TEKS KURSUS PENGAWAS

download TEKS KURSUS PENGAWAS

of 4

description

skrip emcee

Transcript of TEKS KURSUS PENGAWAS

TEKS PENGACARAAN KURSUS PENINGKATAN KEPIMPINAN PENGAWAS SMK PALOH 2015

TEMPAT: Dewan Pengetua BistariTARIKH: 5 April 2015

1KETIBAAN TETAMUMengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat

2Bismillahhirahmanirahim,

Assalamualaikum w.m.t dan salam sejahtera kepada

i. Yang Dihormati Yang Berhormat En Teoh Yap Kun ADUN KAWASAN PALOH]ii. Yang Berusaha Tn Hj Said bin Bohari, Pengetua SMK Palohiii. Yang Berusaha En Hakim Bin Muslam Selaku Penceramah JemputanBarisan guru penolong kanan, guru-guru penasihat pengawas, barisan kepimpinan pengawas dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya jua kita dapat bersama berkumpul pada pagi ini bagi menjayakan KURSUS PENINGKATAN KEPIMPINAN PENGAWAS SMK PALOH 2015Pihak Majlis mengalu-alukan dan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu atas kesudian hadir pada majlis ini.

4BACAAN DOABagi memulakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon restu limpah perkenan Ilahi agar majlis ini dan kehidupan kita dilimpahi keberkatan. Majlis mempersilakan Ustaz Munawar bin Misman untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.########################%%%%%%%%%%%################Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Munawar bin Misman atas bacaan doa itu tadi.

5Ucapan alu-aluan pengacara

Hadirin dan hadirat sekalian,KURSUS PENINGKATAN KEPIMPINAN PENGAWAS SMK PALOH 2015 merupakan satu majlis penting yang bertujuan untuk membentuk pengawas yang berkepimpinan. Dengan pelantikan ini, barisan kepimpinan pengawas diberi tanggungjawab yang amat besar untuk membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar.

Bagi meneruskan majlis, dengan ini dijemput Yang Berusaha Tn Hj Said bin Bohari, Pengetua SMK Palohuntuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan.

################%%%%%%%%%%%%%%%%%################

Pihak Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Yang Berusaha Tn Hj Said bin Bohari, Pengetua SMK Paloh

Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berhormat En Teoh Yap Kun untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan dan menyempurnakan penutup KURSUS PENINGKATAN KEPIMPINAN PENGAWAS SMK PALOH 2015 . Dengan segala hormatnya dipersilakan.################%%%%%%%%%%%%%%%%%################Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat En Teoh Yap Kun , atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan KURSUS PENINGKATAN KEPIMPINAN PENGAWAS SMK PALOH 2015 .Mudah-mudahan segala maklumat, amanat, pesanan dan pengharapan beliau mendapat perhatian daripada semua yang hadir di majlis ini.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI EN HAKIM, SIJIL PENYERTAAN PENGAWAS DAN CENDERAHATI YB TEOH YAP KUNLimau manis dimakan manisManis sekali rasa isinyaDilihat manis dipandang manisManis sekali hati budinya

a) Sebagai tanda penghargaan atas kesudian Yang Berusaha En Hakim Bin Muslam untuk menyampaikan ceramah Kursus Kepimpinan Pengawas, dipersilakan , Yang Berhormat En Teoh Yap Kun ADUN KAWASAN PALOH dan diiringi Tn Hj Said bin Bohari, Pengetua SMK Paloh menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada penceramah jemputan kita. ---------------------------------------00000-----------------------------------------b) Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kursus kepada AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PENGAWAS SMK PALOH. Sekali lagi dipersilakan , Yang Berhormat En Teoh Yap Kun ADUN KAWASAN PALOH dan diiringi Tn Hj Said bin Bohari, Pengetua SMK Paloh untuk menyampaikan sijil penyertaan

c) Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Yang Dihormati Yang Berhormat En Teoh Yap Kun ADUN KAWASAN PALOH di atas kesudian beliau meluangkan masa bersama-sama kita pada hari ini. Di jemput Tn Hj Said bin Bohari, Pengetua SMK Paloh untuk menyampaikan hadiah.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA Tn Hj Said bin Bohari dan Yang Berhormat En Teoh Yap Kun

Dengan ini maka selesailah sudah majlis kita pada hari ini.Bagi pihak majlis saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan diatas kerjasama semua pihak dalam menjayakan KURSUS PENINGKATAN KEPIMPINAN PENGAWAS SMK PALOH 2015 Sekian moga bertemu lagi di masa akan datang.BUAT PENGUMUMAN SESI BERGAMBAR PENGAWAS DENGAN TETAMU JEMPUTAN DAN GURU GURU