Taubatnya Seorang Pembunuh

2
Taubatnya Seorang Pembunuh Dari Abu Said, Saad bin Malik bin Sinan al-Khudzri bahawa Rasulullah SAW bersabda; Hiduplah seorang lelaki di suatu masa sebelum kamu, ia telah membunuh 99 jiwa, lalu ia bertanya kepada orang yang paling alim dari penduduk suatu negeri dan disarankan agar ia menanyakan tentang perkara tersebut pada seorang rahib. Ia pun mendatangi dan menanyakannya. Si Rahib menjawab bahawa taubatnya tidak dapat diterima. Ia pun marah dan dibunuhlah si Rahib itu, sehingga genaplah seratus orang yang telah di bunuh. Namun niatnya bertaubat tetap teguh. Maka kembalilah ia kepada orang yang paling alim untuk meminta petunjuk kepada siapakah ia harus menanyakan masalah taubatnya. Lalu ditunjukkan kepada seorang lelaki pintar, ia pun berjumpa kepadanya dan menceritakan segala perbuatannya, yakni membunuh nyawa seratus orang, tetapi ia ingin bertaubat, Apakah mungkin taubatnya masih boleh diterima? Orang itu menjawab ; Ya diterima. Siapakah yang menghalangi taubat seorang hamba? Sekarang saya anjurkan agar engkau meninggalkan dari negerimu yang buruk itu dan berhijrah ke sebuah negeri yang berpenduduk orang-orang soleh dan ahli ibadat kepada Allah SWT, agar engkau dapat beribadat bersama mereka.Ia pun segera meninggalkan negerinya. Dalam separuh perjalanan menuju negeri itu, datang ajal menjemputnya. Maka bersilang pendapatlah dua malaikat, malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat berkata : Ia datang dengan niat bertaubat sepenuh hatinya .

description

TAUBAT SEORANG HAMBA

Transcript of Taubatnya Seorang Pembunuh

Page 1: Taubatnya Seorang Pembunuh

Taubatnya Seorang Pembunuh

Dari Abu Said, Saad bin Malik bin Sinan al-Khudzri bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Hiduplah seorang lelaki di suatu masa sebelum kamu, ia telah membunuh 99 jiwa, lalu ia bertanya kepada orang yang paling alim dari penduduk suatu negeri dan disarankan agar ia menanyakan tentang perkara tersebut pada seorang rahib. Ia pun mendatangi dan menanyakannya. Si Rahib menjawab bahawa taubatnya tidak dapat diterima. Ia pun marah dan dibunuhlah si Rahib itu, sehingga genaplah seratus orang yang telah di bunuh.

Namun niatnya bertaubat tetap teguh. Maka kembalilah ia kepada orang yang paling alim untuk meminta petunjuk kepada siapakah ia harus menanyakan masalah taubatnya. Lalu ditunjukkan kepada seorang lelaki pintar, ia pun berjumpa kepadanya dan menceritakan segala perbuatannya, yakni membunuh nyawa seratus orang, tetapi ia ingin bertaubat, Apakah mungkin taubatnya masih boleh diterima?

Orang itu menjawab ;”Ya diterima. Siapakah yang menghalangi taubat seorang hamba? Sekarang saya anjurkan agar engkau meninggalkan dari negerimu yang buruk itu dan berhijrah ke sebuah negeri yang berpenduduk orang-orang soleh dan ahli ibadat kepada Allah SWT, agar engkau dapat beribadat bersama mereka.”

Ia pun segera meninggalkan negerinya. Dalam separuh perjalanan menuju negeri itu, datang ajal menjemputnya. Maka bersilang pendapatlah dua malaikat, malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat berkata : “Ia datang dengan niat bertaubat sepenuh hatinya”.

Page 2: Taubatnya Seorang Pembunuh

Malaikat Azab pun membantah :”Tetapi ia belum melakukan kebajikan sama sekali”.

Maka datanglah malaikat dalam bentuk manusia yang bertindak sebagai halim dalam memutuskan perkara kedua-dua malaikat tersebut. Si hakim menganjurkan agar setiap malaikat mengukur, dengan bumi (tempat) manakah mayat tersebut lebih dekat, maka bumi (tempat) yang lebih dekat dengannya adalah miliknya. Setelah di ukur, ternyata simayat lebih dekat dengan tempat tujuannya,iaitu yang dihuni oleh orang-orang soleh,beerti ia termasuk mereka. Maka Malaikat rahmatlah yang berhak membawanya.

(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Dalam riwayat lain diterangkan, selisih jarak antara kedua negeri itu hanya satu jengkal, sungguhpun demikian ia masuk bumi (tempat) yang baik, kerana ia lebih dekat dengannya.

Sebuah riwayat dalam kitab sahih juga menyebutkan ;

"Maka Allah SWT mewahyukan kepada bumi yang buruk agar menjauh dan pada bumi yang baik agar mendekat. Lalu diperintahkan agar mengukur jaraknya, sehingga didapati ia lebih dekat pada bumi yang baik selisih satu jengkal dan ampunilah dia".

Tidak diragukan lagi bahawa pintu taubat sentiasa terbuka kepada sesiapa saja yang ingin bertaubat.

Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."