Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

22
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya © Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 1 TAZKIRAH AL-ASFIYA FI HAYAT AL-AWLIYA k Oleh: 'ABDU DHAIF FAQIR HAQIR MAULAWI  JALALUDDIN AHMAD AR-ROWI 'U FIYALLAHU 'ANHU W  ALI W  ALIDAIHI W  ALI  M  ASYAIKHIHI W  ALI  J  AMI'IL M USLIMIN KHANQAH NAQSHBANDIYAH 1430 HIJRAH

Transcript of Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

Page 1: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 1/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 1

TAZKIRAH AL-ASFIYA 

FI 

HAYAT AL-AWLIYA 

Oleh:

'ABDU DHAIF FAQIR HAQIR

MAULAWI JALALUDDIN AHMAD AR-ROWI 'U FIYALLAHU 'ANHU W  ALI W  ALIDAIHI 

W  ALI  M  ASYAIKHIHI W  ALI  J  AMI'IL M USLIMIN 

KHANQAH NAQSHBANDIYAH

1430 HIJRAH

Page 2: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 2/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 2

IMAM TARIQAT KHWAJAH KHWAJAHGAN PIR PIRAN

HADHRAT KHWAJAH SHAH BAHAUDDIN

NAQSHBAND 

ELIAU adalah Imam Tariqat, Pewaris Rantaian Emas Silsilah ‘Aliyah,Mahaguru Para Asfiya, Sultan Para Auliya, Pewaris Para Anbiya, GuruSekelian Para Guru, Pembimbing Sekelian Para Pembimbing, Syaikh Sekelian

Para Masyaikh, Pir Sekelian Para Piran, Khwajah Sekelian Para Khwajahgan, Syaikhdi Timur di Barat di Utara dan di Selatan, Penyinar Agama dan Kebenaran, KhalifahAllah dan Khalifah Rasulullah di muka alam, Ghautsul Akbar, Mujaddidul A’zam,Shah Muhammad Bahauddin Bin Muhammad Naqshband Al-Bukhari Al-Uwaisi,semoga Rahmat Allah sentiasa terlimpah ke atasnya dan semoga disucikan segalarahsianya.

Beliau dilahirkan dan dikebumikan di Qasrul ‘Arifan, Bukhara. Lahirnya padabulan Muharram 721 Hijrah dan ada riwayat yang menyatakan kelahirannya padabulan Muharram 717 Hijrah bersamaan 1317 Masihi. Beliau menerima pendidikanawal Tasawwuf dan rahsia Tariqat dari gurunya Hadhrat Sayyid Muhammad BabaAs-Sammasi Rahmatullah 'alaih dan memperolehi nisbat batin secara zahir dariHadhrat Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih namun secara hakikatnya beliaumemperolehi nisbat batin dan menghasilkan Faidhz secara Uwaisi dari HadhratKhwajah ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih yang telahmendahuluinya selama 200 tahun.

Beliau adalah cahaya petunjuk kepada lautan ilmu yang tak bertepi, pensuciRuh dan Nafas sekelian Ummat Muhammadiyah, pewaris bagi rahsia kalimah  LA

  ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH , karamahnya umpamamukjizat yang dapat menghidupkan kembali Hati dan Ruh yang mati, pembimbingRuh-ruh yang hidup kembali ke pangkal jalan sehingga Para Raja sanggup berdiri didepan pintu rumahnya dan dengan cahaya petunjuknya mereka yang baik menjadilebih baik, mereka yang lebih baik menjadi yang terbaik dan menukarkan segalayang jahat menjadi baik.

Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaihtelah menerima perkhabaran baik tentang kelahiran dan penzahiran beliau semenjaksebelum kelahirannya. Setelah kelahirannya beliau telah dikabulkan sebagai anakmurid Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaihmalah menganggapnya sebagai anak sendiri dan bagi menyempurnakanTarbiyahnya, Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah‘alaih telah mewasiatkan kepada Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah‘alaih untuk mengasuh dan mendidiknya.

Ketika beliau berusia 18 tahun setelah menguasai Ilmu Syari’ah, datuknya

telah membawa beliau ke sebuah perkampungan di Sammas untuk berkhidmat danbersuhbah dengan Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As-Sammasi

Page 3: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 3/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 3

Rahmatullah ‘alaih atas permintaan Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih sendiri. Semenjak awal Suhbahnya dengan Syeikh diatelah menerima limpahan Rahmat dan Faidhz yang tak terkira banyaknya danmemperolehi semangat yang tinggi menuju keikhlasan dalam melakukan amalanIbadah.

Beliau telah diperintahkan oleh Hadhrat Khwajah Khwajahgan Syeikh ‘AbdulKhaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih untuk beramal dengan ‘Azimah danmeninggalkan Rukhsah. Kerana itulah beliau telah memilih dan mengutamakanamalan Zikir Khafi yang bersifat tersembunyi sebagai amalan tunjang dalamTariqatnya kerana fadhilatnya yang tujuh puluh kali lebih baik dari amalan Zikir

 Jihri yang mengeraskan suara.

PERMULAAN PETUNJUKNYA DAN PETUNJUKPERMULAANNYA 

ADHRAT Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telahmenceritakan berkenaan zaman remajanya ketika mana Syeikhnya iaituHadhrat Khwajah Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih:

“Daku bangkit tidur seawal pagi tiga jam sebelum Solah Fajar, mengambilwudhu dan setelah melakukan Solah Sunnah daku akan bersujud memohon kepadaAllah Subhanahu Wa Ta’ala dengan doa berikut:

“Ya Tuhanku, kurniakanlah daku dengan kekuatan untuk memikul segalakesusahan dan kesakitan demi CintaMu.”

Kemudian daku pun bersolah Fajar dengan Syeikh. Pada suatu hari, ketikabeliau hendak keluar, beliau telah memandang ke arahku dan berkata, seolah-olahdia telah berada bersama-samaku ketika aku melakukan doa tersebut seraya berkata,

“Wahai anakku, kau perlu menukarkan permohonan doa yang kau lakukan,sebaliknya berdoalah,

“Ya Allah, limpahkanlah KeredhaanMu kepada hamba yang lemah ini. Allahtidak suka hamba-hambaNya berada dalam kesusahan. Meskipun Allah dengan

HikmahNya memberikan sedikit kesusah-payahan kepada hamba-hambaNya untukmenguji mereka, seseorang hamba tidak sepatutnya meminta untuk berada dalamkesusahan. Ianya tidak akan menjadi suatu penghormatan di sisi Allah.”

Setelah Hadhrat Syaikh Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaihmeninggal dunia, datukku telah membawaku ke Samarkand. Di sana daku telahdipertemukan dengan seorang yang ‘Alim lagi Salih. Daku meminta restu dan doakeberkatan darinya dan Alhamdulillah keberkatannya telah pun daku perolehi.Kemudian datukku membawaku ke Bukhara dan mengahwinkan daku denganseorang wanita di sana.

Page 4: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 4/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 4

Pada suatu hari, dengan inayah Allah, daku mendapat kiriman sebuah kopiahkerajaan yang biasa dipakai di jabatan kerajaan. Setelah mendapat kopiah itu,kehidupanku menjadi semakin baik dan keinginanku untuk bersahabat denganHadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih semakin bergejolak dalamhatiku.

Daku tinggal di Qasrul ‘Arifan yang mana merupakan suatu pemeliharaanyang khusus dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepadaku kerana daku berada dekatdengan Hadhrat Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih. Daku mendapat khabarbahawa Hadhrat Khwajah Muhammad Baba Sammasi Rahmatullah ‘alaih telahberpesan kepada Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih supayamengajar dan mendidikku dengan baik.

Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih telah berjanji akanmemenuhi amanah itu dengan menegaskan bahawa jika pesan amanah itu tidakdilaksanakan, maka dirinya bukanlah seorang laki-laki yang sebenar, dan ternyata

 janjinya itu dipenuhinya.

Daku pun berkhidmat kepadanya dan beliau memberitahuku bahawaHadhrat Syaikh Muhammad Baba As-Samasi Rahmatullah ‘alaih telahmemberitahunya semenjak sekian lama bahawa,

“Daku takkan merasa gembira denganmu jika kamu tidak mendidiknyadengan baik.”

Suatu hari daku sedang duduk dengan seorang rakan sambil bermuraqabahdan pintu-pintu langit terbuka dan gambaran Musyahadah yang hebat hadirkepadaku dan daku mendengar satu suara berkata,

“Apakah tidak cukup bagimu bagi meninggalkan mereka yang lain dandatang Kehadhrat Kami secara berseorangan?”

Suara ini telah menyebabkan daku menjadi tidak tentu arah sehinggamenyebabkan daku keluar dari rumah. Daku lari ke sebuah sungai di mana dakupun terjun ke dalamnya. Daku membasuh pakaianku dan bersolah dua rakaatdengan cara yang daku tidak pernah mengalaminya, merasakan seolah-olah dakusedang bersolah di hadapan Hadhrat Zat Yang Maha Suci.

Segala-galanya telah dibukakan pada hatiku dalam keadaan Kasyaf. SeluruhAlam Maya lenyap dan daku tidak menyedari kepada sesuatu yang lain selainbersolah dengan KehadiranNya.

Daku telah ditanya pada permulaan Jazbahku,“Mengapakah engkau hendak menuruti jalan ini?”

Daku menjawab,“Supaya apa sahaja yang ku katakan dan apa sahaja yang ku kehendaki,

itulah yang akan terjadi.”

Page 5: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 5/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 5

Daku telah dijawab,“Itu takkan terjadi, apa sahaja yang Kami katakana dan apa sahaja yang Kami

kehendaki, itulah yang akan terjadi.”

Daku pun berkata,

“Aku tak dapat melakukannya, aku mesti diizinkan untuk berkata danmelakukan apa sahaja yang aku kehendaki ataupun aku tidak mahu jalan ini.”

Kemudian daku pun menerima jawapan,“Tidak, adalah apa sahaja yang Kami mahu ianya diperkatakan dan apa

sahaja yang Kami mahu ianya dilakukan, itulah yang mesti diperkatakan dandilakukan.”

Dan daku berkata sekali lagi,“Apa sahaja yang ku katakan dan apa sahaja yang ku lakukan, itulah yang

mesti terjadi.”

Kemudian daku telah ditinggalkan keseorangan selama limabelas harisehingga daku telah diselubungi dengan tekanan yang amat hebat. Lalu dakuterdengar satu suara berkata,

“Wahai Bahauddin, apa sahaja yang kau berkehendak, akan Kamikurniakan.”

Daku berasa amat gembira. Daku berkata,“Daku mahu diberikan suatu jalan Tariqat yang akan membimbing sesiapa

sahaja yang menurutinya terus kepada Hadhrat Zat Yang Maha Suci.”

Dan daku telah mengalami Musyahadah yang maha hebat dan dakuterdengar suara berkata,

“Dikau telah dikurniakan dengan apa yang telah dikau mohonkan.”

PETUNJUK PERJALANANNYA DAN PERJALANAN PETUNJUKNYA

ADHRAT Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telahmeriwayatkan kisahnya berkata,“Suatu ketika sewaktu daku berada dalam keadaan Jazbah dan

hilang fikiran, daku pergi ke sini dan ke sana tanpa menyedari apa yang sedang kulakukan. Kakiku menjadi luka dan berdarah disebabkan oleh luka tersebut. Apabilatiba waktu malam, daku berasa diriku tertarik ke arah rumah Syeikhku, HadhratSayyid Amir Kullal.

Pada malam itu begitu gelap gelita tanpa kelihatan bulan mahupun bintang.Udara begitu sejuk dan daku tidak berpakaian melainkan dengan sehelai jubah kulit

yang sudah tua dan lusuh. Apabila daku tiba di rumahnya, daku mendapatiSyeikhku sedang duduk bersama dengan para sahabat dan pengikutnya.

Page 6: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 6/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 6

Apabila dia melihat daku lalu dia pun memberitahu kepada parapengikutnya,

“Keluarkan dia, aku tidak mahu dia berada di dalam rumahku.”

Mereka pun membawa daku keluar dan daku mendapati keakuanku sedang

cuba untuk menguasaiku dan ia sedang menakluki hati dan perasaanku, cubameracuni kepercayaanku terhadap Syeikhku. Pada waktu itu daku hanyabergantung dengan Pemeliharaan dan RahmatNya yang Suci dalam menanggungrasa kehinaan dalam mencari keredhaan Allah dan keredhaan Syeikhku.

Daku berkata pada diriku,“Aku tidak akan membenarkan kau meracuni kepercayaanku terhadap

Syeikhku.”

Daku berasa begitu letih dan sedih yang mana daku telah meletakkan sifatkehinaan di pintu kebanggaan, meletakkan kepalaku di anjung pintu rumah gurukudan berjanji pada diriku bahawa daku tidak akan mengangkatnya sehinggalah diamenerimaku semula. Salji pun mulai turun dan kesejukan udara mulai menikamsehingga ke tulang menyebabkan daku menggigil dalam kegelapan malam.

Pada malam itu tiada langsung walau kehangatan bulan untukmenenteramkanku. Daku terus berada dalam keadaan demikian sehingga dakuberasa kaku. Tetapi, rasa cinta yang berada di dalam hatiku iaitu cinta kehadhratYang Suci dan cintaku terhadap pintu kesucian Syeikhku tetap menghangatkandiriku. Fajar pun menjelang dan Syeikhku telah melangkah keluar dari pinturumahnya tanpa melihat padaku secara Zahir. Dia meletakkan kakinya di ataskepalaku yang masih sedang berada di anjung pintunya.

Apabila dia terasa sedang memijak kepalaku, dia pun mengangkat kakinya,membawaku masuk ke dalam rumahnya dan berkata kepadaku,

“Wahai anakku, dikau telah dipakaikan dengan pakaian kebahagiaan, dikautelah dipakaikan dengan pakaian cinta yang suci. Dikau telah dipakaikan denganpakaian yang tidak pernah dipakaikan kepadaku dan tidak pernah dipakaikankepada Syeikhku. Allah gembira denganmu, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallamgembira denganmu, kesemua Para masyaikh dalam silsilah emas berasa gembiradengan kamu.”

Kemudian, dengan penuh teliti dan hati-hati dia mengesat luka di kakiku danmembasuh darah lukaku. Pada masa yang sama dia telah menuangkan ke dalamhatiku akan limpahan ilmu pengetahuan yang aku tidak pernah mengalaminya.Keadaan ini seterusnya telah membukakan kepadaku gambaran Musyahadah yangmana daku melihat diriku sedang memasuki gerbang rahsia dari kalimah

  MUHAMMAD RASULULLAH. Daku melihat bahawa diriku sedang memasukigerbang rahsia kalimah tersebut yang mana ianya merupakan HaqiqatulMuhammadiyah. Ianya terus membawaku memasuki gerbang rahsia kalimah  LA

 ILAHA ILLA ALLAH yang merupakan rahsia Wahdaniyah. Keadaan ini seterusnya

Page 7: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 7/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 7

membawa daku untuk memasuki gerbang rahsia Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allahyang dinyatakan menerusi rahsia Ahadiyat. Keadaan tersebut tidak dapatdiungkapkan dengan kata-kata, tetapi hanya dapat diketahui menerusi rasa yangdiperolehi menerusi pengalaman di dalam hati.”

