TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG...

24
TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN WETLAND KAMPUNG BELUKAR DURIAN Samsolanuar Bin Samsu Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2018

Transcript of TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG...

Page 1: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN WETLAND KAMPUNG BELUKAR DURIAN

Samsolanuar Bin Samsu

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2018

Page 2: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN WETLAND

KAMPUNG BERLUKAR DURIAN

SAMSOLANUAR BIN SAMSU

Kajian ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda

Seni Gunaan Dan Kreatif Dengan Kepujian

(Program Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2018

Page 3: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISILAPORAN

JUDUL: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN WETLAND KAMPUNG BELUKAR DURIAN

SESI PENGAJIAN : 2015/2016

Saya : SAMSOLANUAR BIN SAMSU

Mengaku membenarkan tesis/laporan* ini di simpan di Pusat Khidmat Makiumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis/Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi 5. *sila tandakan( / )

I I

I I

F7'1

SULIT (mengandungi maklumat yang berdajah keselamatan atau kepentingan termaktub di dalam AKTA RAHSIA

TERHAD RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan

TIDAK TERHAD oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan

Tarikh : ,. 4 M ri ä. oieTandatangan Penulis t `i`jfndatagWenyelia

Alamat tetap : 2207 BLOK 16, FELDA LOK HENG TIMUR, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR.

Catatan: 'Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

*Jika Tesis/L. aporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu sebagai SULIT atau TERHAD

i

Page 4: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

PENGAKUAN

Projek bertajuk `Tanggapan Penduduk Sekitar Terhadap Pelancongan Wetland

Kampung Belukar Durian' telah disediakan oleh Samsolanuar Bin Samsu dan telah

diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuh isyarat untuk Ijazah

Sarjana Muda dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

Tarikh .

ii

Page 5: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terlebih dahulu, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana

diberi kesihatan tubuh badan dan kekuatan mental dalam menyiapkan kajian saya ini.

Walaupun terdapat beberapa kekangan dan masalah yang saya alami sewaktu menjalankan

kajian ini, namun saya diberi keizinan dan kurniaNya dalam menempuhi segala cabaran

tersebut sehingga saya dapat menyiapkan kajian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua

pihak yang terlibat sepanjang kajian ini dijalankan. Terutama sekali kepada keluarga saya

kerana sentiasa memberi semangat, bantuan dari segi kewangan clan memahami saya

sepanjang saya menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan Zemi yang

banyak membantu dalam melaksanakan kajian saya ini. Terima kasih juga atas iringan doa

yang mereka panjatkan kepada Allah sepanjang tempoh pengajian saya di UNIMAS.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek tahun akhir saya

iaitu En. Shaik Azahar Shaik Hussain atas dorongan, tunjuk ajar dan bantuan serta nasihat

beliau yang sangat meninggalkan kesan sepanjang saya menjalankan kajian saya ini.

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Pegawai Pelancongan Lembaga Kemajuan

Johor Tenggara iaitu En. Shaik Khayulnizam kerana memberi keizinan kepada saya untuk

menjalankan kajian ini serta membantu saya dalam mendapatkan pelbagai maklumat

tentang kajian yang dilakukan ini. Tambahan pula, saya ingin mengucapkan terima kasih

iii

Page 6: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

kepada responden yang sudi menjawab borang soal selidik saya bagi memenuhi kehendak

dan keperluan kajian saya.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang

terlibat menjalankan kajian saya ini secara langsung mahupun tidak langsung. Jasa anda

semua tidak dapat saya balas hanya dengan ucapan terima kasih dan doa saya sertakan

untuk anda semua. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan kemaafan kepada

semua yang terlibat atas kesalahan yang saya lakukan dalam sedar dan tidak sedar.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S. W. T dan yang selalu melakukan

kesilapan itu datangnya dari diri saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

iv

Page 7: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tanggapan masyarakat terhadap pembangunan

wetland di kawasan tersebut. Pengkaji juga menganalisis tentang tanggapan penduduk

setempat terhadap pembangunan wetland. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci

mengenai kajian ini, pengkaji bekerjasama dengan pihak Pelancongan Johor Tenggara dalam

mendapatkan maklumat mengenai wetland. Pengkaji telah mengedar borang soal selidik

untuk mencapai objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan ramai yang masih tidak

mengetahui tentang wetland di kawasan tersebut . Kajian ini membantu pengurusan

pelancongan Johor Tenggara dalam mempromosikan kawasan tersebut.

