Teks Lengkap Pengacara Majlis 2

7
Sabtu, 15 Februari 2014 Teks Pengacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Assalamualaikum. Alhamdulillah, pagi tadi Mesyuarat Agung PIBG SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014 telah berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan kerjasama. Ingatkah lagi kalian dengan entri saya ini, Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2013? Hari ini buat kali kedua saya diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara majlis lagi. Pada mulanya, memang agak berat memandangkan majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan (Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali), namun saya cuba yang terbaik. Teks pengacara majlis Sewaktu hendak menyiapkan teks pengacara majlis ini, saya cuba juga membuat rujukan dengan mencarinya di internet. Bagi saya, teks yang ada kurang menepati cita rasa saya. Ada yang terlalu ringkas, ada yang terlalu panjang. Barangkali juga, telah disesuaikan dengan atur cara majlis mereka sendiri. Saya yakin, banyak mesyuarat PIBG yang dijalankan pada bulan ini dan bulan Mac nanti. Oleh itu, cikgu yang dilantik menjadi pengacara majlis sibuk hendak membuat teks pengacaraan. Di sini saya kongsikan teks yang saya buat (bukan hasil cetusan asli saya, sebaliknya setelah dicampur, ditambah dan diedit daripada teks yang lain juga) untuk dikongsikan bersama. Bi l AGENDA TEKS 1. Ketibaan para Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Mat

description

Teks lengkap mengenai atur cara dan pengacaraan sesebuah majlis.

Transcript of Teks Lengkap Pengacara Majlis 2

Page 1: Teks Lengkap Pengacara Majlis 2

Sabtu, 15 Februari 2014

Teks Pengacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pagi tadi Mesyuarat Agung PIBG SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014 telah berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan kerjasama. Ingatkah lagi kalian dengan entri saya ini, Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2013? Hari ini buat kali kedua saya diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara majlis lagi. 

Pada mulanya, memang agak berat memandangkan majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan (Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali), namun saya cuba yang terbaik.

Teks pengacara majlis

Sewaktu hendak menyiapkan teks pengacara majlis ini, saya cuba juga membuat rujukan dengan mencarinya di internet. Bagi saya, teks yang ada kurang menepati cita rasa saya. Ada yang terlalu ringkas, ada yang terlalu panjang. Barangkali juga, telah disesuaikan dengan atur cara majlis mereka sendiri. 

Saya yakin, banyak mesyuarat PIBG yang dijalankan pada bulan ini dan bulan Mac nanti. Oleh itu, cikgu yang dilantik menjadi pengacara majlis sibuk hendak membuat teks pengacaraan. Di sini saya kongsikan teks yang saya buat (bukan hasil cetusan asli saya, sebaliknya setelah dicampur, ditambah dan diedit daripada teks yang lain juga) untuk dikongsikan bersama. 

Bil AGENDA TEKS1. Ketibaan para

jemputan dan ibu bapa

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari  bin Ahmad Dahlan (Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali) dengan diiringi  En. Mahmud bin Karim  (Yang Dipertua PIBG), En. Mohamad Akhwan bin Jamil (Guru Besar), Guru-Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG  Sekolah Kebangsaan Batang Kali.

2.Nyanyian Lagu Negeri Selangor dan Lagu Negaraku

Sidang Hadirin yang dihormati,Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnyamenyayikan lagu negeri Selangor dan lagu Negaraku.

Page 2: Teks Lengkap Pengacara Majlis 2

……………………Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

3.Kata Alu-aluan Pengacara Majlis

Kompang Bergema Pusaka BangsaDipalu oleh Si Anak MudaHadir Tuan Puan meriah suasanaKami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad DahlanAhli Dewan Undangan Negeri Batang Kali

Yang  Berbahagia _________________________________Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor

Yang Berusaha En. Mohamad Akhwan bin JamilGuru Besar SK Batang Kali

Yang  Dihormati  En. Mahmud bin KarimYang Dipertua PIBG SK Batang Kali

En. Azhar bin JusanNaib Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalianAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat pagi.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 tahun 2014 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Batang Kali, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-

Page 3: Teks Lengkap Pengacara Majlis 2

sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

4.Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah

tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Irwan bin Ismail. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Irwan bin Ismail atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang cemerlang.

5.Ucapan Alu-aluan oleh Guru Besar

Seterusnya, majlis menjemput En. Mohamad Akhwan bin Jamil, Guru Besar SK Batang Kali untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Dengan segala hormatnya, dipersilakan……………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Mohamad Akhwan bin Jamil atas ucapan alu-aluan itu tadi.

6.Ucapan Perasmian ADUN Batang Kali

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Batang Kali kali ke 39 bagi tahun 2014.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.………………….

Page 4: Teks Lengkap Pengacara Majlis 2

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan YB itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.

7.Majlis Penyampaian Cenderahati AJK PIBG sesi 2013/2014

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2013/2014. Untuk itu, majlis menjemput YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, dengan diiringi En. Mohamad Akhwan bin Jamil untuk menyampaikan cenderahati tersebut.

Dipersilakan....

En. Mahmud bin Karim – YDP PIBGEn. Mohamad Azhar bin Jusan – NYDP PIBGPn. Shafiah binti Hussain – SetiausahaPn. Suriha binti Shamsuddin – Bendahari

AJK Ibu BapaEn. Muzammil bin Mohd NorEn. Abd Rani bin NapiEn. Sharizal bin ShahidinPn. Faridah Hanim binti Mohd AliPn. Zarina binti MarjunitPn. Nor’ashikin binti Jumaan

AJK GuruEn. Hamka bin RamlanEn. Mahadi bin OmarEn. Afifuddin bin MohamadEn. Norsalawati binti ShafiePn. Israhana binti Mohd ShahrilPn. Maria Wan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan En. Mohamad Akhwan bin Jamil untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada YB Tn. Mat Nadzari bin. Ahmad Dahlan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.

Page 5: Teks Lengkap Pengacara Majlis 2

8.Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi,

maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014.

Dari mana asalnya, usah diusulMolek budinya menambat hatiDua tiga bicara salah tersasulJangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Batang Kali, merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Seterusnya, kami serahkan kepada En. Mahmud bin Karim untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014.