Menurut riwayat Para Masyaikh Silsilah Naqshbandiyah di dalam kitabBahjatus Saniyah, semenjak zaman Hadhrat Khwajah Mahmud Anjir FaghnawiRahmatullah ‘alaih sehingga ke zaman Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah‘alaih mereka telah menghimpunkan amalan Zikir Khafi dan Zikir Jihri, tetapikepada para murid yang baru, Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih telahmemberikan permulaan Zikir Jihri.

Perkara ini telah membuatkan Hadhrat Khwajah Shah BahauddinRahmatullah ‘alaih selalu bangkit dari Halqah Zikir lalu pergi berzikir bersendiriandi dalam biliknya. Hal keadaan beliau yang selalu bangkit ketika majlis Zikir Jihrisedang bermula telah menyebabkan rasa tidak senang hati di kalangan para muridHadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih, lalu mereka melapurkan halperistiwa ini kepadanya. Akan tetapi Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaihhanya mendiamkan diri bahkan terus memberikan penumpuan Tawajjuhnya kepadaHadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih dan perasaan kasihsayangnya semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih juga tetap memberikankhidmatnya kepada Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih seperti biasatanpa mengenepikan sebarang adab bahkan senantiasa tunduk kepada kehendakdan kemahuan Syeikhnya, Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih.

Pada suatu hari Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih telahmengumpulkan kesemua muridnya yang kecil mahupun dewasa dalam suatu

  jemaah yang besar di perkampungan Sukhar, sejumlah lebih kurang lima ratusorang termasuklah mereka yang menta’mirkan Masjid dan Khanqah lalu berkata,

“Wahai saudara-saudaraku, kamu semua mempunyai sangkaan yang burukterhadap anakku Bahauddin dan segala sangkaan kamu adalah salah. Kamu semuatidak mengenalinya, bahawa hal keadaannya sentiasa mendapat pandangan yangkhusus dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dan pandangan hamba-hamba Allahadalah menuruti pandangan yang Haq dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Rahsia halyang telah Allah kurniakan kepadanya tidak pernah dikurniakan kepada sesiapapun jua sebelum ini bahkan aku juga tidak mengetahuinya.”

Lalu Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih memandang kepadaHadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih seraya berkata,

“Wahai anakku Bahauddin, segala wasiat yang telah disampaikan olehHadhrat Khwajah Muhammad Baba Sammasi Rahmatullah ‘alaih kepadaku bahawasepertimana daku memberikan didikan tunjuk ajar dan Tarbiyah kepadamu, makahendaknya begitu jugalah engkau memberikan Tarbiyah kepada anakku Bahauddin

Page 8: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 8/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 8

dan jangan mengurangkannya walau sedikit pun. Aku telah pun melaksanakannyakesemua wasiatnya.”

Selanjutnya Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih telah berkatakepada Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih,

“Daku telah menyusukanmu dengan putting tetekku sehingga kering, kiniRuhaniahmu ibarat seekor anak ayam yang telah keluar dari kulit telurnya, namunkesungguhanmu seumpama seekor ayam yang perkasa. Kini daku memberikankeizinan kepadamu, di mana sahaja yang kamu terhidu haruman yang sampai keotakmu, hendaklah engkau menuntutnya meskipun dari Turki mahupun Tajik, dantuntutlah menurut kemampuanmu tanpa mengurangkannya sedikitpun.”

Setelah peristiwa itu Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaihtelah bersuhbah dengan Hadhrat Maulana ‘Arif Ad-Dikarani Rahmatullah ‘alaihselama tujuh tahun dan kemudian telah bersuhbah dengan Hadhrat MaulanaQutsum Syaikh Rahmatullah ‘alaih selama beberapa tahun.

Beliau telah menukilkan pengalaman beliau yang selanjutnya seperti berikut,“Pada suatu malam daku telah bermimpi bertemu dengan Hakim ‘Ata

Rahmatullah ‘alaih yang merupakan salah seorang dari kalangan Wali-wali besarorang Turki. Beliau telah menyuruh seorang Darwish memberikan bimbingannyakepadaku. Apabila daku tersedar dari tidur, rupa wajah Darwish itu masih kekalterpelihara di dalam bayangan fikiranku.

Daku mempunyai seorang nenek yang Salih. Daku telah menceritakan kisahmimpiku kepadanya lalu beliau berkata,

“Wahai anakku, kamu akan memperolehi bahagian limpahan Faidhz dariMasyaikh orang Turki.”

Maka semenjak itu daku pun mencari-cari Syeikh orang Turki dan gambaranwjah Darwish tersebut sentiasa ada dalam fikiranku sehinggalah pada suatu haridaku telah bertemu dengan Darwish itu di sebuah pasar di kota Bukhara. Dakumengenalinya sepertimana yang telah ku lihat di dalam mimpiku dan daku punbertanyakan namanya dan beliau pun memberitahu bahawa nama beliau adalahKhalil. Walaubagaimanapun dalam pertemuan ini daku berasa agak sukar dan tidakberghairah untuk bersuhbah dengannya. Dia pulang ke rumahnya sedangkan dakuberasa gelisah, ragu dan bimbang. Aku berasa harus pergi meninggalkannya namunterasa berat untuk pergi.

Ketika masuk waktu Maghrib, seorang lelaki yang tidak daku kenali telahdatang kepadaku dan berkata bahawa Darwish Khalil sedang memanggilku. Dakuberasa hairan, bagaimana orang itu menemuiku? Daku berasa begitu gembira dandengan segera daku mengambil sedikit buah tangan lalu mengikuti orang itudengan perasaan yang sungguh seronok dan penuh keyakinan, daku pun hadiruntuk berkhidmat padanya.

Page 9: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 9/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 9

Ketika menemuinya, daku hendak memberitahu tentang mimpikukepadanya. Lalu Darwish Khalil pun berkata,

“Apa yang ada di dalam hatimu telah Zahir di hadapan kami dan kamu tidakperlu menceritakannya. Kamu tidak perlu mengkhabarkan tentang mimpimu keranadaku sudah pun mengetahuinya.”

Ucapannya ini telah memberikan kesan yang terhunjam ke lubuk hatiku dankemudian telah terbit rasa keinginan yang membuak dalam diriku untuk bersuhbahdengannya. Sepanjang daku bersuhbah dengan beliau, telah terzahir berbagai hal-halperistiwa yang ajaib, rahsia pengetahuan yang Ghaib telah terbuka pada hatiku. Diasentiasa memandang padaku, memujiku dan menaikkan darjatku.Pada suatu ketika beliau terpaksa bersafar lalu beliau pun pergi. Kemudian setelahbeberapa lama telah sampai kepadaku perkhabaran tentang Darwish Khalil bahawapenduduk di Transoxiana telah mengangkatnya sebagi Raja mereka. Daku inginmeneruskan Suhbah dengannya.

Beberapa hari pun berlalu yang mana telah bermula dalam diriku sehinggalahpada zaman kesultanannya, daku telah pergi menuju ke negeri kesultanannya dandalam hatiku telah tumbuh rasa cinta yang semakin bertambah dan denganperhatiannya, tatkala kesudahan permulaanku itu, beliau telah mengangkatku kedarjat ilmu pengetahuan yang lebih tinggi.

Ketika zaman kesultanannya daku telah dikurniakan kemuliaan dengankesempatan untuk berkhidmat dan bersuhbah dengannya. Ketika bersamadengannya, berbagai hal Musyahadah perkara yang besar-besar berlaku ke atasdiriku. Dengan kebaikan dan kasih sayangnya, beliau telah mengajar dakubagaimana Adab-adab untuk berkhidmat kepada seseorang Syeikh.