V

Page 8: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

Abstract

This study was conducted to determine the perception of the community towards wetland

development in the area. The researchers also analyzed the local residents' response to

wetland development. To get more detailed information about this study, researchers are

wörking with South East Asia Tourism in obtaining information on wetlands. The researcher

has distributed a questionnaire to achieve the objectives of the study. The results show that

many still do not know about wetlands in the area. This study helps the management of South

East Asia tourism in promoting the area.

V

Page 9: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

i

ii

iii - iv

v

Isi Kandungan Muka Surat

Bab 1

1.0 Pengenalan 1-2

1.1 Definisi 3-6

1.2 Latar Belakang Kajian 7 -14

1.3 Permasalahan Kajian 15 - 18

1.4 Objektif Kajian 19

1.5 Persoalan Kajian 19

1.5.1 Mengapa masyarakat lain tidak mengetahui mengenai 19 - 20 kewujudan wetland kampung belukar durian

1.5.2 Cara Untuk Membangunkan Kawasan Tersebut Menjadi 20 - 21 Kawasan Pelancongan?

1.5.3 Keistimewaan Kawasan Tersebut Sehingga Menjadi 21

Kawasan Pelancongan Dan Usaha Yang Dilakukan Oleh

Penduduk Sekitar Di Kawasan Tersebut?

1.5.4 Hipotesis 22 - 23

1.5.5 Non-Hipotesis 23 - 24

1.6 Kepentingan Kajian 25

1.6.1 Bagi Masyarakat : 26 - 27

1.6.2 Sumber Data Yang Diperolehi 27 - 28

1.6.3 Mahasiswa Dan Pelajar : 28 - 29

vi

Page 10: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

1.6.4 Pengkaji 29

1.7 Skop Kajian 30 - 31

1.8 Limitasi Kajian 32

1.8.1 Umur Responden 32

1.8.2 Masa Dan Waktu 32 - 33

1.8.3 Pencarian Bahan Rujukan 33 - 34

1.8.4 Kewangan 34

1.9 Lokasi Kajian 35-36

1.10 Kajian Metodologi 37

1.10.2 Data Primer 37

1.10.3 Data Sekunder 38

1.11 Kaedah Analisis Data 38

1.11.1 Kaedah Kuantitatif 39

1.12 Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Industri Pelancongan Di 39 - 42 Malaysia

