Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

17
TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS GRADUASI 2015 Tarikh : 12 November 2015 Masa : 2.00 petang – 5.30 petang Tempat : Hotel Sama Sama, KLIA Masa CUE SHUHAIDA 1 2.00 petang Para hadirin mengambil tempat Masa CUE SHUHAIDA 2 Apabila isyarat, iaitu Yang Berusaha masuk ke dalam dewan dengan diiringi barisan tetamu kehormat. Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Guru Besar En. Zaharuddin Bin Hj Jamil diiringi barisan pentadbir, AJK PIBG dan guru-guru SK Jenjarom. Hadirin mohon berdiri. Dijemput para pentadbir naik ke pentas. Masa CUE SHUHAIDA 3 Apabila Yang Berusaha dan barisan tetamu kehormat telah berada di tempat masing-masing Sebagai tanda cinta akan negara, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah “ Hidup Berjasa” Masa CUE SHUHAIDA 4 Apabila lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan Mohon para hadirin mengambil tempat yang telah disediakan.

Transcript of Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

Page 1: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS GRADUASI 2015

Tarikh            : 12 November 2015

Masa               : 2.00 petang – 5.30 petang

Tempat           : Hotel Sama Sama, KLIA

Masa CUE SHUHAIDA 1 2.00 petang

Para hadirin mengambil tempat

Masa CUE SHUHAIDA 2Apabila isyarat, iaitu Yang Berusaha masuk ke dalam dewan dengan diiringi barisan tetamu kehormat.

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Guru Besar En. Zaharuddin Bin Hj Jamil diiringi barisan pentadbir, AJK PIBG dan guru-guru SK Jenjarom. Hadirin mohon berdiri.

Dijemput para pentadbir naik ke pentas.

Masa CUE SHUHAIDA 3Apabila Yang Berusaha dan barisan tetamu kehormat telah berada di tempat masing-masing

Sebagai tanda cinta akan negara, majlis dimulakan dengan

nyanyian lagu Negaraku, diikuti  dengan lagu Negeri Selangor

dan lagu sekolah “ Hidup Berjasa”

Masa CUE SHUHAIDA 4Apabila lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah tamat dinyanyikan.

Mohon para hadirin mengambil tempat yang telah disediakan.

Apabila Yang Berusaha serta para hadirin telah mengambil tempat duduk.

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau dihujung muara

Pemanis kata selamat datang

awal bismillah pembuka bicara

Page 2: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Yang Berusaha En. Zaharuddin bin Hj Jamil – Guru Besar Sk JenjaromYang dihormati En. Badrul Hisyam Bin Md Kassim - YDP PIBG Sk JenjaromEn. Azman Bin Sadli – Guru Penolong Kanan PentadbiranPn. Norhijar binti Zakariah – Guru Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Ramlan Bin Mat Salimi – Guru Penolong Kanan KokurikulumPn. Jamidah bt. Alvi – Guru Penolong Kanan PetangGuru-guru, AJK PIBG, kakitangan sekolah, para graduan yang dikasihi seterusnya sidang hadirin sekalian.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T dan SALAM SEJAHTERA

Ramai tetamu bermadah puisiKata bertuan tanda berbahasaSelamat bertemu di majlis graduasiSemoga tuan puan selamat sejahtera

Limpahan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat dan

kurnia-nya  dapatlah kita sama-sama berkumpul di dalam dewan

yang indah ini bagi meraikan Majlis Graduasi murid-murid

Tahun 6 SK Jenjarom kali ke-11/ 2015.

Majlis terlebih dahulu merakamkan sekalung terima kasih atas

keprihatinan dan kesudian Tuan puan serta semua hadirin

meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan majlis ini.

Untuk meghargai setiap jasa dan pengorbanan guru, majlis ini

juga merupakan Jamuan Akhir Tahun murid-murid Tahun 6

bersama guru-guru yang telah mendidik mereka bermula

daripada pra-sek hingga Tahun 6.