Di bawah asuhannya daku telah berjaya menempuh penjelajahan Suluk pada jalan ini dan daku telah bersuhbah dengannya dalam Tariqat ini selama enam tahundengan memelihara adab-adab kesultanan ketika hadir bersamanya dan ketika dakudalam khalwat, daku sentiasa memelihara perhubungan hati dengannya.

Beliau selalu berkata di hadapan para pegawai khas kesultanannya bahawa,“Barangsiapa yang berkhidmat untuk keredhaan Tuhan, dia akan mencapai

martabat yang tinggi di kalangan makhluk.” Daku mengetahui apakah yangdimaksudkan dan apakah yang dikehendaki menerusi perkataannya itu.”

Hadhrat Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih telah berkata,“Pada permulaan perjalananku atas Tariqat ini, daku telah bertemu dengan

seorang pencinta Allah dan dia berkata kepadaku,“Nampaknya seolah-olah kamu adalah dari kami.”

Daku berkata kepadanya,“Aku harap kau adalah dari kami dan aku berharap untuk menjadi

rakanmu.”

Page 10: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 10/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 10

Kemudian dia bertanya kepadaku,“Bagaimana engkau melayani dirimu?”

Daku berkata kepadanya,“Jika aku memperolehi sesuatu, aku bersyukur kepada Allah dan jika tidak,

aku akan bersabar.”

Dia tersenyum dan berkata,“Ini adalah mudah. Jalan bagimu adalah dengan membebankan keakuanmu

dan mengujinya. Jika ia ketiadaan makanan selama seminggu, kamu mesti sanggupmenjaganya dari mengingkarimu.”

Daku amat gembira dengan jawapannya dan daku meminta sokongandarinya. Dia telah mengarahkanku agar membantu orang yang memerlukan danberkhidmat kepada mereka yang lemah dan memberi dorongan kepada hati yangtelah pecah. Dia mengarahkanku agar tetap merendahkan diri dan berasa hina diridan berfikiran terbuka. Daku memelihara arahannya dan daku telahmengamalkannya dalam kehidupanku buat beberapa lama.

Kemudian dia telah mengarahkanku untuk memelihara binatang,menyembuhkan penyakit mereka, membersihkan luka-luka mereka dan membantumereka dalam usaha mencari rezeki. Daku tetap atas jalan itu sehinggalah daku telahsampai pada suatu keadaan yang mana jika daku terjumpa dengan seekor binatangberada di jalanan, daku akan berhenti dan memberikan jalan untuknya.

Dia telah mengarahkanku agar memelihara anjing-anjing persatuan inidengan penuh kebenaran dan kerendahan diri, dan meminta bantuan sokongan darimereka. Dia berkata kepadaku,

“Oleh kerana kau telah berkhidmat kepada salah seorang dari mereka, kauakan mecapai suatu kebahagiaan yang besar.”

Daku mengambil arahan itu dengan harapan daku dapat mencari seekoranjing dan dengan memberikan khidmat dan kepadanyalah daku akan memperolehikebahagiaan itu. Pada suatu hari daku sedang berada dalam sekumpulan darimereka dan daku telah merasa suatu hal keadaan yang amat bahagia dalam diriku.

Daku pun mulai menangis di hadapannya sehingga ia menjatuhkan dirinyake belakang dan mengangkat kedua tapak kaki depannya ke arah langit. Dakuterdengar suatu suara yang amat sedih keluar darinya dan daku jugamengangkatkan tanganku sepertimana melakukan doa dan mula mengucapkanAmin sebagai memberikan sokongan kepadanya sehingga dia menjadi diam. Apayang terbuka kepada diriku sesudah itu adalah gambaran Musyahadah yang telahmembawaku kepada suatu hal keadaan yang mana daku merasakan bahawa dirikuadalah sebahagian dari sekelian manusia dan sebahagian dari setiap ciptaan di atasmuka bumi ini.”

Page 11: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 11/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 11

Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih berkata,“Pada masa permulaan daku mengalami Ghalabah Zauq dan Syauq, daku

telah berjalan dari

Bukhara menuju ke Nasaf untuk pergi berkhidmat dan bersuhbah dengan

Syeikhku, Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih demi menghasilkanlimpahan Faidhz darinya. Apabila daku hampir tiba di tempat perhentian orangMusafir di Jughrati, maka di situ daku telah didatangi oleh Hadhrat Khidhzr‘Alaihissalam yang merupakan dirinya sebagai orang tua yang menaiki kuda. Ditangannya ada sebatang tongkat dan beliau memakai topi yang lusuh, lalu datangmenghampiriku.

Beliau memukulku dengan kayu tongkatnya sambil berkata dalam bahasaTurki,

“Kamu nampak kuda?”

Daku hanya mendiamkan diri dan beliau berkali-kali datang di hadapankucuba mempengaruhiku, lalu daku pun berkata kepadanya,

“Daku mengenalimu, kamu adalah Khidhzr.”

Beliau terus mengekori di belakangku dan berkata kepadaku,“Wahai kamu, berhentilah seketika agar kami dan kamu dapat bersuhbah

untuk beberapa waktu.”

Daku tidak memberikan sebarang tumpuan mahupun Tawajjuh kepada kata-katanya. Apabila daku tiba ke tempat Syeikhku, Hadhrat Sayyid Amir Kulal untukhadir berkhidmat padanya, lalu beliau melihat padaku seraya berkata,

“Kamu bertemu Khidhzr ‘Alaihissalam dalam perjalananmu ke sini namunkamu tidak memberikan perhatianmu kepadanya?”

Daku pun menjawab,“Ya, kerana daku telah memberikan Tawajjuhku terhadap tuan, maka kerana

itulah daku tidak dapat memberikan sebarang Tawajjuh terhadapnya.”

PERJALANAN AHWALNYA DAN AHWAL PERJALANANNYA 

ADHRAT Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telahmeriwayatkan hal ehwal kisahnya ketika permulaan menjalani perjalananTariqat seperti berikut,

“Pada permulaan Ahwal dan Ghalabah serta Jazbah dan dalam keadaankuyang tidak tetap pendirian, daku sering berkeliaran pada waktu malam dari satutempat ke satu tempat di Bukhara untuk mengunjungi semua kawasan perkuburan

untuk mengambil pelajaran dari mereka yang telah mati.

Page 12: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 12/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 12

Pada suatu malam, daku telah sampai ke tiga buah kubur yang diberkati.Mulanya daku menziarahi Kubur Hadhrat Syeikh Muhammad ‘Abdul Wasi’Qaddasallahu Sirrahu dan apabila daku tiba, terlihat olehku akan cahaya lampuyang minyaknya hampir habis tetapi sumbunya masih panjang dan perlu digoyang-goyangkan sedikit supaya kena rata pada minyak bagi menambahkan lagi terang

cahaya sinarnya.

Setelah menghadiahkan Al-Fatihah untuknya, dari situ daku menerimaisyarat supaya pergi ke Kubur Hadhrat Khwajah Mahmud Anjir FaghnawiQaddasallahu Sirrahu untuk menghadiahkan Al-Fatihah untuknya. Tatkala sampaidi situ, daku dapati terdapat lampu seperti di kuburan tadi.

Tiba-tiba daku mendapati dua orang yang tidak pernah daku kenali sedangmenanti kedatanganku dengan seekor kuda. Mereka mendatangiku dan menyelitkandua bilah pedang ke pinggangku dan menaikkan daku ke atas kuda lalumembawaku ke Kubur Hadhrat Khwajah Syeikh Mazdakhin Qaddasallahu Sirrahupada ketika hampir lewat malam. Di situ juga terdapat lampu seperti yang ada didua kuburan sebelumnya. Daku pun turun dari kuda dan membetulkan sumbulampu Kuburnya lalu duduk menghadap Qiblat sambil bermuraqabahmenghubungkan hatiku dengan hati Syeikh tersebut.

