tazkirah jumaat.doc

3
7/21/2019 tazkirah jumaat.doc http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-jumaatdoc 1/3 NASIHAT TENTANG KUBUR Abdul Haq Al-Isybily rahimahullah berkata, 'Hendaknya orang yang masuk ke kuburan membayangkan bahawa dirinya telah mati. Telah menyusul orang-orang yang dikubur sebelumnya, dan bahawa dia memerlukan amal sebagaimana yang diperlukan oleh mereka, ia menyukai apa yang mereka suka, ingin mendatangkan apa yang ingin mereka datangkan, ingin menimbun apa yang ingin mereka timbun. Lalu hendaknya ia membayangkan tentang berubahnya warna kulit mereka, berserakannya anggota badan mereka. Hendaknya pula ia membayangkan keadaan mereka. Betapa baru saja ia bercengkerama dengan mereka, lalu tiba-tiba ia menjauh bahkan ngeri untuk sekadar melihat keadaan mereka. Lalu hendaknya ia merenungkan tentang terbelahnya bumi dan dibangkitkannya ahli kubur. Merenungkan tentang keluarnya setiap orang dari kuburnya dalam keadaan tanpa alas kaki, telanjang dan tanpa disunat. Semua sibuk dan panik dengan urusannya sendiri. 'Wahai, mengapa aku melihatmu begitu asyik dengan kehidupan dunia. Wahai orang yang berlindung di balik tembok rumah-rumah megah. Tidak ada tempat lain selain kuburan tempat tinggalmu. Hari ini engkau bermegah-megahan dan menghias diri. Tetapi esok, engkau akan diusung ke kuburan, dibalut hanut dan kain kafan. Maka wahai engkau, bersegeralah bertaubat kepada Rabbmu. Jalan itu masih mungkin sekali bagimu. Palingkanlah hawa nafsumu kerana takut kepada Rabbmu, dalam keadaan sunyi atau ramai, selalu jagalah dirimu.' Penyair lain berkata: "Aku menyaksikan, jika orang kaya raya meninggal dunia, maka dibangun diatas kuburnya bangunan megah. Mereka tetap sahaja ingin menyombongi orang-orang miskin hingga dikuburan. Demi Allah,  jika engkau menyingkap tanah dari mereka. Tentu tak engkau kenali lagi mana yang miskin dan mana yang kaya. Tidak akan kau kenali mana kulit yang berpakaian sutera dan mana yang berbalut kain biasa. Jika tanah telah memakan jasad ini dan itu, adakah kelebihan si kaya dari si miskin?" Muhammad bin Shabih berkata, 'Telah sampai berita kepada kami bahawa seseorang telah diletakkan di kuburannya, lalu disiksa atau mendapatkan sesuatu yang dibenci, maka tetangganya dari orang-orang yang telah meninggal sebelumnya berkata kepadanya, 'Wahai orang yang baru datang dari dunia, tidakkah engkau mengambil pelajaran daripada kami?  Tidakkah engkau merenungkan tentang kematian kami yang mendahuluimu? Bukankah engkau mengetahui bahawa amal kami telah terputus, sementara engkau masih diberi tempoh waktu? Mengapa tidak engkau kejar apa yang tidak diperolehi oleh saudara-saudaramu? FITNAH KUBUR Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di kuburan? Tidakkah engkau tahu, bahwa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama dan orang-orang sholeh menangis. "Suatu hari pasti aku tinggalkan tempat tidurku (dunia), dan ketenangan pun menghilang dariku. Berada di kuburan pada malam pertama, demi Allah, katakanlah kepadaku, apa yang terjadi di sana?"

