Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah

13
1 TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS JASAMU DI KENANG SEMPENA PERSARAAN PN JAHARAH BT KANDAR GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK TAMAN SURIA 15 NOVEMBER 2013 * Perarakkan Masuk dengan Bunga Manggar dan Kompang. * Diiringi oleh PPD, YDP PIBG, Semua Penolong Kanan dan Pengerusi kelab Guru dari Pagar Utama ke Gelanggang Bola Tampar. * Persembahan silat Dan Kompang Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Jaharah Binti Kandar diiringi dif-dif kehormat dan guru-guru masuk ke dewan. Semua hadirin diminta berdiri... Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis “Jasamu Di Kenang” sempena persaraan Pn Jaharah Binti kandar GPK Kokurikulum SK Taman Suria, Johor Baru. 09.20 pagi : Doa dan Ucapan-Ucapan BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T…Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Transcript of Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah

Page 1: Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah

1

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS JASAMU DI KENANG

SEMPENA PERSARAAN

PN JAHARAH BT KANDAR

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK TAMAN SURIA

15 NOVEMBER 2013

* Perarakkan Masuk dengan Bunga Manggar dan Kompang.

* Diiringi oleh PPD, YDP PIBG, Semua Penolong Kanan dan Pengerusi kelab Guru

dari Pagar Utama ke Gelanggang Bola Tampar.

* Persembahan silat Dan Kompang

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Jaharah Binti Kandar diiringi dif-dif kehormat dan guru-guru

masuk ke dewan. Semua hadirin diminta berdiri...

Pagi yang indah penuh ceria

Hari yang berbahagia penuh bermakna

Kami bawakan kepada anda Majlis “Jasamu Di Kenang” sempena persaraan Pn Jaharah Binti kandar GPK

Kokurikulum SK Taman Suria, Johor Baru.

09.20 pagi : Doa dan Ucapan-Ucapan

BismilLahir Rahmanir Rahim

Assalamu ̀ Alaikum W.B.T…Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Page 2: Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah

2

Yang Berbahagia,

Encik Jamaludin Bin Abdul Rahman

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,

Unit Rendah ,

Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru.

Yang Berusaha,

Pn Kartini Bt Abd Shukor,

Guru Besar SK Taman Suria,

Yang Dikasihi dan Diraikan

Pn Jaharah Bt Kandar,

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

SK Taman Suria,

Yang Berusaha,

En Jamil Bin Karsin

Yang Dipertua PIBG SK Taman Suria.

Yang dihormati ,

Puan Nor Shahara Bt Abdullah,

Penolong Kanan Pentadbiran,

SK Taman Suria.

Page 3: Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah

3

Yang dihormati ,

Puan Noriah Bt Mat Jidin,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

SK Taman Suria.

Yang dihormati ,

Puan Hamimah Binti Abd Kadir,

Penolong Kanan Pendidikan Khas,

SK Taman Suria.

Yang Berusaha,

Barisan Guru Besar,

Yang Dihormati,

Dif-dif jemputan,

Yang Dihormati

Barisan Kepimpinan Penolong-Penolong Kanan, Barisan AJK PIBG, Barisan guru-guru, murid-murid,

hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamua’laikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia diucapkan.

Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan Selamat datang ke :

Majlis “Jasamu di Kenang ” sempena persaraan Pn Jaharah bt Kandar, Guru Penolong Kanan

Kokurikulum SK Taman Suria.

Page 4: Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah

4

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita

menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Al fadhil Ustaz Mohamad Azmi

Bin Badri.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

BACAAN DOA

Amin Amin Ya Rabbal ̀ Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohamad Azmi Bin

Badri atas bacaan doa itu tadi.

Page 5: Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah

5

Aturcara majlis dimulakan dengan menjemput kumpulan Tarian Sekolah untuk mempersembahkan

tarian Tradisional Melayu.

Majlis dengan ini mempersilakan....

TARIAN TRADISIONAL MELAYU.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan Tarian Sekolah atas persembahan tarian

tradisional yang menarik itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis pada pagi yang syahdu ini diteruskan pula dengan persembahan nyanyian trio oleh wakil murid

tahun 4 dan tahun 5. Mereka akan mempersembahkan nyanyian yang bertajuk Seroja.

Majlis dengan ini mempersilakan.

NYANYIAN TRIO

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Adik _______________________________________________

Adik_________________________________dan Adik________________________________________

atas persembahan nyanyian yang menghiburkan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Bacaan Memori Perjalanan Hidup Pn Jaharah Bt Kandar

sepanjang perkhidmatan beliau sebagai guru.

BACAAN BIODATA dengan iringan Angklung.

Para hadirin yang dihormati sekalian...,

Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia mengisahkan tentang biografi dan memori

perjalanan Yang Diraikan Pn Jaharah Binti Kandar. Marilah kita sama-sama saksi dan hayati

persembahan multimedia ini.

Page 6: Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah

6

Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia Yang Diraikan Puan Jaharah Binti Kandar.

Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Pn Kartini Bt Abd Shukor, Guru Besar SK

Taman Suria.

Majlis dengan ini mempersilakan puan.

UCAPAN GURU BESAR

Terbang melayang sianak kedidi, terima kasih Pn. Kartini Bt Abd Shukor atas ucapan yang disampaikan

sebentar tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah Majlis jika suaranya tiada berbicara

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, En Jamaludin bin Abdul

Rahman, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru untuk menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan tuan.

