Tanda Dan Simbol Rasm Uthmani

4
 PENGAJIAN AGAMA ISLAM 1 1 TANDA DAN SIMBOL RASM UTHMANI Penulisan Al Quran sebenarnya bermula sejak zaman Rasulullah lagi. Apabila wahyu diturunkan, beberapa orang sahabat yang pandai membaca dan menulis akan diperintahkan untuk menyalin ayat tersebut. Kemudian, usaha penulisan Al Quran ini diteruskan oleh sahabat baginda Rasulullah yang menjadi khalifah pertama umat Islam selepas kewafatan Rasulullah iaitu Saidina Abu Bakar As Siddiq setelah beliau menerima cadangan daripada Saidina Umar Al Khatab yang takut Al Quran akan lenyap disebabkan syahidnya para penghafaz Al Quran. Pada zaman itu, Zait bin Harith ditugaskan untuk memikul tanggungjawab mengumpulkan Al Quran. Setelah kewafatan Saidina Abu Bakar As Siddiq, tugas menjaga mashaf tersebut digalas oleh khalifah kedua umat Islam iaitu Saidina Umar Al Khatab dan kemudiannya mashaf itu diserahkan kepada anak perempuan Saidina Umar Al Khatab iaitu Hafsah binti Umar. Setelah Hafsah binti Umar meninggal dunia, mashaf tersebut diambil oleh Marwan Al Hakam yang menjadi Gabenor Madinah dan terus membakarnya setelah mashaf tersebut dijadikan rujukan kepada Mashaf Imam yang diwujudkan semasa pemerintahan Saidina Uthman Affan. Pada awal zaman pemerintahan Saidina Uthman Affan, berlaku penaklukan beberapa buah negara sekitarnya dan rakyat Negara yang ditawan tersebut memeluk Islam. Disebabkan hal ini, maka berlakulah beberapa perbezaan bacaan Al Quran kerana pada zaman ini, orang Islam bukan terdiri daripada bangsa Arab sahaja. Pada tahun ke-25 Hijrah, satu Jawatankuasa Penulisan Al Quran telah dibentuk oleh Saidina Uthman Affan yang diketuai oleh Zait bin Thabit. Tugas  jawatankuasa ini adalah untuk menyalin semula mashaf yang terdapat pada Hafsah binti Umar untuk menjadi satu mashaf yang seragam. Ianya disatukan menggunakan kaedah yang dinamakan Rasm Uthmani. Pada zaman ini, Al Quran masih belum mempunyai sebarang bentuk titik dan baris seperti yang ada pada hari ini. Penambahan titik dan baris ini dilakukan bermula pada zaman pemerintahan Khalifah Marwan bin Al Hakam yang telah dipelopori oleh Abu Aswad Ad Dualli. Pada zaman inilah para ulama membuat tanda baris, titik, waqaf, dan lain-lain seperti yang wujud pada mashaf hari ini. Antara tanda yang ada pada Al Quran ialah:

Transcript of Tanda Dan Simbol Rasm Uthmani

Page 1: Tanda Dan Simbol Rasm Uthmani

7/27/2019 Tanda Dan Simbol Rasm Uthmani

http://slidepdf.com/reader/full/tanda-dan-simbol-rasm-uthmani 1/4

 

PENGAJIAN AGAMA ISLAM 1 1

TANDA DAN SIMBOL RASM UTHMANI

Penulisan Al Quran sebenarnya bermula sejak zaman Rasulullah lagi. Apabila

wahyu diturunkan, beberapa orang sahabat yang pandai membaca dan menulis

akan diperintahkan untuk menyalin ayat tersebut. Kemudian, usaha penulisan Al

Quran ini diteruskan oleh sahabat baginda Rasulullah yang menjadi khalifah

pertama umat Islam selepas kewafatan Rasulullah iaitu Saidina Abu Bakar As Siddiq

setelah beliau menerima cadangan daripada Saidina Umar Al Khatab yang takut Al

Quran akan lenyap disebabkan syahidnya para penghafaz Al Quran. Pada zaman

itu, Zait bin Harith ditugaskan untuk memikul tanggungjawab mengumpulkan Al

Quran. Setelah kewafatan Saidina Abu Bakar As Siddiq, tugas menjaga mashaf 

tersebut digalas oleh khalifah kedua umat Islam iaitu Saidina Umar Al Khatab dan

kemudiannya mashaf itu diserahkan kepada anak perempuan Saidina Umar Al

Khatab iaitu Hafsah binti Umar.

Setelah Hafsah binti Umar meninggal dunia, mashaf tersebut diambil oleh

Marwan Al Hakam yang menjadi Gabenor Madinah dan terus membakarnya setelah

mashaf tersebut dijadikan rujukan kepada Mashaf Imam yang diwujudkan semasa

pemerintahan Saidina Uthman Affan. Pada awal zaman pemerintahan Saidina

Uthman Affan, berlaku penaklukan beberapa buah negara sekitarnya dan rakyat

Negara yang ditawan tersebut memeluk Islam. Disebabkan hal ini, maka berlakulah

beberapa perbezaan bacaan Al Quran kerana pada zaman ini, orang Islam bukan

terdiri daripada bangsa Arab sahaja.

Pada tahun ke-25 Hijrah, satu Jawatankuasa Penulisan Al Quran telah

dibentuk oleh Saidina Uthman Affan yang diketuai oleh Zait bin Thabit. Tugas

 jawatankuasa ini adalah untuk menyalin semula mashaf yang terdapat pada Hafsah

binti Umar untuk menjadi satu mashaf yang seragam. Ianya disatukan menggunakan

kaedah yang dinamakan Rasm Uthmani.

Pada zaman ini, Al Quran masih belum mempunyai sebarang bentuk titik dan

baris seperti yang ada pada hari ini. Penambahan titik dan baris ini dilakukan

bermula pada zaman pemerintahan Khalifah Marwan bin Al Hakam yang telah

dipelopori oleh Abu Aswad Ad Dualli. Pada zaman inilah para ulama membuat tanda

baris, titik, waqaf, dan lain-lain seperti yang wujud pada mashaf hari ini. Antara tandayang ada pada Al Quran ialah:

Page 2: Tanda Dan Simbol Rasm Uthmani

7/27/2019 Tanda Dan Simbol Rasm Uthmani

http://slidepdf.com/reader/full/tanda-dan-simbol-rasm-uthmani 2/4

 

PENGAJIAN AGAMA ISLAM 1 2

1. Tanda bulat bujur ( ◦ ) 

a. Tanda ini hanya terletak diatas huruf alif, wau, dan ya. Ianya

menunjukkan bahawa huruf tersubut tidak perlu dibaca dengan hukum

mad sama ada ketika wasal atau waqaf.2. Tanda bulat meninggi ( )

a. Tanda ini hanya terletak diatas huruf alif. Ia menunjukkan huruf 

tersebut tidak berfungsi semasa wasal tetapi berfungsi sebagai mad

ketika waqaf.

3. Tanda bulat tumpat ( • ) 

a. Tanda ini hanya terletak diatas huruf alif. Ia menunjukkan bacaan tashil

iaitu membunyikan antara huruf hamzah dan alif. Hanya terdapat satu

tempat sahaja dalam Al Quran menurut bacaan riwayat Haf.

4. Tanda hamzal wasal ( )

a. Tanda ini diambil dari kepala huruf sad. Ianya hanya terdapat diatas

huruf hamzah wasal untuk menunjukkan huruf ini tidak berfungsi ketika

menyambung bacaan.

5. Tanda sukun ( )

a. Tanda ini diambil dari huruf kha yang dibuang titikdan daripada

perkataan khafif. Tanda ini terletak diatas mana2 huruf Al Quran yang

menunjukkan bacaan Izhar.

