Teks Pengacara Kolokium Penyelidikan Tindakan Slot

3
TEKS PENGACARA KOLOKIUM PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 8 AMBILAN JANUARI 2011 SLOT 2 A 11.30 PAGI - 1.00 PETANG 2 OKTOBER 2014 P1 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..... SALUTASI Yang dihormati, ___________________________ (Penilai 1) ___________________________(Penilai 2) 2. Pensyarah-pensyarah. 3. Para Pembentang Seterusnya, Hadirin dan hadirat sekalian Assalamualaikum. wbt. P2 UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS Hadirin dan hadirat, Saya __________________ daripada jabatan ____________________ akan menerajui majlis Kolokium Penyelidikan Tindakan Pendidikan Pemulihan 2014. P3 PERATURAN PEMBENTANGAN Hadirin dan hadirat, Untuk makluman, setiap pembentangan akan dilaksanakan selama 30 minit iaitu 20 minit untuk membentang, dan 10 minit untuk sesi soal jawab. Setiap penilai hanya dibenarkan untuk mengemukakan

description

Teks - Senior

Transcript of Teks Pengacara Kolokium Penyelidikan Tindakan Slot

TEKS PENGACARA KOLOKIUM PENYELIDIKAN TINDAKANPENDIDIKAN PEMULIHAN SEMESTER 8 AMBILAN JANUARI 2011SLOT 2 A 11.30 PAGI - 1.00 PETANG 2 OKTOBER 2014P1BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....

SALUTASI

Yang dihormati,___________________________ (Penilai 1)

___________________________(Penilai 2)

2. Pensyarah-pensyarah.3. Para Pembentang

Seterusnya,

Hadirin dan hadirat sekalianAssalamualaikum. wbt.

P2UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS

Hadirin dan hadirat,

Saya __________________ daripada jabatan ____________________ akan menerajui majlis Kolokium Penyelidikan Tindakan Pendidikan Pemulihan 2014.

P3PERATURAN PEMBENTANGAN

Hadirin dan hadirat,

Untuk makluman, setiap pembentangan akan dilaksanakan selama 30 minit iaitu 20 minit untuk membentang, dan 10 minit untuk sesi soal jawab.

Setiap penilai hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu soalan sahaja.

Loceng akan dibunyikan pada minit ke-10 sebanyak sekali dan pada minit ke-20, loceng akan dibunyikan sebanyak dua kali.

Bagi sesi soal jawab pula, loceng akan dibunyikan sekali pada minit ke-5 dan akan dibunyikan sebanyak dua kali pada minit yang ke-10.

P4PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Hadirin dan hadirat sekalian,

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput dan mempersilakan pembentang pertama :

MOHAMAD ADZUAN BIN MOHD JAFAR dengan kajian yang bertajuk AKTIVITI PUZZLE MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBATANGKAN PERKATAAN KVK.

Majlis mengucapkan terima kasih atas pembentangan sebentar tadi.

Dipersilakan para panel penilai untuk mengemukakan soalan. Diingatkan sekali lagi bahawa hanya 10 minit sahaja diberikan untuk sesi soal jawab dan loceng akan dibunyikan sekali pada minit ke-5 dan akan dibunyikan dua kali pada minit yang ke-10.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput pembentang kedua :

NURATHIRAH BINTI ALADIN dengan pembentangan yang bertajuk TEKNIK VARIASI DERIA RASA MENGUKUHKAN MEMORI MENGUASAI BUNYI HURUF VOKAL.

Terima kasih pembentang kedua. Sesi soal jawab bermula 10 minit dari sekarang.

Seterusnya, majlis mempersilakan pembentang ketiga :SHEZWANI BINTI MOHD SAED dengan kajiannya TEKNIK SING AND MATCH MENINGKATKAN AMALAN PENGAJARAN GURU DALAM MEMBEZAKAN VOKAL BESAR DAN KECIL.

Terima kasih pembentang ketiga. Sesi soal jawab bermula 10 minit dari sekarang.

Terima kasih para penilai dan pembentang.

P5PENUTUP

Hadirin dan hadirat sekalian,

Dengan berakhirnya sesi soal jawab sebentar tadi, maka majlis Kolokium Penyelidikan Tindakan Pendidikan Pemulihan akan berhenti berehat buat seketika. Pembentangan akan bersambung untuk slot yang seterusnya pada pukul 1.00 petang. Majlis sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah serta semua pelajar atas kesudian hadir bagi menjayakan Kolokium Penyelidikan Tindakan Pendidikan Pemulihan pada hari ini.

Bagi pihak majlis, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan tutur kata atau bicara sepanjang pengendalian majlis ini. Dijemput para penilai untuk menikmati jamuan yang disediakan.SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM W.B.T.