UCAPAN PPD

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, En Jamaludin bin Abdul Rahman, Penolong Pegawai

Pendidikan Daerah Johor Bahru atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadhirin Yang dihormati Sekalian

Page 7: Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah

7

Jasamu dikenang

Budimu tak terbilang

Semangatmu dijulang

Kepimpinanmu gemilang

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan

Itu adat, itu lumrah kehidupan

Begitulah rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelan

Tapi kaki tetap mengorak jalan

Selagi hayat dikandung badan

Kini, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Pn. Jaharah Bt Kandar.

Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan puan untuk memberikan ucapan.

UCAPAN PN JAHARAH BT KANDAR

Sudah teradat si anak lelaki

Mati berjuang, berundur jangan

Berani kami menjunjung adat

Bukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatan

Buat kenangan sepanjang hayat

Page 8: Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah

8

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Jaharah Bin

Kandar atas ucapan itu tadi.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian watikah persaraan buat insan yang kita raikan pada hari

ini.

Dengan ini, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia, En Jamaludin bin Abdul

Rahman, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Johor Baru untuk menyampaikan watikah persaraan

kepada yang diraikan Pn Jaharah bt Kandar. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

PENYAMPAIAN WATIKAH

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, En Jamaludin bin Abdul Rahman,

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru atas penyampaian watikah persaraan yang telah

disempurnakan sebentar tadi.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan persembahan mendeklamasikan sajak oleh Adik

_______________________________________________________________dan

Adik___________________________________________________________dengan iringan muzik

angklung yang bertajuk___________________________________________

Majlis dengan ini mempersilakan ..

PERSEMBAHAN SAJAK

Page 9: Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah

9

Terima kasih diucapkan kepada Adik ____________________________________dan

________________________________________________ atas persembahan deklamasisajak itu tadi.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, Kami tampilkan satu persembahan muzik angklung

daripada__________________________sebagai kenangan dihalwa telinga untuk kita khusunya untuk

yang diraikan. Sama-sama kita saksikan persembahan muzik angklung yang bertajuk “ombak rindu” , “

Suci dalam debu” dan “tinggal kenangan”.

Untuk makluman hadirin, persembahan itu tadi dibawakan khas oleh

_________________________________ Sekalung penghargaan diucapkan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian hadiah kepada yang diraikan Pn Jaharah Bt Kandar. Untuk itu

majlis dengan segala hormatnya menjemput _______________________________________ diiringi

oleh_____________________________________________untuk menyempurnakan acara.

Dipersilakan

Seterusnya,

Dipersilakan _________________________________untuk menyampaikan tanda hati daripada

______________________________________________________

BACA IKUT PANITIA

Dipersilakan ________________________________________untuk menyampaikan tanda ingatan

daripada ALIRAN ___________________________

BACA IKUT ALIRAN

Page 10: Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah

10

Dipersilakan ____________________________________________ untuk menyampaikan tanda ingatan

daripada PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada_________________________________________kerana

sudi menyempurnakan cara penyampaian hadiah kepada Yang diraikan Pn Jaharah bt Kandar sebentar

tadi.

. Majlis merakamkan sejutaan penghargaan dan terima kasih atas tanda ingatan, sumbangan dan tanda

hati yang diberikan dan semoga menjadi memoir indah dalam dakapan Pn Jaharah bt Kandar.

Sidang Hadhirin Sekalian,

Tinggi sungguh pohon kuini,

Dililit pepaku bersulam semalu,

Melepaskan dirimu di saat ini,

Basahlah kami meratap pilu.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan kumpulan koir guru lelaki SKTS untuk mendendangkan alunan

suara mereka dengan lagu yang bertajuk “jangan diucap selamat tinggal” dan “dimanakan ku cari ganti”

Dengan hormatnya dijemput.

PERSEMBAHAN GURU LELAKI

Begitulah lontaran suara daripada pendidik SKTS yang dialunkan untuk kita semua. Tahniah dan syabas.

Mengakhiri persembahan kita pada pagi ini, dipersilakan kumpulan koir SKTS Untuk menampilkan

persembahan lagu-lagu mereka. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN KOIR

Page 11: Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah

11

Terima kasih atas persembahan itu tadi. Persembahan koir guru dan murid itu tadi adalah dibawah

pimpinan Puan Wan Azlin bin Wan Arifin. Terima kasih diucapkan.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, dengan persembahan koir itu tadi maka berakhirlah Majlis Jasamu DiKenang buat

yang diraikan Pn Jaharah Bt Kandar.

Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

Budi puan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan

Selamat berangkat dalam doa berkat,

Selamat istirahat dari segala muslihat,

Page 12: Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah

12

Selamat bersara dengan senyuman mesra!

Senyumlah seindah suria,

Setelah mencurahkan segala-galanya,

Pasti beroleh keredaan-Nya.

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Jaharah Bt Kandar kerana

sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang

Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan

masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Jasamu Di Kenang “ ini.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami

mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu ̀ Alaikum Wa Rahmatullahi Wa

Barakatuh.

Page 13: Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah

13

Dipersilakan tatamu jemputan untuk ke dewan suria untuk menikmati jamuan yang disediakan..

-MAJLIS TAMAT-

Murid-murid diminta berada ditempat duduk masing-masing.

Guru-guru bertugas diminta menyusun murid sepanjang laluan ke pintu pagar utama

Murid-murid diminta beratur dari_______________________ bagi membuat lambaian perpisahan.

SAMA-SAMA KITA UCAPAKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA PUAN JAHARAH BINTI KANDAR

SELAMAT TINGGAL PUAN JAHARAH