Page 3: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

Sambutan majlis graduasi ini diadakan khas bagi meraikan

murid-murid Tahun 6 SK Jenjarom. Diharapkan penyampaian

sijil ini dapat menyuntik semangat murid untuk mencapai

kejayaan yang cemerlang di masa hadapan dan pastinya

memberikan kenangan indah kepada semua pelajar.

 Masa CUE SHUHAIDA 6

Bacaan doa.Duduk bersama satu tujuan

Indah majlis gilang gemilang

Kepada Allah doa dipohonkan

Semoga majlis peroleh keberkatan

Majlis seterusnya memohon para hadirin untuk sama-sama

memanjatkan kesyukuran dan bermohon  doa ke hadrat ilahi agar

majlis graduasi ini akan diterima sebagai satu usaha yang murni

dan diberkati. Untuk itu, majlis menjemput al-Fadhil Ust

Islahuddin bin Mohamad untuk memimpin bacaan doa. Pada

yang bukan beragama islam, sama-samalah bertafakur mengikut

kepercayaan masing-masing.

Masa CUE SHUHAIDA 7

Selepas bacaan doa.

 Ucapan perasmian pembukaan

Amin amin ya rabbal alamin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-Fadhil Ust

Islahuddin bin Mohamad atas bacaan doa itu tadi.

Bagi mengisytiharkan pembukaan majlis Graduasi,Majlis mempersilakan En. Zaharuddin bin Hj.Jamil, Guru Besar SK Jenjarom mengisytiharkan tujuan majlis dan mengisytiharkan pembukaan majlis graduasi.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Guru Besar membuat pengisytiharan) 

Pengisytiharan pembukaan Majlis Graduasi 

“Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera. Saya Zaharuddin

Page 4: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

bin Hj.Jamil, Guru Besar SK Jenjarom dengan ini mengisytiharkan pembukaan Majlis Graduasi SK Jenjarom tahun 2015. Tujuannya untuk memberi pengiktirafan daripada pihak sekolah kepada putera dan puteri yang berjaya menamatkan pembelajaran selama 6 tahun di SK Jenjarom.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En.Zaharuddin bin Hj.Jamil, Guru Besar SK Jenjarom atas pengisytiharan tujuan majlis dan mengisytiharkan pembukaan majlis graduasi sebentar tadi.

Hadirin hadirat sekalian,

Majlis graduasi ini merupakan pengiktirafan tertinggi daripada pihak sekolah kepada putera-puteri SK Jenjarom yang berjaya menamatkan pembelajaran selama 6 tahun di SK Jenjarom. Seramai 172 orang murid tahun 6 akan di graduasikan sebentar lagi.

Majlis graduasi tahun 2015 ini diraikan khusus untuk putera-putera

dan puteri-puteri SK Jenjarom sebagai peransang kepada mereka

untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang yang bakal

diceburi, terutamanya dalam bidang akademik.

Majlis ini juga diharapkan mampu mengukir kenangan manis dan

mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah para

graduan. Diharapkan ia dapat di jadikan obor semangat kepada

para graduan untuk menempa kejayaan yang lebih gemilang pada

hari mendatang. 

Kepada para bakal graduan SK Jenjarom di harap sentuhan majlis

ini juga dapat membuatkan anakanda putra dan puteri tidak

melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh

barisan pendidik mithali SK Jenjarom. Kami berharap, anakanda

putra dan puteri terus gagah untuk meneruskan perjuangan dalam

menimba ilmu pengetahuan sebaik melangkah keluar mengakhiri

sesi pembelajaran di SK Jenjarom.

Page 5: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

Ucapan Ketua Murid

Hadirin Sekalian,

Majlis pada hari ini diteruskan dengan menjemput Arash Najhi bin Nor Azman, Ketua Murid SK Jenjarom untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili semua murid tahun 6. Dipersilakan.

