TEACHERS’ INFLUENCE AND STUDENTS’ ATTITUDE TOWARDS MATHEMATICS · PDF file2...

4
114 TEACHERS’ INFLUENCE AND STUDENTS’ ATTITUDE TOWARDS MATHEMATICS Shamrul Sulhairil Kamal Bin Sulaiman 1 , Siti Mistima Binti Maat 2 1 Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] 2 Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh guru dan sikap pelajar terhadap matematik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif ini melibatkan lapan peserta kajian yang terdiri daripada empat orang pelajar dan empat orang guru untuk menjawab tiga soalan yang dikemukakan. Soalan yang dikemukakan berkisarkan tentang perasaan minat dan suka peserta untuk belajar matematik semasa di sekolah, cara bagaimana guru peserta mengajar matematik, dan juga ciri-ciri yang disukai oleh peserta berkaitan guru mereka dan cara pengajaran mereka. Kesemua peserta kajian ditemubual secara individu di dalam bilik yang tertutup. Data yang diperolehi akan dianalisi secara induktif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga pengaruh besar guru terhadap sikap pelajar terhadap matematik iaitu personaliti guru, teknik dan cara penyampaian pengajaran serta sikap guru terhadap pelajar. Kata kunci: pengaruh guru, sikap terhadap matematik, minat pelajar, cara pengajaran guru. ABSTRACT The purpose of this study was to see the influence of teachers on students' attitudes toward mathematics. This qualitative study involved eight respondents consisting of four students and four teachers are required to answer three questions. All three questions are about the feelings of interest of participants to learning mathematics during school, how teachers’ taught maths, as well as the characteristics of respondents with respect to their teachers and their teaching methods. All participants were interviewed individually in a room. Data were collected through interviews and analyzed inductively. The findings show that there are three major influences of teachers' that affects students’ attitudes toward mathematics which are teachers’ personality, and teaching technics and approach and attitudes of teachers towards students. Keywords: teachers’ influence, attitude towards mathematics, students’ interest, teaching methods PENGENALAN Pendidikan matematik adalah bermatlamat untuk mengembangkan pemikiran pelajar dan mampu menggunakan ilmu pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian dengan berkesan (Noraini 2005). Ini menunjukkan bahawa sekiranya manusia mampu mencapai matlamat pendidikan, secara automatik mereka akan dapat membangunkan persekitaran yang mereka diami asal sahaja matlamat itu dilaksanakan dengan tepat. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah satu bidang yang sentiasa menjadi bahan kajian para penyelidik. Seseorang bakal pendidik harus memahami cara mengajar yang berkesan (Yahaya 2010). Mereka mesti belajar cara mengajar. Guru merupakan kunci kepada peningkatan pendidikan Matematik. Persediaan, pengalaman, peningkatan profesion yang berterusan dan sikap guru menggambarkan hasil pengajaran terhadap pelajar mereka. Kajian terhadap pemahaman matematik para guru menunjukkan bahawa guru telah cukup bersedia, tetapi pengetahuan asas matematik mereka masih kurang dan berbagi-bagi (This & Mukhtar 1994). McSheffrey (1992) menyatakan bahawa keupayaan guru untuk menghubungkan matematik dan dunia sebenar akan mendatangkan pengaruh yang positif terhadap pembelajaran matematik pelajar perempuan. Pengaruh sikap guru terhadap pelajar seperti mengambil berat, dan membuatkan pelajar merasa penting, pengaruh daripada ibu bapa, keputusan pelajar sendiri berkaitan sikap terhadap matematik dan sikap serta perasaan pelajar lelaki kepada pelajar perempuan menjadi faktor kepada pencapaian matematik pelajar di sekolah. Sikap guru terhadap matematik juga sama penting dengan sikap pelajar terhadap matematik. Terdapat laporan yang menunjukkan sebilangan kecil guru yang menzahirkan sikap negatif terhadap matematik, telah menggalakkan pelajar untuk berjaya dalam mata pelajaran selain daripada matematik dan sains. Kajian telah menunjukkan bahawa sikap kepimpinan guru mempunyai kesan yang positif ke atas pencapaian akademik pelajar melalui amalan kolaborasi pembangunan profesionlisme dalam komuniti pembelajaran professional, komunikasi, peningkatan efikasi kendiri, motivasi dan harga diri guru, kemahiran pengajaran, dan budaya sekolah (Norasyikin, Ramli & Foo 2015)

Transcript of TEACHERS’ INFLUENCE AND STUDENTS’ ATTITUDE TOWARDS MATHEMATICS · PDF file2...

114

TEACHERS’ INFLUENCE AND STUDENTS’ ATTITUDE TOWARDS MATHEMATICS

Shamrul Sulhairil Kamal Bin Sulaiman1, Siti Mistima Binti Maat2

1 Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] 2 Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected]

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh guru dan sikap pelajar terhadap matematik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif ini melibatkan lapan peserta kajian yang terdiri daripada empat orang pelajar dan empat orang guru untuk menjawab tiga soalan yang dikemukakan. Soalan yang dikemukakan berkisarkan tentang perasaan minat dan suka peserta untuk belajar matematik semasa di sekolah, cara bagaimana guru peserta mengajar matematik, dan juga ciri-ciri yang disukai oleh peserta berkaitan guru mereka dan cara pengajaran mereka. Kesemua peserta kajian ditemubual secara individu di dalam bilik yang tertutup. Data yang diperolehi akan dianalisi secara induktif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga pengaruh besar guru terhadap sikap pelajar terhadap matematik iaitu personaliti guru, teknik dan cara penyampaian pengajaran serta sikap guru terhadap pelajar. Kata kunci: pengaruh guru, sikap terhadap matematik, minat pelajar, cara pengajaran guru.

ABSTRACT The purpose of this study was to see the influence of teachers on students' attitudes toward mathematics. This qualitative study involved eight respondents consisting of four students and four teachers are required to answer three questions. All three questions are about the feelings of interest of participants to learning mathematics during school, how teachers’ taught maths, as well as the characteristics of respondents with respect to their teachers and their teaching methods. All participants were interviewed individually in a room. Data were collected through interviews and analyzed inductively. The findings show that there are three major influences of teachers' that affects students’ attitudes toward mathematics which are teachers’ personality, and teaching technics and approach and attitudes of teachers towards students. Keywords: teachers’ influence, attitude towards mathematics, students’ interest, teaching methods

PENGENALAN Pendidikan matematik adalah bermatlamat untuk mengembangkan pemikiran pelajar dan mampu menggunakan ilmu pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian dengan berkesan (Noraini 2005). Ini menunjukkan bahawa sekiranya manusia mampu mencapai matlamat pendidikan, secara automatik mereka akan dapat membangunkan persekitaran yang mereka diami asal sahaja matlamat itu dilaksanakan dengan tepat. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah satu bidang yang sentiasa menjadi bahan kajian para penyelidik. Seseorang bakal pendidik harus memahami cara mengajar yang berkesan (Yahaya 2010). Mereka mesti belajar cara mengajar. Guru merupakan kunci kepada peningkatan pendidikan Matematik. Persediaan, pengalaman, peningkatan profesion yang berterusan dan sikap guru menggambarkan hasil pengajaran terhadap pelajar mereka. Kajian terhadap pemahaman matematik para guru menunjukkan bahawa guru telah cukup bersedia, tetapi pengetahuan asas matematik mereka masih kurang dan berbagi-bagi (This & Mukhtar 1994). McSheffrey (1992) menyatakan bahawa keupayaan guru untuk menghubungkan matematik dan dunia sebenar akan mendatangkan pengaruh yang positif terhadap pembelajaran matematik pelajar perempuan. Pengaruh sikap guru terhadap pelajar seperti mengambil berat, dan membuatkan pelajar merasa penting, pengaruh daripada ibu bapa, keputusan pelajar sendiri berkaitan sikap terhadap matematik dan sikap serta perasaan pelajar lelaki kepada pelajar perempuan menjadi faktor kepada pencapaian matematik pelajar di sekolah. Sikap guru terhadap matematik juga sama penting dengan sikap pelajar terhadap matematik. Terdapat laporan yang menunjukkan sebilangan kecil guru yang menzahirkan sikap negatif terhadap matematik, telah menggalakkan pelajar untuk berjaya dalam mata pelajaran selain daripada matematik dan sains. Kajian telah menunjukkan bahawa sikap kepimpinan guru mempunyai kesan yang positif ke atas pencapaian akademik pelajar melalui amalan kolaborasi pembangunan profesionlisme dalam komuniti pembelajaran professional, komunikasi, peningkatan efikasi kendiri, motivasi dan harga diri guru, kemahiran pengajaran, dan budaya sekolah (Norasyikin, Ramli & Foo 2015)

115

Seorang guru mampu mempengaruhi minat dan sikap pelajar samada kepada yang lebih positif mahupun kepada yang lebih negatif. Domino (2009) menyatakan bahawa sikap dan perilaku guru semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan memberikan impak yang besar kepada minat dan sikap pelajar itu kepada matematik iaitu sama ada mereka tertarik terhadap matematik ataupun sebaliknya. Kajan ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh yang terdapat pada guru dan sikap pelajar terhadap matematik. Sikap pelajar terhadap matematik akan mempengaruhi sejauh mana mereka faham akan matematik. Jika mereka faham apa yang dipelajari, kebarangkalian untuk mereka minat kepada matematik akan meningkat. Disebabkan oleh guru memainkan peranan yang sangat besar terhadap sikap murid terhadap matematik, adalah menjadi keperluan untuk mengkaji peranan yang dimainkan oleh guru dalam membentuk sikap pelajar mereka terhadap matematik. Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara yang dinyatakan oleh pengkaji sahaja. Antara batasannya, kajian ini hanya dijalankan di satu sekolah sahaja dan tidak melibatkan semua peringkat umur pelajar sekolah rendah. Pengkaji juga tidak mampu untuk menemuduga lebih banyak peserta kajian disebabkan kekangan masa dan kos. Kajian ini juga terbatas kepada murid sekolah rendah.

METODOLOGI Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana ia bertujuan untuk menjawab 3 soalan utama iaitu;

(a) adakah anda minat dan suka untuk mempelajari Matematik semasa di sekolah?; (b) bagaimanakah guru matematik anda mengajar semasa anda di sekolah?; (c) apakah ciri-ciri guru yang anda suka untuk mengajar matematik?.

Data dan hasil daripada temubual ini dianalisis secara induktif dan dapatannya beserta input daripada literatur dijadikan asas kepada dapatan. Soalan-soalan yang diajukan kepada peserta kajian juga dianalisi dan dikategorikan bagi menjawab persoalan dan objektif kajian. Kajian ini melibatkan lapan peserta kajian iaitu empat orang pelajar tahun enam dan empat orang guru sekolah. Empat orang pelajar ini dipilih berdasarkan rekod tahap penguasaan matematik yang berbeza dimana dua orang pelajar mempunyai tahap penguasaan yang baik manakala dua orang lagi sebaliknya. Kajian ini juga menggunakan empat orang guru sekolah yang masing-masing mempunyai sikap yang positif dan negatif terhadap Matematik. Kesemua peserta kajian ini juga dipilih berdasarkan kemampuan mereka untuk menjawab soalan kajian dengan jelas. Mereka dipilih selepas pengkaji menjalankan temubual dan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Kesemua peserta kajian ditemubual dalam bilik yang selesa dan pengkaji memastikan mereka berada dalam keadaan tenang dan tidak dipengaruhi daripada aspek luar seperti tertekan dengan bebanan kerja dan sebagainya. Ini dalam memastikan mereka mampu menjawab soalan kajian dengan jujur dan rela hati. Temubual dijalankan dan dilakukan beberapa kali sehingga data yang diperoleh didapati tepu. Data yang diperoleh dianalisis secara induktif menurut tradisi penyelidikan kualitatif (Merriam, 1998).

DAPATAN Dapatan kajian mendapati terdapat responden yang mana sikapnya terhadap Matematik berubah samada daripada minat matematik kepada tidak minat matematik atau sebaliknya. Ia bergantung kepada pemahaman pelajar terhadap matematik yang dipelajari. Guru sememangnya memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi sikap pelajar terhadap Matematik.

Pelajar 1: saya tak minat belajar matematik semasa tahun tiga kerana cikgu yang mengajar garang dan selalu menjerit. Saya masih buat kerja sekolah yang diberi tetapi tak seronok. Tapi semasa saya di tahun lima, saya suka matematik sebab cikgu yang mengajar kelakar dan selalu Tanya keadaan saya. Sekarang ini saya dah suka matematik semula.

Ini menunjukkan bahawa pelajar akan mempunyai minat terhadap matematik jika meraka faham dengan pengajaran guru dan ditambah pula dengan personaliti dan pengajaran dan pembelajaran guru yang menarik. Walaubagaimanapun, jika pelajar ini tidak memahami pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru, mereka mengatakan bahawa guru itu tidak mengambil berat terhadap mereka dan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru itu membosankan. Berdasarkan analisis data yang dibuat, kesemua responden menyatakan personality guru yang menarik akan membuatkan mereka tertarik untuk lebih belajar matematik. Penggunaan kaedah pengajaran yang menarik dan sesuai dengan minat pelajar akan meningkatkan pemahaman pelajar. Guru yang mengambil berat mengenai penglibatan pelajar juga akan mempunyai pelajar yang yang suka dan minat matematik. Manakala guru yang mempunyai pengajaran yang bosan dan tidak menarik dianggap seperti tidak menghiraukan pemahaman pelajar akan mengakibatkan pelajar tidak berminat untuk memahami matematik. Guru yang kreatif dan bersemangat juga mampu mengekalkan sikap positif pelajar terhadap matematik.

Guru 1:semasa saya di sekolah rendah, saya sangat tidak sabar menunggu cikgu matematik masuk. Sebab beliau akan masuk dengan macam-macam jenis mainan dan barang (alat bantu mengajar). Kalau

116

saya tak faham semasa cikgu memberi penerangan, masa saya main dan belajar guna barang, saya akan lebih paham. Kadang-kadang saya rasa sekejap sahaja sudah tamat masa. Kalau semua subjek macam cikgu matematik, memang tidak akan bosan saya semasa di sekolah.

Pelajar 2: cikgu matematik saya tak selalu bawa barang masuk kelas. Kadang-kadang saja ada. Kalau cikgu tak bawak barang kita akan main-main dalam kelas. Main teka nombor dan macam-macam lagi. Seronok belajar macam ni. Sebab tak bosan. Ada saja perkara baru kita buat.

Guru yang memahami kehendak pelajar dan prihatin terhadap tahap penerimaan pelajar dalam sesuatu topik pembelajaran.

Guru 2: Semasa saya belajar di institut pendidikan guru, terdapat seorang pensyarah yang mengajar dengan sangat laju, dari satu tajuk kepda satu tajuk. Dia tidak akan ulang ataupun bertanya samada kita faham atau tidak. Keadaan ini hampir membuatkan saya gagal untuk subjek tersebut. Ini kerana saya hanya mendengar apa yang diajar tanpa saya faham dengan mendalam. Saya terpaksa belajar dengan kawan dan buku. Perkara ini betul-betul buat saya stress dan tertekan.

Personaliti dan perwatakan guru juga memainkan peranan dan pengaruh yang besar dalam mempengaruhi sikap dan minat pelajar terhadap matematik.

Guru 3: semasa saya di sekolah menengah, saya suka sangat matematik sebab cikgu yang ajar saya pandai bergaya dan suka tolong saya.

PERBINCANGAN Berdasarkan daripada keputusan yang diperolehi jelaslah bahawa memang pengaruh guru memainkan peranan yang besar terhadap sikap pelajar terhadap mata pelajaran Matematik. Minat pelajar terhadap matematik wujud apabila mereka faham perkara yang diajar oleh guru. Minat mereka juga akan bertambah jika penerangan yang diberikan oleh guru itu jelas dan menarik. Ini disokong oleh Muhamad Abdillah Royo dan Haleefa Mahmood (2011) yang mengatakan bahawa guru bertanggungjawab untuk mengajar pelajar supaya memahami isi kandungan pelajaran. Pengajaran guru yang baik dan berkesan akan meningkatkan kualiti pendidikan. Guru juga mempengaruhi pencapaian dan sikap pelajar terhadap matematik dengan cara dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan semasa di dalam kelas. Guru juga memastikan bahawa pelajar-pelajar mereka memahami satu-satu topik pembelajaran sebelum beralih kepada topik yang berikutnya. Dengan ini, guru menunjukkan bagaimana mereka itu mengambil berat akan pembelajaran matematik pelajar mereka. Menurut Norhaiza (2015) Guru harus mengambil peluang ini untuk mempengaruhi pelajar dalam proses pengajaran di dalam kelas terutama dalam pembentukan sahsiah dan pembangunan nilai pelajar. Guru perlu mencuba berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran. Mempelbagaikan kaedah pengajaran akan menjadikan pengajaran guru menarik dan berkesan. Tidak ada satu kaedah yang boleh dianggap kaedah terbaik. Setiap kaedah atau teknik pengajaran itu ada kelebihan dan kekurangannya. (Muhamad Abdillah Royo & Haleefa Mahmood 2011). Pembelajaran dan pengajaran yang meanrik dan pelbagai juga mempengaruhi sikap pelajar terhadap matematik. Ini kerana pelajar mudah bosan dengan perkara dan cara yang sama. Pelajar memerlukan sesuatu yang baru dan tidak hanya tertumpu kepada satu cara pengajaran sahaja. Guru yang mempelbagaikan teknik dan cara pengajaran akan meningkatkan minat pelajar terhadap matematik. Menurut Baharin et al. (2007) pelajar memberitahu mereka suka mempelajari sesuatu yang baru dan mereka suka belajar melalui kaedah permainan. Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Jemaah Nazir Perseketuan, sekolah pada keseluruhannya mempunyai Alat Bantuan Mengajar (ABM) dan tahap penyelidikan yang mencukupi tetapi dari segi penggunaannya masih di bawah tahap yang diharapkan (Abd Rahman, 1995). Ini menyebabkan pelajar hilang minat dan mudah berasa bosan ketika di dalam kelas tersebut. Kajian ini merupakan kajian kecil yang menunjukkan bahawa pengaruh guru dan sikap pelajar memainkan peranan terhadap sikap mereka terhadap matemaik. Kajian ini juga membuktikan bahawa sikap dan pengaruh guru ini juga memberi kesan kepada minat mereka sehingga mereka meningkat dewasa. Terdapat beberapa cadangan yang diberikan untuk dijadikan sebagai kajian lanjutan. kajian ini hanya menggunakan lapan orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun enam dan guru, kajian lanjutan boleh memperbanyakkan peserta kajian yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang keluarga. Ini dapat menghasilkan dapatkan kajian yang lebih variasi. Kajian lanjutan juga boleh dilakukan dengan melihat pembolehubah lain digunakan seperti persekitaran, jantina dan sebagainya.

KESIMPULAN Sememangnya guru memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan jatuh bangunnya satu-satu institusi pendidikan. Guru juga memberikan impak yang besar dalam mempengaruhi pelajar dalam membuat keputusan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Berdasarkan daripada kajian yang telah dijalankan di atas, dapatlah dinyatakan di sini bahawa guru perlu sentiasa peka dan konsisten dalam memahami pelajar

117

supaya mereka sentiasa mempunyai minat yang berterusan terhadap matematik. Semua pihak juga harus bekerjasama dalam memastikan sikap pelajar terhadap matematik konsisten dari masa ke masa. Ibu bapa juga perlu memberikan dorongan dan sokongan kepada anak-anak mereka supaya mereka tidak lalai dalam pelajaran. Dengan ini, diharap kajian ini dapat memberi jalan dan panduan bukan sahaja kepada guru, malahan kepada semua pihak dalam memastikan kejayaan anak didik mereka di masa akan datang.

RUJUKAN Abdul Rahman Ab Rashid (1995). Kepentingan ABM dalam Pengajaran Bahasa. Dalam Jurnal Teknologi

Pendidikan Jilid 1 Bil.2 November 1995, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, ms 70-80. Baharin, A., Othman, M. J., Syed Mohd Shafeq, S. M. & Jaliza, J. 2007. Kemahiran Belajar Pelajar Universiti

(Contrasting Learning Styles And Study Skills). Vot 71881 Vot 71881: 1–104. Bakar, N. A., Basri, R., & Fooi, F. S. (2015). Hubungan Kepimpinan Guru dengan Pencapaian Akademik

Pelajar. international Journal of Education and Training, 1(2). Domino, J. (2009). Teachers' Influences on Students' Attitudes Toward Mathematics. Research and Teaching in

Developmental Education, 26(1), 32-. Merriam, S. B., & Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study applications in education. San

Francisco: Jossey-Bass Publishers Muhamad Abdillah Royo & Haleefa Mahmood. 2011. Faktor-Faktor Kelemahan Yang Mempengaruhi

Pencapaian Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta. Journal of Educational Psychology and Counseling (2): 145–174.

McSheffrey, K. (1992). Mathematics experiences of women and girls: A narrative inquiry.Abstract in ERIC documents. ED355118.

Noraini Idris. (2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kajang: Utusan Publications. This, I. & Mukhtar, H. 1994. Teachers ’ and Students ’ Attitudes Towards (1952): 114–130. Tahir, Norhaiza. (2015). Hubungan personaliti guru terhadap kemahiran proses sains pelajar (Doctoral

dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Yahaya, A. (2010). Sejauh Manakah Faktor Keluarga Dapat Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata

Pelajaran Bahasa Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia.