komersial di makmal.

Pemindahan ilmu tersebut telah menghasilkan formula makanan serangga di premis pengeluaran

serangga Ecovet Consultancy.

Page 2: TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO9(USM-11).pdf · Serangga dibekalkan dengan susu dan telur dengan air pada nisbah 1:1 ...

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk menghasilkan serangga (diptera) secara komersial sebagai sumber makanan untuk industri burung walit.

2) Untuk mengajarkan kaedah penyimpanan yang mudah, kaedah pengangkutan makanan dan menjamin kesegaran makanan supaya tahan lama, serta menyediakan makanan yang berkualiti untuk burung walit dan industri burung walit.

3) Untuk membina satu sistem penghantaran makanan tiruan untuk memberi makanan kepada burung walit.

4) Untuk menyediakan latihan kepada penternak untuk menghasilkan makanan yang berkualiti dan memperkenalkan kaedah untuk memberi makanan kepada burung walit.

5) Untuk meningkatkan pendapatan dan keuntungan penternak burung walit tempatan dengan memindahkan ilmu yang ada. IImu yang dipindahkan berpotensi meningkatkan kecekapan sistem memberi makan kepada burung walit untuk menghasilkan sarang burung berkualiti tinggi.

AKTIVITI

Penghasilan serangga

1) Lokasi projek dan pengkolonian serangga Projek ini dijalankan di tempat yang mempunyai kemudahan penternakan serangga, di Ecovet Consultancy, Kajang, Selangor. Kemudahan ini dilengkapi dengan ruang pertumbuhan dan kawalan suhu kabinet untuk penternakan serangga secara komersial. Koloni serangga untuk tujuan pengeluaran besar-besaran dikumpulkan di ladang (ladang ternakan dan kebun buah-buahan) di Pulau Pinang dan Selangor pada peringkat larva dan seterusnya ke peringkat pupa.

2) Sangkar untuk serangga dewasa Sangkar untuk serangga dewasa dibuat daripada jaring nyamuk dengan saiz 180 sm x 150 sm x 90 sm. Satu lubang besar berdiameter 10 sm dibuat pada bahagian hadapan sangkar sebagai pintu untuk memberi air dan makanan kepada serangga. Pintu ditutup dengan sarung kaki untuk mengelakkan serangga melarikan diri. Struktur seperti tirai dibuat tergantung dari bahagian dalam bahagian atas sangkar sebagai tempat untuk serangga dewasa berehat terutamanya selepas peringkat pupa.

3) Makanan untuk serangga dewasa Serangga dewasa diberi makan gula di dalam sangkar dan dibekalkan dengan air minuman tanpa had semasa proses penternakan. Serangga diberi makan protein susu selama 3 hari selepas dewasa untuk pembangunan ovari dan untuk proses peneluran.

Page 3: TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO9(USM-11).pdf · Serangga dibekalkan dengan susu dan telur dengan air pada nisbah 1:1 ...

4) Pemeliharaan serangga dewasa Koloni serangga dikumpul dari ladang dan disimpan di dalam sangkar

serangga (180 sm x 150 sm x 90 sm) dengan suhu kabinet 302 oC dan

kelembapan relatif (RH) 803% pada keadaan nisbah cahaya kepada gelap 12:12 jam. Seterusnya, serangga diberi makan gula, protein dan dibekalkan dengan air semasa proses penternakan di dalam makmal.

5) Proses peneluran untuk serangga dewasa Serangga dibekalkan dengan susu dan telur dengan air pada nisbah 1:1 yang ditempatkan di dalam sangkar dan untuk digunakan dalam proses peneluran. Telur diletakkan di dalam bekas plastik (10 sm x 15 sm x 5 sm) dan ditempatkan di dalam sangkar dewasa selama 24 jam.

6) Proses pemeliharaan larva Telur serangga daripada bekas dulang dipindahkan ke dalam bekas plastik (10 sm x 15 sm x 5 sm) yang mengandungi larva dan

ditempatkan di dalam kabinet pada suhu 30 2 oC selama 7 hari.

