Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutup Cpd

5
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP Pembukaan/ Aluan Assalam mualaikum warahmatullah hibarakatuh, Salam sejahtera dan salam 1Malaysia dan salam Perak Amanjaya. Yang Berusaha,Tn. Hj Razali bin Hj Abd Manap, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh. Yang Berusaha, En Muaz bin Ghazalie merangkap Penyelaras Kursus CPD. Yang Berusaha, En. Sulkhairi bin Yakub selaku Penghulu Kurusu CPD. Yang dihormati barisan pensyarah IPG Kampus Ipoh Dan yang dikasihi barisan Guru-guru yang merupakan peserta kursus CPD. Lenggang bertapak seni memandang Silat sendeng menyusun jari Salam Sembah selamat datang Sudi Tuan ke majlis kami. Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Penutupan Kursus Peningkatan Profesionalisme Berterusan (CPD) Daerah Perak Tengah Bagi Tahun 2014. Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan membawa seribu makna kepada kita semua. Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha,

description

protokol

Transcript of Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutup Cpd

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

Pembukaan/AluanAssalam mualaikum warahmatullah hibarakatuh, Salam sejahtera dan salam 1Malaysia dan salam Perak Amanjaya.

Yang Berusaha,Tn. Hj Razali bin Hj Abd Manap, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh.

Yang Berusaha, En Muaz bin Ghazalie merangkap Penyelaras Kursus CPD.

Yang Berusaha, En. Sulkhairi bin Yakub selaku Penghulu Kurusu CPD.

Yang dihormati barisan pensyarah IPG Kampus Ipoh

Dan yang dikasihi barisan Guru-guru yang merupakan peserta kursus CPD.

Lenggang bertapak seni memandang

Silat sendeng menyusun jari

Salam Sembah selamat datang

Sudi Tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Penutupan Kursus Peningkatan Profesionalisme Berterusan (CPD) Daerah Perak Tengah Bagi Tahun 2014. Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan membawa seribu makna kepada kita semua.

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha,

Tn. Hj Razali bin Hj Abd Manap, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh.

ke Majlis Perasmian Penutupan Kursus Peningkatan Profesionalisme Berterusan (CPD) Bagi Tahun 2014. Sesungguhnya, kehadiran Yang berusaha Tuan Timbalan Pengarah ialah lambang keprihatinan terhadap Kurusus CPD ini dalam objektif untuk membangunkan kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) Gred DG41.Hadirin hadirat sekalian,

Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) Daerah Perak Tengah bermula dari 19 mei hingga 23 Mei 2014.Untuk makluman objektif kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) adalah:1. Meningkatkan kualiti guru dan kepimpinan/pengurusan pendidikan secara berterusan.

2. Memastikan PPP memperoleh (acquire), menambahbaik (improve), menguasai (master) dan berkongsi (share) kompetensi untuk keberkesanan PdP, serta keberhasilan murid.

3. Menggalakkan PPP mengikuti latihan terancang dan sistematik yang merangkumi sesi pembelajaran dan pembangunan kendiri seperti seminar, kolokium, simposium, forum, sesi dialog, persidangan, konvensyen, kajian, penyelidikan, inovasi, lawatan kerja, lawatan penanda aras, bengkel, professional learning community, ulasan buku, penulisan dan penerbitan.

Bacaan DoaSebagai memberkati majlis pada hari ini , dengan hormatnya dipersilakan al-Fadil Ustaz __________ untuk memimpin bacaan doa. Tafaddhal ya ustaz.

Ucapan PengerusiTerima kasih al-Fadil Ustaz ________________

Ucapan PengerusiAnak muda mengalun qasidah

Tiada kekok tampil ke depan

Pembuka kata berlalu sudah

Mari kita mendengar ucapan

Majlis menjemput Yang Berusaha, Encik Sulkhairi bin Yakub Penghulu Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) Daerah Perak Tengah menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Sulkhairi Yakub di atas ucapan tadi .

Seterusnya dijemput En. Muaz bin Ghazalie selaku penyelaras Kursus CPD Daerah Perak Tengah menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

Ucapan PengerusiTerima kasih diucapkan kepada Encik Muaz Ghazalie di atas ucapan tadi .

Ucapan PerasmiKini tibalah saat yang dinantikan

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj Razali bin Hj Abd Manap, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh.

menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup dengan rasminya. Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) Daerah Perak Tengah.Dipersilakan

Ucapan PengerusiTerima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj Razali bin Hj Abd Manap, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh di atas ucapan tadi.

PenutupBanyak keluk ke penarik,Keluk tumbuh pohon kuini;Nan elok bawalah balik,Nan tak elok tinggallah di sini

Dari Rokan ke Indragiri,Membawa tinta ke Kuala Linggi;Baliklah tuan rehatkan diri,Ada Jodoh bersua lagi.

Majlis berakhir di sini. sekali lagi diucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada Yang berusaha Timbalan Pengarah kerana sudi datang Merasmikan Majlis Penutup Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) Daerah Perak Tengah 2014.Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.