BERCERITA & PAMERAN

download BERCERITA & PAMERAN

of 19

Transcript of BERCERITA & PAMERAN

1.0 Arahan Am Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus Pendek

1. 2.

Tugasan ini adalah secara individu Tugasan ini berbentuk kerja kursus pendek yang meliputi;

Menghasilkan esei tentang peranan guru terhadap murid bagi kaedah bercerita dan kaedah pameran. Esei berfokus tentang proses pengajaran dan pembelajaran pendekatan tindakan sosial sepertimana yang berlaku di dalam bilik darjah.

3. 4.

Semua tugasan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy Tugasan hendaklah ditulis dengan menggunakan kreativiti sendiri. dan perancangan

5.

Anda boleh memaparkan penulisan dan huraian dalam sebarang bentuk visual pilihan anda ( jadual, graf, grafik ).

6.

Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv.v.

Font Arial Saiz huruf ialah 12 Langkau satu setengah baris Rujukan mengikut format APA Lampiran Bibliografi

vi. 7.

Maklumat kulit tugasan: i. ii. iii. Logo dan nama IPG Tajuk Tugasan Nama GP, No Indeks, Kelas/Program1

iv.

Nama Pensyarah dan Tarikh hantar

8. 9.

Amalan plagiat tidak dibenarkan Panjang tugasan tidak kurang daripada 10 muka surat ( termasuk persembahan visual).

10.

Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.

2.0 Peranan guru terhadap murid bagi kaedah bercerita

2

Bercerita merupakan satu kaedah mengajar yang membolahkan guru menyampaikan isi pengajaran melalui teknik bercerita. Penyampaian cerita melalui pita rakaman, boneka atau secara lisan dengan memilih cerita yang sesuai dangan minat, kebolehan, umur dan pengetahuan am murid. Bercerita dapat meningkatkan kefahaman kanakkanak terhadap pelajaran dan boleh merangsang murid-murid melahirkan idea atau pendapat serta menjadikan pembelajaran sebagai suatu pengalaman yang menyeronokkan. Bercerita juga dapat dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan. Tujuan utama mendengar cerita adalah untuk berhibur dan perlu diingat bahawa murid-murid juga perlu belajar sesuatu dari cerita tersebut. Oleh itu buku cerita yang menggabungkan unsur-unsur kognitif dan afektif adalah perlu supaya mereka dapat menyerap nilai dan pengajaran yang ingin diketengahkan melalui sesebuah cerita. Kalau boleh, cerita yang dipilih perlu mengandungi unsur-unsur penyelesaian masalah. Tidak perlu menyelesaikan masalah yang besar dan berat, memadai jika mereka perlu mencantum dan menyusun gambar. Kerja itu sebenarnya memerlukan kemahiran menyelesaikan masalah.

Antara kelebihan aktiviti bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran adalah :

Aktiviti bercerita boleh menambahkan minat dalam mana-mana bahagian

kurikulum. Aktiviti bercerita dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk

menikmati kesusteraan, pengayaan bahasa, mengembangkan kemahiran mendengar dan memotivasikan murid-murid membaca. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh digunakan untuk aktiviti

bercerita .

Sebelum bercerita :3

Persekitaran yang selesa adalah penting. Sebaik-baiknya kemaskan satu tempat supaya murid boleh duduk mengelilingi pencerita. a. Jika guru ialah pencerita, dia mesti menimbangkan perkaraperkara berikut : - Pastikan cerita boleh didengar oleh semua murid. - Pastikan semua murid dapat lihat pencerita, terutama muka dan tangan. - Bercerita dengan kuat dan jelas dengan ekspresi suara. - Sekiranya pencerita tidam mahu diganggu beritahu kepada muridmurid supaya tidak tanya soalan sehingga penghabisan cerita. - Pastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan.

b. Kalau murid-murid diberi peluang bercerita bersama-sama, merekaharus :

- Diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita itu. - Diberi peluang berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidakformal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita yang lebih mendalam.

Semasa bercerita:

4

a. Murid-murid harus diberi peluang mencatat nota untuk perbincangan lanjut; b. Pastikan murid-murid menumpukan perhatian c. Pencerita harus bertentangan mata dengan pendengar dan bertutur secara terusmenerus kepada pendengarnya.