Semasa bermuraqabah daku berasa sedang berada di Alam Ghaib dandibukakan gambaran Musyahadah kepadaku, yang mana daku melihat dindingyang berada di arah Qiblat telah terbelah dan muncul sebuah takhta tempat dudukyang besar seumpama mimbar yang di atasnya seorang lelaki Buzurg yang tampandan tegap sedang duduk di atasnya dan sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.Terdapat kain tabir purdah berwarna hijau di hadapannya.

Di sekitar takhta mimbar tersebut terdapat satu jemaah yang sedang hadirdan dari jemaah tersebut daku dapat mengenali seorang darinya iaitu SyeikhkuHadhrat Muhammad Baba Sammasi Qaddasallahu Sirrahu. Maka tahulah dirikubahawa mereka kesemuanya sudah meninggal dunia.

Daku berasa agak ketakutan melihat Buzurg tersebut dan dalam masa yangsama daku berasa cinta dan kasih sayang terhadapnya. Akan tetapi, timbulpertanyaan dalam hatiku bahawa siapakah orang Buzurg ini dengan orang-orangyang di sekelilingnya dan jemaah apakah yang sedang hadir itu?

Seorang dari mereka lalu berkata,“Dia adalah Syeikh yang telah mengasuhmu atas perjalanan Ruhaniah. Dia

telah melihat kepada Ruhmu sewaktu ianya masih dalam keadaan zarah di hadapanHadhratNya. Dikau sedang menjalani latihan di bawah pengawasannya. Adapunorang Buzurg itu adalah Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq GhujduwaniQaddasallahu Sirrahu dan jemaah yang menyertainya adalah Para Khalifahnya yangmemelihara rahsia rantaian emas.”

Page 13: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 13/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 13

Lalu diperkenalkan kepadaku seorang demi seorang dari mereka denganberkata,

“Ini ialah Khwajah Muhammad Siddiq Rahmatullah ‘Alaih dan ini KhwajahAuliya Kabir Rahmatullah ‘Alaih dan ini Khwajah ‘Arif Riwagari Rahmatullah‘Alaih dan ini Khwajah Mahmud Anjir Faghnawi Rahmatullah ‘Alaih dan ini

Khwajah ‘Azizan ‘Ali Ramitani Rahmatullah ‘Alaih.”

Dan tatkala sampai kepada Hadhrat Khwajah Muhammad Baba SammasiRahmatullah ‘Alaih, orang itu berkata,

“Engkau pernah melihatnya ketika dia masih hidup. Dia adalah Syeikhmudan dia pernah memberikan satu kopiah kepadamu, kenalkah kamu kepadanya?”

Daku pun menjawab,“Ya, kenal.” Bahawa daku mengenali Hadhrat Khwajah Muhammad Baba

Sammasi Rahmatullah ‘Alaih, lalu kenanganku kembali ingat kepada kisah kopiahyang sudah daku lupakan semenjak sekian lama dan daku pun tidak tahu di mana iaberada.

Selanjutnya orang itu berkata,“Kopiah itu kini berada di rumahmu. Berkat kopiah itu, Allah telah

menyelamatkan kamu dari cubaan bala yang besar di Dunia.”

Sejurus kemudian, Para Jemaah yang hadir itu telah memberitahu kepadaku,“Sekarang dengarkanlah baik-baik kerana Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq

Ghujduwani Qaddasallahu Sirrahu akan memberikan pesanan kepadamu yangmana amat penting bagi dirimu dalam perjalanan Suluk Tariqat menuju Haq Ta’ala.”

Daku pun memohon untuk bersalaman dengan Hadhrat Khwajah ‘AbdulKhaliq Ghujduwani Qaddasallahu Sirrahu, dan permintaanku itu telah dipenuhi.Mereka pun menyingkapkan kain tabir hijau yang ada di hadapannya itu dan dakupun bersalaman dengannya.

Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Qaddasallahu Sirrahu telahmemberikan daku dua nasihat bimbingan yang mana setiap satunya amat pentingketika permulaan, pertengahan dan penghujung dalam perjalanan Suluk.

Perkara pertama yang disampaikan oleh Hadhrat Khwajah ‘Abdul KhaliqGhujduwani Qaddasallahu Sirrahu kepadaku adalah berkenaan sumbu lampu pelitayang telah dilihat olehnya ketika berada di Kubur tadi adalah mengisyaratkankepada wujudnya kemampuan dan kesediaan di dalam diriku, namun kesediaan ituperlu digerakkan supaya pelita itu dapat terang bercahaya bagi menzahirkan segalarahsia dan menyuruhku beramal menurut kemampuan kerana ianya akanmenghasilkan kepada pencapaian maksud.

Perkara kedua yang disampaikannya adalah penekanan supaya dalam setiaphal keadaan hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan amalan Syari’at dan

Page 14: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 14/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 14

Istiqamah dalam perlaksanaannya, beramal dengan ‘Azimah dan Sunnah sertameninggalkan Rukhsah dan Bida’ah, sentiasa menjadikan Hadits-hadits HadhratBaginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan contohtauladannya sebagai Qiblah petunjuk, mempelajari serta meneliti riwayat kehidupanserta tingkah laku Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum dan juga kisah perjuangan

mereka yang mulia.

Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaih juga telahmemberikan nasihat kepadaku agar mengajak manusia dengan bersungguh-sungguh supaya menuruti tuntunan Al-Quran serta membacanya siang dan malam,mendirikan kesemua Solat Fardhu dan Nawafil. Hadhrat Khwajah ‘Abdul KhaliqGhujduwani Rahmatullah ‘Alaih juga telah menasihatkan agar jangan menganggapremeh sebarang perkara yang datang dari petunjuk Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam meskipun dalam perkara yangkecil sekalipun, baik dalam perkara Ibadah mahupun amalan kebajikan.

Setelah Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaihselesai memberikan kata-kata petunjuk dan nasihatnya kepada Hadhrat ShahBahauddin Naqshband Rahmatullah ‘Alaih, seorang dari Khalifah Hadhrat Khwajah‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaih pun berkata kepada Hadhrat ShahBahauddin Naqshband Rahmatullah ‘Alaih,

“Jika kamu inginkan bukti kepastian tentang kebenaran hal peristiwa ini,maka esok pergilah berjumpa dengan Hadhrat Maulana Shamsuddin Al-Ambikutiyang akan mengadili antara dua orang dan katakanlah padanya bahawa apa yangdikatakan oleh orang Turki dalam dakwaannya terhadap Saqa si tukang air ituadalah benar dan katakan padanya bahawa sedangkan kamu sedang berusahamenolong Saqa si tukang air dan ianya adalah suatu kesilapan. Perbetulkan dirimudan bantulah orang Turki itu dan sekiranya Saqa si tukang air itu mengingkaridakwaan orang Turki itu maka katakanlah kepada Saqa si tukang air itu bahawa,aku mempunyai dua bukti, iaitu ucapkanlah Wahai Saqa! Sesungguhnya Saqa situkang air itu mengerti maksud kalimat itu bahawa dirinya sedang berada dalamkehausan, dan bukti yang kedua ialah bahawa Saqa si tukang air itu telah berzinadengan seorang perempuan yang bukan muhrimnya lalu perempuan itu hamil,kemudian kamu menggugurkan kandungannya dan kamu menguburkan bayi itu disebuah tempat di bawah sepohon kurma.”