7) Proses pemeliharaan pupa Dulang ternakan larva diletakkan di dalam dulang plastik besar yang mengandungi vermikulit. Kedua-dua dulang ditempatkan di dalam kabinet pada suhu 28 oC selama 5 hingga 7 hari untuk proses pembentukan pupa. Selepas 5 hingga 7 hari, pupa kemudiannya diletakkan di dalam sangkar.

8) Persediaan untuk penyimpanan serangga Diptera hidup dibunuh menggunakan air hampir mendidih selama lebih kurang 5 saat dan kemudian diletakkan di atas dulang enamel untuk peringkat beku-pengeringan. Kelebihan menggunakan kaedah ini adalah kerana warna sampel tidak berubah seperti dalam pengawetan menggunakan alkohol dan ia mengekalkan sampel “mengembang” dengan bentuknya kekal.

9) Pembekuan-pengeringan serangga Pembekuan-pengeringan adalah salah satu kaedah untuk mengelakkan gangguan yang disebabkan pengeringan cecair di udara. Semasa fasa pengeringan, tekanan rendah diturunkan dan haba dibekalkan untuk air menjadi sublim. Dalam fasa kedua pula, suhu ditingkatkan sehingga 0 oC untuk memindahkan molekul air yang tidak beku.

10) Pembungkusan serangga Pada akhir operasi, kandungan air sisa terakhir dalam produk adalah sangat rendah, iaitu sekitar 1% hingga 4%. Selepas proses beku-pengeringan lengkap, vakum itu diambil, diletakkan dan biasanya dipecahkan dengan gas lengai seperti nitrogen. Sampel kini telah sedia untuk proses pengendapan. Sampel beku-kering tersebut dimeteri untuk mencegah penyerapan semula kelembapan dan boleh disimpan pada suhu bilik tanpa penyejukan.

Page 4: TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO9(USM-11).pdf · Serangga dibekalkan dengan susu dan telur dengan air pada nisbah 1:1 ...

11) Pengangkutan pembungkusan serangga Makanan disimpan dalam suhu bilik pada tempat yang kering untuk memastikan kualiti makanan tersebut.

12) Sistem penghantaran serangga di rumah-rumah burung walit Serangga yang dihasilkan dalam makmal dibungkus dan dibawa ke rumah burung walit. Prinsip sistem penghantaran serangga yang terbaik sebagai sumber makanan burung walit adalah dengan menggunakan mesin peniup angin yang dicipta dan dimodelkan oleh akademia USM. Sistem ini menggunakan teknologi peniup angin yang meniup serangga menggunakan kipas angin di bahagian bawahnya untuk mewujudkan aliran angin untuk mengapung serangga sebagai kaedah penghantaran makanan kepada burung walit. Peniup angin turut dilengkapi dengan corong untuk memerangkap dan mengumpul serangga yang belum dimakan oleh burung walit dan untuk mengedarkan semula serangga tersebut. Makanan disediakan sekali sehari.

13) Pemindahan ilmu kepada penternak. Akademia daripada USM memberi latihan kepada rakan industri untuk menghasilkan makanan, menyimpan, menghantar dan menyediakan sistem pemberian makanan. Akademia juga mengadakan seminar kepada penternak dan merekodkan perkembangan projek.

14) Pengeluaran secara besar-besaran sarang burung walit. Akademia USM memantau pengeluaran secara besar-besaran sarang burung walit. Akademia juga memantau pembangunan dan penghasilan sarang burung walit untuk mencapai kualiti yang baik.

OUTPUT

Industri: 1) Pengeluaran serangga (diptera) berjumlah sebanyak 80%. 2) Pekerja yang terlibat mendapat pendedahan kepada teknologi

penghasilan produk serangga (diptera). 3) Pengeluaran produk serangga (diptera) diperkenalkan untuk pertama

kali dalam industri; hasilnya penternakan burung walit menunjukkan peningkatan.

4) Minat industri kepada penggunaan produk serangga (diptera) meningkat.

5) 100% serangga dari ladang siap untuk dikolonisasi di dalam makmal. 6) 100% penternakan serangga berskala kecil di makmal. 7) 100% penghasilan serangga secara besar-besaran di dalam makmal. 8) 100% serangga boleh disimpan di dalam makmal. 9) 90% serangga boleh dihantar dalam makmal dan penternak dapat

menggunakan teknologi dan memberi makan burung walit.