Masa CUE SHUHAIDA 8Selepas ucapan ketua murid

Ucapan Guru Besar

Demikianlah tadi luahan hati yang tulus ikhlas dan harapan menggunung daripada Ketua Pengawas SK Jenjarom yang mewakili suara hati para murid tahun 6 yang lain. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Hadirin yang dimuliakan,

Tak meriah majlis jika tiada paluan kompang,Tak berseri majlis jika tiada tetamu yang datang,Tak lengkap acara jika beliau tidak berbicara.

Dengan itu, majlis mempersilakan yang Yang Berusaha

En.Zaharuddin bin Hj.Jamil Guru Besar SK Jenjarom untuk

menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Berilah kami haluan kemudi,Pengobat hati menanti harapan,Ucapan diberi penuh bererti,Amanat tuan jadi pegangan.

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar SK Jenjarom, En.Zaharuddin bin Hj.Jamil. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Masa CUE SHUHAIDA 9

Ucapan YDP PIBG Daun semulur di pekan sari,Batang jerami rebah ke bumi ;Madah dihulur sembah diberi,Kata perangsang hajatnya kami.

Page 6: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

Selepas ucapan YDP PIBG

 Persembahan slide

Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang dihormati En. Badrul Hisyam Bin Md Kassim Yang Dipertua PIBG SK Jenjarom, untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang

dihormati En. Badrul Hisyam Bin Md Kassim YDP PIBG SKJ

atas ucapan sebentar tadi.

Bersarang merbah di pohon nangka,Manis madunya pabila dimakan ;Majlis kini berehat seketika,Pelbagai persembahan kami sembahkan.

SEBAGAI HALWA TELINGA DAN MATA, KITA

MERIAHKAN MAJLIS KITA PADA HARI INI DENGAN

TAYANGAN SLIDE YANG  BERTEMAKAN

PERSAHABATAN DAN KENANG-KENANGAN.

Masa CUE SHUHAIDA 10

Penyampaian sijil Kalau roboh Kota Melaka,Bawa diri ke Tanjong Jati,Majlis bermula tirai dibuka,Tibalah acara Penganugerahan Sijil Graduasi.

Kini tibalah kita ke upacara Penganugerahan Sijil Graduasi kepada para graduan Tahun 6 sesi 2015. Diminta para graduan bersedia.

Untuk mengumumkan nama-nama para graduan dipersilakan Guru Kelas 6 Tanjung, 6 Siantan, 6 Mawar, 6 Dahlia, 6 Cempaka dan 6 Anggerik.

Majlis dengan ini menjemput En. Azman Bin Sadli Guru Penolong Kanan Pentadbiran mengiringi Yang Berusaha En. Zaharuddin bin Hj. Jamil Guru Besar SK Jenjarom tampil ke pentas untuk menyempurnakan penganugerahan sijil. Dipersilakan .

Page 7: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

 Masa CUE SHUHAIDA 11

Sebaik sahaja Yang Berusaha dan PKP di atas pentas.

 6 Tanjung

Hadirin hadirat yang dihormati,

Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil kepada murid-murid tahun 6 Tanjung. Dijemput _________________, untuk mengumumkan nama graduan dari Kelas 6 Tanjung, dipersilakan.

Masa CUE SHUHAIDA 126 Siantan Seterusnya dijemput Pn.Suhaily binti Abu Yamin, untuk

mengumumkan nama graduan dari Kelas 6 Siantan, dipersilakan.Masa CUE SHUHAIDA 13

6 Mawar Majlis diteruskan dengan menjemput En.Zulhusaif bin Hitam,

guru Kelas 6 Mawar untuk mengumumkan nama graduan dari

Kelas 6 Mawar, dipersilakan.

Masa CUE SHUHAIDA 14

6 DahliaSeterusnya dijemput Pn.Normilah binti Yaacob, guru Kelas 6

Dahlia untuk mengumumkan nama graduan dari Kelas 6 Dahlia,

dipersilakan.