1.13 Kepentingan Dan Sumbangan Industri Pelancongan Terhadap 42 - 43 Pembangunan Ekonomi Negara

1.14 Pembangunan Pelancongan 43 - 45

1.15 Agensi Yang Terlibat Dalam Pembangunan Negara 45 - 48

1.16 Komponen-Komponen Pembangunan Negara 48 - 50

1.17 Model-Model Pembangunan Pelancongan 50 - 53

1.18 Ringkasan Bab 1 54

vii

Page 11: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

Bab 2

2.0 Pengenalan

2.1 Pelancongan

2.1.1 Produk

2.1.2 Kraftangan

2.1.3 Warisan

2.1.4 Budaya

2.1.5 Kesenian

2.1.6 Promosi

2.2 Pelancongan Di Malaysia

2.2.1 Pelancongan Massa

2.2.2 Pelancongan Alternatif

2.3 Perancangan Pelancongan

56

56 - 63

63-64

64-65

66

66 - 70

70-71

71-74

74 - 77

77 - 78

79 - 80

80 - 83

2.3.1 Prinsip 5A Dalam Pembangunan Pelancongan 83

2.3.1.1 Akses (Access) 83

2.3.1.2 Tarikan (Attraction) 83

2.3.1.3 Aktiviti (Activity) 83 - 84

2.3.1.4 Penginapan (Accomodation) 84

2.3.1.5 Kemudahan (Amenities) 84

2.4 Pendekatan Perancangan Pelancongan 85 - 86

2.5 Prinsip-prinsip Pelancongan Mapan 86 - 87

2.6 Pelancongan Dari Segi Ekonomi, Pengurusan dan Pembangunan 87 - 88

2.7 Pelancongan Berasaskan Komuniti 89

2.8 Pelancongan Warisan Budaya 90 - 91

2.8.1 Masa Lapang (Rekreasi, Percutian, Kesihatan, Agama dan 92

viii

Page 12: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

Sukan

2.8.2 Perniagaan 92

2.8.3 Keluarga 92 - 93

2.8.4 Misi 93

2.8.5 Mesyuarat 93

2.9 Pelancongan Dari Segi Promosi, Warisan dan Seni 102 - 105

2.10 Ringkasan Bab 2 106

Bab 3

3.0 Pendahuluan 108

3.1 Kawasan Kajian 109

3.2 Fokus Kajian 110

3.3 Masa Kajian 110

3.4 Reka Bentuk Kajian 111

3.5 Populasi dan Sampel 112

3.5.1 Kaedah Persampelan 112

3.5.2 Kaedah Pengumpulan Data 112

3.5.3 Kaedah Kuantitatif 112 -113

3.5.4 Data Primer 113

3.5.4.1 Borang Soal Selidik 113 -114

3.5.4.1.1 Pembentukkan Borang Soal Selidik 114

3.5.4.1.2 Struktur Borang Soal Selidik 114 -119

3.5.4.2 Kerja Lapangan 120

3.5.4: 3 Pemerhatian 120

3.5.5 Data Sekunder 121

ix

Page 13: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

3.5.5.1 Perpustakaan

3.5.5.2 Penggunaan Internet

3.6 Instrumen Kajian

3.6.1 Borang Soal Selidik

3.6.2 Perisian Komputer

3.6.3 Kamera

3.7 Analisa Data

3.8 Limitasi Kajian

3.9 Ringkasan Bab

121- 122

122

123

123

123 -124

124

125

125 -127

128

BAB 4

4.0 PENDAHULUAN 154

CARTA PAI

4.1 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden mengikut 155 jantina

4.2 : Jumlah kekerapan responden mengikut tempat negeri asal 160 responden

4.3 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden mengikut status 161 perkahwinan

4.4 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dalam 165 pemeliharaan alam semulajadi

4.5 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dalam 166 penjagaan kebersihan air sungai

4.6 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dalam 169 pemeliharaan yang konsisten

4.7 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dalam 171 penjagaan kehidupan tumbuhan dan haiwan

4.8 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat 175

X

Page 14: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

meningkatkan taraf hidup masyarakat

4.9 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat memberi 177 peluang masyarakat dalam melibatkan diri dalam sektor pelancongan

4.10 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat menjana 182 pertambahan perusahaan, penginapan, pengangkutan dan lain- lain

4.11 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat 186 menaikkan taraf pengangkutan yang selesa

4.12 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat merasai 188 kepelbagaian makanan yang menyelerakan

4.13 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat merasai 190 pusat membeli belah yang moden

GRAF AREA

4.1 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden mengikut umur 156

4.2 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden mengikut etnik 158

4.3 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden mengikut gaji 162 bulanan mereka

4.4 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dalam mengisi 173 masa lapang dengan pelbagai aktiviti riadah

GRAF BAR

4.1: Jumlah kekerapan dan peratusan responden dalam 164 penjagaan kebersihan kawasan ekopelancongan

4.2 : Jumlah kekerapan dan peratusan pelancong dalam merasai 170 keindahan alam semula jadi

4.3 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dalam menjana 172 pertambahan flora dan fauna

4.4 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat 174 memperbaiki kualiti hidup

4.5 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat menjana 176 peluang pekerjaan masyarakat

XI

Page 15: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

4.6 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat memberi 178 pelbagai penambahan infrastruktur

4.7: Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat 180 memajukan industri kraf tangan

4.8 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat memberi 181 pengetahuan terhadap ekonomi semasa