6. Huruf sukun yang tidak bertanda

a. Sekiranya terdapat huruf sukun yang tidak bertanda dan selepasnya

terdapat huruf bersabdu, maka hendaklah diidhgamkan huruf pertama

kepada huruf berikutnya secara idhgam kamil

b. Sekiranya terdapat huruf sukun yang tidak bertanda dan selepasnya

tidak terdapat huruf bersabdu, maka hendaklah diidhgamkan huruf 

pertama kepada huruf berikutnya secara idhgam naqis

7. Huruf mim kecil ( )

a. Tanda ini bertindak sebagai ganti baris kedua tanwin atau terletak

diatas huruf nun sakinah sebagai ganti sukun dan huruf berikutnya ba

yang tidak bersabdu. Ianya hendaklah dibaca secara iqlab.

8. Tanda tanwin

Page 3: Tanda Dan Simbol Rasm Uthmani

7/27/2019 Tanda Dan Simbol Rasm Uthmani

http://slidepdf.com/reader/full/tanda-dan-simbol-rasm-uthmani 3/4

 

PENGAJIAN AGAMA ISLAM 1 3

a. Tanda baris dua selari ataupun baris dua hadapan yang diterbalikkan

menunjukkan bacaan izhar.

b. Tanda baris dua tidak selari ataupun baris dua hadapan yang berturut-

turut kemudian diikuti dengan huruf bersabdu, maka ianyamenunjukkan bacaan idgham kamil.

9. Huruf2 kecil alif, wau, ya, dan nun.

a. Huruf-huruf ini menunjukkan huruf asal yang ditinggalkan dan mesti

dibaca

10. Huruf sin kecil yang terdapat pada huruf sad  ( )

a. Sekiranya huruf sin kecil ini berada dibawah huruf sad, maka ia

menunjukkan huruf sad lebih mashur dan sebaliknya.

11. Tanda mad

a. Tanda ini menunjukkan kadar bacaan mad tersebut adalah lebih

panjang daripada kadar bacaan mad asli.

12. Bulatan berhias ( )

a. Tanda ini menunjukkan bilangan dan penghujung ayat.

13. Tanda bintang ( ۞ )

a. Tanda ini menunjukkan penghujung setiap (( atau kedudukan sesuatu

((.

14. Garis panjang

a. Garis ini menunjukkan peringatan untuk sujud kepada Allah. Manakala

tanda ini ( ۩ ) menunjukkan tempat berhenti untuk sujud.

15. Tanda intan ( ◊ ) 

a. Tanda ini menunjukkan bacaan imalah kubro dan bacaan isymam

16. Tanda sin kecil ( )

a. Ianya menunjukkan bacaan saktah iaitu berhenti tanpa nafas baru.

17. Kepala huruf ya ( ۦ ) dan huruf wau kecil ( ۥ )

a. Setiap huruh ha dhamir yang diikuti wau kecil dan kepala huruf ya kecil

menunjukkan bacaan dipanjangkan dengan kadar dua harakat.

b. Jika diatas kepala huruf ya atau wau kecil terdapat tanda memanjang,

ia menunjukkan bacaan ha dhamir melebihi dua harakat.

18. Tanda waqaf yang masyhur 

a. Waqaf lazim ( م )

Page 4: Tanda Dan Simbol Rasm Uthmani

7/27/2019 Tanda Dan Simbol Rasm Uthmani

http://slidepdf.com/reader/full/tanda-dan-simbol-rasm-uthmani 4/4

 

PENGAJIAN AGAMA ISLAM 1 4

b. Tanda dilarang berhenti ( )

c. Tanda harus waqaf atau wasal ( )

d. Tanda harus waqaf tetapi lebih baik wasal ( )

e. Tanda harus wasal tetapi lebih baik waqaf ( )f. Tanda waqaf singkat atau titik tiga bertindih