TasaufRasulullah

download TasaufRasulullah

of 4

Transcript of TasaufRasulullah

  • 8/6/2019 TasaufRasulullah

    1/4

    TASAUF RASULULLAH SAW, PARA SAHABAT DAN AULIA ALLAHBandingan untuk mereka yang meremehkan Syariat

    --------------------------------------------------------------------------------

    Tercatat dalam Kitab Ilmu Tahqiq Manhalus Shofi Fi Bayaani Ahli-Ssufi peringatan

    yang sangat penting bagi mereka yang ingin memasuki dunia Tasauf sebagaimana berikut;Setengah daripada yang tidak dapat tidak(yakni WAJIB) bagi orang yang murid yanghendak berjalan kepada Allah Subhanahuwa Taala, jalan Ahlullah, iaitu bahawahendaklah melazimkan diri dengan "Adab Syariat" Nabi kita Muhammad SAW. Yakni dengan memelihara segala perkara yang disuruh dan yang ditegah. Kemudian masuk ia pada "Thoriqat Nabi kita SAW" yakni mengikut akan jalan yang dikerjakan oleh Nabi yang terdiri dari amal atas sekuasa-kuasanya. Tiadalah maqam yang terlebih(afdhal) daripada mengikut Nabi SAW pada perbuatannya, tegahnya, kelakuannya dan perangainya. Tiada dapat sampai kepada Allah melainkan dengan mengikut Nabi kita SAW kerana dialah Ariffin yang mengetahui dengan sesuatu yang menghampirkandirinya kepada Allah dan kepada redhoNya. Sesungguhnya telah berjalan Ia(Rasulu

    llah SAW) dengan Dia bagi dirinya dengan demikian jalan.

    Barangsiapa yang mengikut akan dia(Rasulullah SAW) padanya, maka tiada maqam yang terlebih afdhal daripada maqamnya. Setengah daripadanya dapat kasih Allah Taala seperti firman Allah Taala;

    "Katakanlah olehmu ya Muhammad! Jika ada kamu kasih akan Allah, maka ikut olehkamu sekalian akan daku nescaya dikasih akan kamu oleh Allah Taala"

    Wali Qutub Sheikh Abi Madyan r.a ada membuat peringatan ini dalam Kitab Hikamnya;

    "Diharamkan mereka itu sampai kepada Allah kerana meninggalkan mengikut"Thoriqat

    Muhammadiyah" (yakni Sunnah Rasulullah SAW) dan berjalan mereka itu dengan keinginan mereka".

    Demikianlah dasar yang menjadi intipati sandaran para pendokong Ilmu Sufiah, tidak sama sekali berenggang jauh dengan petua dan amalan-amalan yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW. Sejarah telah membuktikan akan keluhuran dan ketinggianperibadi Rasulullah SAW, para sahabat-sahabat yang keistimewaan dan kekuatan jiwa dan ruh Islam yang hakiki mengalahkan tamadun-tamadun yang sebelum itu, semasa itu dan selepas itu dan "isme-isme" yang ada sekarang ini.

    "Dan apa-apa yang telah mendatang ia akan kamu oleh Rasulullah itu maka ambil oleh kamu dan apa-apa yang menegah ia akan kamu, maka berhentilah oleh kamu jang

    an dikerjakan". (Al-Hasyr: 09)

    Tulisan ini adalah sebagai lanjutan dari bicara mengenai Tasuaf dan maksud bertasauf. Di samping itu juga ia adalah merupakan usaha untuk mengheningkan kebingungan golongan yang mendakwa diri mereka pengamal tasauf sedangkan mereka telahtertipu dan terpedaya oleh syaitan laknatullah kerana meremeh-remehkan syariatmalah ada yang sampai ke tahap membuang terus kemuliaan syariat ini semata-mataberalasan bila sudah berada dipuncak, segala hukum dan tuntutan syariat tidak boleh dipakai. Mereka bukan sahaja tergelincir dari "jalan yang benar" malah boleh menyebabkan orang awam(kebanyakan orang ramai) akan menjadi keliru dan turutterjebak dalam golongan yang suka saya gelarkan "Tasauf Pinggiranr".

    Marilah sama-sama kita perhatikan bagaimana Tasauf membayangi kehidupan Rasulull

    ah.

    Mula hidupnya dengan mempelajari rahsia dan hikmah alam dengan bersunyikan diri

  • 8/6/2019 TasaufRasulullah

    2/4

    diri Gua Hira' sehingga menjadi Rasul. Rasulullah sangat kuat bertahajud, beristigfar, berzikir, sembahyang hingga bengkak kakinya kerana lama berdiri Qiyam.Rasulullah menangis kerana takutkan TuhanNya. Rasulullah menunjukkan kepada A

    bu Hurairah rupa dunia yang kotor ini dengan contoh satu lopak yang bertimbun-timbun bangkai manusia dan binatang dan barang buruk buangan. Semua ini terang dalam hadis yang shohih.