4.9 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat 184 menikmati perkhidmatan hospitaliti bertaraf antarabangsa

4.10 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat 185 menambah infrastruktur yang moden

4.11 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat melihat 187 kepelbagaian kebudayaan dan kesenian

4.12 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat merasai 189 destinasi pelancongan yang menarik

4.13: Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat merasai 191 penginapan yang selesa

4.14 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat melihat 192 ekopelancongan yang menarik

GRAF LINE

4.1 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden mengikut 159 kehadiran responden bersama siapa

4.2 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden mengikut 163 pekerjaan

4.3 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dalam 168 pemeliharaan kehidupan yang ada dengan baik

4.4 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat 183 meningkatkan sistem ekonomi kapitalis

GRAF DONUT

4.1 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden mengikut tahap 157 pendidikan

4.2 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dalam 167 pemuliharaan alam semulajadi

xii

Page 16: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

4.3 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dalam 179 pembangunan ekonomi dalam perkhidmatan

4.4 : Jumlah kekerapan dan peratusan responden dapat melihat 193 peninggalan warisan sejarah yang menarik

RINGKASAN BAB 194

RANGKA KERJA 195

BAB 5

5.0 PENGENALAN 196

ANALISA TABURAN SILANG

5.1 : Analisa taburan silang antara responden ke sana dan 197 -198 penjagaan kebersihan ekopelancongan 5.2 : Analisa taburan silang antara responden ke sana dan 198 -199 pemeliharaan alam semulajadi 5.3 : Analisa taburan silang antara tahap pendidikan responden 199 - 200 dan kebersihan air sungai 5.4 : Analisa taburan silang antara jantina responden dan 201 pemuliharaan alam sekitar 5.5 : Analisa taburan silang antara umur responden dan 202 - 203 pemeliharaan alam semulajadi yang konsisten 5.6 : Analisa taburan silang antara umur responden dan 203 - 204 keindahan alam semula jadi 5.7 : Analisa taburan silang antara pekerjaan responden dan 204 - 205 perkhidmatan hospitaliti bertaraf antarabangsa 5.8 : Analisa taburan silang antara gaji responden dan pusat beli- 205 - 206 belah yang moden

5.1 RUMUSAN KAMAN 207

RINGKASAN KAJIAN 208 - 209

RANGKA KERJA BAB 5 210

RUJUKAN 212 - 218

LAMPIRAN 219 - 222

xiii

Page 17: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

Bab 1

Pendahuluan

1.0 Pengenalan

Pada Disember 2008, satu kajian yang telah dilakukan yang bertajuk Kajian Pembangunan

Produk Pelancongan Desa Wilayah KEJORA telah dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan

Johor Tenggara (KEJORA) melalui Tourism Planning Research Group, Fakulti Alain Bina,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian tersebut telah menemukan beberapa faktor

keunikkan dikawasan tersebut serta kajian tersebut telah menggariskan beberapa kampung

yang mempunyai produk pelancongan dan berpotensi dibangunkan sebagai sebuah kampung

pelancongan desa. Antara kampung yang terpilih untuk dijenamakan sebagai kampung

pelancongan desa ialah Kampung Belukar Durian yang terletak di Sedili Kechil.

Pada tahun 2009, Pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) sekali lagi telah

berjaya melaksanakan satu lagi kajian produk biodiversiti di Kampung Belukar Durian, Sedili

Kechil. Kajian tersebut telah dilaksanakan dengan kerjasama oleh Wetlands International.

Kajian tersebut telah menemukan pelbagai punca pelaksanaan pembangunan kawasan tersebut

dengan kehidupan di sekitar kawasan tersebut. Kawasan tersebut mempunyai pelbagai

keindahan alam seperti kehidupan haiwan, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan lain-lain lagi.

Pertemuan tersebut telah menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan kerana

kawasan tersebut berpotensi menarik minat pelancong untuk mengunjungi kawasan tersebut.