Masa CUE SHUHAIDA 156 Cempaka Seterusnya dijemput Pn.Noor Inny binti Jamari, guru Kelas 6

Cempaka untuk mengumumkan nama graduan dari Kelas 6

Cempaka, dipersilakan.

Masa CUE SHUHAIDA 166 Anggerik Seterusnya dijemput En.Islahuddin bin Mohamad, untuk

mengumumkan nama graduan dari Kelas 6 Anggerik,

dipersilakan.

 Masa CUE SHUHAIDA 17

Sebaik sahaja Yang Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih

Page 8: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

Berusaha selesai memberi sijil

kepada Tuan Guru Besar atas kesudian meyempurnakan Majlis Graduasi SK Jenjarom 2014. Dipersilakan kepada Tuan Guru Besar dan semua pentadbir kembali ke meja makan.

Masa CUE SHUHAIDA 19

Acara memotong kek hari lahir

Hadirin Sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan acara memotong kek hari lahir. Di jemput kepada semua guru dan murid yang lahir pada bulan November tampil ke pentas untuk upacara memotong kek. Untuk memeriahkan acara ini, di jemput Tuan Guru Besar naik ke pentas untuk sama-sama meraikan upacara memotong kek.

Makan umbut bersama keladi,Dimasak mari oleh paktua,Selamat menyambut hari jadi,Ikhlas daripada kami semua.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Zaharuddin bin Hj.Jamil, guru-guru dan murid yang menyambut hari lahir pada bulan ini atas kesudian memotong kek sebentar tadi.

Jemputan makanHadirin yang dihormati sekalian,

Lebat rumbia di sungai Kedah,Batang selasih di Tanjung Dara ;Juadah istimewa terhidang sudah,Samalah duduk menjamu selera.

Majlis berhenti rehat. Dengan ini dijemput Ustaz

______________ untuk membaca doa makan. Dipersilakan.

Guru-guru dijemput menikmati hidangan yang telah disediakan.

Manakala murid-murid dijemput mengambil makanan di

bahagian _______________dewan.

Selamat menjamu selera.

Page 9: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

Tugas saya berakhir di sini. Seterusnya saya menjemput ustaz

Khairunnahar bin Yusop untuk mengendalikan perjalanan majlis

yang berikutnya.

Masa CUE UST NAHAR 1persembahan

Persembahan nasyid

Kita serikan lagi majlis kita pada hari ini dengan menampilkan persembahan nasyid solo yang akan dipersembahkan oleh Hazarul Naufal bin Razul dipersilakan.

Terima kasih kepada adik Hazarul Naufal.

Setelah VVIP habis menikmati hidangan

Penyampaian anugerah khas guru

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian anugerah khas dan cenderahati kepada guru-guru yang banyak berbakti dalam melancarkan perjalanan aktiviti murid tahun 6 sepanjang tahun 2014.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Azman Bin Sadli Guru Penolong Kanan Pentadbiran mengiringi Yang Dipertua PIBG SK Jenjarom En. Badrul Hisyam Bin Md Kassim untuk menyampaikan anugerah khas dan cenderahati.

Anugerah Khas pertama diberikan kepada:1) _____________________________________________

Dipersilakan ___________________________ naik kepentas untuk menerima cenderhati.

Anugerah Khas kedua diberikan kepada:2) _____________________________________________

dipersilakan ___________________________ naik kepentas untuk menerima cenderhati.

3) _____________________________________________dipersilakan ___________________________ naik kepentas untuk menerima cenderhati.

4) Anugerah Khas diberikan kepada _____________________________________________dipersilakan ___________________________ naik kepentas

Page 10: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

untuk menerima cenderhati.

Terima kasih diucapkan kepada _______________________ atas kesudian menyampaian hadiah.

Masa cue UST NAHAR 2Penyampaian anugerah khas murid

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah khas murid.Anugerah ini dinilaikan berdasarkan kepimpinan, keterampilan dan keyakinan diri yang tinggi dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En.Rahim bin Ismail mengiringi GPK Pentadbiran, En.Azman bin Sadli untuk menyampaikan hadiah kepada penerima.

Dengan ini dipersilakan penerima anugerah khas murid sk jenjarom 2014………..Muhammad Firdaus bin Badrul Hisyam.

Terima kasih diucapkan kepada ____________________atas kesudian menyampaian hadiah.

Penyampaian hadiah pertandingan program senggang

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah pertandingan

program senggang. Diminta kepada ketua kelas dan penolong ketua

tampil untuk mengambil hadiah.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn.Jamidah binti Alvi mengiringi GPK HEM, Pn.Norhijar binti Zakariah untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tempat pertama dimenangi oleh 6 Ixora

2. 6 Siantan

3. 6 Tanjung

4. 6 Dahlia/Cempaka

5. 6 Mawar

Terima kasih diucapkan kepada __________________ atas kesudian menyampaian hadiah.

Pakaian terbaik murid

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah pakaian terbaik

murid lelaki dan perempuan.

Page 11: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan (penyelaras tahun 6 dan guru popular) En. Adlan bin Adnan mengiringi GPK KOkurikulum, En.Ramlam bin Mat Salimi untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

1)

2)

Terima kasih diucapkan kepada __________________ atas

kesudian menyampaian hadiah.

Pengisytiharan penangguhan majlis Graduasi

Bagi mengisytiharan penangguhan majlis Graduasi SK Jenjarom

Tahun 2015.

Majlis mempersilakan En.Zaharuddin bin Hj.Jamil, Guru Besar SK

Jenjarom mengisytiharkan penangguhan Majlis Graduasi Tahun

2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Guru Besar membuat pengisytiharan) 

Pengisytiharan penangguhan Majlis Graduasi 

“Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera. Saya Zaharuddin bin

Hj.Jamil, Guru Besar SK Jenjarom dengan ini mengisytiharkan penangguhan Majlis Graduasi SK Jenjarom tahun 2015”. 

(Gong dipalu kuat 3 kali)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha

En.Zaharuddin bin Hj.Jamil, Guru Besar SK Jenjarommasa cue UST NAHAR 3

Page 12: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

Para hadirin yang dihormati,

Begitulah tadi berakhirnya Majlis Graduasi SK Jenjarom bagi tahun 2014. Kami mewakili jawatankuasa pelaksana tahun 6 2014 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang telah menyumbang secara langsung atau secara tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Majlis juga merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada hadirin sekalian atas kesudian memeriahkan

majlis graduasi pada hari ini.

Kepada murid-murid sekalian,

Jadikan memori indah pada majlis graduasi ini sebagai pemangkin

semangat untuk anda bergraduasi sekali lagi di pentas konvokesyen

universiti. Jangan hampakan harapan guru-guru dan ibubapa untuk

melihat kejayaan anda semua. Sesungguhnya doa dan harapan kami

akan sentiasa bersama kalian.

AKHIR KATA,Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita ;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Hinggap cemara di pagar besi,Mencari makan di awal pagi ;Selesai sudah majlis graduasi,Dilain masa bersua lagi.

Akhir kata daripada saya,Kalau kami tersalah adab,Kalau kami tersalah cakap,Kalau kami tersalah arah,Kami mohon maaf.Kami susun jari nan sepuluh,Itulah ucapkata kami,Itulah isihati kami.

Hadirin sekalian,

Page 13: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

Ditamatkan majlis yang indah berseri, berterima kasih menjunjung budi.Sekian wabillahitaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Majlis bersurai

Bulan purnama di balik merantiKembang seroja ditepian titi

Si manis berdandan rapi berseriSi teruna segak  tidak terperi.

Hadirin dan hadirat sekalian,Majlis yang elok, dihiasi busana yang cantik, haruslah dirakam buat tatapan di masa akan

datang. Untuk itu, semua para jemputan,, guru-guru, para pelajar, ibubapa dan semua yang hadir pada hari ini dijemput untuk meneruskan acara dengan sesi bergambar. Dipersilakan.