    Rasululah mengibaratkan dunia ini tidak pun bernilai timbangannya seberat sayapnyamuk.

    Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman; "Aku di sisi orang-orang yang pecah remuk redam hatinya"

    Rasulullah tidur di atas tikar yang kasar. Badannya berlarik bekas tikar itu dikedua lambungnya hingga menangis Sayyidina Omar Al-Khattab dengan keadaan Nabiitu.

    Asas pembinaan peribadi yang luhur dengan ketaatan yang tinggi terhadap Allah Taala ini telah diwarisi oleh sahabat-sahabat baginda. Tiap-tiap seorang muslim p

    ada zaman Rasulullah jadi Abid dengan hidup cara tasauf dalam kecergasan tabie semulajadi.

    Sahabat-sahabat Nabi itu memandang dunia sebagai Rasulullah memandang dunia dengan rendahnya dan bersedia menghadap akhirat semata-mata kerana Allah. Kerana ringan dan murahnya nilai dunia ini, maka mudah sahaja dijijak dan diperhambakanhingga mereka menguasai dunia ini dan dengan dunia yang diperhambakan itu mereka membeli dan berjaya memenangi akhirat. Maka menguasai dunia untuk dijadikan tunggangan ke akhirat. Sekali-kali tidak ada peluang diberikan kepada dunia itumenakluki mereka atau mengatasi mereka. Kerana itu mereka berjaya di dunia dandi akhirat iaitu terus menang dlam jihad mereka.

    Abu Bakar, bila beribadat kerana takut kepada Allah hingga bernyawa seperti jan

    tung terbakar. Beliau membaca Al-Qur'an sepanjang malam; termakan makanan syubhat termuntah-muntah. Dalam satu peperangan Abu Bakar menyerahkan semua hartakekayaannya kepada Rasulullah kerana memenuhi seruan jihad. Inilah jiwa tasaufyang terpancar pada Abu Bakar Al-Siddiq.

    Omar Ibni Al-Khattab yang menghancurkan Empayar Rum dan Parsi, menguasai timurdan barat yang bertamadun zaman itu penuh dengan kekayaan harta dan perbendaharaan; ia kerap makan tidak berlauk, bajunya bertampal 12 tampal, lambat satu hari ke masjid hingga tertunggu-tunggu jamaah yang hendak beriman akan dia. Bertanya sahabatnya; "Kenapakah lambat ya Amirul Mukminin?" Sahutnya; "Aku membasuh kain(dan tunggu hingga kering) tak ada kain lain". Inilah ruh Tasauf yang menjelma melalui Omar Ibni Al-Khattab.

    Sayyidina Ali bin Abi Talib lebih lagi daripada Sayyidina Oma waraknya. Suatu hari dengan penatnya dia keluar mencari upah tetapi tidak berhasil. Bila balikdidapatinya tersedia tiga biji tamar. Oleh kerabna sudah sehari suntuk tidak makan, tetapi bila ia hendak menyuap tamar yang ada di rumah itu teringat ia tidak tahu tamar siapa? hingga isterinya Fatimah menerangkan itu memang disimpankanuntuknya. Baru ia hendak menyuap, tiba-tiba terdengar oorang memberi salam dan berkata; "Saya orang miskin kelaparan. Kerana Allah ..Ya Ali!!! berilah sayamakanan". Tidak jadi ia menyuap makanan itu lalu diberikan kepada si miskin itu.

    Bila akan menyuap yang kedua terdengar lagi satu salam dan menyeru; "Ya Ali....saya anak yatim. Kerana Allah berilah saya makan kerana sangat lapar". Tidak

    jadi dimakannya tamar yang kedua itu lalu diberikan tamar itu.

    Baru hendak menyuap yang ketiga, datang pula seorang lelaki. "Ya Ali...saya seo

  • 8/6/2019 TasaufRasulullah

    3/4

    rang yang merana. Kerana Allah berilah saya makan". Tamar yang akhir itu terusdiberianya, tinggallah ia dengan kelaparan demi kerana Allah.

    Pada hari wafatnya berpuluh-puluh janda meraung menangis hingga gempar dan hairan orang melihatnya. Bila ditanya kepada janda-janda itu?, jawab mereka:

    "Tumbanglah harapan kami, putuslah pergantungan kami, kerana selama ini Ali la

    h yang menanggung dan menyara kehidupan kami" Tegasnya dalam sulit, tiada dengan tahu sesiapa Ali menolong janda-janda itu, Ali miskin kerana kesenangan orang lain. Inilah kemurniaan Tasauf yang bergemilapan pada peribadi Sayyidina Alibin Abi Talib.

    Abu Ubaidah bin Jarah, pahlawan Islam, pembuka dunia baru mengembangkan Islam,jadi Raja(Amir) di Syam negeri yang mewah makmur dengan kekayaan. Manakala Um

    ar melawat Syam dan bila masuk ke istana tiada kelihatan apa-apa benda kecualisebiji pinggang dan sehelai tikar. Umar pun menangis kerana kasihan dan sedihkan nasib Abu Ubaidah yang menderita dalam negeri yang mewah. Memandangkan hal itu, Abu Ubaidah berkata;

    "Ya Amirul Mukminin, adakah tuan menangiskan nasib saya sedangkan saya telah menjaulkan dunia saya untuk membeli akhirat".

    Generasi seterusnya terus mewarisi pesaka keluhuran budi dan ketinggian ubudiyahini denganMelazimi dan mengekali wirid harian untuk mendapat Warid,

    Imam Ali bin Hussin r.a sembahyang sunat sebanyak 1,000 rekaat sehari semalam.

    Aulia Allah Daud Al-Thoni tidak mengunyah makanannya tetapii direndamnya dalam ayer dan menelannya. Apabila ditanya kenapa beliau berbuat begitu, beliau menjawab, untuk menjimatkan masa kerana masa itu saya gunakan membaca al-Qur'an.

    Sheikh Junaid Al-Bagdadi menegaskan: " Apa yang aku dapat dalam bidang kerohanian adalah melalui tiga perkara: Pertama - menjauhkan dunia; Kedua - puasa; Ketiga - berjaga sepanjang malam.

    Beliau berkata lagi Kesufian itu ialah lari dari dunia menuju Allah dan berada sentiasa dalam ibadat, carilah kesufian itu dalam diri sendiri

    Sejarah Wali Allah Abu Hassan al-Khorkhoni mencatatkan selama 30 tahun dia tidaktidur malam.

    Mansur bin 'Amar berkata; Kebersihan hati dicapai dengan empat latihan: bercampur dengan Aulia Allah, mengaji al-Qur'an, sembahyang di waktu malam, mengeluarkan air mata pada masa sembahyang.

    Imamiyah Tasauf Sheikh Junaid Al-Baghdadi, pada waktu menerangkan tujuan Shufi,mengatakan, "Kami tidak mengambil Tasawwuf ini difikiran dan pendapat orang,tetapi kami ambil dari dari menahan lapar dan menahan kecintaan kepada dunia,meninggalkan kebiasaan kami sehari-hari mengikuti segala yang diperintahkan danmeninggalkan segala yang dilarang."

    Jelasnya dan nyata sekali kini, bahawa Ilmu Tasauf ini bukanlah semata-mata ilmu yang hanya bermain-main dengan kata-kata hakikat atau makrifat yang dijadikantopik perbualan di kedai-kedai kopi dengan meremeh-remeh dan mempersendakan syariat. Ianya adalah sesuatu yang "besar" melebihi jangkaun fikiran. Hayatilah catatan pengalaman Hujjatul Islam Imam Ghazali ini yang tercatat dalam Kitabnya M

    inhajul 'Abidin sebagai satu rumusan mengenai Tasauf ini

    Ketahuilah .....Hal ibadat telah cukup kami fikirkan, telah pula kami teliti jal

  • 8/6/2019 TasaufRasulullah

    4/4

    annya dari awal hingga tujuan akhirnya yang diidam-idamkan oleh para penempuhnya(abid/salik/ilmuan). Ternyata suatu jalan yang amat sukar, banyak tanjakan-tanjakannya(pendakiannya), sangat payah dan jauh perjalanannya, besar bahayanya dan tidak sedikit pula halangannya dan rintangannya, samar di mana tempat celaka danakan binasa, banyak lawan dan penyamunnya, sedikit teman dan penolongnya.

    Bayangan salah satu tempat celaka dan binasa ini boleh diambil iktibar dari kisa

    h Sultanul Aulia Sheikh Abdul Qadir Jailani yang pada satu masa berada di dalamhutan tanpa makanan dan minuman beberapa lama. Tiba-tiba datang awan, lalu turun hujan. Dapatlah Sheikh itu menghilangkan dahaganya. Dengan tdak semena-mena datang satu lembaga yang bersinar tidak jauh dari situ dan lembaga itu berkata, "Aku ini Tuhan kamu. Sekarang ini aku halalkan segala yang haram untuk kamu". Mendengar itu Sheikh Abdul Qadir pun membaca; "A 'uzubillahi minassyathonirrajim". Lembaga itu bertukar jadi awam lalu berkata, "Dengan ilmumu dan rahmatAllah kamu telah terselamat dari tipu helahku" Kemudian syaitan itu bertanya kepada beliau bagaimana dia boleh mengenal syaitan itu dengan segera. Jawab Sheikh Abdul Qadir, bahawa apabila syaitan itu mengatakan yang ia menghalalkan yangharam, maka dengan serta-merta ia tahu bahawa bukan datang dari Allah Taala kerana Allah tidak menghalalkan segala yang haram.

    Wallahu ta'ala a'lam.......

    9.00 am 03.01.2000 / 26 Ramadhan 1420

    Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu iniLAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH