Teknik Glazing

9
TEKNIK GLAZING NUR SYAZWANI KHALID SANITAH MUDIN CHRISTIE MINDA REKEY

description

pendidikan seni

Transcript of Teknik Glazing

TEKNIK GLAZING

TEKNIK GLAZINGNUR SYAZWANI KHALIDSANITAH MUDINCHRISTIE MINDA REKEY

DEFINISITeknik ini menunjukkan kesan seolah-olah kilauan yang berkaca kerana lut sinar.memberikan kesan warna pada catan dengan cara menindih lapisan nipis warna gelap yang lut sinar ke atas warna yang lebih cerah.

ALATAN DAN BAHANBERUS : fan, filbert, bright, flat dan round : Georgian Oil Brushes Fan

MINYAK LINSID : membantu mencairkan cat minyak

TURPENTINE : Turpentine English yang bertapis merupakan pilihan tradisi bagi mencairkan warna dan membersihkan berus, dengan kandungan kelembapan yang baik berbanding bahan mineral.

CONTOH KARYA MENGGUNAKAN TEKNIK GLAZING

DATO SYED AHMAD JAMAL

Biodata tokohSyed Ahmad Jamal dilahirkan pada 19 September 1929 di bandar Maharani Johor. Pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah dari tahun 1936 hingga 1938. Kemudian di Sekolah Tambatan Tinggi pada tahun 1939; Ngee Heng English School, 1940; Bukit Zahra English School dan English College, Johor Bahru hingga tahun 1949.Beliau mendapat biasiswa Sultan Ibrahim dan dengan biasiswa tersebut beliau telah melanjutkan pelajaran di Birmingham School of Architecture pada tahun 1950. Pada tahun 1951 hingga 1955, beliau melanjutkan pelajaran di Chelsea School of Art, London. Setahun kemudian beliau belajar pula di Institute of Education, London University. Semasa di Chelsea School of Art, beliau memenangi beberapa hadiah dalam pertandingan dalam seni lukis.

CONTOH KARYA

TAJUK : SEMANGAT LEDANG TAHUN : 2003MEDIA : CAT AKRILIK

Karya ini merupakan aspirasi pelukis berasaskan siri Gunung Ledang yang menjadi simbol dan lagenda negara dari aspek alam semulajadi dan alam sekitar.

Karya ini menyentuh tentang zaman pemerintahan Negeri Melaka yang masyhur dengan watak Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Tun Mamat. Lukisan ini menyarakan semangat muda dalam proses pemerintahan negara.

Berdasarkan karya ini, pengkarya mengaplikasikan warna sejuk dan warna panas. Sebagai contoh, bahagian langit menggunakan warna sejuk iaitu warna biru dan warna hijau sementara bahagian darat menggunakan warna panas iaitu warna kuning dan merah.

Sekian, terima kasih