Transcript of tazkirah jumaat.doc

Page 1: tazkirah jumaat.doc

7/21/2019 tazkirah jumaat.doc

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-jumaatdoc 1/3

NASIHAT TENTANG KUBUR

Abdul Haq Al-Isybily rahimahullah berkata, 'Hendaknya orang yang masuk ke kuburan

membayangkan bahawa dirinya telah mati. Telah menyusul orang-orang yang dikubur sebelumnya, dan

bahawa dia memerlukan amal sebagaimana yang diperlukan oleh mereka, ia menyukai apa yang

mereka suka, ingin mendatangkan apa yang ingin mereka datangkan, ingin menimbun apa yang ingin

mereka timbun. Lalu hendaknya ia membayangkan tentang berubahnya warna kulit mereka,berserakannya anggota badan mereka. Hendaknya pula ia membayangkan keadaan mereka. Betapa

baru saja ia bercengkerama dengan mereka, lalu tiba-tiba ia menjauh bahkan ngeri untuk sekadar

melihat keadaan mereka. Lalu hendaknya ia merenungkan tentang terbelahnya bumi dan

dibangkitkannya ahli kubur. Merenungkan tentang keluarnya setiap orang dari kuburnya dalam

keadaan tanpa alas kaki, telanjang dan tanpa disunat. Semua sibuk dan panik dengan urusannya sendiri.

'Wahai, mengapa aku melihatmu begitu asyik dengan kehidupan dunia. Wahai orang yang berlindung

di balik tembok rumah-rumah megah. Tidak ada tempat lain selain kuburan tempat tinggalmu. Hari ini

engkau bermegah-megahan dan menghias diri. Tetapi esok, engkau akan diusung ke kuburan, dibalut

hanut dan kain kafan. Maka wahai engkau, bersegeralah bertaubat kepada Rabbmu. Jalan itu masih

mungkin sekali bagimu. Palingkanlah hawa nafsumu kerana takut kepada Rabbmu, dalam keadaan

sunyi atau ramai, selalu jagalah dirimu.'

Penyair lain berkata:

"Aku menyaksikan, jika orang kaya raya meninggal dunia, maka dibangun diatas kuburnya bangunan

megah. Mereka tetap sahaja ingin menyombongi orang-orang miskin hingga dikuburan. Demi Allah,

 jika engkau menyingkap tanah dari mereka. Tentu tak engkau kenali lagi mana yang miskin dan mana

yang kaya. Tidak akan kau kenali mana kulit yang berpakaian sutera dan mana yang berbalut kain

biasa. Jika tanah telah memakan jasad ini dan itu, adakah kelebihan si kaya dari si miskin?"

Muhammad bin Shabih berkata, 'Telah sampai berita kepada kami bahawa seseorang telah diletakkandi kuburannya, lalu disiksa atau mendapatkan sesuatu yang dibenci, maka tetangganya dari orang-orang

yang telah meninggal sebelumnya berkata kepadanya, 'Wahai orang yang baru datang dari dunia,

tidakkah engkau mengambil pelajaran daripada kami?

 

Tidakkah engkau merenungkan tentang kematian kami yang mendahuluimu? Bukankah engkau

mengetahui bahawa amal kami telah terputus, sementara engkau masih diberi tempoh waktu?

Mengapa tidak engkau kejar apa yang tidak diperolehi oleh saudara-saudaramu?

FITNAH KUBUR

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di kuburan?

Tidakkah engkau tahu, bahwa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para

ulama dan orang-orang sholeh menangis.

"Suatu hari pasti aku tinggalkan tempat tidurku (dunia), dan ketenangan pun menghilang dariku.

Berada di kuburan pada malam pertama, demi Allah, katakanlah kepadaku, apa yang terjadi di sana?"

Page 2: tazkirah jumaat.doc

7/21/2019 tazkirah jumaat.doc

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-jumaatdoc 2/3

Kerana untuk senantiasa mempersiapkan malam tersebut, diceritakan bahwa Rabi' bin Khutsaim

menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur

tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke

dunia, seraya membaca ayat:

"Ya Rabbku, kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal sholeh terhadap apa yang telah

kutinggalkan (dahulu)." Al-Mu'minun: 99-100

Kemudian ia menjawab sendiri, 'Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'. Dan kerananya

ia didapati pada hari-hari setelahnya senantiasa dalam keadaan ibadah dan takwa kepada Allah.