Page 5: TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO9(USM-11).pdf · Serangga dibekalkan dengan susu dan telur dengan air pada nisbah 1:1 ...

IPTA:

1) Produk serangga (diptera) menjadi makanan gantian kepada ternakan burung walit.

2) Pembentukan produk serangga (diptera) dalam skala yang besar untuk dikomersialkan kepada industri burung walit.

3) Hasil projek yang dijalankan mampu memberi kepuasan yang memberangsangkan setelah produk yang dihasilkan dapat memberi pulangan kepada industri negara.

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat pengalaman kerja dalam penyediaan

makanan burung walit.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Sains Malaysia 2) Ecovet Consultancy

KEBERHASILAN

Industri: 1) Mendapat teknologi penternakan serangga (Kemampuan menghasilkan

serangga di dalam makmal). 2) Dapat mengeluarkan serangga secara besar-besaran di makmal. 3) Membangunkan teknologi penyimpanan serangga. 4) Membangunkan sistem penghantaran serangga. 5) Mendapat pengetahuan mengenai sistem penghantaran/penyampaian

serangga. 6) Meningkatkan jumlah ternakan burung walit.

IPTA:

1) Memindahkan ilmu daripada penyelidikan dan pembangunan di dalam makmal untuk diaplikasikan.

2) Membina keyakinan dalam kalangan penyelidik. 3) Membangunkan hubungan dan kerjasama antara universiti dengan

industri yang terlibat.

Pembangunan Modal Insan: 1) Meningkatkan keyakinan diri dan tanggungjawab graduan pelatih. 2) Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran pengurusan

pelatih. 3) Meningkatkan kemampuan pelatih untuk bekerja secara berkumpulan.

Page 6: TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO9(USM-11).pdf · Serangga dibekalkan dengan susu dan telur dengan air pada nisbah 1:1 ...

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK

A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN 24

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Industri

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar Laporan tidak dihantar

Page 7: TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO9(USM-11).pdf · Serangga dibekalkan dengan susu dan telur dengan air pada nisbah 1:1 ...

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Industri : Ecovet Consultancy Tarikh Lawatan : 28 November 2014 Panel Penilai : 1) Profesor Madya Lar Nordin Abd Rahman (UPM) 2) Profesor Dr. Khairul Anuar (UTM)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai daripada KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)

SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 27% 30%

B AKADEMIA (10%) 8% 8%

C GRADUAN PELATIH (10%) 6% 6%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 8% 8%

E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 26% 26%

MARKAH KESELURUHAN (%) 75% 78%

MARKAH SELEPAS KUMULATIF 77%

PENILAIAN OLEH INDUSTRI A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri

4/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri

5/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 5/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 5/5

Page 8: TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO9(USM-11).pdf · Serangga dibekalkan dengan susu dan telur dengan air pada nisbah 1:1 ...

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

4/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh industri

4/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

4/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

4/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

4/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 5/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek - Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Projek ini telah memperkenalkan teknologi yang mampu meningkatkan pengeluaran serangga sebagai sumber makanan dan kaedah pemberian makanan kepada burung walit. Namun demikian, projek ini masih dalam peringkat penyelidikan dan perlu dipertingkatkan bagi memindahkan ilmu kepada golongan sasaran. Berdasarkan penilaian keseluruhan, projek ini berada pada kategori jingga.

Page 9: TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO9(USM-11).pdf · Serangga dibekalkan dengan susu dan telur dengan air pada nisbah 1:1 ...

LAMPIRAN

Lawatan panel penilai KTP Pemantauan: Ketua projek sedang menerangkan mengenai projek yang telah

dijalankan.

Kabinet pemeliharaan serangga peringkat larva, pupa dan dewasa

Page 10: TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO9(USM-11).pdf · Serangga dibekalkan dengan susu dan telur dengan air pada nisbah 1:1 ...

Sangkar serangga dewasa yang diperbuat daripada jaring nyamuk

Pemeliharaan serangga peringkat larva

Page 11: TAJUK PROJEK: PENGELUARAN MAKANAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO9(USM-11).pdf · Serangga dibekalkan dengan susu dan telur dengan air pada nisbah 1:1 ...

Pemeliharaan serangga peringkat telur

Pemberian makanan kepada larva