TEKS CERAMAH

download TEKS CERAMAH

of 13

description

ceramah

Transcript of TEKS CERAMAH

TEKS CERAMAH: Jerebu, Punca-Punca, Kesan Terhadap Alam Sekitar, Langkah-Langkah Keselamatan dan Langkah-Langkah untuk Mengatasinya.

Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Satu Malaysia kepada seluruh warga sekolah dan juga para pelajar. Bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar, saya ingin menyampaikan satu ceramah yang bertajuk Jerebu. Ibu-bapa dan para pelajar yang dikasihi,Apakah yang kita tahu tentang Jerebu?Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Ibu-bapa dan para pelajar yang dikasihi,Berikut adalah kandungan jerebu, yang boleh menjejaskan kesihatan.1) Partikulat terampai Didapati dalam asap kebakaran hutan, pembakaran terbuka, debu letusan gunung berapi, perlepasan asap kenderaan khususnya yang berkuasa diesel serta loji tenaga dan kilang2) Sulfur dioksida Berpunca daripada letusan gunung berapi, loji tenaga, industri berat dan enjin diesel3) Karbon monoksida dan karbon Diakibatkan oleh aktiviti pada loji tenaga, idustri menggunakan dioksida bahan api fosil, sumber kenderaan bergerak khususnya yang menggunakan minyak diesel dan berplumbum4) Nitrogen dioksida Diakibatkan oleh loji tenaga, industri berat dan kenderaan bermotor5) Plumbum Dihasilkan oleh industri tertentu dan cat yang berasaskan plumbum serta sumber kenderaan.

Punca - Punca JerebuSepertimana yang kita sedia maklum, keadaaan jerebu di Semenanjung Malaysia kelihatan semakin membimbangkan. Apakah puncanya? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. Mengikut pantauan titik panas di laman web Pusat Meterologi Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera ketika ini.

Selain itu, faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk ke semenanjung dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.Daripada peristiwa tersebut, kita boleh membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.. Hanya hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan. Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu yang teruk.

Ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi,Di Malaysia, tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu:

Pertama melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia akhir-akhir ini.

Kedua, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahan-bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh manambahburukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu. Selain itu, asap hasil daripada pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.

Ketiga, masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering. Hal ini akan memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.

Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi. Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udaraIbu baoa, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi,Walaupun begitu, kita juga boleh menjadi punca utama jerebu yang lain adalah akibat daripada aktiviti-aktiviti harian. Contohnya:1) Pembakaran secara terbuka2) Asap rokok3) Asap dari kenderaanIbu bapa, guru-guru dan para pelajar sekalian, Di sini saya ingin menyeru anda semua supaya menghindari daripada perbuatan yang boleh menyebabkan jerebu.Indeks Pencemaran Udara (IPU)IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-NILAI IPUSTATUS

0 - 50Baik

51 - 100Sederhana

101 - 200Tidak Sihat

201 - 300Sangat Tidak Sihat

301 - 500Berbahaya

Kita perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa seperti akhbar, televisyen dan radio untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat sendiri supaya dapat mengambil langkah - langkah pencegahan yang sewajarnya.

Ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi,Tahukan kita bahawa jerebu boleh mengancam nyawa kita? Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-1) Kanak-kanak2) Orang tua3) Mereka yang mengalami penyakit a) asmab) bronkitisc) radang paru-parud) penyakit paru-paru yang kronike) jantungf) alahan4) Perokok5) Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.Kesan komponen utama jerebu1) Karbon monoksida - melemahkan pengecutan jantung serta merendahkan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah. Mengurangkan keupayaan beriadah dan merbahaya bagi pengidap penyakit jantung yang kronik.2) Sulfur dioksida - meruncingkan lagi masalah penyakit yang sedia ada terutamanya bronkitis. Mengganggu saluran pernafasan pengidap penyakit asma dan batuk.3) Nitrogen dioksida - merangsang hidung dan tekak terutamanya yang mengidap asma. Meningkatkan jangkitan penyakit melalui udara.4) Plumbum - merosakkan sistem saraf dan otak.5) Partikulat terampai - meruncingkan penyakit paru-paru dan jantung, mengubah ketahan badan melawan bahan yang disedut dan merosakkan tisu paru-paru terutamanya yang berpenyakit jantung dan paru-paru kronik.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada KesihatanJerebu berasal daripada sumber semulajadi seperti garam laut dan tanah adalah tidak memudaratkan manusia. Jerebu nipis dan sementara yang wujud di kebanyakan bandar tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka panjang penduduk. Namun, keadaan jerebu yang teruk boleh membahayakan kesihatan. Bakal berlaku peningkatan kejadian kegatalan mata dan tekak serta kesukaran bernafas kepada mereka yang sensitif.

Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan manusia yang paling ketara adalah terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, pneumonia ataupun radang paru-paru dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula, kesihatan mereka boleh terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.

Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup. Di Malaysia juga ada dicatatkan kes terbaharu, aiatu IPU terburuk dicatatkan di Muar, Johor yang mencecah angka 750.

Ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi,Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan.

Selimut jerebu ini biasanya akan hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan. Ia akan meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.

Ibu bapa, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi,Kita hendaklah sentiasa berwaspada dengan fenomena jerebu pada masa kini. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:1. Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.2. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.3. Mata terasa pedih dan berair.4. Hidung berair dan kerap bersin.5. Kulit badan terasa gatal-gatal.6. Terasa sakit dada.Sila dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala yang telah saya sebutkan tersebut.

Ibu bapa, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi,Marilah kita sama-sama mencegahlah penyakit akibat jerebu. Ikutilah nasihat berikut:-1. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.2. mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.3. Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.4. Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.5. Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.6. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah7. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.8. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.9. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.10. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )11. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Ibu bapa, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi,Di Malaysia, kesedaran di kalangan masyarakat dan pihak yang berwajib sudah semakin meningkat. Namun begitu, masih banyak yang perlu dilakukan untuk mengekalkan kesejahteraan alam sekitar dan kualiti hidup kita. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah :

1. Penguatkuasaan undang-undang.Kilang-kilang diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi.Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau atau Sumatera yang telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini.

2. Pendidikan alam sekitar.Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains, diharap dapat menyemai rasa mencintai alam sekitar. Diharap pembakaran terbuka sampah sarap oleh sektor rumah tangga dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran untuk melindungi bumi daripada fenomena cuaca seperti jerebu.3. Kempen kesedaran alam sekitar.Kempen yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF Malaysia juga dapat mengatasi masalah jerebu. Badan NGO melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai alam sekitar.4. Pembenihan awan untuk menghasilkan hujan.Walaupun hujan yang turun merupakan hujan asid, tetapi dapat mengurangkan masalah jerebu. Udara akan kembali bersih selepas berlakunya hujan.5. Penggunaan petrol tanpa plumbumIni dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon kenderaan yang mencemarkan udara.6. Penggunaan catalytic converterPenggunaan alat ini juga mampu mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Oleh itu keadaan jerebu juga dapat dikurangkan.7. Memakai topeng muka.Untuk mengatasi daripada mendapat kesesakan nafas, batuk dan selsema pemakaian topeng muka ketika berada di luar rumah amatlah digalakkan.8. Kempen kitar semula.Melalui kempen kitar semula bahan buangan/sisa pertanian boleh dikitar menjadi bahan baru. Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh dijadikan baja kompos ataupun makanan ternakan. Manakala kayu getah pula boleh dijadikan perabot seperti meja dan kerusi.PENUTUPIbu bapa, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi,Berdasarkan ceramah saya tentang jerebu ini, saya berharap agar kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang telah berlaku di negara ini, dan juga peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di luar negara. Sejarah yang buruk mungkin akan berulang jika kita alpa untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang perihatin. Marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar, bersikap penyayang dan sentiasa berwaspada supaya tiada seorangpun di kalangan kita pada hari ini akan menerima akibat buruk daripada jerebu.Sekian, terima kasih.

Rujukan:Diambil daripada http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2013/06/punca-jerebu-di-semenanjung-malaysia.html pada 13 November 2013.Diambil daripada http://sifuliterapi.wordpress.com/2013/06/25/penyakit-kesan-jerebu/ pada 13 November 2013.Diambil daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu pada 13 November 2013.