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal

menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di

dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api

Neraka di Hari Kiamat nanti? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan

hausnya di hari penyesalan?

SEBAB SIKSA KUBUR

Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa siksa kubur ditimpakan kerana berbagai

macam dosa dan maksiat, di antaranya:

01. Melaga-lagakan dan mengampu.

02. Tidak beristinjak sehabis buang air kecil.

03. Sholat tanpa bersuci.

04. Berdusta.05. Melalaikan dan malas mengerjakan sholat.

06. Tidak mengeluarkan zakat.

07. Zina

08. Mencuri

09. Berkhianat

10. Menfitnah sesama umat Islam

11. Makan riba

12. Tidak menolong orang yang dizalimi

13. Minum khamar ( tuak, minuman keras )

14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki

15. Membunuh16. Mencaci sahabat

17. Mati dalam keadaan membawa bid'ah.

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah selanjutnya berkata, 'Ketika keadaan manusia banyak yang

melakukan dosa-dosa di atas, maka kebanyakan ahli kubur adalah dalam keadaan disiksa. Dan orang

yang selamat daripadanya amatlah sedikit. Secara lahirnya, kuburan itu memang hanyalah tanah biasa,

padahal didalamnya terdapat penyesalan dan siksa. Di atasnya nampak tanah, batu-batu yang terukir

Page 3: tazkirah jumaat.doc

7/21/2019 tazkirah jumaat.doc

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-jumaatdoc 3/3

dan bangunan, tetapi di dalamnya adalah bencana. Mereka mendidih dalam penyesalan sebagaimana

periuk mendidih dengan apa yang ditanaknya. Sedangkan angan-angannya tak mungkin lagi dipenuhi.'

YANG MENYEBABKAN SELAMAT DARI SIKSA KUBUR

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan, sebab-sebab keselamatan siksa kubur adalah denganmenjauhi sebab-sebab terkena siksa kubur, yakni berbagai macam maksiat dan dosa. Untuk itu, Ibnu

Qayyim rahimahullah menganjurkan, hendaknya setiap muslim melakukan perhitungan atas dirinya

setiap hari, tentang apa dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu.

Selanjutnya, hendaknya ia memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada malam itu dalam

keadaan taubat. Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia meninggal dalam

keadaan telah bertaubat. Jika bangun dari tidurnya maka ia siap menghadapi harinya, dan bersyukur

kerana ajalnya masih ditangguhkan. Dengan demikian ia masih berkesempatan

beribadah kepada Rabbnya dan mengejar amal yang belum dilakukannya.

Sebelum tidur, hendaknya pula ia dalam keadaan berwudhu, senantiasa mengingat Allah dan

mengucapkan zikir-zikir yang disunnahkan Nabi saw. sehingga ia tidur. Jika seseorang dikehendaki

baik oleh Allah, nescaya dia akan diberi kekuatan untuk melakukannya.

Kemudian Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan dari siksa

kubur, di antaranya:

1. Senantiasa mengikatkan diri di jalan Allah.

2. Mati syahid di jalan Allah.

3. Membaca surat Al-Mulk.

4. Meninggal kerana sakit perut.5. Meninggal dunia pada hari Jum'at.

MANFAAT ZIARAH KUBUR

Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Muslim, menziarahi kubur menjadikan orang mengingat akan

mati. Dan mengingati mati melahirkan sikap terpuji. Ad-Daqqaq berkata, 'Barangsiapa banyak 

mengingat mati, nescaya dimuliakan dengan tiga perkara; segera bertaubat, diberi hati yang qana'ah

(menerima pemberian Allah) dan bersemangat dalam ibadah. Sedang orang yang

lupa mengingati mati akan diganjar dengan tiga perkara; menunda-nunda taubat, selalu merasa tidak 

cukup dan malas dalam beribadah.

'Al-Hasan berkata, 'Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya.

Kerana itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.'