tek hac

9
TEKS UCAPAN JURUACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SMK TOKAI 2015 TARIKH: 4 APRIL 2015 TEMPAT: DEWAN GEMILANG, SMK TOKAI BIL Perkara Skrip Tindakan 1 Makluman Umum Sebelum Majlis Bermula Pengumuman: Mohon para hadirin penuhkan ruang tempat duduk dihadapan Mohon para hadirin tidak meninggalkan majlis sehingga majlis selesai kerana ini merupakan majlis rasmi sekolah Dan mohon tetamu berdiri ketika vvip berjalan masuk Kerjasama juga dipohon untuk mematikan telefon bimbit / mod senyap. 2 Ketibaan Vip YB DATO WIRA OTHMAN BIN ABDUL AHLI PARLIMEN PENDANG. 3 Pengumuman Ketibaan YB DATO WIRA OTHMAN BIN ABDUL Mengumumkan ketibaan YANG BERHORMAT DATO’WIRA OTHMAN B ABDUL AHLI PARLIMEN PENDANG diiringi oleh pengetua, pentadbir sekolah dan dif-dif jemputan. 1

description

skrip

Transcript of tek hac

Page 1: tek hac

TEKS UCAPAN JURUACARAMAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

SMK TOKAI 2015TARIKH: 4 APRIL 2015

TEMPAT: DEWAN GEMILANG, SMK TOKAI

BIL Perkara Skrip Tindakan1 Makluman Umum

Sebelum Majlis Bermula

Pengumuman: Mohon para hadirin penuhkan ruang tempat duduk dihadapan Mohon para hadirin tidak meninggalkan majlis sehingga majlis

selesai kerana ini merupakan majlis rasmi sekolah Dan mohon tetamu berdiri ketika vvip berjalan masuk Kerjasama juga dipohon untuk mematikan telefon bimbit / mod

senyap.

2 Ketibaan Vip YB DATO’ WIRA OTHMAN BIN ABDUL AHLI PARLIMEN PENDANG.

3 Pengumuman Ketibaan YB DATO’ WIRA OTHMAN BIN ABDUL

Mengumumkan ketibaan YANG BERHORMAT DATO’WIRA OTHMAN B ABDUL AHLI PARLIMEN PENDANG diiringi oleh pengetua, pentadbir sekolah dan dif-dif jemputan.

4 Lagu Negara Ku

Setelah Selesai Nyanyian Lagu Negaraku

Mohon hadirin berdiri untuk nyanyian LAGU NEGARA KU......................

Mohon Yang Berhormat, dif-dif jemputan serta hadirin sekalian mengambil tempat.

1

Page 2: tek hac

5

Bacaan Doa

Selepas Bacaan Doa

Melayang serindit di atas permatang,Merbah berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,Awal Bismillah pembuka bicara.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-Fadzil Ustaz Md Sobri b. Hj Hussin/ Ustaz Azizan b Mat Saad.untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan............................................

AMIN, AMIN YA-RABBAL  ‘ALAMIN…Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

2

Page 3: tek hac

BIL Perkara Skrip Tindakan6

Senarai Protokol dan kata-kata aluan

Kuntum melati tumbuh melataBurung merbah di pohon cemara

Assalamualaikum pembuka bicaraSelamat datang untuk semua

Hari ini menugal jagungHari esok memetik periaHari ini kita berkampung

Meraikan majlis penuh ceria

1. Yg Berhormat Dato’ Wira Othman b AbdulAhli Parlimen Pendang.

2. Yg. Berusaha Tn Hj Abdullah b YaacobPengetua SMK Tokai

3. Yg Berusaha En…………………………….Pegawai……………………………

4. Yang berbahgia En Shuhaimi b Che Meh YDP PIBG SMK Tokai.

5. Dif-dif jemputan, ajk pibg, para guru, para ibu bapa, pelajar-pelajar yang diraikan dan hadirin hadirat sekalian.

Selamat datang ke Majlis Anugerah Cemerlang & Mesyuarat Agung PIBG SMK Tokai bagi tahun 2015.

3

Page 4: tek hac

Para hadirin yang dihormati,

Alhamdulillah, pada pagi yang indah ini kita dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang SMK Tokai ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita Yang Berhormat Dato kerana sudi hadir. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin hadirat sekalian.semoga dengan kehadiran semua, majlis kita akan lebih berseri dan bermakna.

Hadirin hadirat yang dihormati sekelian.

Majlis Anugerah Cemerlang ini diadakan bertujuan untuk memberi motivasi kepada anak-anak kita agar menempa kejayaan yang lebih memberangsangkan pada masa akan datang.

SMK Tokai telah melahirkan begitu ramai pelajar yang cemerlang sama ada dalam bidang kurikulum ataupun kokurikulum.  Justeru, kita mengharapkan anak-anak cemerlang yang ada dihadapan kita hari ini akan meneruskan kesinambungan tersebut.

7 Ucapan Pengetua Hadirin sekalian,Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah majlis jika tiada pembicaranya

Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan  dengan ucapan Pengetua SMK Tokai. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya  mempersilakan Yang Berusaha Tn hj Abdullah b Yaacob untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

4

Page 5: tek hac

Ucapan 1(pengetua)Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pengetua atas kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan itu tadi.

8. Ucapan YDP PIBG Bagi meneruskan majlis, dijemput Yg berbahagia En Shuhaimi b Che Meh YDP PIBG SMK Tokai untuk menyampaikan ucapan dipersilakan….

Majlis mengucapkan ucapan terima kasih kepada En Shuhaimi atas ucapan itu tadi.

9Ucapan Perasmian Tetamu Kehormat

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. maka majlis dengan segala hormatnya mempersilakan YB Dato Wira Othman b Abdul untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang & Mesyuarat Agung PIBG SMK Tokai bagi tahun 2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan. 

Ucapan 2(Tetamu Kehormat)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Persembahan Sebelum kita meneruskan lagi acara yang berikutnya pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan nasyid Dipersilakan.

5

Page 6: tek hac

Terima kasih diucapkan kepada para pelajar yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

10 Penyampaian Hadiah dan Sijil Penerima Peperiksaan Dalaman 2015

Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekelian

Kini tibalah masanya yang dinantikan oleh semua calon yang

telah berjaya mencatat kecemerlangan saban tahun ini utk

menerima anugerah masing-masing.

Pihak majlis sukacitanya mempersilakan

Yang Berusaha Tn Hj Abdullah b Yaacob pengetua SMK Tokai

Menjemput dan seterusnya mengiringi

YANG BERHORMAT DATO’WIRA OTHMAN B ABDUL Untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah

Dengan segala hormatnya dipersilakan12

Penyampaian Cenderamata Kepada Tetamu Kehormat

Hadirin dan hadirat yang di hormati,

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yg Berhormat Dato Wira Othman b Abdul atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Abdullah b Yaacob untuk menyampaikan cenderamata kepada Yg Berhormat Dato. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

6

Page 7: tek hac

13 PenutupBunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita,Kalau tersilap tutur bicara,Jari disusun maaf dipinta.

Sebarang kelemahan harap dimaafiSegala kerjasama sangat dihargai

Terima kasih sekalung budiKenangan nan indah simpanlah di hati

Semoga kita berjumpa lagi.

Dengan itu maka berakhirlah Majlis Anugerah Cemerlang SMK Tokai bagi Tahun 2015. Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, terutamanya kepada Yg Berhormat Dato serta semua dif-dif jemputan yang turut hadir dalam majlis ini.

Sebelum bersurai, sudilah apa kiranya menjamu selera hidangan yang tersedia. Pihak majlis menjemput Yang Berusah Tn Pengetua mengiringi Yang Berhormat Dato serta para tetamu ke tempat jamuan. Di persilakan.

Manakala para waris diminta untuk setia menanti di dalam dewan ini kerana kita akan mulakan mesyuarat Agung PIBG sebentar saja lagi.

7