Hasil kajian tersebut yang telah dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji yang yang bekerjasama

dengan Wetland International telah berjaya membuktikan kawasan tersebut penuh dengan

keindahan alam yang boleh dijadikan sumber pembangunan kawasan tersebut, maka dengan

1

Page 18: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

kejayaan tersebut terhasillah sebuah buku yang bertajuk "Biodiversity Of The Sedili Kechil

Wetlands". Dalam penghasilan tersebut dapat ditunjukkan kepada pelancong luar mengenai

kawasan tersebut yang mempunyai pelbagai kehidupan serta sejarah lama di kawasan

tersebut. Kampung Belukar Durian ini terletak di dalam Mukim Sedili Kecil berhampiran

dengan sungai yang bersambung dengan keluasan bukit bakau dan laut besar. Kampung

Belukar Durian ini juga terletak di pinggir Sungai Sedili Kecil dan Sedili Besar. Sehubungan

itu, kajian ini dilaksanakan hampir di sepanjang sungai tersebut untuk mencari pelbagai

maklumat untuk dijadikan kawasan yang membangun dalam industri pelancongan yang

mempunyai pelabagai keindahan alam serta kehidupan yang berada sekitar kawasan tersebut.

Oleh kerana itulah ia disebut sebagai Sedili Kecil Wetlands Kampung Belukar Durian.

2

Page 19: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

1.1 Definisi

Suryabrata (1999) mentakriflcan bahawa tanggapan adalah bayangan yang tinggal dalam

ingatan setelah melakukan sesuatu perkara. Dari pendapat ini dapat difahami bahawa

yang dimaksud tanggapan adalah bayangan yang berupa kesan-kesan yang ada dalam

ingatan seseorang iaitu hasil dari perkara yang dilakukan terhadap suatu objek tersebut

sudah lepas dari ruang dan waktu perkara itu dilakukan, dalam erti perkara yang sudah

lepas atau sedang dilakukan. Ahmadi (2001) pula mentakriflcan dan berpendapat bahawa

tanggapan adalah gambaran dari perkara di mana objek yang dialami tidak lagi berada

dalam ruang dan waktu yang dilakukan. Jadi jika proses sesuatu perkara sudah berhenti

dan hanya tinggal kesan-kesannya sahaja, peristiwa demikian itu disebut dengan

tanggapan. Dari pendapat ini dapat diketahui bahawa timbulnya tanggapan berasal dari

perkara yang sudah berlaku terhadap suatu objek yang lepas.

Jonny (1993) mentakri&an bahawa penduduk adalah manusia yang terdiri daripada peribadi,

anggota keluarga, masyarakat, warga negara dan himpunan manusia yang bertempat tinggal di

suatu tempat dalam batas wilayah negara pada waktu tertentu. Srijanti (1995) pula

berpendapat bahawa penduduk adalah orang yang mendiami suatu tempat dalam wilayah

tertentu dengan tanpa melihat status kewarganegaraan yang diamalkan oleh orang tersebut.

Yani dan Rahmat (1997) berpendapat bahawa penduduk merupakan komponen yang sangat

penting dalam suatu wilayah atau negara. Penduduk adalah mereka yang bertempat tinggal

atau sebumbung di dalam suatu wilayah negara.

3

Page 20: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

Menurut Kartini (1996) yang menyatakan bahawa sekitar membawa maksud kepada

sekeliling sesuatu tempat dan lain-lain atau suasana di tempat itu yang dikelilingi oleh

tumbuh-tumbuhan. Menurut Azmi (1998) pula berpendapat bahawa maksud yang berlainan

iaitu segalanya di sekitar sesuatu atau di merata tempat di setiap arah dalam sesuatu keadaan,

diseluruh segala apa yang berlaku. Beliau juga berpendapat bahawa sekitar membawa kepada

sesuatu tempat dimana mempunyai suasana atau sekitar kawasan yang dikelilingi oleh sesuatu

benda.

Doswell (1997) mendefinisikan pelancongan sebagai aktiviti yang dilakukan oleh seseorang

individu iaitu dia keluar daripada persekitarannya dan tinggal di tempat lain untuk satu

tempoh masa tertentu bagi tujuan mencari ketenangan, perniagaan atau tujuan lain. Selain

daripada definisi pelancongan, definisi seterusnya ialah definisi pelancong. Mengikut World

Tourism Organization, pelancong merupakan `pelawat yang menetap sekurang-kurangnya

satu malam di tempat yang dilawati atau menggunakan kemudahan pelancongan' Frectling,

(1996). Mengikut World Tourism Organization (Frechtling, 1996), industri pelancongan

merupakan `set perusahaan, pertubuhan dan lain-lain organisasi yang aktiviti utamanya ialah

menyediakan barangan atau perkhidmatan kepada pelancong. Hal ini menunjukkan bahawa

perusahaan seperti perhotelan, perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan penyediaan

makanan dan perusahaan lain yang menyediakan perkhidmatan pelancongan merupakan

perusahaan yang saling bergantungan untuk membentuk industri pelancongan.

Hammer (1989) dahan basah buatan constructed wetland adalah sebuah daerah yang

dirancang dan dibuat oleh manusia, yang terdiri dari pelbagai jenis buatan yang timbul

mahupun tenggelam, kehidupan di darat dan air, yang menyerupai dahan basah alami (natural

4

Page 21: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

wetland) untuk dipergunakan dan dimanfaatkan bagi kepentingan manusia. Gelt (1997)

tumbuhan dan mikroorganisme merupakan komponen utama pada dahan basah yang

berfungsi sebagai pengolah air limpah, selain tumbuhan dan mikroorganisme pada dahan

buatan yang berskala besar membolebkan ia dijadikan sebagai tempat tinggal, tempat mencari

makan dan tempat berkembang atau membiak ikan dan burung air. Sistem olahan air sisa

yang terdiri daripada satu jasad air yang cetek yang ditanami tumbuh-tumbuhan rinting air

seperti kiambang untuk mengolah sisa. Istilah lain pula ialah kawasan lembap atau banjir di

sepanjang garis pantai, termasuk paya bakau, rawang, kawasan payau, teluk dan lagun serta

tergenang air pada sebahagian daripada tahun atau sepanjang tahun, tanah bancah

merangkumi rawang, rawa, tanah gambut dan paya bakau. la merupakan satu kawasan paya

bakau yang mempunyai sistem olahan yang strategik untuk hidupan-hidupan di sungai dan

tanaman pokok bakau merupakan kawasan perlindungan yang dijadikan sebagai benteng

untuk bencana alam.

Menurut Soemanto (1990) mendefinisikan kampung membawa maksud kawasan kampung

dalam daerah, kampung yang mempunyai lingkungan adat resam, kawasan yang mempunyai

kepercayaan, kawasan kampung di dalam pendalaman atau pelusok negeri. Sesuatu kawasan

pendalaman yang jarang dikunjungi atau kawasan yang sudah lama jauh dart bandar-bandar,

kawasan yang dikunjungi oleh anak-anak, saudara mara semasa perayaan. Kawasan

pendalaman atau kawasan yang sudah lama yang mempunyai penduduk orang-orang lama

yang mengamalkan cars hidup yang lama serta kawasan yang jauh dart bandar-bandar clan

mempunyai kesukaran untuk kebandar-bandar.

5

Page 22: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

Kamaruddin (2003) mendefinisikan belukar yang membawa maksud kawasan tanah yang

ditumbuhi oleh pohon-pohon kecil dan rendah, kayu-kayuan yang kecil dan rendah. kawasan

tanah yang lembap ditumbuhi pokok-pokok kecil, hutan kecil, hutan-hutan kecil yang sudah

menjadi rimba atau semak samun. Menurut pemahaman Amin (2004) membawa maksud

yang berlainan iaitu belukar adalah sesuatu kawasan yang semak samun yang ditakungi air

yang cetek serta kawasan yang mempunyai tumbuh-tumbuhan dan kawasan yang jarang

dimasuki oleh manusia.

Menurut Suhaiman (1998) mendefinisikan durian nama sejenis pokok atau buahnya yang

berkulit tebal dan berduri serta pokok yang mudah dicari dan buahnya sedap dimakan. Sejenis

pokok atau buah durian yang isinya berwarna kuning dan rasanya lebih sedap daripada isi-isi

durian yang lain. Menurut Kamal (2001) mentakrifkan sesuatu kawasan atau dusun buah-

buahan yang dipanggil sebagai raja buah. Buah durian juga mempunyai pelbagai jenis seperti

Musang King, Durian Tembaga, Durian Kacukan dan lain-lain lagi.

