Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian

6
Teks Bercerita Perempuan Sekolah Kebangsaan Perian. (4) Tajuk 4 (P): Siti Hajar Ibu Nabi Ismail Terima kasih peneraju acara. Barisan hakim bijak berkarisma. Hadirin budiman ceria bahagia. Pantun : Dengarkan kisah ku persembahkan Kisah dipetik dari al-quran Jadikan ikutan,sudilah dengarkan Kisah Siti Hajar Ibu Nabi Ismail Siti Hajar al-Qibtiyyah,adalah anak kelahiran Mesir. Beliau merupakan isteri ke2 Nabi Ibrahim a.s. Ini lantaran keizinan Sarah, isteri pertama. Walaupun hanya dayang, Siti Hajar, isteri mulia. Beliau seorang yang beriman dan tabah orangnya. Ya kawan-kawan, inilah yang harus dicontohi. Pantun: Hidup bermadu penuh dugaan Minda diuji, jiwa tersiksa Kepada Allah, Hajar serahkan Khabar gembira penyejuk jiwa Alhamdulillah..Siti Hajar hamil.

Transcript of Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian

Page 1: Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian

Teks Bercerita Perempuan Sekolah Kebangsaan Perian. (4)

Tajuk 4 (P): Siti Hajar Ibu Nabi Ismail

Terima kasih peneraju acara. Barisan hakim bijak berkarisma. Hadirin

budiman ceria bahagia.

Pantun :

Dengarkan kisah ku persembahkan

Kisah dipetik dari al-quran

Jadikan ikutan,sudilah dengarkan

Kisah Siti Hajar Ibu Nabi Ismail

Siti Hajar al-Qibtiyyah,adalah anak kelahiran Mesir. Beliau merupakan

isteri ke2 Nabi Ibrahim a.s. Ini lantaran keizinan Sarah, isteri pertama.

Walaupun hanya dayang, Siti Hajar, isteri mulia. Beliau seorang yang

beriman dan tabah orangnya. Ya kawan-kawan, inilah yang harus

dicontohi.

Pantun:

Hidup bermadu penuh dugaan

Minda diuji, jiwa tersiksa

Kepada Allah, Hajar serahkan

Khabar gembira penyejuk jiwa

Alhamdulillah..Siti Hajar hamil.

Maka,berikan khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.

Page 2: Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian

Surah As- Saffat:101

Hidup berpoligami perlu kepada ketabahan dan tolak ansur yang

tinggi. Contohnya seorang selebriti Salleh Yaakob bersama 4 orang

isterinya yang hidup rukun dan damai walaupun berpoligami.

Tiba masanya, lahirlah Nabi Ismail. Siti hajar amat bersyukur.

Sajak:

Sarah semakin derita

Cemburu berlipat ganda

Melihat Hajar bahagia

Bersama putera tercinta.

Ya hadirin..

Perasaan dengki Sarah, semakin ketara. Bagi menghuraikan masalah,

cadangan diluahkan. Siti Hajar perlu berpindah segera..lantaran, Allah

mewahyukan sarana yang sama. Bukankah berhijrah itu, satu

pengorbanan? Ya..hijrah itu satu kebaikan. Penghijrahan saudara Adam

Warren, memeluk agama Islam adalah kesan mengikuti Program Mimbar

Pencetus Ummah. Alhamdulillah.

Sajak:

Mereka berkelana..

Meredah terik mentari

Perit..jerih..

Semakin menyiksa

Page 3: Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian

Akhirnya mereka tiba di Mekah. Tiada insan lain.Keadaan amat tandus.

Berbekalkan sedikit makanan, Siti Hajar ditinggalkan. Beliau bimbangkan

keselamatan puteranya. Hiba berpisah daripada suami tercinta.

Terkenang kes awal tahun 2014, sepasang suami isteri dipenjara di

Sweden dan terpisah dengan anak-anak. Namun berkat sabar dan tabah

kini selamat pulang ke pangkuan keluarga. Allah...

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempat zuriatku di

lembah yang tiada tanaman

Surah Ibrahim :37

Namun ke mana hendak dituju? Dengan bayi yang lemah, pasti ada

masalah. Rupa-rupanya kawan-kawan..Siti Hajar tetap tabah. Bukankah

setiap perintah pasti ada hikmah? Betul..betul..betul..

Ya kawan-kawan..apa ye yang terjadi selepas itu?

Nasyid: Sepohon Kayu

Sayu di jiwa sangat menyiksa

Melihat putera lapar dahaga

Apakan daya kudrat yang ada

Cekal harungi badai melanda.. 2x

Lihatlah kawan-kawan, sifat kental seorang ibu. Setiap ujian Allah adalah

bukti keimanan. Buktinya, seorang ibu yang kehilangan 6 ahli keluarga,

dalam Tragedi MH17 tetap dengan keimanannya kepada Allah.

Subhanallah.

Syair:

Page 4: Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian

7 kali Hajar belari,

Safa dan Marwah dengan cekalnya..

Mencari air hajat di hati

Namun hanyalah fatamorgana

Akhirnya ,beliau kepenatan. Tiba-tiba..

Pantun : Pertemuan

Ismail hentakkan kaki ke tanah

Hingga pancarkan air yang melimpah

Itulah ganjaran insan yang tabah

Kurniaan yang sangat indah.

Itulah air mata air Zam-zam. Siti Hajar membuat kepungan. Situasi ini

menarik perhatian bangsa Arab. Kini Makkah semakin menjadi tumpuan.

Lengkap dengan kecanggihan prasarana seperti pengangkutan dan

komuter. Syukur Alhamdulillah.

Ya hadirin budiman..

Nabi Ibrahim berkata ,wahai anakku , sesungguhnya aku bermimpi

bahawa aku menyembelihmu. Surah as-Saffat: 102

Sajak:

Page 5: Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian

Suami tercinta kembali ke Mekah

Bersyukur Siti Hajar berkat tabah

Anak tercinta remaja sudah

Perintah sembelih mula diarah..

Betapa pilu dan sayu..

Hati seorang ibu..

Namun dipinggir rasa sendu

Mendengar bicara anak yang satu

Taat dan patuh perintah Rabbu..

Ya kawan-kawan ..

Natijah pengorbanan Nabi Ismail, baginda ditukarkan dengan seekor

kibas. Kita diberitakan Tokoh Ibu Mithali 2014, Pn Zaleha Ibrahim

berjaya mendidik 12 anak-anaknya dengan cemerlang.

Demikianlah percaturan Allah Taala..

Pantun:

Pengorbanan ibu tiada terkira

Meskipun harta wang berjuta

Anak bertaqwa hidup bahagia

Ceria didunia pahala di Sana

Sekian, wabillahi taufik walhidayyah..wassalamualaikum..

Nilai:

Page 6: Teks bercerita perempuan sekolah kebangsaan perian

1.Kasih sayang

Contohnya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya walaupun dalam

kesusahan dan lelah mencari air demi anak tercinta

2. Taat dan patuh

Contoh Nabi Ismail taat dan patuh pada perintah allah apabila

diwahyukan kepada ayahnya Nabi Ibrahim untuk menyembelihnya.

Pengajaran:

1. Kita mestilah menghindarkan rasa hasad dengki yang boleh

merosakkan kehidupan orang lain

2. Kita mestilah sentiasa sabar dan tabah dengan dugaan hidup yang

diberikan oleh Allah .

3. Kita mestilah sentiasa hidup dengan berkasih sayang sesama

manusia.

Tanggungjawab seorang anak pada ibunya:

1. Sentiasa taat dan patuh pada perintah kedua ibubapa selagi tidak

bertentangan dengan ajaran islam.

2. Menghargai pengorbanan ibu bapa yang telah banyak bersusah

payah dalam membesarkan kita dengan belajar bersungguh-

sungguh dan menjadi anak yag soleh.