Selepas sesi bercerita:

a. Beri peluang kepada murid untuk memberi rumusan cerita. b. Meminta mereka berkongsikan nilai yang telah dipelajari.

Banyak perkara yang perlu difikirkan sewaktu mengatur sesuatu sesi bercerita bersama pelajar. Antaranya adalah guru perlu :

1. Permudahkan plot cerita yang ingin diperdengarkan Gunakan perkataan sendiri untuk bercerita dengan mengekalkan konsep-konsep kesesuaian pilihan perkataan. Seringkali guru tidak dapat membina cerita sendiri tetapi akan memetik dari buku-buku cerita yang ada di pasaran. Kita perlu ingat, kadangkadang buku cerita dihasilkan oleh penulis bukan yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan. Mereka adalah penulis yang menulis untuk memenuhi pasaran. Sukar mendapatkan buku cerita yang benar-benar memenuhi kehendak pembelajaran muridmurid iaitu yang menghiburkan, dan dalam masa yang sama memberi pengajaran. Oleh itu adalah penting kepada guru-guru untuk membaca cerita-cerita sebegini dan mempermudahkan plotnya bagi menyesuaikan dengan murid-murid. Benar atau salah5

cerita itu bukanlah perkara terpenting tetapi jika guru dapat bercerita dengan baik sehingga murid-murid dapat menerima cerita tersebut, itu dikatakan sudah berjaya. 2. Bina peta atau carta alir cerita Manusia memang mempunyai sifat lupa. Tidak terkecuali bagi guru. Oleh itu, guru bolehlah membina peta cerita atau carta aliran untuk memudahkan cerita dan mengelakkan lupa. Semua ini perlu dilakukan supaya guru tidak tersekat-sekat sewaktu bercerita. Tambahan pula jika ada pelajarnya yang suka mencelah atau menimbulkan masalah semasa sesi berlangsung. Selepas menangani masalah pelajar, guru terlupa di mana dia telah berhenti. Perkara ini akan membuatkan pelajar berasa kecewa. Kalau guru menyediakan peta cerita, perkara ini dapat dielakkan. Walaupun terganggu, guru tetap dapat menyambung ceritanya dengan baik. Walau bagaimanapun, gangguan seumpama itu dapat mengurangkan keseronokan murid-murid mendengar cerita, dan seboleh-bolehnya dielakkan oleh guru. 3. Sediakan alat bantu yang sesuai Sekiranya perlu, guru perlu menyediakan alat bantu untuk digunakan sewaktu sesi bercerita. Tujuannya supaya murid-murid berasa seronok. Misalnya gambar-gambar binatang, pemandangan, atau apa saja yang berkaitan dengan cerita boleh menjadikan sesi bercerita lebih menarik minat. Warna-warni gambar menjadai pelengkap kepada penceritaan yang menarik.

5. Bercerita dengan suara, gaya, dan intonasi yang sesuai.6

Aspek ini adalah perkara paling penting dalam sesebuah sesi bercerita. Sekiranya suara yang monotonous dengan gaya yang hambar dan intonasi yang mendatar, murid akan jemu dan gagallah guru tersebut. Keadaan akan menjadi lebih serius jika guru berterusan tiada gaya bercerita, lama-kelamaan murid menjadi bosan dan tidak berminat mengikuti sesi bercerita yang dikendalikan oleh guru tersebut. Sesi bercerita juga boleh bertukar menjadi sesi yang bising dan tidak terkawal.6. Sediakan pakaian khas jika perlu

Sesuatu sesi bercerita akan menjadi lebih menarik sekiranya guru menyediakan pakaian khas sewaktu bercerita. Selain membangkitkan mood murid-murid, ia juga dapat menjadikan sesi lebih real. Tidak perlulah menyediakan pakaian yang mahal atau terlalu detail sehingga menenggelamkan cerita. Cukuplah sekadar penghias untuk membezakan antara waktu pengajaran biasa dengan sesi bercerita. Keadaan ini juga boleh menjadikan murid-murid lebih bersemangat dan bersedia untuk mengambil bahagian yang aktif dalam sesi tersebut.

3.0 Peranan guru terhadap murid bagi kaedah pameran.

7

Kaedah pameran merupakan suatu kegiatan yang dilakukan oleh guru atau pihak sekolah untuk menyampaikan maklumat dengan memaparkan pelbagai jenis bahan untuk dipamerkan kepada murid-murid sama ada berbentuk gambar, sampel bahan atau tayangan video. Kaedah pameran menggunakan proses mendengar dan melihat untuk memberi penjelasan tentang bahan yang dipamerkan. Antara peranan guru semasa kaedah pameran adalah : a. Guru menerangkan objektif pameran kepada murid. b. Perbincangan berkaitan dengan pameran akan diketuai oleh guru dan bertindak sebagai pemantau. c. Guru menetapkan masa dan tempat pameran. d. Pemilihan bahan pameran hendaklah menarik minat murid.

Fungsi pameran adalah sebagai pendidikan kerana murid mendapat maklumat luar dari bilik darjah dan melalui kaedah yang lain selain pengajaran sesorang guru di dalam kelas. Selain itu juga sebagai fungsi hiburan kerana menyeronokkan bagi diri murid-murid dan murid-murid dapat menghilangkan rasa jenuh belajar didalam kelas.

8

Pameran Sementara

JENIS PAMERAN

Pameran tetap

Pameran tetap dimaksudkan dengan meletakkan bahan pameran secara kekal buat jangka masa yang lama. Manakala pameran sementara dimaksudkan dengan meletakkan bahan pemeran mengikut masa dan tarikh yang spesifik.

Sebelum pameran Perbincangan adalah berkaitan isu, tarikh dan kesesuaian tempat pameran oleh guru dan pihak yang terlibat. Jawatankuasa untuk pameran harus dilantik dari kalangan murid. DIsamping itu, bahan pameran harus disediakan lebih awal.

Semasa pameran

Menyusun atur bahan pameran yang diperlukan berdasarkan perancangan. Semasa pameran semua murid harus berada di tempat pameran. Guru haruslah menjalankan tugas dengan memantau segala aktiviti yang di lakukan oleh murid sepanjang pameran. 9

Selepas pameran Semua murid harus bekerja sama mengemas barang dan peralatan yang digunakan sepanjang pameran. Guru dan murid menjalankan sesi refleksi berkaitan pameran yang dijalankan. Guru membincangkan dapatan yang murid perolehi berkaitan pameran.

Kebaikan kaedah pameran adalah dapat menyediakan pengalaman langsung dan merupakan kaedah pengajaran yang menarik kepada murid. Disamping itu juga, ianya dapat memberi kesedaran mengenai sesuatu isu kepada murid dan mengeratkan hubungan antara masyarakat sekolah dan pihak luar. Murid menjadi aktif dan semua murid berpeluang mengambil bahagian.

4.0 Dokumentasi proses pengajaran dan pembelajaran pendekatan tindakan sosial. Guru masuk ke kelas dengan membawa bahan bantu mengajar iaitu buku teks dan kad situasi. Semua murid berdiri dan memberi salam kepada guru. Sebelum10

memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran guru mengarahkan semua murid mengemas kedudukan kerusi, meja dan mengutip sampah yang terdapat dilantai. Semasa set induksi guru memberitahu murid bahawa dia kehilangan kad pengenalan, kemudian guru bertanya kepada murid apakah yang sepatutnya dilakukan apabila kehilangan kad pengenalan. Antara jawapan yang diberikan oleh murid adalah melaporkan kepada pihak polis. Selepas itu, guru mengaitkan perbincangan di atas dengan pelajaran pada hari ini. Untuk langkah pengajaran dan pembelajaran pula guru mempamekan kad situasi kepada murid, berikut adalah contoh kad situasi yang dipamerkan. :

KAD SITUASI Kamu sedang meyiapkan kerja sekolah mata pelajaran Matematik. Kerja sekolah ini mesti dihantar keesokan harinya. Tiba-tiba, kawan kamu menelefon dan meminta bantuan kamu untuk membimbingnya menyiapkan kerja sekolah tersebut. Apakah tindakan kamu?

Murid kemudiannya diminta untuk membincangkan tindakan yang sepatutnya diambil untuk menangani situasi diatas. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk melakonkan situasi tersebut. Murid lain diminta memerhatikan lakonan tersebut dan memberikan pendapat sama ada tindakan yang diambil itu telah mengambil kira11

kepentingan diri dan kepentingan orang lain. Selepas itu murid ditanya tentang kebaikan menyelesaikan sesuatu masalah secara sederhana. Guru membimbing murid untuk memahami teks utama. Beberapa orang murid dipilih untuk memegang watak yang terdapat di dalam teks. Guru bersoal jawab dengan murid :a. Apakah nilai yang kamu pelajari berdasarkan cerita diatas? b. Apakah kelebihan mengamalkan nilai ini semasa menyelesaikan sesuatu

masalah? Murid diminta membincangkan soalan-soalan dalam bahagian fikir dan jawab. Selepas itu wakil setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan. Berikut merupakan contoh jawapan : 1. Sebab: dia tidak sihat, abangnya bersetuju untuk membantunya menghantar bahan perbincangan. 2. Kesan: kawan-kawannya akan menunggu, kawan-kawanny tidak dapat meneruskan perbincangan. 3. Tidak mengabaikan kepentingan diri dan orang lain, menyusahkan kawan. 4. Saya akan menderma sebahagian duit saku saya, sebahagian lagi saya akan gunakan untuk diri sendiri(Guru membimbing murid ke arah keserdehanaan). 5. Contoh situasi lain: sederhana bertutur-menggunakan perkataan yang sopan/berbudi bahasa dan tidak menyinggung perasaan orang lain, sederhana berpakaian memakai pakaian yang sopan dan sesuai dengan majlis.

Guru membuat penilaian murid dengan mengambil kira aspek pemikiran, perasaan dan tingkah laku moral iaitu dengan meminta murid menerangkan kebaikan menyelesaikan sesuatu masalah dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain. Selain itu, guru juga meminta murid menunjukkan perasaan bertimbang12

rasa terhadap keperluan orang lain dan menjelaskan ciri-ciri keserdehanaan yang terdapat di dalam teks utama. Bagi sesi penutup guru bersama-sama murid membuat rumusan tentang kepentingan mengamalkan sikap sederhana dalam menyelesaikan masalah. Selesai membuat rumusan bersama guru meminta murid untuk berdiri dan mengucapkan terima kasih kemudian meninggalkan kelas. Antara Pendekatan tindakan sosial yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran guru yang mengajar moral adalah guru mengarahkan semua murid mengemas kedudukan kerusi, meja dan mengutip sampah yang terdapat dilantai. Disamping itu juga murid melakonkan situasi yang diberi oleh guru dan membincangkan soalan yang diberi oleh guru. Selain itu juga guru ada membuat rumusan bersama-sama murid tentang kepentingan mengamalkan sikap sederhana dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

13

Sesi pengajaran dan pengajaran pendidikan moral.

14

5.0 Refleksi Nama : Mohd Izzack Wisa Bin Mohd Wilson . No. Kad Pengenalan : 900912-13-6693 . Assalamualaikum saya ucapkan kepada Encik Mohd Shukor Abas, pensyarah pembimbing bagi matapelajaran Kemahiran Berfikir pada semester kedua ini. Tugasan yang kami terima pada semester ini adalah bedasarkan jenis kemahiran berfikir serta alat-alat berfikir. Tajuk tugasan yang saya dapat adalah cara mengatasi masalah ponteng dalam kalangan pelajar mengikut pandangan pelajar ponteng sekolah, guru, ibu bapa dan ahli agama.Terdapat beberapa jenis alat berfikir yang terdapat dalam kemahiran berfikir yang saya pelajari iaitu pengurusan grafik, peta minda, soalan dan penyoalan dan CoRT 1 dan CoRT 4. Dalam proses menyiapkan tugasan ini saya menggunakan kesemua alat-alat berfikir yang saya pelajari dalam kemahiran berfikir . Selain itu, saya mendapati dengan menggunakan kesemua alat-alat berfikir penyamapian maklumat mudah difahami dan banyak kelebihan dengan menggunakan kesemua alat-alat berfikir . Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dalam menyelesaikan tugasan ini secara langsung atau tidak langsung.

15

6.0 Bibliografi Dari internet: Laman web :1. http://www.slideshare.net/faqhreel/hsp-moral-tahun-enam

Dari buku : Nama penulis : Nur Munirah Teoh Binti Abdullah Vishalache a/p Balakrishnan Asman Binti Ahmad Tahun di terbitkan Tajuk buku : 2007 : Pendidikan Moral Tahun 6

16

7.0 Jadual Kolaborasi Nama : Mohd Izzack Wisa Bin Mohd Wilson . Opsyen : PISMP 1110 PJ

17

8.0 Lampiran18

19