Teks Forum

3
Bismillahirrahmanirrahim.. Sekalung apresiasi saya hulurkan buat ahli panel yang bijaksana, seterusnya hadirin hadirat warga penerus kelangsungan kemerdekaan Negara. Assalamualaikum, Salam Warga Intelektual dan Salam 1 malaysia. Alhamdulillah, bertemu kita sekali lagi dalam forum remaja pada kali ini yang akan mengupas satu isu kontemporari iaitu ‘Gejala Pembuangan Bayi”. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, tak kenal maka tak cinta, kalau tak cinta bagaimana hendak bersama, maka saya ingin memperkenalkan ahli-ahli panel pada hari ini yang pastinya mempunyai idea-idea bernas untuk dikongsi bersama… Memperkenalkan ahli panel Panel pertama _________________________________________ Panel kedua___________________________________ Panel ketiga _____________________________________ Dan saya ________________________________ selaku pengerusi majlis pada hari ini. Baiklah, tanpa membuang masa, terus kepada intipati forum yang akan kita bincangkan pada hari ini. Kebelakangan ini, isu pembuangan bayi hangat diperkatakan di kaca televisyen dan di dada-dada akhbar. Suatu ketika dahulu isu ini hangat dikatakan, kemudian ia kembali senyap dan kini isu ini kerap berlaku dan sukar untuk dibendung lagi. Setiap hari ada sahaja kes pembuangan bayi di dada-dada akhbar. Malah, kes penderaan kanak-kanak turut mendapat perhatian. Apatah lagi selepas kempen ‘Kami Prihatin’ dilancarkan baru-baru ini, masih terdapat juga kes pembuangan bayi yang dilaporkan. Terkini, berlaku di Hulu Selangor di mana bayi

Transcript of Teks Forum

Page 1: Teks Forum

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekalung apresiasi saya hulurkan buat ahli panel yang bijaksana, seterusnya hadirin hadirat warga penerus kelangsungan kemerdekaan Negara. Assalamualaikum, Salam Warga Intelektual dan Salam 1 malaysia.

Alhamdulillah, bertemu kita sekali lagi dalam forum remaja pada kali ini yang akan mengupas satu isu kontemporari iaitu ‘Gejala Pembuangan Bayi”.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, tak kenal maka tak cinta, kalau tak cinta bagaimana hendak bersama, maka saya ingin memperkenalkan ahli-ahli panel pada hari ini yang pastinya mempunyai idea-idea bernas untuk dikongsi bersama…

Memperkenalkan ahli panel

Panel pertama _________________________________________

Panel kedua___________________________________

Panel ketiga _____________________________________

Dan saya ________________________________ selaku pengerusi majlis pada hari ini.

Baiklah, tanpa membuang masa, terus kepada intipati forum yang akan kita bincangkan pada hari ini.

Kebelakangan ini, isu pembuangan bayi hangat diperkatakan di kaca televisyen dan di dada-dada akhbar. Suatu ketika dahulu isu ini hangat dikatakan, kemudian ia kembali senyap dan kini isu ini kerap berlaku dan sukar untuk dibendung lagi. Setiap hari ada sahaja kes pembuangan bayi di dada-dada akhbar. Malah, kes penderaan kanak-kanak turut mendapat perhatian. Apatah lagi selepas kempen ‘Kami Prihatin’ dilancarkan baru-baru ini, masih terdapat juga kes pembuangan bayi yang dilaporkan. Terkini, berlaku di Hulu Selangor di mana bayi ditemui dalam timbunan sampah! Gejala yang berlaku sekarang iaitu buang bayi macam buang sampah sarap sahaja seolah-olah bayi tersebut tiada nilai dan nyawa.

Saya ingin bertanya kepada ahli panel yang pertama, apakah sebenarnya punca gejala pembuangan bayi ini berlaku…?

(selepas itu, beri sedikit ulasan mengenai pendapat panel pertama)

Saya ingin memetik laporan daripada kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat yang mana kaum melayu merupakan kaum yang tertinggi dalam kes pembuangan bayi, pada pendapat ahli panel kedua, apakah kesan akibat daripada pembuangan bayi ini.

Page 2: Teks Forum

(beri ulasan selepasa panel kedua bagi pendapat)

Setiap penyakit, ada ubatnya. Saya percaya gejala ini tidak pernah dipandang enteng oleh kerajaan Malaysia. Maka, saya ingin bertanya kepada ahli panel ketiga, apakah langkah yang perlu diambil bagi mengatasi gejala pembuangan bayi ini..

(beri ulasan seperti biasa)

Hadirin penyambung warisan kegemilangan Negara, maka kita telah mendengar hujah-hujah bernas daripada ahli panel yang intelek sebentar tadi. Sebagai kesimpulan, saya ingin member peluang kepada ketiga-tiga panel untuk member sedikit kesimpulan.. dimulakan dengan panel pertama.

Maka, dengan ini berakhirlah sudah forum remaja kita pada hari ini. Saya ingin memberi sedikit kata-kata mutiara. Anak- anak adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai. Semoga gejala pembuangan bayi ini dapat diatasi supaya masyarakat sedar bahawa melentur buluh, biarlah dari rebungnya.. terima kasih kepada hali panel pada hari ini.

Selamat bertemu lagi.. Salam perpisahan. Sampai bertemu lagi..

Wassalam…