6

Page 23: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

1.2 Latar Belakang Kajian

Rajah I : Wetland Kampung Belutar Durian, Sedili Kechil

Tujuan kajian im dijalankan adalah untuk mengenalpasti kewujudan Wetland Kampung

Belukar Durian di Sedili Kechil terhadap inasyarakat sekitar di daerah Kota Tinggi dan

Negeri Johor, mengenai kewujudan Wetland Kampung Belukar Durian im yang juga

menipakan salah satu objektif pengkaji. Wetland merupakan satu perkara yang tidak asing

lagi di seluruh dunia yang ada di sesetengah kawasan. Sehubungan dengan itu, pengkaji

melibatkan masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar dalam menjalankan kajian dan

juga inerupakan sasaran pencapaian dalarn penilaian yang dijalankan. Pelbagai aktiviti

dijalankan bag] membantu masyarakat untuk memahami tentang wetland yang dibangunkan

untuk masyarakat serta kepentingan dalam pemilihan produk yang telah dibangunkan oleh

agensi yang terlibat. Sebagai contohnya, pihak berkuasa menyediakan altematif atau

kemudahan untuk orang awam untuk mendapat pelbagai aktiviti yang dapat diberikan kepada

masyarakat setempat dan dapat menaikkan nama tempat di mata masyarakat dengan

memhangunkan kawasan Wetland

7

Page 24: TANGGAPAN PENDUDUK SEKITAR TERHADAP PELANCONGAN … penduduk... · 2020. 2. 20. · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK i ii iii - iv v Isi Kandungan Muka

Kebanyakkan penduduk di kawasan itu mencari rezeki sebagai nelayan dan kewujudan

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Tanjung Sedili telah menjadi pemangkin

kepada industri perikanan di situ. Selain itu, ia turut terkenal sebagai pusat peranginan dengan

pelbagai pantai misainya pantai Teluk Mahkota, pantai Temalah dan pantai Sedili Kechil yang

terdapat di kawasan berkenaan. Majoriti penduduk di Tanjung Sedili adalah kaum Melayu

dengan keunikkan budaya hasil gabungan budaya orang melayu Johor dan Melayu

Terengganu yang berhijrah sebagai nelayan ketika zaman sebelum merdeka.

Menurut buku "Biodiversity Of 1'he Sedili Kechil Wetland' (2009) Sejarah penerokaan dan

pembukaan Kampung Belukar Durian berkait rapat dengan pembukaan Kampung Sedili

Kecil. Kampung Belukar Durian Sedili Kecil dikatakan telah dibuka oleh seorang tauke

berbangsa Cina yang bernama Jay Tee. Tauke tersebut merupakan tauke yang seorang

perternakan ikan di situ dan berniaga dikawasan tersebut dan mempunyai penetap dikawasan

tersebut sehingga menjadi kawasan perkampungan tersebut. Beliau dipercayai bemiaga di

perairan Sedili Besar yang pada ketika itu telah tercatat didalam peta. Oleh kerana

penduduknya yang sedikit, maka kampung itu telah diberi nama Kampung Sedili Kecil.

Kampung Sedili Kechil ini telah diterima dan diiktiraf oleh daerah Kota Tinggi sebagai

perkampungan di Sedili Kechil dan berkembang sehingga kini.

Pertambahan penduduk di Kampung di Sedili Kecil telah menyebabkan timbulnya idea baru

dalam kalangan penduduk untuk meneroka dan membuka petempatan baru yang sedia kala.

Penempatan baharu ini telah membuka pelbagai peluang dalam menjalankan pelbagai aktiviti

seperti pertanian, perniagaan, pertenakan dan lain-lain lagi. Diceritakan oleh penduduk

tempatan, pada ketika penerokaan kawasan tersebut sedang dilaksanakan, terjumpa sebatang8