Task ~ falsafah pendidikan negara

3
Falsafah Pendidikan Kebangsaan antara lain bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Bincangkan: Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia . Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi j asmani , emosi, rohani dan intelektual . Falsafah ini digubal pada 1988 oleh pakar-pakar pendidikan. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 1. Apakah yang anda faham dengan maksud ‘jasmani, emosi, rohani dan intelek’ dari segi konteks pendidikan dan pengajaran? a) JASMANI Menurut Muhamad Mahyudin Nafis, 2007 jasmani merupakan badan dan diri untuk bertapaknya kecerdasan intelektual,rohani dan emosi. Secara ringkasnya kecerdasan jasmani bagi seseorang itu wujud apabila dia mampu menjaga rehat yang cukup, makan yang seimbang dan riadah. Dalam aspek pendidikan, guru mestilah menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal dengan mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial para pelajar. Bukan itu sahaja, guru juga perlu menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memberi manfaat kepada para pelajar. b) EMOSI Perkataan emosi mempunyai definisi yang amat luas dan kompleks. Emosi mempunyai maksud yang lebih luas daripada perasaan. Oleh itu, pelbagai teori telah dikeluarkan untuk menerangkan maksud emosi. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi didefinisikan sebagai satu set kompleks yang mempunyai interaksi antara subjektif dan objektif di mana sistem neural dan hormonal menjadi pengantarnya. Subjektif selalunya dipengaruhi oleh kepercayaan seseorang berdasarkan fakta sebenar manakala objektif ialah fakta atau situasi yang mempengaruhi keputusan sesuatu.

description

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Falsafah ini digubal pada 1988 oleh pakar-pakar pendidikan

Transcript of Task ~ falsafah pendidikan negara

Page 1: Task ~ falsafah pendidikan negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan antara lain bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Bincangkan:

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Falsafah ini digubal pada 1988 oleh pakar-pakar pendidikan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara.

1. Apakah yang anda faham dengan maksud ‘jasmani, emosi, rohani dan intelek’ dari segi konteks pendidikan dan pengajaran?

a) JASMANIMenurut Muhamad Mahyudin Nafis, 2007 jasmani merupakan badan dan diri untuk bertapaknya kecerdasan intelektual,rohani dan emosi. Secara ringkasnya kecerdasan jasmani bagi seseorang itu wujud apabila dia mampu menjaga rehat yang cukup, makan yang seimbang dan riadah. Dalam aspek pendidikan, guru mestilah menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal dengan mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial para pelajar. Bukan itu sahaja, guru juga perlu menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memberi manfaat kepada para pelajar.

b) EMOSIPerkataan emosi mempunyai definisi yang amat luas dan kompleks. Emosi mempunyai maksud yang lebih luas daripada perasaan. Oleh itu, pelbagai teori telah dikeluarkan untuk menerangkan maksud emosi. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi didefinisikan sebagai satu set kompleks yang mempunyai interaksi antara subjektif dan objektif di mana sistem neural dan hormonal menjadi pengantarnya. Subjektif selalunya dipengaruhi oleh kepercayaan seseorang berdasarkan fakta sebenar manakala objektif ialah fakta atau situasi yang mempengaruhi keputusan sesuatu. Setiap individu mempunyai emosi sendiri. Terdapat banyak jenis emosi asas manusia yang kerap dirasai oleh kita. Dalam konteks ini, guru perlu bijak mengawal emosi ketika sesi pengajaran supaya guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada para pelajar sekali gus dapat menarik minat dan perhatian para pelajar untuk menerima ilmu yang disampaikan. Selain itu, guru perlu peka terhadap emosi semasa para pelajar. Jika kedua-duanya seimbang barulah suasana pembelajaran yang efektif tercetus.

Page 2: Task ~ falsafah pendidikan negara

c) ROHANIKerohanian atau rohani dalam maksud terhad merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik. Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan baharulah kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan undang-undang. Rohani yang sempurna selalu juga dikaitkan dengan aktiviti beragama individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu. Unsur rohani yang baik perlulah ada dalam diri setiap guru supaya sikap jujur dan amanah sentiasa dipegang ketika melaksanakan tugas. Selain itu, guru juga perlu mengambil sedikit ruang untuk menyentuh tentang hal keagamaan supaya para pelajar tidak leka dan alpa tentang kepentingan berpegang kepada agama.

d) INTELEKIntelek ialah kemampuan daya berfikir, memahami dan menganalisis. Dalam konteks pendidikan, unsur intelek menekankan kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain itu, setiap individu mestilah sentiasa berusaha untuk mengembangkan lagi ilmu yang benar. Unsur intelek juga ialah berkemahiran dalam berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Dalam konteks ini, guru perlu peka terhadap para pelajar yang masih belum menguasai kemahiran 3M dan memberikan tumpuan kepada mereka supaya mereka tidak ketinggalan dan berada setaraf dengan pelajar yang lain.

2. Bagaimanakah faktor jasmani, emosi, rohani dan intelek boleh diukur dalam pengajaran guru dan pembelajaran pelajar?

a) JASMANIAktiviti kokurikulum ertinya apa-apa aktiviti yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Dengan itu, guru-guru dapat mengukur perkembangan jasmani para pelajar melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Antara aspek yang boleh dijadikan kayu pengukur ialah dari segi sukan yang diceburi, daya kepimpinan, kebolehan menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan. Jika guru mendapati para pelajar tidak mengalami sebarang masalah dalam aspek tersebut, maka para pelajar dianggap Berjaya mengembangkan aspek jasmani yang disampaikan oleh guru.

b) EMOSI Faktor kecerdasan emosi dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi pembelajaran seseorang pelajar. Justeru itu ia akan membawa implikasi terhadap pencapaian akademik mereka. Umumnya pencapaian akademik yang cemerlang sering dikaitkan dengan kecerdasan pelajar yang tinggi sedangkan aspek emosi tidak diberikan penekanan sewajarnya. Walau bagaimanapun, ahli psikologi telah menyedari akan kepentingan peranan kecerdasan emosi pelajar dalam menjayakan pencapaian akademik mereka. Keberhasilan aspek emosi dapat diukur apabila para pelajar dapat mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Jelaslah di situ para guru telah berjaya mengawal emosi para pelajar dan dapat mengenepikan emosi negatif dalam diri para pelajar.

c) ROHANIAspek ini penting dalam diri setiap pelajar mahupun guru itu sendiri. Seperti yang diketahui umum, aspek ini sangat menekankan ilmu agama. Kejayaan seorang guru dalam menghasilkan para pelajar yang memiliki pegangan agama dan nilai positif dapat memberi bekalan kepada mereka bukan sahaja ketika di bangku sekolah malahan sepanjang hayat. Hal ini dapat menjadikan mereka insan yang berpekerti mulia dan dipandang tinggi masyarakat.

Page 3: Task ~ falsafah pendidikan negara

d) INTELEKAspek intelek dapat diukur apabila para pelajar dapat menguasai kemahiran 3M ,iaitu menulis, mengira, dan membaca. Para guru perlu peka terhadap perkembangan para pelajar dalam aspek ini. Aspek ini dapat dilihat apabila pelajar melibatkan diri dalam satu perbincangan di dalam kelas tanpa berasa rendah diri. Seterusnya, para guru perlu bijak merancang aktiviti pembelajaran yang akan datang berpandukan kemampuan individu. Hasilnya, tidak akan ada pelajar yang keciciran dalam ilmu yang disampaikan oleh guru.