Teknik menulis soalan esei seni visual

3
1 Teknik Menulis Soalan Esei Seni Visual Oleh: Hassan Mohd Ghazali [email protected] FSM A. Jenis soalan esei 1. Soalan Respons terhad Soalan bentuk ini meletakkan had pada jawapan yang perlu diberikan oleh calon. Sempadan kandungan mata pelajaran yang perlu dipertimbangkan biasanya ditakrifkan secara sempit oleh masalah, dan bentuk jawapan yang khusus juga lazimnya ditunjukkan (oleh kata tugasan seperti; senaraikan, takrifkan, dan beri alasan). Dalam sesetengah kes, respons dihadkan oleh penggunaan arahan khusus atau maklumat pengenalan. Soalan jenis ini adalah paling sesuai pada peringkat aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi dan analisis Contoh 1: Perihalkan sebuah karya Hussien Enas bertajuk ‘Gadis Melayu’ dengan memberi analisis dari aspek formal. Hadkan jawapan anda kepada satu halaman. [ 15 markah ] Contoh 2: Anda sebagai guru pendidikan seni visual tingkatan satu, ingin mengajar ‘garisan menimbulkan bentuk’ dengan menggunakan media kering sebagai kaedah pelukisan. (a) Perihalkan langkah-langkah yang harus anda mengajar [ 10 marakh ] (b) Berikah alasan untuk mewajarkan setiap langkah yang dinyatakan. [ 10 markah ] 2. Soalan Respons Lanjutan Soalan jenis ini memberi kebebasan kepada calon untuk menjawab. Had pada bahan yang boleh dimasukkan dalam jawapan dan pada bentuk respons adalah minimum walaupun dalam sesetengah kes, had yang munasabah boleh dikenakan seperti had masa dan had halaman. Dalam soalan jenis ini, calon hendaklah diberi kebebasan untuk menunjukkan kemahiran kepada aras sintesis dan penilaian. Soalan ini dapat mengukur penyepaduan idea yang kreatif, penilaian bahan secara keseluruhan, dan pendekatan yang luas kepada penyelesaian masalah.

Transcript of Teknik menulis soalan esei seni visual

Page 1: Teknik menulis soalan esei seni visual

1

Teknik Menulis Soalan Esei Seni Visual Oleh: Hassan Mohd Ghazali

[email protected]

FSM

A. Jenis soalan esei

1. Soalan Respons terhad

Soalan bentuk ini meletakkan had pada jawapan yang perlu diberikan oleh

calon. Sempadan kandungan mata pelajaran yang perlu dipertimbangkan

biasanya ditakrifkan secara sempit oleh masalah, dan bentuk jawapan yang

khusus juga lazimnya ditunjukkan (oleh kata tugasan seperti; senaraikan,

takrifkan, dan beri alasan). Dalam sesetengah kes, respons dihadkan oleh

penggunaan arahan khusus atau maklumat pengenalan.

Soalan jenis ini adalah paling sesuai pada peringkat aras pengetahuan,

pemahaman, aplikasi dan analisis

Contoh 1:

Perihalkan sebuah karya Hussien Enas bertajuk ‘Gadis Melayu’ dengan

memberi analisis dari aspek formal. Hadkan jawapan anda kepada satu

halaman.

[ 15 markah ]

Contoh 2:

Anda sebagai guru pendidikan seni visual tingkatan satu, ingin mengajar

‘garisan menimbulkan bentuk’ dengan menggunakan media kering sebagai

kaedah pelukisan.

(a) Perihalkan langkah-langkah yang harus anda mengajar

[ 10 marakh ]

(b) Berikah alasan untuk mewajarkan setiap langkah yang dinyatakan.

[ 10 markah ]

2. Soalan Respons Lanjutan

Soalan jenis ini memberi kebebasan kepada calon untuk menjawab. Had

pada bahan yang boleh dimasukkan dalam jawapan dan pada bentuk

respons adalah minimum walaupun dalam sesetengah kes, had yang

munasabah boleh dikenakan seperti had masa dan had halaman. Dalam

soalan jenis ini, calon hendaklah diberi kebebasan untuk menunjukkan

kemahiran kepada aras sintesis dan penilaian.

Soalan ini dapat mengukur penyepaduan idea yang kreatif, penilaian bahan

secara keseluruhan, dan pendekatan yang luas kepada penyelesaian

masalah.

Page 2: Teknik menulis soalan esei seni visual

2

Contoh 1: (Aras Sintesis)

Dalam satu sesi pengajaran Pendidikan Seni Visual bidang kraf tradisional

batik, sediakan satu rancangan yang lengkap untuk menilai pencapaian

pelajar. Pastikan anda memasukkan prosedur yang akan anda ikuti,

peralatan yang akan digunakan, dan alasan bagi pilihan anda.

[ 25 markah ]

Contoh 1: (Aras penilaian)

Bincangkan dan beri alasan tatacara menghasilkan sebuah reka bentuk

identiti koperat bagi sebuah jenama Syarikat Intan Permata untuk produk

makanan tradisi tempatan.

[ 25 markah ]

B. Panduan Menulias Soalan Esei

1. Menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

2. Senaraikan butir-butir atau ciri-ciri yang berkaitan dengan tajuk atau subtajuk.

3. Tentukan soalan itu perlu dipecahkan kepada beberapa bahagian

4. Pastikan sama ada ransangan soalan (gambar rajah, gambar, perangkaan dll)

perlu bagi soalan yang akan digubal serta relevan pada soalan.

5. Gubal soalan dengan menggabungkan tugasan soalan, tajuk dan ransangan

(jika ada) dengan memberikan pertimbangan kepada perkara berikut:

a. Soalan hendaklah seberapa ringkas yang mungkin

b. Soalan hendaklah tepat dan jelas

c. Soalan hendaklah berkemampuan membezakan pelajar baik, sederhana

dan lemah (Kebiasaaannya aras kemahiaran menentukan kedudukan

soalan)

d. Konsep yang disoalkan hendaklah sesuai dengan peringkat

pemelajaran yang telah diajarkan.

e. Tidak mengandungi unsur emosi, keperibadian, kepercayaan,

kebudayaan, agama dan lain-lain perkara sensitif.

6. Sediakan rangka model jawapan kepada soalan. (mudah untuk menyemak)

7. Sediakan skema permakahan beserta denganpecahan dan wajaran markah.

8. Tentukan soalan-soalan mengikut standard (dari segi aras kesukaran, masa

untuk menjawab, liputan jawapan dan kepentingan tajuk)

9. Dapatkan pandangan kedua – semakan

Page 3: Teknik menulis soalan esei seni visual

3

3. Aras Kemahiran dan Kata Tugasan Soalan Esei

Soalan esei boleh dibina mengikut aras kemahiaran daripada mudah kepad

kompleks berdasarkan teksonomi yang dikemukakan oleh Bloom seperti berikut.

Aras Kemahiran dan perihal Contoh kata tugasan untuk

menyatakan hasil pembelajaran

khusus

PENGETAHUN

Penekanan kepada proses mengingat –

istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum atau

takrif

Apakah, siapakah, Kenal pasti, Pilih,

Namakan, Nyatakan, senaraikan,

Takrifkan, Perihalkaan, Gariskan,

Galurkan,…

PEMAHAMAN

Memerlukan perterjemahan maklumat-

fakta, konsep, prinsip atau hukum yang

telah dikemukan dalam soalan ke dalam

bentuk yang lain.

Jelaskan, Ringkaskan, Tukarkan,

Ramalkan, Bezakan antara,

mengapakah,…

APLIKASI

Memerlukan apliasi (penggunaaan) fakta,

konsep, prinsip atau hukum dalam situasi

tertentu untuk menyelesaikan masalah.

Cari, Hitung, Kira, Tunjukkan,

Selesaikan, Ubah suai, kaitkan, Susun,…

ANALISIS

Menekankan pemecahan sesuatu

komunikasi – petikan, perenggan, jadual,

carta atau graf – kepada bahagian-

bahagian juzuknya dan kebolehan

mengenal perhubungan antara bahagian-

bahagian itu

Anggarkan, Bezakan, Tafsirkan,

Kelaskan, Bahagikan, Asingkan,

Analisis,..

SISTESIS

Menekankan penggabungan semula

unsur-unsur atau bahagian-bahagian

untuk menghasilkan satu pola atau

struktur yang baru yang tidak dinyatakan

secara eksplisit dalam masalah yang

diberikan

Gabungkan, Ciptakan, Rumuskan,

Gubah, Reka bentuk, Bina, Susun

semula,..

PENILAIAN

Soalan aras ini memerlukan penggunan

lebih daripada satu kriteria secara

serentak

Uluskan, Kritik, Bandingkan, Bezakan,

Pertahankan, Buat kesimpulan tentang,

Nilaikan, Sejauh manakah, Apakah

pendapat anda tentang,…