teks forum hajar.doc

3
Terima kasih saudari Anis, Gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan. Saya sebagai guru disiplin telah berhadapan dengan pelbagai masalah gejala sosial contohnya ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, seks bebas, samseng, gengsterisme, vandalisme, mencuri dan sebagainya. Hal ini menunjukkan keruntuhan akhlak yang semakin serius dan perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Pelbagai punca yang menyebabkan masalah ini berlaku antaranya proses modenisasi dan globalisasi, pergaulan bebas, terlalu banyak masa lapang, pegangan agama yang rapuh, mencari keseronokan dan pengaruh rakan sebaya. Dari perspektif seorang guru, saya lebih menekankan faktor pengaruh rakan sebaya menyebabkan gejala sosial semakin meruncing. Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Prof Madya Dr Azizi bin hj Yahaya & Rosnah binti Hj Buang iaitu Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengsterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri ( Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor), mereka menyatakan bahawa faktor yang paling berpengaruh dalam masalah gengsterisme ialah rakan sebaya. Manakala berdasarkan laporan statistik yang dikeluarkan pada tahun 2012 oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan, punca remaja terjebak dalam kancah dadah disebabkan pengaruh kawan adalah sebanyak 3565 orang daripada 8468 orang. Kedua-dua laporan menunjukkan pengaruh rakan sebagai punca tertinggi dalam masalah gejala sosial yang melibatkan gengsterisme dan dadah. Berdasarkan data-data tadi, saya berpendapat sedemikian kerana jika kita perhatikan terdapat pelajar yang datang daripada keluarga yang baik atau keluarga bahagia tetapi mereka masih terlibat dengan gejala sosial ini. Hal ini mungkin disebabkan mereka terpengaruh dengan rakan-rakan yang tidak baik. Mereka telah salah memilih kawan. Mereka juga merasa bebas dan seronok berada bersama rakan-rakan berbanding ibu bapa yang bersifat agak mengongkong. Tanpa mereka sedari, kawan-kawan mereka cuba membawa mereka ke jalan yang terpesong secara perlahan-lahan. Rakan- rakan seperti ini hanya menggunakan pelajar sebegini bagi menambahkan

Transcript of teks forum hajar.doc

Terima kasih saudari Anis,Gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan. Saya sebagai guru disiplin telah berhadapan dengan pelbagai masalah gejala sosial contohnya ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, seks bebas, samseng, gengsterisme, vandalisme, mencuri dan sebagainya. Hal ini menunjukkan keruntuhan akhlak yang semakin serius dan perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Pelbagai punca yang menyebabkan masalah ini berlaku antaranya proses modenisasi dan globalisasi, pergaulan bebas, terlalu banyak masa lapang, pegangan agama yang rapuh, mencari keseronokan dan pengaruh rakan sebaya. Dari perspektif seorang guru, saya lebih menekankan faktor pengaruh rakan sebaya menyebabkan gejala sosial semakin meruncing. Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Prof Madya Dr Azizi bin hj Yahaya & Rosnah binti Hj Buang iaitu Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengsterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri ( Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor), mereka menyatakan bahawa faktor yang paling berpengaruh dalam masalah gengsterisme ialah rakan sebaya. Manakala berdasarkan laporan statistik yang dikeluarkan pada tahun 2012 oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan, punca remaja terjebak dalam kancah dadah disebabkan pengaruh kawan adalah sebanyak 3565 orang daripada 8468 orang. Kedua-dua laporan menunjukkan pengaruh rakan sebagai punca tertinggi dalam masalah gejala sosial yang melibatkan gengsterisme dan dadah.Berdasarkan data-data tadi, saya berpendapat sedemikian kerana jika kita perhatikan terdapat pelajar yang datang daripada keluarga yang baik atau keluarga bahagia tetapi mereka masih terlibat dengan gejala sosial ini. Hal ini mungkin disebabkan mereka terpengaruh dengan rakan-rakan yang tidak baik. Mereka telah salah memilih kawan. Mereka juga merasa bebas dan seronok berada bersama rakan-rakan berbanding ibu bapa yang bersifat agak mengongkong. Tanpa mereka sedari, kawan-kawan mereka cuba membawa mereka ke jalan yang terpesong secara perlahan-lahan. Rakan-rakan seperti ini hanya menggunakan pelajar sebegini bagi menambahkan pengikut ataupun memudahkan mereka untuk mendapatkan pelanggan sekiranya mereka terlibat dengan dadah.Selain itu, jenis sekolah juga memainkan peranan dalam mengawal gejala sosial ini. Terdapat beberapa jenis sekolah di Malaysia pada umumnya iaitu sekolah menengah harian biasa, sekolah menengah berasrama penuh dan sekolah menengah agama. Menurut Mohamad Khairi Othman dan Asmawati Suhid dalam artikel bertajuk Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Melalui Penerapan Nilai Murni : Satu Sorotan, responden sekolah menengah khas/berasrama penuh dan sekolah menengah agama didapati mempunyai tahap penghayatan akhlak yang lebih tinggi berbanding dengan responden dari sekolah menengah harian biasa. Di sini kita dapat simpulkan bahawa kebanyakan masalah sosial lebih banyak berlaku dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian biasa kerana mereka lebih bebas bersama-sama dengan rakan mereka. Kita dapat lihat ramai remaja yang melepak di pusat membeli belah, cyber cafe, pusat permainan dan tempat-tempat yang mereka boleh berseronok. Sekolah berasrama penuh pula dikawal oleh guru-guru dan pelajar lebih terdedah kepada penghayatan agama. Pelajar belajar untuk solat berjemaah dan menyertai aktiviti surau. Oleh sebab mereka mempunyai budaya kerohanian, maka gejala sosial dapat dikurangkan daripada berlaku dalam kalangan pelajar.Pada hemat saya, antara cara menangani untuk masalah gejala sosial ialah memperkasakan peranan pihak sekolah terutama dari aspek akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. Guru boleh menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek atau berasaskan masalah yang lebih seronok dan menggalakkan penglibatan aktif pelajar.

Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Hal ini juga telah disuarakan oleh Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye agar pihak sekolah lebih terbuka untuk melapor kes jenayah pelajar. Hal ini kerana terdapat sekolah yang mendiamkan masalah yang berlaku melibatkan jes juvana semata-mata mahu menjaga nama baik sekolah.

Selain langkah perundangan, langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu pelajar mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.