Selanjutnya khalifah Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq GhujduwaniRahmatullah ‘Alaih pun menerangkan,

“Setelah kamu menyampaikan khabar ini kepada Hadhrat MaulanaShamsuddin, pada keesokan pagi harinya hendaklah kamu mengambil tiga bijianggur kering lalu pergilah ke Nasaf melalui jalan Rigastan Merv untuk berkhidmatkepada Syeikhmu, Hadhrat Sayyid Amir Kulal. Di tengah perjalanan nanti kamuakan bertemu dengan seorang Syeikh Tua yang akan memberikan kepadamusepotong roti yang panas. Hendaklah kamu mengambilnya dan jangan bercakap-cakap apa pun dengannya. Kemudian teruskanlah perjalananmu dan kamu akanbertemu dengan sebuah Kafilah dan seorang dari mereka akan mencegatmu sambil

Page 15: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 15/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 15

menunggang kuda. Berikanlah nasihat kepadanya kerana dia akan bertaubat ditanganmu dan menjadi pengikutmu. Pakailah kopiah Qalansuwa ‘Azizan yang telahdiberikan kepadamu oleh Syeikhmu dan berikannya kepada Hadhrat Sayyid AmirKulal.”

Kemudian mereka menggoyang-goyangkan tubuh badanku supaya sedarkembali, lalu daku pun segera kembali pulang ke rumah. Pada keesokan harinya,daku pun bertanya kepada keluargaku tentang kopiah Qalansuwa ‘Azizan itu. Lalumereka berkata bahawa kopiah tersebut tetap berada pada tempatnya semenjaksekian lama tanpa pernah terusik.

Mereka pun membawakan kopiah itu kepadaku dan sebaik saja daku melihatkopiah tersebut, maka hal keadaanku mulai berubah, dengan hati yang bergetar dan

  jantung yang berdebar daku mulai menangis dengan bercucuran air mata agaksebegitu lama.

Ketika masuk waktu Solat Subuh daku pun pergi ke Masjid MaulanaShamsuddin di Ambikata dalam daerah Bukhara untuk mendirikan Solat Subuhbersamanya. Sesudah mendirikan Solat, daku pun mengkhabarkan kepada MaulanaShamsuddin segala hal peristiwa yang berlaku serta bukti-bukti yang amatmenghairankannya sepertimana yang telah dipesankan kepadanya.

Pada waktu itu, Saqa si tukang air sedang berada dengan MaulanaShamsuddin dan dia memang mengingkari kebenaran kata-kata orang Turki itu, laludaku pun berkata kepada Saqa si tukang air,

“Daku ada dua bukti, yang pertamanya bahawa engkau Saqa si tukang air,sedang berada dalam kehausan.”

Kemudian Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘Alaih punmenerangkan buktinya yang kedua dengan menceritakan kisah bahawa Saqa situkang air itu telah melakukan zina dengan seorang perempuan sehingga diamenjadi hamil kemudian menggugurkan bayi kandungan itu dan telahmenguburkannya. Setelah daku menyatakan dua bukti tersebut, dia menerima buktiyang pertama tetapi menolak bukti yang kedua dengan membantah melakukan zina.Lalu daku meminta Maulana Shamsuddin dan para jemaah masjid yang hadir agarpergi kepada sepohon pokok kurma yang berada berdekatan dengan masjid. Merekapun pergi bersama-sama dan benar-benar mendapati seorang bayi telah dikuburkandi sana. Saqa si tukang air itu pun terdiam lalu mula menangis dan memohon maafatas segala perlakuannya. Maulana Shamsuddin dan para jemaah masjid itu punamat terharu menyaksikan peristiwa itu, lalu kesemuanya pun turut menangis.

Pada keesokan harinya pada waktu Isyraq, daku pun mengambil tiga bijikismis anggur kering lalu mengambil jalan Rigastan Merv untuk menuju ke Nasaf.Berita tentang pemergianku ke sana telah diketahui oleh Maulana Shamsuddin lalubeliau memanggilku dan memberikan sepenuh Tawajjuhnya terhadapku serayaberkata,

Page 16: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 16/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 16

“Daku dapati dalam dirimu telah terbit suatu kesakitan, dan penyembuhandari kesakitan itu ada pada tangan kami. Kamu telah menempuh jalan yang berlikudengan susah payah untuk sampai kepada Allah, tinggallah di sini supaya dakudapat memberikan Tarbiyah kepadamu.”

Sebagai menjawab permintaannya itu, maka telah keluar pengucapan darilidahku,

“Wahai Tuan Syeikh, daku adalah anak orang lain. Sekalipun tuanmentarbiyahku dengan menyusukan puting tetek tuan ke mulutku, daku tidak akandapat menerimannya melainkan dari orang yang telah ku berikan hidupkukepadanya dan yang telah ku ambil Bai’ah darinya.”

Mendengarkan perkataanku ini, Maulana Shamsuddin pun terdiam lalumengizinkan daku pergi. Daku pun memperkemaskan ikatan pinggang laluberangkat pergi. Tatkala tiba di suatu tempat, daku telah bertemu dengan seorangSyeikh lelaki tua. Dia memberiku sepotong roti panas lalu daku pun mengambilnyadan tidak bercakap walau sepatah sepatah perkataan pun dengannya. Kemudiandaku pun berangkat dari situ dan sewaktu dalam perjalanan, daku telah bertemudengan sebuah Kafilah.

Orang-orang dalam Kafilah itu telah bertanya kepadaku,“Kamu datang dari mana?”

Daku pun menjawab,“Dari Anbakut.”

Mereka bertanya ,“Bilakah kamu mula berangkat dari sana?”

Daku menjawab,“Ketika waktu Isyraq terbit matahari pagi.”

Ketika daku sedang bertemu mereka, matahari telah mulai tinggi pada waktuDhuha. Mereka agak kehairanan dan tercengang sambil berkata,

“Kami bertolak awal malam tadi dari sana. Jaraknya yang agak jauhsemestinya mengambil masa perjalanan yang panjang, sedangkan kau bertolak awalpagi dan telah pun sampai ke sini”

Apabila daku mula bergerak hendak meninggalkan mereka, tiba-tiba seorangdari mereka yang tidak ku kenali datang menghadangiku dengan menunggangkuda. Beliau mengucapkan Salam dan daku menjawabnya lalu dia bertanyakepadaku,

“Siapakah kamu? Aku berasa agak takut apabila melihatmu.”

Daku pun berkata,“Aku adalah orang yang Taubatmu berada di tanganku.”

Page 17: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 17/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 17

Mendengarkan ini, dia pun bingkas turun dari kudanya dengan penuhhormat dan rendah diri lalu mengucapkan Taubat. Ketika itu disampingnya terdapatbanyak botol-botol arak lalu semua botol-botol itu telah dilemparkannya. Dia telahmenemaniku sehinggalah daku sampai kepada Syeikhku, Hadhrat Sayyid AmirKulal Rahmatullah ‘alaih.

Setelah daku sampai, terus ku serahkan kopiah Qalansuwa ‘Azizan kehadapannya. Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih terdiam lalumemberikan Tawajjuhnya buat beberapa ketika, lalu berkata,

“Ini adalah kopiah Hadhrat Khwajah ‘Azizan ‘Ali Ramitani Quddisa Sirrahu.Daku telah diberitahu pada malam tadi yang kamu akan datang membawanyakepadaku dan daku telah diarahkan untuk menyimpannya dalam sepuluh helailapisan kain tutupan.”

Kemudian dia telah memberi kopiah itu kepadaku dan daku pun menerimakopiah yang penuh berkat itu. Kemudian dia telah mengarahkan daku masuk kedalam bilik khalwatnya dan telah mengajarku tentang Zikir Khafi Nafi Itsbat didalam hati dan mengarahkan daku agar sentiasa berzikir dengannya pada waktusiang dan malam.

Mengingatkan kembali kepada nasihat dan perintah yang telah disampaikanoleh Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih agar sentiasaberamal dengan ‘Azimah dan meninggalkan Rukhsah, maka daku pun berzikirdengan Zikir Khafi yang merupakan bentuk tingkatan Zikir yang tertinggi.

Setelah menerima Talqin Zikir itu, maka dakupun mula bergaul dengan Para‘Alim ‘Ulama dan menghadiri majlis ilmu untuk mempelajari ‘Ilmu Syari’at danHadits-Hadits Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,mempelajari tentang perilaku Hadhrat Baginda Nabi Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum.

Daku telah mengamalkan apa yang telah di perintahkan kepadaku danternyata keadaan ini telah membawa perubahan besar dan manafaat kebaikan dalamhidupku. Semua ucapan pengajaran yang telah disampaikan oleh Hadhrat Syeikh‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih masih lagi terngiang-ngiang ditelingaku dan hasil susah payahku sudah pun ku perolehi pada waktunya. Ruhnyasentiasa mendampingiku dan memberikan pengajaran kepadaku.”

Demikianlah perhubungan Ruhaniyah Hadhrat Shah Bahauddin denganHadhrat Syeikh ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaihima menerusipertalian Nisbat secara Uwaisiyah.

Page 18: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 18/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 18

PERKATAAN HIKMAHNYA DAN HIKMAH PERKATAANNYA

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata,“Suatu hari daku sedang berada di perkarangan tamanku di Qasrul ‘Arifan

dengan memakai kopiah Qalansuwa ‘Azizan dan terdapat para pengikutku disekelilingku. Tiba-tiba daku mengalami tarikan Jazbah dari Tuhan denganRahmatNya dan daku merasakan bahawa diriku sedang dipakaikan dengan pakaiandan dihiasi dengan Sifat-SifatNya. Daku menggeletar dalam keadaan yang tidakpernah daku alami sebelum ini sehingga daku berasa tidak mampu untuk berdiri.Daku menghadapkan diriku ke arah Qiblat dan daku mengalami Musyahadah yangmana daku melihat Fana dengan hakikatnya yang sebenar.

Daku mendapati diriku telah benar-benar Fana dan daku tidak melihatsebarang kewujudan melainkan Tuhanku. Kemudian daku melihat diriku keluar

dari Kehadiran Yang Maha Suci yang terpancar menerusi cermin  MUHAMMAD RASULULLAH dalam rupa bintang yang bersinar dalam lautan cahaya yang tanpapermulaan dan penghujung. Kehidupan jasmaniku tamat dan daku hanya melihatmakna LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASUL ALLAH.

Hal ini terus membawaku kepada pengertian makna bagi Nama Zat  ALLAH, dan seterusnya membawaku kepada Zat yang Ghaib Mutlak, yang merupakan Zatbagi nama  HUWA. Apabila daku memasuki lautan tersebut hatiku berhentiberdenyut dan seluruh kehidupanku tamat, meletakkan diriku dalam keadaan mati.Ruhku meninggalkan tubuhku dan kesemua yang berada di sampingku menyangka

bahawa daku sudah mati dan mereka pun menangis.

Kemudian, setelah enam jam berlalu daku telah diperintahkan untuk kembalikepada jasadku. Daku mendapati Ruhku secara perlahan-lahan masuk kembali kedalam tubuhku dan Musyahadah itu pun tamat. Menafikan kewujudan diri danmengingkari segala kemahuan Nafsu adalah merupakan keutamaan Tariqat ini.

Dalam hal ini daku telah menerokai setiap tingkatan wujud, yang mana telahmenjadikan daku sebagai sebahagian dari sekelian ciptaan dan telah terbina suatukeyakinan dalam diriku bahawa semua orang adalah lebih baik dariku. Daku

melihat bahawa setiap orang memberikan manafaat dan hanya daku yang tidakmemberikan sebarang manafaat.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata lagi,“Pada suatu hari, daku telah mengalami suatu hal keadaan yang

menghairankan. Daku mendengar suara Ketuhanan berkata,“Mintalah apa sahaja yang kau suka dari Kami.”

Maka daku pun berkata dengan kerendahan diri,“Wahai Allah, kurniakanlah daku dengan setitis dari lautan Rahmat dan

KeberkatanMu.”

Page 19: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 19/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 19

Suara itu menjawab,“Engkau hanya meminta setitis dari keluasan Rahmat Kami?”

Hal ini membuatkan daku berasa seolah-olah ditampar pada wajahku danrasa kesakitannya terasa di pipiku selama beberapa hari. Kemudian, pada suatu hari

daku berkata,“Wahai Allah, kurniakanlah daku dari lautan Rahmat dan KeberkatanMu

kekuasaan untuk memikulnya.”

Pada waktu itu pandangan Musyahadah telah dibukakan padaku yang manadaku telah didudukkan atas sebuah singgahsana dan singgahsana itu berada di atassebuah lautan Rahmat, dan suatu suara berkata kepadaku,

“Lautan Rahmat ini adalah untukmu, berikanlah ia kepada hamba-hambaku.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata lagi,“Daku menerima rahsia dari setiap sudut, khasnya dari Hadhrat Uwais Al-

Qarani Rahmatullah ‘alaih yang mana telah menggalakkan daku agar melepaskandiri dari sebarang urusan Duniawi dan menghubungkan diriku secara khususdengan urusan Keruhanian. Daku telah melaksanakannya dengan berpegang teguhpada Syara’ dan menurut arahan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam sehingga daku pun mulalah menyebarkan ‘Ilmu Ghaibdan kurniaan rahsia dari Zat Yang Esa, yang belum pernah dikurniakan kepadasesiapa pun.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih pernah berkata,“Ketika zamanku mula-mula menempuh Manzil perhentian dan Maqamat,

daku telah mengalami hal keadaan yang serupa dengan hal yang telah dialami olehHadhrat Mansur Al-Halaj Rahmatullah ‘alaih dan hampir-hampir terkeluarkenyataan dari lidahku sepertimana perkataan yang telah terbit dari lidah HadhratMansur Al-Halaj Rahmatullah ‘alaih. Di sana hanya ada sebuah rumah dan dakutelah dua kali membawa diriku ke rumah tersebut dan berkata pada diriku bahawatempatmu adalah pada rumah ini. Akan tetapi, dengan Kurniaan Fadhzal Ilahi dakutelah berjaya menempuh Manzil perhentian ini. Jika pada masa itu terdapat walauseorang pun dari Khalifah Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Rahmatullah ‘alaih diatas muka bumi ini, nescaya sudah pasti Mansur tidak akan berdiam dalam rumahitu.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata,“Kewalian adalah suatu nikmat yang besar. Seseorang Wali hendaklah

memahami bahawa dirinya adalah Wali supaya dia dapat mengerjakan Syukur. Waliadalah Mahfuz terpelihara. Dengan ‘Inayah Ilahi hal seseorang Wali tidak pernahterlepas dariNya dan dia terpelihara dari sebarang kejahatan manusia. Hendaklah

 jangan bergantung kepada perkara Khawariq yang mencarik adat dan pada zahirnyasebarang keramat. Urusan Mu’amalah yang sebenarnya adalah pada Istiqamah. ParaAuliya ada mengatakan bahawa,

Page 20: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 20/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 20

“Hendaklah menuntut Istiqamah, jangan menuntut Karamah, keranasesungguhnya Tuhan kamu menuntut darimu Istiqamah dan Nafsumu menuntutdarimu Karamah.”

Dan Para ‘Alim ‘Ulama Agama pula ada mengatakan bahawa,

“Jika seseorang Wali itu melalui sebuah taman dan dari setiap dedaunanpokok itu keluar suara yang berkata, “Wahai Wali Allah,” maka pada saat itusekalipun janganlah sesekali memberikan sebarang tumpuan Tawajjuh terhadapnyasamada secara Zahir mahupun Batin, bahkan dalam setiap saat dia hendaklahberusaha membawa sifat kehambaan dan merendahkan hati dengan merasakankekurangan pada diri. Pada diri Hadhrat Baginda Nabi Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam ianya merupakan suatu sifat yang sangat sempurnayang mana walaupun kenikmatan dan kemuliaan Tuhan melimpah-ruah ke atasnya,dengan kadar itu juga Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam telah dilebihkan dalam sifat kehambaan, kerendahan diri dan hatiserta perasaan miskin. Sesungguhnya keadaan inilah yang menyebabkan HadhratBaginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,

“Apakah daku tidak mahu menjadi hamba Tuhan yang bersyukur?”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata,“Rahmatan Lil ‘Alamin Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah

Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda, “Nasib ummatku dari Neraka Jahannam adalah sepertimana nasib Hadhrat Baginda Nabi Ibrahim ‘Alaihissalamdari api Namrud.” 

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata,“Jalan Tariqat kami adalah sangat luarbiasa dan merupakan ‘Urwatil Wutsqa

(Pegangan Kukuh), dengan berpegang teguh secara sempurna dan menuruti SunnahBaginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat Radhiyallahu ‘AnhumAjma’in. Mereka telah membawa daku ke jalan ini dengan Kekurniaan. Dari awalhingga ke akhir daku hanya menyaksikan Kekurniaan Allah bukan kerana amalan.Menerusi jalan Tariqat kami, dengan amal yang sedikit, pintu-pintu Rahmat akanterbuka dengan menuruti jejak langkah Sunnah Baginda Rasulullah Sallahllu ‘AlaihiWasallam.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata,“Barangsiapa yang mengenal Ma’rifat Allah, tidak akan tersembunyi atasnya

walau sesuatu, yakni seseorang ‘Arif, apabila memberikan tumpuan Tawajjuhnyaterhadap sesuatu, maka ianya akan terzahir padanya.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata,“Selama 40 tahun daku telah melihat ke dalam cermin diri tentang kewujudan

kami. Cermin ini tidak pernah melakukan kesalahan sama sekali, yakni apa yangdilihat oleh Para Auliya Allah, mereka melihatnya menerusi cahaya Nur Firasat dariAllah Ta’ala.”

Page 21: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 21/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 21

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata,“Walaupun Solat, Puasa, Riyadhah dan Mujahadah merupakan perantaraan

untuk mencapai Hadhrat Haq Ta’ala Wa Taqaddas tetapi di sisi kami, tanpameninggalkan ikhtiar dan merasakan bahawa amalan diri sendiri adalah kurang,urusan Mu’amalah tidak akan menjadi betul.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata,“Barangsiapa yang memalingkan lehernya dari Tariqat kami, ianya

menandakan terdapat kerosakan pada Agamanya.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih juga telah berkata,“Tariqat kami adalah Suhbat yakni sentiasa bersama kerana menerusi

Khalwat akan terhasil Syuhrat kemasyhuran dan dalam Syuhrat kemasyhuran ituterdapat Afat bala musibah. Kebaikan ada dalam Jam’iyat dan Jam’iyat terhasilmenerusi Suhbat dan Suhbat adalah dengan menafikan antara satu sama lain.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih juga berkata,“Dalam Tariqat kami juga, seseorang Salik itu tidaklah dituntut untuk

mengetahui di manakah maqam kedudukannya supaya pengetahuan tersebut tidakmenjadi Hijab dalam perjalanannya. Seseorang Pir itu hendaklah mempunyai khabartentang hal keadaan yang telah berlaku dan yang akan berlaku pada seseorangpenuntutnya supaya dia dapat memberikan Tarbiyah yang sesuai untuknya. Antarasyarat bagi urusan menuntut ialah apabila dia telah menetapkan untuk bersahabatdengan mana-mana Rakan Haq Subhanahu Wa Ta’ala, hendaklah dia menyedariakan hal keadaannya dan pada masa itu hendaklah mempertimbangkan perkara-perkara yang telah lepas. Jika di dapati sebarang kekurangan dan pertambahankesempurnaan di dalam dirinya, maka dengan lidah perkataannya hendaklah diaberikhtiar memilih ucapan-ucapan yang baik dan hendaklah menganggap bahawabersuhbat dengannya adalah Fardhu ‘Ain ke atas dirimu.”

Dalam sebuah perhimpunan Para ‘Alim ‘Ulama di Baghdad, Hadhrat ShahBahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah ditanya tentang perbezaanperkataan yang telah diucapkan oleh keempat-empat orang Khalifah NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Beliau menjawab,“Suatu ketika, As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata,“Daku tidak melihat sesuatu melainkan bahawa Allah berada di sebelumnya,”

dan ‘Umar Al-Faruq Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata,“Daku tidak melihat sesuatu melainkan bahawa Allah berada di

belakangnya,” dan ‘Utsman Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata,“Daku tidak melihat sesuatu melainkan bahawa Allah berada di

sampingnya,” dan ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata,“Daku tidak melihat sesuatu melainkan bahawa Allah berada di dalamnya.”

Perbezaan dalam ucapan-ucapan ini adalah berdasarkan kepada keadaan masa ianyadiucapkan dan bukanlah kerana perbezaan dalam keyakinan mahupun kefahaman.”

Page 22: Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

8/14/2019 Tazkirah Al-Asfiya: Shah Bahauddin Naqshband

http://slidepdf.com/reader/full/tazkirah-al-asfiya-shah-bahauddin-naqshband 22/22

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya 

Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telahberkata,

“Apa yang ada di sebalik pengertian Hadits Nabi Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam,

“Sebahagian daripada Iman ialah mengalihkan sesuatu yang 

memudharatkan dari jalan.”Apa yang dimaksudkan dengan sesuatu yang memudharatkan ialah keakuan

Nafs dan apa yang dimaksudkan dengan jalan ialah Jalan Allah sepertimana Diatelah berkata kepada Hadhrat Abu Yazid Bistami,

“Tinggalkan Nafsmu dan datanglah kepada Kami.”

Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telahberkata,

“Jalan untuk mencapai Ma’rifat Allah Ta’ala yang Para ‘Arif telahmenghasilkan Ma’rifat menerusinya dan diharamkan kepada selain mereka, ada tiga

  jalan iaitu yang pertama Muraqabah, yang bermaksud melupakan pandanganterhadap makhluk dengan sebab pandangan yang sentiasa terhadap Khaliq.

Sentiasa bermuraqabah adalah suatu perkara yang sangat penting yangsepertimana haknya sangat sedikit orang yang mampu menghasilkannya dan dakutelah mengetahui jalan untuk menghasilkannya, ianya adalah dengan melawankehendak Nafs dan menuruti Sunnah.

Yang kedua Musyahadah yang bermaksud penyaksian Warid yang bersifatghaib, yang turun dalam hati seseorang Salik meskipun ianya cepat berlalu dan tidaktetap lama, kerana itulah ianya tidak dapat dicapai pemahamannya bahkan ianyaadalah sifat yang menjadi Hal bagi kami. Ianya dapat dikenalpasti menerusiQabadhz dan Basat  yakni sewaktu hal keadaan Qabadhz kami meyaksikanMusyahadah Sifat Jalal dan sewaktu hal keadaan Basat kami menyaksikanMusyahadah Sifat Jamal.

Yang ketiga Muhasabah yang bermaksud, apa sahaja yang telah berlaku padakita, hendaklah kita menghitungnya pada setiap jam iaitu bagaimanakah kitamelaluinya? Jika kita melihat bahawa terdapatnya kerugian maka hendaklah kitamelakukan Baz Gasht dan hendaklah kita berikhtiar untuk kembali semula kepadaamalan kita. Jika kita melihat bahawa terdapatnya perkara kebaikan makahendaklah kita bersyukur dan hendaklah kita berhenti sebentar pada hal keadaantersebut dan hendaklah berusaha melakukan amalan ini.”